Saturday 29 September 2012

Sambungan Novel DARJAT KASIH BAB 4~ 6

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=450347531682649&set=a.442446569139412.73788020.386640188053384&type=1&theater

Sambungan Novel DARJAT KASIH
BAB 4

Malam Tadi hujan lebat, Amyra terasa panas di dalam pelukan ibunya. Saat inilah yang di tunggu-tunggu Amyra selalu. Rasa rindu Amyra kepada ibunya terubat seketika. Amyra melihat ibunya tidur nyenyak. Direnungnya wajah ibu kesayangannya itu dalam-dalam. Amyra sedar ibunya banyak berkorban dan hidup susah sebelum ini. Amyra masih ingat ‘Lelaki Jawa ‘ itu. Bia
r Allah (SWT) sahaja yang akan membalas segala perbuatannya. Amyra mahu melupakannya. Tetapi sejahat-jahat ‘Lelaki jawa’ itu, dia tetap bapa Amyra. Tidak ada cara untuk melupakan segala peristiwa ketika bersama bapanya. Amyra seboleh-bolehnya mahu melupakan segalanya dan tidak mahu peduli tentang bapanya lagi. Dia akan menangis dan kecewa.

Puas Amyra cuba memejamkan matanya, hujan yang lebat dan dingin itu, tidak sedikit pun membuatkan mata Amyra mengantuk. Rugi sekali, kerana hujan di waktu malam adalah saat yang dinanti-nanti Amyra supaya dapat tidur dengan lena . Sejuk dan selesa. Peristiwa malam tadi membuatkan Amyra tersenyum sendirian. Amyra sekali lagi menggantang asap.
Bayangan wajah Daneal terpampang di ruangan matanya. Hujan semakin lebat, Amyra menjadi rindu, rindu untuk bertemu Daneal lagi. Amyra tenggelam di dalam angan-angannya sendiri.

“Hurmm..Myra, ibu dah panaskan makanan kiriman Datin Maznah. Sedap, marilah sarapan sama-sama?.” Pelawa Masdiana kepada anak kesayangannya itu, sebaik sahaja Amyra menuju ke dapur.
“Petang nanti kawan serumah Amyra akan balik , jadi bolehlah ibu pulang, kesian ‘Pak Cik’ keseorangan di rumah, Dah dua malam ibu dengan Myra disini..” Kata Amyra sambil tersenyum dan membetulkan tempat duduknya.

Macaroni goreng, yang disendukkan ke piring, tidak dapat disuapkan. Bayangan Daneal tersenyum disitu. Amyra tersipu sendirian. Perasaannya sudah celaru. Wajah tenang ibunya di hadapan matanya tenggelam timbul berselang seli dengan wajah Daneal, lelaki kacak itu. “Mungkin inikah yang dikatakan penyakit ‘angau?." Hati kecilnya bertanya.

“Amyra, siap-siaplah, sekejap lagi,’ Pak Cik’ Myra akan datang jemput kita. Myra masih ingat lagi tak dengan Afeqien Abduillah. Dia sudah tamat menuntut di Universiti Al Azhar di Mesir. Sekarang dia sedang menunggu panggilan untuk menjadi Ustaz di sebuah Sekolah Agama.” Kata Masdiana melenyapkan anganan Amyra.
“Bagaimana ibu tahu semua ini?." Tanya Amyra kehairanan. wajah Afeq yang tenang dan bersih itu tiba-tiba muncul.

Amyra masih ingat, satu hari itu, ibunya membawanya ke rumah anak-anak yatim Darul Taufiq. Ketika itu Afeq sedang bercuti. Afeq adalah seorang anak yatim piatu dan dibesarkan di rumah anak-anak yatim Darul Taufiq. Afeq seorang pelajar cemerlang dan soleh. Afeq selalu mengajar ilmu agama, menjadi imam dan mengajar mengaji kepada anak-anak yatim di situ yang dianggapnya seperti adik-adiknya sendiri ketika beliau bercuti. Dia berazam akan menggunakan ilmu yang dituntutnya itu, untuk berbakti kepada rumah anak-anak yatim tersebut, yang banyak berjasa kepadanya. Suara Afeq sungguh merdu apabila mengalunkan bacaan ayat-ayat suci Al-Qur’anul Karim.

Masdiana selalu melawat beberapa rumah anak-anak yatim di sekitar Kuala Lumpur. Dengan cara ini, Masdiana merasa dirinya masih diperlukan, disayangi dan dihargai. Masdiana terasa tenang dan bahagia di situ.

“Ibu ada bercakap dengan Puan Zainab semalam. dalam telefon, tiba-tiba ibu jadi rindu pula hendak pergi ke sana,.” Jelas Masdiana lagi.

Amyra tidak sampai hati untuk menolak pelawaan ibunya. Amyra segera naik keatas dan tukar pakaian. Cuti hari ini akan dihabiskan di rumah anak-anak yatim itu. Amyra tidak ada masalah untuk kesana. Amyra sedar, dia pun sama seperti mereka. Cuma Amyra lebih rasa bersyukur kerana masih mempunyai seorang ibu yang benar-benar bertanggungjawab dan sangat mengambil berat.

“Phon...!!” Bunyi hon sebuah teksi, berhenti di hadapan rumah pekerja itu.
“Cepat Amyra, Pak Cik Myra dah sampai tu,..”. Kata Masdiana dengan suara yang agak lantang.
“Ya ibu, Myra dah siap ni.” Amyra segera membuka pintu untuk ibunya dan membimbit sebuah beg kecil yang memuatkan pakaian basahan ibunya..

“Apa khabar Pak Cik,?. “ Tegur Amyra sambil bersalam dengan bapa tirinya yang di panggil ‘Pak Cik ‘ itu, dengan sopan.
“Khabar baik, Myra apa khabar?, nampak ceria saja hari ini?, amboi...maklumlah dapat berpeluk dengan ibu dia..Pak Cik jugak lah yang melopong..” Kata Azizul Azrai, sambil menjeling manja kepada Masdiana, isteri yang sangat dicintainya. Amyra ketawa kecil. Masdiana mencubit manja paha suaminya. Suaminya memang suka bergurau.

Teksi yang dipandu Azizul, menghala ke jalan Semarak. Masing-masing mendiamkan diri. Sesekali Azizul memandang wajah anak tirinya melalui cermin pandang belakang. Azizul boleh dikatakan seorang pencinta wanita. Kadang-kadang Masdiana rasa cemburu dengan gelagat suaminya apabila Azizul menceritakan kecantikan penumpang-penumpang wanita yang menaiki teksinya.
“Lelaki!.” Degus hati Masdiana. Lelaki tidak boleh dipercayai seratus persen. Apa lagi, 99 peratus penumpang teksi Azizul adalah wanita.

Azizul seorang lelaki yang cerewet. Dia lebih suka mengambil penumpang wanita daripada penumpang lelaki. Banyak baiknya. Yang penting dia ikhlas mencari nafkah untuk menyara persekolahan anak-anaknya serta isterinya Masdiana. Hari minggu, jalan tidak begitu sesak, tetapi di jalan menghala ke Taman tasik titiwangsa selalunya tidak pernah lengang setiap hujung minggu begini. Kereta-kereta akan berasak-asak untuk mencari tempat parkir, penuh di kiri kanan jalan di kawasan Taman Tasik Titiwangsa itu. Tempat parkir kereta yang disediakan selalu penuh.

BAB 5.

Masdiana, Amyra dan Azizul disambut mesra oleh Puan Zainab, pengusaha pusat anak-anak yatim Darul Taufiq itu. Dari jauh Masdiana ternampak Afeqien Abduillah sedang bergurau senda dengan ‘adik-adiknya’. Nampak sungguh akrab. Kelihatan beberapa kanak-kanak perempuan sedang membersih dan menyiram pokok-pokok bunga di halaman rumah dua tingkat itu, di atas tanah lot, bersebelahan dengan Taman Tasik titiwangsa. Sungguh damai suasana di sini. Mereka sesekali, boleh juga keluar mengambil angin dan berjalan-jalan atau berjoging di sekitar Taman tasik Titiwangsa itu.

Lama Amyra memerhatikan gelagat Afeqien Abduillah yang masih muda itu. Dalam perkiraan Amyra, Daneal lebih berusia beberapa tahun dan Afeq sebaya dengannya. Cuma Amyra sahaja yang kurang bernasib baik. Amyra tidak pernah dapat menduduki peperiksaan kerana pada masa itu, Amyra selalu berpindah-randah mengikut ibunya dan tidak dapat bersekolah kerana tiada sijil kelahiran. Setelah Masdiana berkenalan dengan Azizul Azrai dan berjaya melepaskan diri daripada cengkaman ‘Lelaki Jawa’ itu, barulah Amyra dimasukkan kesekolah Agama Rakyat di Utara tanah air. Itupun sekejap sahaja. Walaupun begitu, Amyra seorang yang rajin belajar. Dengan menggunakan kemudahan komputer riba, Amyra belajar menulis dan mengeja dengan ibunya di ruangan ‘chating’ setiap malam. Sedari kecil, Masdiana mengajar Amyra secara tidak formal di rumah. Alhamdulillah, Amyra dapat membaca dan menulis dengan baik. Sekarang Amyra sedang belajar bahasa Inggeris pula.

Masdiana pernah berpesan kepada Amyra bahawa, dunia teknologi morden sekarang ini, tidak membataskan kita untuk belajar. Janganlah kecewa jika kita tidak berpelajaran tinggi, kerana dengan sijil sahaja tidak akan membuatkan kita berjaya dalam hidup. Kekuatan dan jatidiri akan menjadikan hidup kita lebih berjaya di samping berdoa kepada Allah (SWT), berusaha dan yang paling penting sekali ialah restu dan doa dari ibubapa, akan membawa keberkatan hidup di dunia dan di akhirat nanti.

“Lama sungguh Puan Masdiana tidak jengok kami..” Kata Puan Zainab pengusaha pusat anak-anak yatim tersebut.

“Ya, lebih kurang enam bulan lepas, kali terakhir saya datang melawat, waktu itu Afeq tidak ada, masih menuntut di Mesir kan?” Jelas Masdiana, sambil matanya tertumpu kepada Afeq yang sedang melayan kerenah ‘adik-adiknya’.

“Abang Afeq, cuba lihat di sana, siapa yang datang?” Kata Mizi, seorang anak gelandangan yang di ambil dari jalan Haji Taib, masa itu dia sedang merayau-rayau sendirian. Umurnya ketika itu 10 tahun. Sekarang Mizi telah pun menuntut di sekolah menengah. Mizi seorang yang rajin belajar dan bercita-cita tinggi.

“Assalamualaikum, ini mak cik Masdiana ke?, Astaghfirullahal ‘Azdim, maaflah makcik, Afeq tidak perasan makcik datang, apa khabar?” Sambil menunduk hormat dan menghadiahkan senyuman kepada Amyra.

“Anak dara makcik ni pun ada sama?” Tanya Afeqien Abduillah lagi bergurau.
“Amyra, apa khabar?” Tanya Afeq sambil tersenyum.

Pandangannya dialihkan kepada Masdiana cepat-cepat. Afeq tidak mahu memandang Amyra lama-lama dengan penuh nafsu. Berdosa. Walaupun pada hakikatnya Amyra seorang yang cukup sempurna dan menawan setiap lelaki yang memandangnya. Afeq mesti menjaga maruahnya sebagai seorang yang bakal bergelar Ustaz. Gerak geri, pertuturan dan perbuatan Afeq akan diperhatikan dan menjadi contoh oleh’adik-adiknya’. Di dalam hati Afeq, hanya Allah sahaja yang tahu, seandainya Amyra itu sedar bahawa, sudah sekian lama dia menyimpan hasrat , sejak pertama kali mereka bertemu di rumah anak-anak yatim itu, 3 tahun yang lalu. Afeq tidak pernah lupa niatnya yang suci. Dia selalu berdoa mudah-mudahan ada jodoh di antara mereka berdua. Afeq mahu teguhkan ekonominya terlebih dahulu dan banyak lagi persediaan untuk menjadi seorang suami. Sekarang usianya masih terlalu muda, begitu juga Amyra. Masih punya banyak masa dan masih banyak yang perlu di pelajari.

“Afeq apa khabar?, makcik doakan semoga Afeq berjaya mengejar cita-cita.” Kata Masdiana memberi perangsang dan harapan buat Afeqien.

Masdiana sungguh tertarik kepada Afeqien, dia adalah calon terbaik untuk anaknya Amyra. Sekurang-kurangnya Afeqien boleh membimbing Amyra dalam hal-hal agama, kerana Amyra memang tidak sempat menuntut ilmu agama dengan sempurna. Masdiana sedar. Tetapi Masdiana yakin masih belum terlambat untuk Amyra mempelajarinya. Masdiana selalu berpesan kepada Amyra supaya membuka ‘youtube’, kerana di situ, Amyra boleh belajar mengaji, mendengar bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan sebagainya. Melayari internet kepada yang berfaedah sangat banyak manafaatnya.

“Ustaz, boleh ajar Myra mengaji tak?” Tanya Amyra sambil menjeling manja.
“boleh, apa salahnya, datanglah kemari pada hari minggu, bolehlah belajar mengaji bersama-sama.” Pelawa Afeqien.

Masdiana dan Puan Zainab tersenyum.
Setelah melawat dan bertanya khabar semua penghuni di situ, Masdiana menyumbangkan sekeping cek bernilai RM 300.00, kepada Puan Zainab.

“Terima kasih Puan Masdiana, semoga Allah sajalah yang akan membalas budi Puan Masdiana adan di perluaskan lagi pintu rezeki kepada Puan Masdiana sekeluarga.” Ucap Puan Zainab, sambil menerima cek itu dengan perasaan terharu.
Masdiana bukan seorang yang kaya-raya, sebanyak itu sahaja yang dia mampu asalkan hatinya benar-benar ikhlas.

“Terima kasih Puan, kerana melayan kami dengan baik sekali, kami bermohon diri dulu ya, Insyaallah jika ada masa nanti, kami akan datang lagi” Kata Masdiana sambil mengajak Amyra.

Azizul Azrai sudah lama berada di dalam teksinya. Membaca surat khabar sambil menunggu Masdiana dan Amyra untuk pulang. Azizul cukup menepati masa. Dia tidak suka bertangguh-tangguh, pelanggan teksinya akan marah, jika terlambat.
Azizul Azrai sempat juga beramah mesra dengan sebahagian anak-anak yatim di situ. Dia juga bersalaman sambil menepuk-nepuk bahu Afeqien sewaktu mahu beredar sebentar tadi. Azizul memang tidak banyak bercakap, tetapi lebih banyak tersenyum sambil mendengar perbualan mereka.
Di dalam hati Azizul hanya hendak keluar cepat dari tempat itu, untuk mencari duit. Banyak benda yang belum dibayar. Yuran sekolah anak-anaknya serta perbelanjaan harian, tetapi Azizul menghormati, memahami serta menyokong setiap rancangan dan kehendak Masdiana. Itu sahaja yang Azizul mampu untuk memberi kebahagiaan kepada Masdiana.

BAB 6.

“Jaga diri elok-elok ya Myra, berhati-hati selalu, jangan lupa baca doa, sebelum keluar rumah. Sekarang ini macam-macam boleh berlaku. Ingat selalu kepada Allah, mudah-mudahan Allah melindungi Myra.” Pesan Masdiana, sambil mencium kedua2 belah pipi anak gadis kesayanganya itu.

Masdiana hampir menangis kerana terpaksa membiarkan anak daranya hidup berdikari. Apa boleh buat, Masdiana tidak dapat membawa Amyra untuk tinggal bersama-samanya di rumah emak mertuanya. Lagi pun bilik di rumah dua tingkat itu hanya ada 4 buah.
Bilik utama khas untuk mak mertuanya, bilik tengah adalah bilik anak tiri Masdiana. Azmin, anak sulung Azizul Azrai yang sejak kecil tinggal di rumah itu. Cucu kesayangan neneknya. Duda tiada anak. Azmin selalu keluar daerah dan meninggalkan neneknya sendirian di rumah itu.
Sebab itulah Masdiana dan azizul mengambil keputusan untuk tinggal bersama emak mertuanya. Sekurang-kurangnya mereka dapat menjaga serta dapat melihat keadaan emak mertuanya sepanjang masa kerana Masdiana lebih suka bekerja sendiri dan ada banyak masa di rumah.

Bilik 3, adalah bilik Masdiana dan Azizul. Semua bilik itu berada di tingkat satu.
Satu bilik kecil berada di tingkat bawah berdekatan dengan bilik air dan dapur di khaskan untuk anak-anak buah Masdiana, yang kebanyakannya lelaki. Jadi, tidak elok untuk Amyra menumpang di rumah itu.

Mak mertua Masdiana seorang yang sangat cerewet. Walaupun usianya sudah mencecah 82 tahun, namun dia masih kuat untuk membuat kerja-kerja rumah dan memasak. Dia tidak puas hati jika ada orang lain yang mengambil alih tugasnya memasak atau menyiang ikan, serta membasuh bahan-bahan makanan. Pada dia, orang lain tidak membasuh sebersihnya.
Masdiana terpaksa juga bertahan dan bersabar dengan kerenah mak mertuanya yang bermacam-macam, kerana semasa dia mula hendak berpindah ke situ, semua barang-barang dan peralatan memasak tidak dibenarkan dibawa bersama.
Barang-barang sudah cukup lengkap katanya. Semua perabut dilelong dan disedekahkan kepada jiran-jiran. Barang-barang dapur seperti periuk belanga, pinggan mangkuk, serta peralatan letrik, dikirimkan kepada kakaknya di kampung, yang kebetulan anak saudara Masdiana ada berkunjung ke rumah itu dahulu.
Jika barang-barang keperluan yang penting, Masdiana akan menyimpannya di dalam bilik.
Mak mertua Masdiana tidak suka melihat barang-barang Masdiana disimpan bersama barang-barangnya di dapur.

Masdiana terpaksa juga tinggal di situ, walaupun begitu kecewa atau tidak tahan sekalipun. Masdiana tidak mampu untuk berpindah dalam masa terdekat, kerana Masdiana terpaksa mengumpul wang dan membeli barang-barang keperluan yang baharu semula. Masdiana terpaksa bersabar dan pasrah kepada Ilahi, mudah-mudahan di beri kesabaran yang tinggi terhadap segala ujian.

Memang niat Masdiana apabila berpindah ke rumah itu, dia ingin menjaga dan melayan emak mertuanya seperti ibu kandungnya sendiri, kerana dia tidak pernah dapat merasa bagaimana menjaga ibunya semasa hayat arwah.
Sewaktu Masdiana bersalinkan Amyra, pernah arwah ibunya tinggal bersamanya selama 6 bulan dan selepas itu, Masdiana tidak berkesempatan lagi untuk mengajak ibunya tinggal bersama. Itulah kenangan manis Masdiana bersama arwah ibunya.
Ibu Masdiana lebih suka berada di kampung halaman. Kata ibunya, hidup dibandar terasa seperti di dalam penjara. Terkongkong. Jika di kampung dapat bermesra dan bermain dengan cucu-cucunya. Dapat duduk mengambil angin di atas pangkin sambil menghirup udara segar. Berlainan sekali hidup di bandar, membosankan. Masdiana tidak pernah lupa untuk berdoa dan menghadiahkan Al Fatehah dan bacaan Surah Yasin kepada arwah ibu dan ayahnya setiap kali selepas solat.

Masdiana seorang tukang masak dan sangat suka memasak serta mencipta atau mengubah resepi-resepi sedia ada. Dia pernah bekerja sebagai tukang masak di beberapa buah restoran di sekitar ibu kota. Pada jangkaan Masdiana, dia ingin sekali melihat mak mertuanya berehat, menonton ‘ tv’, membaca surat khabar atau menghabiskan masa dengan mengaji dan beribadah. Biarlah dia menunjukkan kepakarannya memasak dan memberi hidangan yang berlaianan setiap hari kepada mak mertuanya.

Tetapi jangkaan Masdiana meleset sama sekali, rupa-rupanya mak mertuanya tidak sedikitpun berfikiran seperti Masdiana. Pada dia, kerja-kerja memasak, biarlah dia uruskan sendiri. Dia lebih suka menghabiskan masanya di dapur dari 8.30 pagi sehingga jam 12 tengah malam setiap hari, tanpa berehat atau tidur di waktu siang. Kadang-kadang Masdiana hairan memikirkan, apakah yang dibuat mak mertuanya setiap hari, di dapur. Kalau Masdiana cerita perkara ini kepada orang lain, tentu mereka tidak akan percaya, kerana jika usia seseorang itu mencecah 80an, selalunya mereka lebih suka berehat daripada membuat kerja-kerja rumah. Mereka lebih rela menyerahkan semua urusan rumah tangga kepada anak-anak dan menantu. Mereka akan bersyukur jika ada menantu yang menjadi surirumah sepenuh masa. Ini tidak, berlainan benar dengan sikap mak mertua Masdiana, dia tidak menyangka sama sekali, keadaan seperti ini masih ada di zaman sekarang.

Mak mertua Masdiana akan selalu memeriksa barang-barang makanan yang di simpan di dalam peti sejuk, apa lagi jika makanan itu Masdiana yang masak, tidak sampai 24 jam berada dalam peti sejuk, dia akan terus membuangnya ke dalam tong sampah, tanpa bertanya terlebih dahulu, samada Masdiana dan Azizul masih mahu memakannya. Tetapi jika masakannya, walaupun sudah tiga empat hari di perangat, masih di simpan di dalam peti. Masdiana selalu tersinggung dengan perbuatan mak mertuanya, tetapi apa boleh buat, itu rumahnya. Masdiana hanya menumpang. Masdiana ingat itu. Ingat sampai bila-bila dan sedar siapa dirinya. Dari mana asal usulnya. Sebab itu Masdiana terasa kecewa, dengan sikap mak mertuanya yang suka membazir dan membuang barang-barang tanpa rasa sayang. Masdiana datang dari keluarga yang miskin. Tidak pernah membuang barang-barang makanan yang masih boleh di makan. Masdiana terasa pelik dan janggal dalam situasi itu.

Pernah satu hari Masdiana menyuruh suaminya membeli udang geragau untuk rencah masakan. Udang geragau sangat wangi dan menambah kelazatan di dalam sayuran dan masakan. Udang geragau itu masih di dalam plastik, sudah lesap di buang mak mertuanya. Apabila Azizul bertanya kepada ibunya, ibunya hanya menjawab “uh, mak dah buang!.” Dengan tanpa rasal kesal dan bersalah.

“Kenapa mak buang?, kan udang tu dalam plastik lagi mak, udang tu tahan bertahun-tahun, apalagi plastiknya belum di buka dan disimpan di dalam peti sejuk.” Jelas Azizul kepada ibunya.

Tetapi ibunya buat-buat tidak dengar sahaja. Tanpa rasa bersalah sedikit pun. Memang dia banyak duit. Pencen yang dia dapat setiap bulan pun mencecah RM 3000.00. Tetapi tidak bermakna dia boleh membazir sesuka hatinya. Membazir itukan perbuatan syaitan.

“Memang dari dahulu perangainya begitu, tidak boleh di ubah lagi sikap boros dan membazir.” Kata Azizul sambil menggelengkan kepalanya.

Kesal dengan sikap emaknya yang tidak pernah mahu mendengar setiap teguran anak-anaknya. Dia akan buat ikut hati dan perasaannya sendiri walaupun perkara yang dilakukannya itu banyak yang salah. Adik beradik Azizul yang lain pun selalu menegur sikap pembaziran maknya itu, tetapi tidak pernah diendahkan olehnya. Dari dia muda sehingga sekarang, sikap membazir dan cerewetnya itu semakin menjadi-jadi.

“Lihat mak, pisang ini baru jer mak beli semalam, hari ini dah Nampak lebam-lebam, esok mesti lembik dan sudah tidak sedap untuk dimakan.” Beritahu Azizul kepada emaknya.

Setiap kali selepas emaknya membeli pisang, dia akan cuci bersih-bersih kulit pisang itu dengan sabun dan digosoknya dengan berus pencuci pinggan. Apabila kulit pisang itu di tenyeh dengan berus, mudah bagi baktiria perosak menyerang kulit pisang dan menembusi isi pisang yang manis dan sedap itu. Setiap kali keluarga itu akan makan pisang sisa baktiria. Sudah puas Azizul dan Masdiana menasihatinya. Terangkanlah dalam bahasa dan ayat bagaimana bagus sekali pun, pada dia, cara dia itu sahaja adalah yang terbaik.

“Uh, mak tak suka pisang ini disentuh dan dijamah oleh semua orang, mak geli, baik mak basuh.” Kata ibunya.

Setiap kali apabila dia membeli pisang, pasti dia akan mencucinya. Dia akan membeli pisang pula dengan banyak, tidak padan dengan bilangan penghuni di dalam rumah itu, setiap kali itu juga pisang akan lebik dan berair apabila masuk hari yang ketiga.
Begitulah setiap kali pembaziran akan berlaku, selagi mak mertua Masdiana itu tidak merubah tabiat buruknya itu. Bukan itu sahaja, malah epal, limau dan segala buah disuruhnya Azizul membelinya setiap kali ada pasar minggu. Selalu buah-buahan di dalam peti itu akan layu dan kecut, tidak sempat dimakan. Hampir setiap hari jika ‘Apek” penjual sayur ada menjual buah mangga dan betik, dia tetap akan membelinya, walaupun di dalam peti sejuk sudah ada pelbagai jenis buah.

No comments: