Saturday 1 September 2012

Membazir itu amalan syaitan.


3 hours ago · 
  • Pagi tadi, 1 sept 1012, aku pergi menghadiri kelas amali motokar di sekolah memandu selama 3 jam.
    Kelas BM dan kelas BI di campur dalam satu kelas.
    Aku terpaksa belajar dalam bahasa inggeris, Alhamdulillah aku faham. Dan dapat menjawab beberapa soalan.
    Setelah selesai, suamiku menjemputku, pukul 12.30 tghari.
    "mas kejap lagi tukar baju, ikut abang kerumah Roslan, kawan abang, buat open house di bukit beruntung..anaknya penerjun negara.." ajak suamiku.
    "baru balik pasar ni, kata emak, kerisek dah habis, beli daun kari dan cili merah, itu yang lambat ni, tak habis2 pergi pasar.." rungut suamiku. sepatutnya suamiku kena hantar teksinya ke work shop. Teksinya ada yang berbunyi. misti ada yang tidak kena.
    "laaa, ada lagilah bang, kerisek ada 3 pek lagi mas nampak, dia sorok dibelakang dalam kabinet dapur tu, hari tu dia kata abang tak beli bawang goreng, pun ada kat situ, .."kataku kepada suamiku.
    Entahlah mak mertuaku, selalu sorok barang2, lepastu lupa.
    Sampainya di rumah, ku lihat ada sepupuku dgn anak serta isterinya datang beraya di rumah.
    Masa itu emak mertuaku ingin memasak di dapur. Terbantut sudah. Mak tidak seronok sebb anak2 buahnya datang tidak bagitahu dahulu. Selalunya apabila anak2 buahnya bagitahu awal, senanglah mak mertuaku buat persediaan, ini baju raya pun tidak pakai. baju basahan di dapur seperti biasa saja.
    Pada hari yang mak mertuaku bersedia, tidak ada siapa pula yang datang.
    Aku naik ke atas, salin pakaian, aku terpaksa keluar juga ke rumah terbuka tersebut kerana telah berjanji dengan En. Roslan.
    Aku kesian juga kepada mak mertuaku kerana terpaksa melayan tetamu seorg diri. Tetapi anak2 buahnya boleh menolong 'mak cak'nya. tidak menjadi kesalahan, sebb mereka sendiri pun tahu mak saudaranya itu sudah tidak kuat seperti dulu.
    Setelah meminta diri dan bersalam dengan semua, aku keluar rumah dan menuju kerumah kawan suamiku ke bukit beruntung.
    Aku tidak pernah kenal mereka. Itulah sebenarnya, suamiku, mahu memperkenalkan aku kepada kawan baiknya sejak sama2 mula2 bekerja.
    Malam nanti aku kena rebus ikan dan membuat persediaan utk menyediakan Laksam Anjungmas, tempahan daripada Datin Aishah di Damansara. pukul 1tghari 2/9/12, aku tidak boleh terlambat. Datin Aisyah adalah pelangganku setiap kali dia membuat open house, majlis2 harijadi atau function2 utk pejabat.
    Aku membuka peti ais dan mencari sambal utk laksam yg telah ku buat terlebih dahulu. aku cuma tambah sedikit sahaja lagi, tetapi tidak ku jumpa.
    Ini tidak lain, misti mak mertuaku telah membuangnya. Oh ya, aku teringat semalam, emak mertuaku berkata kepadaku, "mas, mak dah buang cili yg dalam balang tu, dah tak elok, rasa lain macam, sebu perut mak lain macam, mak buat sambal ikan. mak dah buang cili tu.." Setahu aku cili kisar tu masih baru. ada satu cili kisar, raya hari itu, adik iparku kisar berlebihan semasa mak mertuaku hendak memasak rendang. Bawang besar pun entah berapa kilo di kisarnya. Banyak. sehinggakan mak mertuaku memasukkannya kedalam balang biskut kedalam peti ais. Ada dua balang cili kisar, satu balang biskut dan satu lagi balang biskut yg kecil. Aku ingatkan cili kisar didalam bekas yg kecil di buangnya, rupa2nya sambal cili utk laksam. Padahal berkali2 aku sudah berpesan kepadanya bahawa cili yg ada di belakang buah itu adalah cili utk laksam.
    Itulah, kalau perkataanku tidak pernah mak mertuaku ambil berat. Aku pun tidak pasti, kekadang bila aku perhatikan, makanan atau barang2 aku memang dia rasa berbulu bila ada dalam peti aisnya. selalu begitu.
    Pernah satu kali itu, aku menyuruh suamiku membeli udang geragau. Udang geragau sangat wangi utk masak sayur tumis air atau aku selalu juga kisar bersama cili padi utk kuah lontong. Wangi dan sedap. Udang geragau itu masih di dalam pek plastik, belum pun aku buka lagi. "mak mana ugang geragau yg dalam plastik kat sini mak.." sambil aku menunjukkan tempat aku menyimpan udang geragau tersebut kepada mek mertuaku.
    "uh, mak dah buang"..kata mak mertuaku pendek.
    "mak...kenapalah mak buang.., udang geragau tu tahan sampai 3 tahun mak, apalagi jika berada dalam plastik dan di simpan pula dalam peti sejuk mak...", terangku kepadanya.
    Dia diam saja, tanpa meminta maaf pun. sepatutnya katalah, "mak minta maaflah ya mas, mak yang silap..." silap orglah jika dia nak minta maaf. Dia buat derk jer. buat2 tidak tahu dan tidak bersalah. Tidak sedikit pun terasa kesal di hatinya. buang benda makanan dan membazir. seolah2 seperti hobi pulak, kalau dalam sehari dia tidak clearkan peti sejuk macam tidak tenang kehidupan dia hari itu.
    Bila dia dapat buang mana yg patut, barulah dia terasa lega.
    Rumah akulah yg paling banyak sampah, berbanding dgn jiran sebelah menyebelahku.
    "mak..kenapa mak buang sambal laksam tu, kan mas dah pesan banyak kali dah, itu sambal utk laksam, masih baik, mas nak tambah sikit lagi ini, sekarang mana cukup, ada pek kecil jer cili kisar ni..."kataku. Mak mertuaku buat2 tidak dengar saja. tidak pun meminta maaf atau apa2. Masa itu dia sedang proses ayam utk di goreng.
    Guna cili kisar dalam peti tu tak boleh ker.." tanya mak mertuaku.
    "tidak boleh mak, lari rasa dia.., kalau boleh, buat apalah mas pesan2 dgn mak..." kataku.
    "habis tu nak beli lagi ke cili kisar ni?, tanya suamiku.
    "yalah bang mana cukup, utk ramai org ni..."kataku cemas dan kesal, kadang2 terasa kesal menyimpan barang2 ku kedalam peti sejuk mak mertuaku. peti sejukku kecil sudah penuh dgn ulam2an dan barang2 lain. Tumpang cili itu pun di belakang sekali. ingatkan tidak gangulah. Aduhai, sabar sajalah.
    "kalau beli cili kisar lain boleh tak?..tanya suamiku.
    "mas dah cuba cili kisar cap lain, ada yg masin sangat, cilinya masam sangat banyak cuka, cilinya tidak berkualiti dan lain rasanya.., sebb itu mas tidak pernah tukar cap lain bang.." jelasku lagi.
    "pastu, nak beli kat mana ni?.."tanya suamiku.
    "mana lagi NSK Selayanglah.." kataku lagi dgn perasaan hampa.
    Aku ingatkan bila balik dari open house bolehlah aku buat sambal dahulu, potong ulam2 sedikit2, sebb semua bahan dah cukup. Tiba2 terpaksa kena cari cili kisar pulak.
    "aduh...nak pergi Selayang, cuma nak beli cili kisar?.." keluh suamiku.
    "terserah abanglah kalau abang nak beli di supermarket lain, cap lain, tetapi rasanya memanglah tidak sama, tapi apa nak buat..belikan bawang besar satu kilo bang.."kataku lagi.
    Mak mertuaku diam saja. tanpa rasa kesal dan bersalah.
    "mak kalau mak nak naik sembahyang asar, pergilah, biar mas basuh dan goreng ayam tu..". kataku kpd mak mertuaku.
    "tak apalah biar mak buat, nak naik dan mandi sekali nanti"..kata mak mertuaku.
    Selepas dia bersihkan ayam tu, dia simpan terus ayam tu kedalam peti ais, dan naik ke atas, tanpa berkata apa2. mungkin dia terasa hati dgnku. masa tu aku sedang potong sayur utk di masak. Sayur memang menjadi tugasku memasaknya.
    Aku masak air sehingga penuh semua bekas. maklumlah tadi ramai anak buah mak mertuaku datang, habis semua air.
    Aku tidak menggoreng ayam tersebut, sebb, nantikan salah pulak.
    Biarkan dia. Biarlah dia goreng sendiri. Jika dia nak aku tolong gorengkan, kenapa misti simpan dalam peti ais?, tetapi perangai dia memang begitu agaknya. Biarkan.
    Suamiku berbisik di belakang dinding dan menunjukkan tangan kepada mak mertuaku. "lain kali simpanlah dalam peti ais awak"..kata suamiku. "peti ais saya dah penuh bang, sayur mak pun ada dalam tu jugak.." kataku.
    Suamiku pun keluar.
    Mood aku dan masa menjadi tidak seperti di rancang.
    Mak kertuaku akan berada di dapur sampai pukul 12 mlm nanti. Mungkin aku akan turun ke dapur utk membuat persediaan itu setelah dia naik kebiliknya. Apa nak buat.
    Itulah masalahku. Bukan aku tidak mahu membuat promosi atau iklan tentang katering. Tentang tempahan laksam dan nasi dagang. Sebab tidak selesa.
    Walaupun aku menang kategori peniaga terbaik bazar ramadan tahun 2011 dan 2012, namun apa yg aku ingin lakukan tidak semudah itu utk aku lakukan jika di rumah ini.
    Aku masih belum mampu utk menyewa tempat utk membuat central kitchen. Itulah cita2ku dan azamku.
    Berjayakah aku?. Biarlah masa yg akan menentukan. Semoga di permudahkan oleh yg Maha Esa. Amin.

No comments: