Saturday 1 September 2012

Cabaran dan dugaan


  • ‎~Tepat pukul 8.30 pagi, aku org pertama yang sampai di pusat peperiksaan itu.
    "minta i/c,.." kata kerani lelaki muda..
    Kerani itu memasukkan kad pengenalanku kedalam alat scanner.
    Kerani lelaki itu berkata "eh, tak ada pun nama akak kat dalam ni?, akak belum daftar lagi ini...".
    "Aduhai, sudah.. apalah sekolah memandu tu, katanya suruh aku terus saja kesini, tetapi masih belum daftar pulak. dari hari jumaat lagi aku pergi booking nak test hari ini, hah, kacau.." membebelku dalam hati.
    "tak apa akak telepon pejabat tu dahulu ya?..tunggu disana sekejap.." kata kerani itu. Ada seorg perempuan india muda datang selepas aku. Dia sudah pun di daftarkan tetapi dari sekolah lain.
    Aku cuba telepon berkali2 di pejabat sekolah memandu tersebut, tetapi hampa, tiada kerani pun yang angkat.
    "macamna kak, dah dapat?..tanya kerani itu kepadaku.
    "belum lagi, pejabat belum buka kot..sebab tak ada siapapun yang angkat, saya dah telepon banyak kali ni.." kataku yang dah mula geram.
    tiba2 perutku meragam, macam nak buang air pulak rasanya.
    "aduh, masa2 macamni pulak dia nak buang air...kacau betullah.." rungutku ..
    aku menuju kebilik air kat belakang, aku buka pintu bilik air itu, ke selak pintu bilik air itu dgn sebatang garfu...hahhaaaa, ketawaku dalam hati, berjimat sampai camni sekali ker pejabat ni?, detikku lagi, bila kulihat, alahai jamban ni, tidak selesa langsung, nasib baiklah bersih, nasib baik aku org pertama yang guna tandas itu pagi ini.
    Baldi tak ada, getah pun tak ada..aduh..macamana ni aku nak buang air sangat2 ni..rungut hati kecilku lagi..
    dalam singki ada satu botol air mineral saiz 2 litter yang telah di kerat bahagian muncungnya, menjadikan cebuk..
    Betapa aku merasakan di kota besar ini lebih teruk daripada tandas di kampung layaknya.
    "aduh, memulasnya perutku, dah tak tahan lagi..." apa lagi, aku terpaksalah menggunakan juga tandas tersebut, dgn cermat dan berhati2.
    Apa2 pun lega juga sebb dapat melepaskan hajat ku di pagi hari. Padahal bukan selalu aku begini, agaknya aku ini gementar agaknya. perut pun menjadi kecut. aku tersenyum sendirian.
    Aku keluar semula dan menalipon lagi pejabat sekolah memandu itu, namun tidak berjawab juga.
    "tak apalah biar saya ke sekolah memandu itu dulu ya?," kataku kepada kerani tersebut.
    "abang, abang kat mana tu?..tanyaku kepada suamiku, dia hanya tinggalkan aku di situ, dan dia mencari penumpang sambil2 menunggu aku siap test.
    "dah siap ker", tanya suamiku.
    "taklah bang, kita pergi jer kat sekolah memandu tu semula, leceh betullah, telepon pun tak di jawab, mari kita pergi tengok, sekolah memandu tu, terbakar ker apa bang?..kataku marah.
    "yalah..tunggu ya?, 5 minit lagi abang sampai", kata suamiku.
    "abang jika mereka belum daftar lagi, mas book hari khamislah ya bang, lagi pun mas memang belum bersedia lagi..buku pun belum habis baca.."kataku.
    "tak apalah kalau mas kata camtu, abang nampak pun mas belum bersedia, sebulan ramadan dahlah tidak ada masa nak baca buku, pastu raya pulak,...terserah maslah.." kata suamiku.
    Dengan hati yang panas, aku masuk ke pejabat sekolah memandu tersebut, jarak sekolah memandu dgn tempat ujian kira2 5 minit perjalanan saja. nasib baik dekat, tetapi sebenarnya sekolah memandu itu menyediakan pengangkutan jika hendak pergi test.
    tapi aku saja, macam org kaya naik teksi.
    "Selamat pagi!!"Sambil kontrol marahku beri ucapan kepada seorg kerani lelaki India. mana pulak kerani perempuan India tu, patutlah, kerani tu belum datang rupanya, bisik hati kecilku.
    "encik, saya di suruh pergi terus ke pejabat itu utk test ujian berkomputer, tetapi nama saya tidak di daftarkan kenapa?..hari jumaat saya dah booking utk hari ini" tanyaku dgn nada perlahan.
    "pagi ini kerani itu belum datang lagi, sabtu dan ahad pejabat itu tutup, tidak boleh daftar. jadi hari ini lah kena daftar.." kata kerani tersebut.
    "tak apalah saya tunda ke hari khamislah, saya pun dah tak ada mood nak test hari ini.." kataku.
    "ini dah daftar...", kata seorg kerani perempuan melayu.
    "aik, bila daftar?, tadi kata belum daftar?..tanyaku kehairanan.
    "baru kejap saya tolong daftarkan.." kata kerani itu.
    Rupa2nya dia rasa bersalah, dan cuba daftar namaku semasa aku sedang bercakap dgn kerani lelaki india itu.
    "apa?..hiiii geramnya.....saya rasa macam nak cekik2...jer,.."kataku sambil berseloroh dan tersenyum kepada kerani wanita itu.
    "dah lah saya strees ni, hurmm, baik saya tarik nafas dan hembus nafas,,," kataku dan melakukan perbuatan itu..
    "janganlah stress2 kak rilex ya?.."kata kerani lelaki india itu kpd ku sambil tersenyum.
    "hah, siapa nak bayar duit teksi saya pergi balik ini?.." tanyaku.
    "tak apa kak biar saya hantar", kata kerani itu lagi.
    "tak apalah encik saya ada teksi, tgh tunggu tu..terima kasih encik..."kataku sambil keluar pejabat dgn sebuah jelingan kepada mereka berdua.

No comments: