Friday 28 September 2012

Novel DARJAT KASIH BAB 1 ~ BAB 4


BAB 1

Tong!!.. Pintu kaca 'Butik Permata' di tolak dari luar. Amyra Adrya tersentak dari lamunannya.

Sedari tadi Amyra sedang menyusun koleksi baju-baju yang baharu sampai di butik tersebut, satu persatu diperhatikan. Amyra berangan-angan seandainya kesemua pakaian cantik tersebut miliknya, alangkah bertuahnya. Sambil membayangkan dia memperagakan satu demi satu koleksi tersebut.

Seorang pemuda tinggi lampai, berambut pendek dan berpakaian kemas masuk. Amyra mengamat-amati pemuda tersebut. Wajahnya tampan dan bergaya. Dari gayanya, dia bukanlah sembarangan orang. Buat seketika Amyra terpegun. Dia berhenti menyusun baju-baju tersebut dan meluru kearah pemuda kacak itu. .


 "Selamat pagi encik, boleh saya bantu?.." ucap Amyra dengan suara yang lembut merdu.

Mata mereka bertemu seketika. Pemuda kacak itu terpaku. Diperhatikannya susuk tubuh Amyra. Kebaya labuh warna hijau pucuk pisang yang dipakainya kala itu membuatnya kelihatan cukup sempurna. Sepasang mata Amyra yang cantik, tidak berkedip apabila ditenung begitu.  Bibirnya yang basah, bak ulas limau merekah, digigit perlahan. Dia tersipu..

 "Encik..di sini ada pelbagai pilihan tudung dan aneka fesyen baju terkini, semuanya direka khas oleh pemilik butik ini". Jelas Amyra lagi memecah kesunyian.

 Kebetulan pagi itu Datin Maznah keluar dengan dua orang pembantunya kerana ada urusan di luar."Myra, jaga butik sekejap ya?, lepas tengahari, kami balik semula". Pesan Datin Maznah sebentar tadi. "baik, Datin". kata Amyra sambil membuka pintu kaca Butik Permata untuk Datin Maznah.  Butik ini entah cawangan yang ke berapa, Amyra pun tidak mahu ambil tahu. Butik ini baharu sahaja dibuka tiga bulan lepas, banyak lagi yang perlu ditambah dan disusun, sebab itulah Datin Maznah banyak menghabiskan masanya di butik ini. Butik ini luasnya satu lot kedai sahaja. Di Butik Permata ini, masih memerlukan pekerja. Amyra suka bekerja di butik pakaian, kerana mewarisi minat yang sama dengan ibunya Masdiana Idayu. Masdiana adalah seorang tukang jahit yang mahir. Amyra masih ingat lagi sewaktu dia masih kecil, ibunya pernah membuka kedai jahit di Kulai Besar, Johor. 

 "Emm..saya nak beli sehelai selendang untuk bakal tunang saya, kami ada 'dinner' malam esok", jelas pemuda kacak itu.

"Di sini ada banyak pilihan selendang encik..."

" Daneal Zul Qarnein.. panggil jer saya Daneal.." Celah pemuda kacak itu memperkenalkan dirinya.

"Nama you?.." Tanya Daneal.

"Amyra, panggil jer Myra". Amyra tersenyum, sambil menggayakan selendang untuk dipilih Daneal.

"warna apa yang cantik?" Tanya Daneal.

"Untuk gadis yang berkulit cerah, warna krim ini cantik, batu permata dan juraian manik-manik di tepi selendang ini menambah lagi kejelitaan, tambahan pula, di waktu malam, pancaran lampu akan menaikkan lagi seri si pemakai." Terang Amyra kepada Daneal, seperti dia mahir benar dalam bidang peragaan.

Amyra tersipu sendirian. Kalau pelanggan wanita susah untuk Amyra melayannya, mereka semua seakan sudah pandai memilih sendiri. Ada yang datang menunjukkan lagak. Kadang-kadang melihat-lihat sahaja dan tidak membeli. Itukah yang dikatakan 'window shopping?' tanya hati kecil Amyra. Buang masa.

"Saya ambil yang ini". Daneal memegang selendang berwarna krim, seperti cadangan Amyra tadi. Sambil melihat 'prices tag', tanpa meminta diskaun, Daneal mengeluarkan wang kertas bernilai RM 300.00 kepada Amyra.

"Ini bakinya encik Daneal, terima kasih, sila datang lagi"..ucap Amyra lembut. Jika ada sepuluh pelanggan seperti ini, lama-lama pun Amyra sanggup melayannya dengan senang hati. Amyra tersenyum sendirian. 

BAB 2

 Hari ini, sabtu. Butik Permata akan dibuka sehingga jam 5.00 petang.

"Myra, petang nanti jangan lupa ke rumah saya, bantu anak saya mana yang patut ya?, pukul 6.00 petang, pemandu saya akan datang jemput awak.." Kata Datin Maznah mengingatkan Amyra.

Datin maznah menjemput semua kakitangan syarikatnya untuk meraikan anak tunggalnya Farra Adeera yang baru saja tamat pengajiannya di luar negara. Farra Adeera sangat meminati  bidang ' business study', sebab itu, tidak hairanlah jika gadis manis itu berjaya membawa pulang segulung ijazah. Datin Maznah yakin Deera akan dapat mengambil alih perniagaannya nanti. Selepas itu Datin Maznah akan bersara.

"Ibu, Myra pergi dulu ya, kereta pun dah sampai tu.." Sambil bersalaman dan mencium pipi ibunya.

 "jaga diri dan tingkah laku baik-baik, di rumah orang, jaga maruah kita sebagai orang miskin.." Masdiana memberi peringatan kepada anaknya. 

Amyra Adrya mengenakan sepasang baju kurung Pahang berwarna biru muda. Dikenakan pula sehelai selendang yang dililit kemas. Dibiarkan sedikit hujung selendang yg bermanik halus itu terjuntai di pipi sebelah kirinya. Pin berbentuk bintang disemat kemas di tepinya supaya lebih menarik. Tona warna berbeza antara biru gelap dan biru cerah  itu berselang seli, menaikkan lagi seri wajah Amyra. Bibirnya dicalit gincu berwarna oren muda. Pembayang matanya berwarna biru gelap gemerlapan. Semua alat solek itu kepunyaan ibunya. Amyra belajar cara-cara mengenakan pembayang mata dan pemerah pipi daripada ibunya. Setelah Amyra pergi, Masdiana berdoa kehadrat Ilahi, semoga semuanya selamat.

 Bungalow tiga tingkat milik Datin Maznah tersergam indah."wah!...indah sungguh mahligai ini....bisakah aku mendapatkannya.." Bisik hati kecil Amyra. Dia terasa begitu kerdil di situ. Amyra tidak ada masa untuk berangan-angan. Amyra mencuri pandang di kiri dan kanan kawasan bungalow mewah itu.

" Cik Amyra, mari Mak Mah tunjukkan bilik cik puan Farra Adeera.." Amyra segera mengikuti Mak Mah, salah seorang orang gaji Datin Maznah yang paling lama dan dipercayai. Sepasang mata Amyra sempat berlegar-legar menghayati beberapa sudut di dalam bungalow itu, yang rata-ratanya dihias indah

"Ini biliknya cik Amyra..", Mak Mah berkata sambil mengetuk pintu bilik Farra Adeera. "Masuk.." Terdengar suara yg tegas tetapi lembut, mempelawa. Setelah itu Mak Mah pun berlalu. Sambil bersalaman, masing-masing memperkenalkan diri.

"hurm..cantik jugak, pembantu kedai baru mama ni.." Sambil menghadiahkan senyuman manis kepada Amyra. Amyra terasa lapang dada. "Cik Farra tentulah lebih cantik...lihatlah gaun coklat muda ini sesuai sekali dengan selendang berwarna krim ini.". Puji Amyra ikhlas. " Bakal tunang saya yang hadiahkan kepada saya semalam, katanya sesuai jika dikenakan dengan gaun ini, cantik tak?", Tanya Adeera. Amyra teringat, sewaktu Daneal memilih selindang itu di Butik Permata, kelmarin. Muka Amyra menjadi pucat. Tidak tahu kenapa. Dadanya berdegup kencang. "Astaghfirullahal'Azdim" ucap hati kecil Amyra supaya bertenang. "Sungguh padan sekali cik Puan".. Puji Amyra. "Ala, tak usahlah bercik-cik dengan saya, panggil jer Deera, kan lebih mesra," Sambil memegang erat kedua-dua belah tangan Amyra. Amyra sempat melihat keanggunan wajah anak gadis Datin Maznah yang berusia awal dua puluhan itu. Wajah ayunya di solek dengan warna 'natural'. Menampakkan kejelitaan yang asli.

 Di halaman rumah, meja-meja berbentuk bulat telah di atur cantik. Meja-meja itu dialas dengan kain berwarna ungu. Kerusinya pula disarung dgn kain putih dan diikat dengan reben warna ungu. Cantik. Belon-belon berwarna ungu dan putih dijadikan pintu gerbang. Jambangan-jambangan bunga segar dan lampu-lampu neon berwarna warni menambah keindahan pada malam itu. Pembesar-pembesar suara berada di beberapa sudut penting. 'DJ' dijemput khas untuk memeriahkan lagi majlis itu. Sudah ramai tetamu yang mula hadir. Datin Maznah sibuk melayan tetamunya. Lilin yang di pasang di setiap meja menjadikan suasana malam itu sungguh romantik. Karangan bunga mawar merah dan putih menggamit tetamu supaya duduk."Aunty, boleh Daneal berjumpa Deera sekejap?" Tanya Daneal, kerana dari tadi dia tidak nampak pun kelibat bakal tunangnya. Dia resah. Tidak sabar untuknya menatap wajah Adeera pada malam itu. "Silakan..Deera ada di biliknya.." Datin Maznah mengizinkannya. Dengan pantas, Daneal menghayun langkahnya menuju kebilik bakal tunangnya. Bilik Farra Adeera di tingkat satu. Dari atas 'balcony', akan nampak jelas pemandangan kolam ikan, kolam renang dan hiasan taman di halaman bungalow itu.

 Tok..Tok..! Pintu bilik Deera diketuk perlahan.  Deera kenal benar dengan gaya ketukan itu. Deera tersenyum simpul dan meluru ke muka pintu. Pintu biliknya dikuak cepat. "Sayang...! kenapa lambat..!?", rengek Deera mesra.. Jemari mereka pun bertaut. Amyra terpegun melihat sepasang kekasih itu. Sungguh padan. Pasangan yang tinggi lampai. Farra Adeera berkacukan Inggeris Melayu, berhidung mancung dan berkulit putih bersih. Daneal Zulkarnain yang segak mengenakan suite hitam, bagaikan model di muka-muka majalah. Daneal tidak sedar diperhatikan Amyra. "Ehem..maaf, tumpang lalu, saya ingin ke bawah sebentar". Mohon Amyra. Daneal, tersentak seketika. "myra,.." Bisik hatinya. "Cantiknya". Hati kecil Daneal berkata lagi. Sepasang mata galak Daneal, memerhati gerak lengguk Amyra. Amyra adalah gadis kacukan Melayu Jawa. Berkulit kuning langsat. "Sayang..!" Sergah Adeera. Daneal tersentak dari lamunannya. "Siapa tu?". Daneal pura-pura bertanya. "Ala..dia tu pembantu butik mama., jom! turun,," Ajak Adeera. Fikiran Daneal masih tertumpu kepada Amyra. Dia tidak tahu kenapa. Hati dan fikirannya tidak lepas-lepas terbayangkan wajah Amyra.

 Di dalam bilik air, Ameera seperti mahu menangis. Dadanya berdegup kencang. Adakah dia cemburu?. Tidak mungkin. Siapalah dirinya. Amyra teringat kata-kata ibunya, " jaga tingkah laku dan adab sopan di rumah orang, Jaga Maruah". Amyra cuba membetulkan pakaian dan tudungnya. Amyra cuba mengukir senyuman di cermin. Kaku terasa. Senyuman yang tidak ikhlas. Dia cuba juga, keluar dari tempat persembunyiannya itu. Sebaik sahaja Amyra melangkah keluar, tiba-tiba dari jauh, Amyra ternampak dua sejoli itu menuruni anak tangga satu persatu seperti puteri dan putera raja. Gaun labuh Deera yang meleret menambah lagi keanggunan. Kali ini Amyra benar-benar rasa cemburu, melihat mereka berpegangan tangan seiringan. Para tetamu pun turut mencuri pandang dan berbisik-bisik. Dato' Zakaria dan Datin Mariam tersenyum megah. Amyra masuk kembali ke dalam bilik air. Dinding yang penuh dengan batu mar-mar, bersih berkilat itu, menampakkan wajahnya yang sugul. Sekali lagi Amyra menahan tangis sendirian.

 Dari corong pembesar suara, Amyra mula terdengar ucapan Datin Maznah. Dia difahamkan Adeera dan Daneal akan ditunangkan pada bulan hadapan. Mereka juga akan dilantik menjadi orang penting dalam syarikatnya. Amyra tidak dapat tumpukan kepada ucapan Datin Maznah. Dia sekali lagi cuba untuk keluar dari tempat persembunyiannya itu. Amyra bergaul dan duduk semeja dengan pekerja-pekerja lain. Amyra cuba berbual mesra dan sesekali tersenyum. Daneal masih mencuri pandang wajah Amyra Adrya, walaupun sesekali terpaksa melayan bakal tunangnya. Mereka duduk semeja bersama Dato' Zakaria dan Darin Mariam. "Cantik sungguh Deera malam ini," Puji Datin Mariam, bakal ibu mertuanya. "Terima kasih Aunty.." Kata Deera sambil tersenyum. Setelah selesai amanat dan ucapan yang disampaikan oleh Datin Maznah, semua hadirin di jemput menikmati hidangan. Lagu-lagu sentimental menjadi suasana bertambah tenang dan romantik.

BAB 3
 Datin Maznah sempat juga beramah mesra dengan tetamu yang hadir. Datin Maznah menjemput semua pekerja di syarikatnya untuk hadir ke majlis yang sederhana itu. Ada juga yang membawa famili masing-masing. Sambil menjamu selera kedengaran sesekali gelak ketawa. Amyra Adrya, menjamah hidangan dengan perlahan. Kemana melayang fikirannya, menerawang, menggangtang asap, sehinggakan tidak mendengar perbualan rakan semeja. Dia khayal dalam lamunan yang di reka-reka sendiri. Sesekali Amyra mencuri pandang kepada Daneal yang duduk di meja hadapan. Namun wajahnya jelas kelihatan disimbahi cahaya lampu led yang terpasang di celah-celah pokok hiasan. Amyra berdebar dan cemburu, panas terasa dadanya, apabila melihat kemesraan Deera. Amyra rasa pelik, kenapa dia mesti cemburu. Puas dia bertanya di dalam hatinya. Sudu dan garfu bermain-main di atas piring, steak yang ditusuk, tidak disuapkan ke mulut. Amyra melayan perasaannya sendiri.

Para tetamu semakin beransur untuk pulang. Dato' Zakaria dan Datin Mariam juga turut memohon diri. " Daneal, mama balik dulu ya?, jangan balik lambat dan jangan nakal-nakal tau?" Pesan Datin Mariam kepada anak tunggal kesayangannya. Setelah bersalaman, mereka pun berlalu. "Datin, Deera, Myra pun nak balik dulu ya?, ibu Amyra ada di rumah seorang tu," Jelas Amyra kepada Datin maznah. "Eh, kenapa tidak ajak ibu Myra sekali tadi, dapat juga berkenalan, tunggu sekejap ya, Myra?." Datin Maznah menyuruh Amyra tunggu, Datin Maznah pandai menjaga hati pekerja-pekerjanya kerana pada pendapat beliau, untuk mencari pekerja yang baik bukan senang sekarang ini, tambahan lagi gadis-gadis sekarang lebih suka memilih kerja. Pekerja baginya adalah 'asset' penting dalam sesebuah syarikat itu. Didikasinya pekerja dalam memberi komitmen, syarikat akan untung berganda."Mak Mah, tapau makanan untuk Amyra bawa pulang ya?, oh ya, Mak Mah ada nampak Deris?." Tanya Datin Maznah. Dari tadi lagi Datin Maznah tidak nampak batang hidung Deris, pemandunya. "Maaf Datin, Mak Mah terlupa nak bagitahu Datin, Deris ada bagitahu Mak Mah, dia terpaksa pulang, sebab isterinya sakit hendak bersalin. Agaknya dia ke hospital, Mungkin Deris tak nak ganggu Datin, sebab itu dia tidak bagitahu Datin. lagipun Deris tergesa-gesa tadi." Kata Mak Mah sambil meminta maaf.
Semua tetamu mengucapkan terima kasih kepada Datin Maznah dan pulang kerumah masing-masing, ada yang datang dari jauh, yang mana bekerja di cawangan-cawangan di luar Kuala Lumpur. Ada yang menghantar wakil. Sebab itulah rakan serumah Amyra pun terpaksa keluar daerah untuk menggantikan tempat di cawangan-cawangan yang belum cukup pekerja buat sementara waktu. Jawatan-jawatan kosong telah pun diiklankan di dada akhbar untuk memenuhi kekosongan pekerja di beberapa cawangan Butik Permata milik Datin Maznah di seluruh negara.

"Deera, Aunty, Daneal pun ingin meminta izin untuk pulang, nanti apa pulak kata mama.." Kata Daneal sambil menghadiahkan senyuman untuk bakal tunangnya."Daneal, Pak Deris dah balik, boleh tak, Daneal tolong tumpangkan Amyra kerumah pekerja di jalan Melati?..." Tanya Datin Maznah kepada Daneal. Dada Amyra berdegup kencang. Sekali lagi mukanya pucat. Cahaya lampu led berwarna hijau di situ dapat menutup wajah kelat Amyra saat itu. "Aduh..macamana ni,," Detik hati kecil Amyra.
 "Tak apalah Daneal, pergilah, hantarkan Amyra, kesian dia, dah malam ni, Deera dah penat sangat,,," Izin bakal tunangnya. Setelah bersalaman dengan semua, Amyra dipelawa Daneal masuk ke kereta. Pertama kali Amyra melihat kereta sebegini cantik. Model Mercedes Benz dua pintu, warna hitam. Apatah lagi untuk menaikinya. Sungguh bertuah rasanya pada malam ini. Macam dalam cerita Cinderella pula layaknya. Amyra tersenyum simpul. Perasan. Daneal membuka pintu untuk Amyra dan mempersilakan Amyra naik dengan mesra. Ternyata Daneal seorang yang sungguh romantik. Pandai ambil hati dan pada dirinya ada segala-galanya. Bertuah sungguh kepada sesiapa yang dapat memiliki Daneal.
Daneal memasuki kereta, seiringan enjin kereta dihidupkan, hati Amyra bergemuruh lagi, bagaikan petrol yang sedang mendidih. Malam yang pekat dan sejuknya penghawa dingin tidak terasa oleh Amyra. Hebat sungguh getaran perasaannya. Bertepuk sebelah tangan akan membuatkan dia kecewa, Amyra tahu itu. Sudah berkali-kali dia memujuk hatinya bahawa, dia tidak layak untuk Daneal. Daneal tidak akan memandangnya walaupun sebelah mata, Amyra yakin itu. Amyra malu untuk menatap wajah Daneal.
"myra, kenapa dengan awak?, awak takut ker?.." Terpacul soalan Daneal membuatkan Amyra tersentak dari lamunan. "Ti..tidak ada apa-apa..." Jawab Amyra gugup. Daneal tidak lepas-lepas memandang Amyra. "Cantik dan menawan". Detik hati kecil Daneal. Ramai gadis yang dia jumpa, tetapi kecantikan Amyra sungguh berbeza sekali. Ada tarikan magnetik. Pertama kali dalam sejarah, Daneal membawa keretanya begitu perlahan. Supaya lambat sampai dan dapat menatap wajah Amyra sepuas-puasnya.
 "Berhenti di sini, En. Daneal, sudah sampai". Kata Amyra memberitahu. Daneal memberhentikan kereta mewahnya."Amyra, saya suka awak.." Ucap Daneal."Astaghfirullahal 'Azdim...." Ucap Amyra perlahan, berkali-kali. Tidak mungkin. 
"Izinkan saya keluar dulu En. Daneal.." Pinta Amyra. Daneal dengan pantas membuka pintu kereta buat gadis cantik yang sedang mencuri hatinya."Nanti kita jumpa lagi.." Pinta Daneal sambil menghulurkan sekeping kad kecil. Amyra segera masuk ke halaman rumah teres dua tingkat, khas untuk pekerja itu, tanpa menoleh kepada Daneal. Dia benar-benar malu dan gementar. Tidak bertepuk sebelah tangan.

BAB 4

Malam Tadi hujan lebat, Amyra terasa panas di dalam pelukan ibunya. Saat inilah yang di tunggu-tunggu Amyra selalu. Rasa rindu Amyra kepada ibunya terubat seketika.  Amyra melihat ibunya tidur nyenyak. Direnungnya wajah ibu kesayangannya itu dalam-dalam.  Amyra sedar ibunya banyak berkorban dan hidup susah sebelum ini. Amyra masih ingat  ‘Lelaki Jawa ‘ itu. Biar  Allah (SWT) sahaja yang akan membalas segala perbuatannya. Amyra mahu melupakannya. Tetapi sejahat-jahat ‘Lelaki jawa’ itu, dia tetap bapa Amyra. Tidak ada cara untuk melupakan segala peristiwa ketika bersama bapanya.  Amyra seboleh-bolehnya mahu melupakan segalanya dan tidak mahu peduli tentang bapanya lagi. Dia akan menangis dan kecewa.

Puas Amyra cuba memejamkan matanya, hujan yang lebat dan dingin itu, tidak sedikit pun membuatkan mata Amyra mengantuk. Rugi sekali, kerana hujan di waktu malam adalah saat yang dinanti-nanti  Amyra supaya dapat tidur dengan  lena . Sejuk dan selesa.  Peristiwa malam tadi membuatkan Amyra tersenyum sendirian. Amyra sekali lagi menggantang asap.
Bayangan wajah Daneal terpampang di ruangan matanya. Hujan semakin lebat, Amyra menjadi rindu, rindu untuk bertemu Daneal lagi. Amyra tenggelam di dalam angan-angannya sendiri.

“Hurmm..Myra, ibu dah panaskan makanan kiriman Datin Maznah. Sedap, marilah sarapan sama-sama?.” Pelawa Masdiana kepada anak kesayangannya itu, sebaik sahaja Amyra menuju ke dapur.
“Petang nanti kawan serumah Amyra akan balik , jadi bolehlah ibu pulang, kesian ‘Pak Cik’ keseorangan di rumah, Dah dua malam ibu dengan Myra disini..” Kata Amyra sambil tersenyum dan membetulkan tempat duduknya.

Macaroni goreng,  yang disendukkan ke piring, tidak dapat disuapkan. Bayangan Daneal tersenyum disitu. Amyra tersipu sendirian. Perasaannya sudah celaru. Wajah tenang ibunya di hadapan matanya tenggelam timbul berselang seli dengan wajah Daneal, lelaki kacak itu. “Mungkin inikah yang dikatakan penyakit ‘angau?’ “. Hati kecilnya bertanya.

“Amyra, siap-siaplah, sekejap lagi,’ Pak Cik’ Myra akan datang jemput kita. Myra masih ingat lagi tak dengan Afeqien Abduillah. Dia sudah tamat menuntut di Universiti Al Azhar di Mesir. Sekarang dia sedang menunggu panggilan untuk menjadi Ustaz di Sekolah Agama.” Kata Masdiana melenyapkan anganan Amyra.
“Bagaimana ibu tahu semua ini?. Tanya Amyra kehairanan. wajah Afeq yang tenang dan bersih itu tiba-tiba muncul.

Amyra masih ingat, satu hari itu, ibunya membawanya ke rumah anak-anak yatim Darul Taufiq. Ketika itu Afeq sedang bercuti. Afeq adalah seorang anak yatim piatu dan dibesarkan di rumah anak-anak yatim Darul Taufiq. Afeq seorang pelajar cemerlang dan soleh. Afeq selalu mengajar ilmu agama, menjadi imam dan mengajar mengaji kepada anak-anak yatim di situ yang dianggapnya seperti adik-adiknya sendiri ketika beliau bercuti.  Dia berazam akan menggunakan ilmu yang dituntutnya itu, untuk berbakti kepada rumah anak-anak yatim tersebut, yang banyak berjasa kepadanya. Suara Afeq sungguh merdu apabila mengalunkan bacaan ayat-ayat suci Al-Qur’anul Karim.

Masdiana selalu melawat beberapa rumah anak-anak yatim di sekitar Kuala Lumpur. Dengan cara ini, Masdiana merasa dirinya masih diperlukan, disayangi dan dihargai. Masdiana terasa tenang dan bahagia di situ.

“Ibu ada bercakap dengan Puan Zainab semalam. dalam telefon, tiba-tiba ibu jadi rindu pula hendak pergi ke sana,,” Jelas Masdiana lagi.

Amyra tidak sampai hati untuk menolak pelawaan ibunya. Amyra segera naik keatas dan tukar pakaian. Cuti hari ini akan dihabiskan di rumah anak-anak yatim itu. Amyra tidak ada masalah untuk kesana. Amyra sedar, dia pun sama seperti mereka. Cuma Amyra lebih rasa bersyukur  kerana masih mempunyai seorang ibu yang benar-benar bertanggungjawab dan sangat mengambil berat.

“Phon...!!” Bunyi hon sebuah teksi, berhenti di hadapan rumah pekerja itu.
“Cepat  Amyra, Pak Cik Myra dah sampai tu,..”. Kata Masdiana dengan suara yang agak lantang.
“Ya ibu, Myra dah siap ni.” Amyra segera membuka pintu untuk ibunya dan membimbit sebuah beg kecil yang memuatkan pakaian basahan ibunya..

“Apa khabar Pak Cik,?. “ Tegur Amyra sambil bersalam dengan bapa tirinya yang di panggil ‘Pak Cik ‘ itu, dengan sopan.
“Khabar baik, Myra apa khabar?, Nampak ceria saja hari ini?, amboi...maklumlah dapat berpeluk dengan ibu dia..Pak Cik jugak lah yang melopong..” Kata Azizul Azrai, sambil menjeling manja kepada Masdiana, isteri yang sangat di cintainya. Amyra ketawa kecil. Masdiana mencubit manja paha suaminya. Suaminya memang suka bergurau.

Teksi yang dipandu Azizul, menghala ke jalan Semarak. Masing-masing mendiamkan diri. Sesekali Azizul memandang wajah anak tirinya melalui cermin pandang belakang. Azizul boleh dikatakan seorang pencinta wanita. Kadang-kadang Masdiana rasa cemburu dengan gelagat suaminya apabila Azizul menceritakan kecantikan penumpang-penumpang wanita yang menaiki teksinya.
“Lelaki!.” Degus hati Masdiana. Lelaki tidak boleh dipercayai seratus persen. Apa lagi, 99 peratus penumpang teksi Azizul adalah wanita.

Azizul seorang lelaki yang cerewet. Dia lebih suka mengambil penumpang wanita daripada penumpang lelaki. Banyak baiknya. Yang penting dia ikhlas mencari nafkah untuk menyara persekolahan anak-anaknya serta isterinya Masdiana. Hari minggu, jalan tidak  begitu sesak, tetapi di jalan menghala ke Taman tasik titiwangsa selalunya tidak pernah lapang setiap hujung minggu begini. Kereta-kereta akan berasak-asak untuk mencari tempat parkir, penuh di kiri kanan jalan di kawasan Taman Tasik Titiwangsa itu. Tempat parkir kereta yang disediakan selalu penuh.

No comments: