Saturday 1 September 2012

darjat kasih.


  • Pukul 3.00 ptg afeqien manja membeli ayam goreng KFC..
    setelah makan,.. aku sambung baring di katil..
    suasana yg damai dan sejuk membuatkan aku malas..
    makan dan tidur saja, berehat dan berehat..
    Aku terdengar ketukan pintu bilikku, Pukul 5.30 petang, suamiku
    datang membawa 2 biji pinggan, nasi beriani dan laukpauknya sekali..
    dia kata ramai yg bertanyakan aku..
    suamiku terpaksa melindungiku..
    aku redha, dan ini adalah pengorbananku, supaya ada org2 yg ingin dtg beraya akan senang tanpa adanya aku di rumah itu..
    sebelum suamiku mengahwini aku,
    suamiku mempunyai bekas2 isteri dan anak2nya yg tinggal bersama bekas isterinya.
    sudah lama suamiku tidak menemui anak2nya sebb perceraian, dan juga sikap bekas isterinya yg banyak menghina suamiku.
    anak2nya menjadi malu kerana papanya seorg pemandu teksi..
    Dan mungkin mereka akan rasa cemburu kerana suamiku telah menikahi aku..
    Dan, tahun ini, aku memberi peluang utk mereka bertemu tanpa aku.Dan, memang benar, mereka datang, beraya, aku tidak mahu menuduh sesiapa yg bagitahu bahawa aku tidak ada di hariraya pertama ini, .biar mereka lebih selesa bermesra, seandainya aku ada bersama, tentulah mereka akan rasa akulah perampas papa mereka, terutama wang ringgit, walaupun mereka tidak pernah tahu susah payah papanya, akulah yg banyak menolong..
    biarlah..biarlah apa yg mereka sangkakan kepadaku, asalkan aku di pihak yg benar.
    apa salahku, kerana aku berkahwin dgn papanya setelah lama mereka bercerai.
    mungkin mereka sangka akulah, sb itu papa mereka tidak mampu menyara wang persekolahan mereka. Padahal aku terpaksa mencari wang untuk diriku sendiri sehingga kepenatan yg teramat..
    mereka tidak pernah tahu, tanpa aku disisi papanya, papanya tidak akan seperti itu, dan siapalah selama ini yg membantu papanya supaya dapat mencukupkan wang permintaan mereka dalam pelbagai cara..
    akulah perempuan itu, yg selalu bersusah payah demi kebahagiaan org lain..
    sewaktu papa mereka didalam kesusahan dan keseorgan tanpa ada apa2, akulah di sampingnya..adakah mereka sedar, siapakah aku ketika itu, siapakah yg membangunkan papa mereka semula sehingga hari ini..
    tetapi mereka seolah membenci aku..tidak mahu bertemu akupun..
    aku sedar siapa diriku, namun aku benar2 kecewa kerana aku selalu di tempat yg paling rendah dan tidak di pedulikan..
    mereka tidak pernah tahu dan tidak pernah nampak pengorbananku..
    aku tahu dan sedar, aku terpaksa banyak beralah dan redha dgn apa yg di uji Allah, sedikit perhatian daripada suami sudah cukup buatku utk meneruskan penghidupan yg penuh duri ini..
    tidak tertelan rasanya.. mungkin ini semua ada hikmah buatku di masa yg akan datang..
    aku sering berdoa kepada allah, semoga suamiku gembira dgn kehadiran anak2nya kembali. Biarkanlah aku sendiri, dan sekiranya suamiku ada sedikit ruang buatku, cukuplah..
    aku tidak mahu menjadi manusia yg tamakkan wang atau kasihsayang..cukuplah apa yg aku miliki.
    lagipun, sampai bilalah lagi usia kita di dunia ini..
    aku tidak mahu menyusahkan sesiapa..
    biarlah aku mencari kebahagiaan hatiku sendiri tanpa memikirkan
    hal2 mereka semua..
    aku tahu tanggungjawab suamiku sangat banyak..
    masih ada 2 org anak tiriku yg masih memerlukan wang persekolahan yg banyak..
    dan aku semistinya tidak dapat meminta apa2 daripada suamiku,
    sebb itulah aku lebih suka utk menyendiri supaya aku dapat merehatkan mindaku sekurang2nya aku tidak menambah satu lagi kesakitan..
    aku akan cuba sedaya upaya ku berdikari..

No comments: