Saturday 1 September 2012

berehat di hotel


  • petang semalam,
    sebelum suamiku balik kerumah,
    dia berpesan kepada afeqien manja..
    "pikin, malam nanti pukul 3.30 pg, kejut pakcik ya?,
    guna telepon ibu..awak tu main FB, pukul 3.00 belum tidur lagi kan?..kata suamiku..suamiku takut xsedar pagi sb dia mahu bawa teksi utk cari penumpang di perhentian2 bas, putra, duta atau puduraya.
    lagi pun jika bawa teksi pepagi dapat double caj..dapat lebih duit.
    malam tadi aku dan afeqien manja tidur awal kira2 pukul 12.00 mlm.
    pagi tadi, suamiku datang membawa bun kacang merah, utk sarapan bersama2ku. aku tahu, suamiku misti tidak selera utk sarapan di rumah tanpa aku bersama.
    "pikin, kenapa tak kejut pakcik pagi tadi?..." tanya suamiku kepada afeqien manja.
    "pakcik xdatang pun?...kata afeqien manja..
    aku dan suamiku terlopong dan berpandangan sesama sendiri..kami pun ketawa bagai nak rak...
    "hahahhahahahahaaaa.."
    "malam tadi afeqien tido pukul 12,00 mlm bang, "..beritahu ku..
    "patutlah dia tido awal...dia ingat, bila dia tido awal, bila abang datang, dia dah tido, tentu abang tak tido sini..pandai dia..." kata suami ku sambil tersenyum..
    "apa..la...", kata suamiku sambil tangan menunjuk kearah afeqien manja..
    "habis tu pakcik xdatang, macamana saya nak kejut pakcik?..kata afeqien lagi...
    aku ketawa mendengar kata2 afeqien manja, rupa2nya dia tidak faham maksud suamiku..
    "adik...pakcik kan suruh adik kejut pakcik pakai telepon ibu...kan pakcik tido di rumah, mana boleh tido di sini 3 org....hahhaaaa" lucu betul afeqien manja ni..
    "letak2 kepala kat bantal, terus lelap xsedar lagi sayang, penat sungguh abang malam tadi.. sedar2 pukul 12 mlm, abg turun bawah, lihat semua adik2dah balik..apa lagi abg sambunglah tido, sampai pagi...tak ada dengar pun telepon..hurmm, xdapatlah keluar pagi2.."kata suamiku kecewa.
    aku hanya tersenyum sahaja, sambil menyiapkan kopi tongkat ali utk suamiku.
    kami pun minum bersama2, aku makan rendang daging semalam, masih elok bersama roti gardenia.
    "mak kata ketupat habis basi.." kata suamiku.
    "ala..mak tu memang degil.., mas selalu kata kat dia dah 3 kali raya berturut2 basi bila masuk hari kedua, tempah ketupat memang macamtu, mereka buat awal, mas selalu suruh dia, masukkan dalam peti sejuk ketupat2 tu, dan ambil sedikit2 stim sedikit mengikut keperluan barulah tahan lama, mak awak tu degil, xpernah dengar cakap ayang bang..." kataku, memang aku rimas dgn sikap mak mertuaku, selalu dia macamtu, suka lihat benda2 banyak2 di atas meja, banyak2 dalam bekas2 di atas meja padahal benda tu seperti ketupat akan mudah rosak. zaman sekarang bukan macam zaman dahulu. zaman dahulu ketupat tahan seminggu, sekarang jgn haraplah, sb tu zaman sekarang dah ada peti sejuk. kat rumah tu ada 3 buah peti sejuk, xcukup lagi ker nak simpan barang?, bagus benar aku berehat kat sini, xsakit mata aku melihat ketupat yg beratus biji itu terjun dalam tong sampah.
    "ada sedikit ketupat mak simpan utk mas dalam peti sejuk.." kata suamiku..
    "hurmm, misti ketupat tu masih selamat.." kataku, dan aku tidak akan dengar apa yg akan di ceritakan oleh mak mertuaku esok bila aku balik nanti, sb aku xnak komen apa2, baik aku akan lari tajuk atau topik lain saja..rimas dan lemas..
    "oklah ayang, abng nak pergi pasar ni, mak suruh abang beli barang, katanya nak masak bihoon hari ini, takut ada org datang, xda apa nak bagi makan.." kata suamiku, biarlah emak mertuaku sedar, kalau ada aku, akulah yg akan memasak utk tetamu sampai ke hariraya ke 6..
    "sapa nak goreng bihoon tu nanti?.." tanya suamiku kepada maknya.
    "azizanlah yg kena goreng..."kata emak mertuaku kepada suamiku, bagitahu suamiku kpda ku tadi..
    "mak..jan nak kerja ni mak, takkan jan pulak nak kena goreng bihoon?.."kata suamiku..siapa lagi yg kena goreng jika tidak suamiku, sb bihoon jika di goreng banyak2 berat, susah nak mesra. mak pulak tidak cukup jika masak sikit2, misti berlebih2. Tidak sah jika tidak tong sampah tumpang makan sama..
    Bukan aku ini kejam sangat..atau sengaja membiarkan emak mertuaku susah di rumah sendirian, tetapi jika anak2 dan menantu kesayangan diaorg tu faham sangat, kenapa xtelepon mak mereka datang membantu, atau datang beli makanan2 utk hariraya berikutnya?, kenapa semua anak2 dan menantu kesayangannya baik awal?, tidak terfikirkah mereka apa hidangan mak mereka ke esokan hari?.
    Lihat, jika aku tidak ada..
    betapa susahnya mak mertuaku..
    tetapi mak mertuaku dan adik beradikku tak pernah sedar apa yg telah aku buat selama ini..
    dan semoga emak mertuaku dan adik2 ku akan lebih sedar selepas ini.
    Tetapi aku misti lebih berhati2, aku tidak mahu memaksa diriku sendiri kerana mereka sedangkan mereka semua tidak pernah menghargai apa yg telah aku lakukan..
    memang benar," buat baik berpada2, buat jahat jgn sekali..
    jangan menyusahkan org dan jgn selalu menyusahkan diri sendiri kerana org lain yg belum tentu menghargai kita"
    apa yg kita buat jgn meminta balasan, benar..
    sb itulah buat apabila kita menyukainya, barulah kita tidak akan meminta balasan..itulah makna berpada2.

No comments: