Sunday 30 December 2012

Choose download type

Masa menunggu:
20
saat
Muat turun percuma

Monday 24 December 2012

Isteri ku yg terakhir, plot


Isteriku Yang Terakhir
 “Sayang, 23hb. December ini, adalah hari ulangtahun perkahwinan kita yang ke 4. Terima kasih sayang kerana telah sudi menjadi isteri abang. Abang sungguh berasa aman dan bahagia disisi Indah”
Lokman tidak pernah lupa tarikh hari ulangtahun perkahwinannya dengan Indah, anak dara tua yang hidup sebatang kara. Sebelum sempat Indah berumah tangga, dia sudah kehilangan ayah dan ibunya. Arwah ayahnya meninggal kerana serangan jantung, manakala ibunya meninggal kerana sakit tua. Pada masa itu, Indah bekerja sebagai pembantu taska. Wajah Indah tidaklah seindah namanya. Tetapi luhur budi seorang yang bernama Indah itu cukup sempurna buat menambat hati Lokman.
“Indah pun sangat bahagia di samping abang. Semoga jodoh kita berkekalan”
Pasir pantai di Pantai Bersih itu bersinar di simbahi cahaya bulan yang terang benderang. Kelihatan ramai kaki-kaki pancing sedang menunggu umpan mereka diragut ikan. Pernah juga Lokman mengajak Indah memancing di tepi Pantai Bersih itu, dengan menggunakan joran  yang di ikat kail tiga mata.
“Hahaha... abang dapat tiga bintang!”
Kesemua mata kail itu terlekat tapak Sulaiman. Sejak itu Lokman serik untuk memancing lagi di situ. Cuma pada malam itu, Lokman cuba mengingatkan kembali saat-saat manis semasa dia berkenalan dengan Indah dan sering bertemu di Pantai Bersih. Bayu laut yang dingin itu menyengat ke kulit mereka berdua. Lokman menanggalkan sweaternya dan menyelimuti bahu Indah dengan penuh kasih mesra. Indah menyandarkan kepalanya di dada Lokman, terasa benar kehangatan cinta Lokman terhadapnya.
“Terima kasih abang, Indah bertuah sebab dapat memiliki hati abang, walaupun Indah terpaksa menunggu lama”
Lokman memandang tepat ke dalam mata Indah. Renungan mata Lokman membuatkan hati Indah berdebar-debar. Cinta dan kasihnya sentiasa segar dan mewangi. Indah menghadiahkan senyuman yang paling manis untuk suaminya di gigi Pantai Bersih itu. Mereka berdua hanyut menikmati panah asmara cinta sejati. Pemandangan cahaya lampu di Pulau Pinang di seberang lautan itu sungguh cantik sekali. Ada beberapa buah kapal menghiasi lautan malam. Kapal pelancung menyimbahkan cahaya lampu yang bergemerlapan di kejauhan, berkerdipan dan sungguh mempesonakan. Cuaca malam itu begitu damai, dengan desiran ombak yang perlahan bagaikan irama jazz yang romantik. Mengulit keterujaan pasangan suami isteri itu, di dalam kedamaian cinta yang terpaut rapat; bersaksikan berjuta bintang yang bersinar-sinar di permukaan langit.
“Jom kita balik, nanti demam pulak berembun di tengah-tengah malam begini”
Lokman memapah Indah dengan berhati-hati. Pasir pantai yang lembut itu meninggalkan nostalgia buat mereka berdua. Mereka berjalan seiringan menuju ke kereta. Hotel tanpa bintang itu di tuju, yang terletak di Bagan Luar, Butterworth. Sedari petang tadi mereka telah menempah bilik di hotel itu untuk bermalam. Mereka berdua datang ke Butterworth kerana untuk menjemput ibu Lokman yang datang ke rumah adik-beradiknya kerana urusan harta pusaka selama dua minggu yang lalu.
“Indah, perlahankan sedikit pendingin udara tu, sejuk sangat ni, abang tak tahan” kata Lokman dengan dagunya bergetar-getar menahan kesejukan setelah keluar daripada bilik air.
“Baiklah bang”
Lokman mulai merebahkan badannya ke atas tilam empuk di bilik hotel itu. Ditariknya selimut yang tebal itu menutupi badannya. Dia tidak mampu untuk menyewa bilik hotel yang bertaraf lima bintang, siap dengan sarapan dan buffet. Cukuplah untuk mereka berdua menghabiskan masa dan berbual-bual bersama. Lokman hanya bekerja sebagai pemandu peribadi kepada keluarga dato’ Azman di Kuala Lumpur. Kerja Lokman tidak tentu masa, jarang sekali mendapat cuti. Lokman masih mempunyai anak-anak untuk diberi nafkah dan perbelanjaan pelajaran mereka. Indah akan menghabiskan masanya dengan menulis blog untuk menghilangkan rasa sunyinya apabila ditinggalkan suaminya seharian.
Lokman merapatkan mukanya ke dada Indah lalu memeluknya. Ada air jernih yang mengalir di hujung kelopak matanya. Lokman sungguh terharu. Indah tahu perasaan Lokman yang selama ini begitu kecewa dengan setiap kegagalannya di dalam perkahwinannya yang terdahulu. Sepatutnya Lokman sudah hidup senang lenang dan tidak perlu lagi untuk dia bekerja keras seperti sekarang ini. Kadang-kadang Lokman akan mengadu belikatnya sakit-sakit dan lenguh kerana terlalu lama memandu kereta.

Thursday 20 December 2012

diari seorang menantu sebelum edit.

petikan daripada eNovel; DIARI SEORANG MENANTU 

Hari ini 21/12/12

Aku turun ke dapur untuk menolong ibu meruaku memasak.

"Lapaq oo..lapaq" kata emak mertuaku, dia selalu begitu, kalau lapar, dia akan ulang-ulang. Kalau ibu kandungku dengar aku berkata begitu, pasti dia akan memarahi aku,

"Kita ni org Islam mana boleh kata lapar-lapar macam tu, istighfar sajalah di dalam hati dan berusahalah menyediakan makanan, jika kita kata begitu, maknanya kita telah menyeru syaitan, sebab syaitan sahaja yang akan berkata begitu"

Aku diam saja biarkanlah jika itu tabiat emak mertuaku, itu pun aku telah menegurnya sedikit masa dulu, jika dia masih ulang lagi, itu sudah lepas dari bidang kuasaku lagi.

"Mari kita makan nasi lemak dulu"

Kata emak mertuaku, yang kebetulan nasi lemak masih ada 2 bungkus, baru sahaja suamiku membawanya pulang sebentar tadi.

"Baiklah mak"

Sebaik sahaja aku sedang menikmati keenakan nasi lemak itu, emak mertuaku pun berkata;

"Roshidah nak pergi Terengganu hari ni, Roslan pulak nak pergi Singapura dengan Shamsiah dan anak-anaknya"

Seleraku tiba-tiba mati disaat itu juga. Terasa benar-benar sakit hati, bukan fasal cemburukan ipar duaiku, tetapi bengang dengan sikap mak mertuaku yang tidak habis-habis untuk mengulang-ulang atau pmenyebut-nyebut perihal dan rutin anak-anak menantunya yang lain di hadapan ku, Untuk apa semua itu? Untuk apa?
Aku berhenti menyuap nasi lemak itu dan memandang tepat ke dalam anak matanya, lalu aku cekalkan juga hati akau bersuara apa yang selama ini aku pendamkan. Inilah masanya!

"Mak, saya nak tanya sikit ni"

Mak mertua ku berhenti berkata setelah aku cepat-cepat memotong jalan ceritanya tadi. Dia memandangku dengan wajah yang serba tak kena.

"Mak, kenapa apabila hal-hal anak menantu mak yang lain mak boleh ingat mereka sedang buat apa pada masa ini? Sedangkan saya, pergi mesyuarat setiap haris elasa pun mak tak ingat?" soalku dengan agak keras dan rasa kecewa.

"Tak tahu"

Itu saja yang dia jawab. Nampak sangat! Air mataku terasa mahu menitik ke lantai. Aku mengekangnya agar tidak ketara.

"Biar saya jawab...Sebab, saya ni kecik di mata mak, saya ni tidak berpangkat, tidak ada rumah seperti mereka, saya ni hari-hari ada di hadapan mak, sebab itu apa yang saya cakap, apa yang saya buat, mak tak pernah nak ambil tahu dan ingat"

"Jangan cakap lagu tu, jangan ingat apa-apa, mak tak suka"

"Ya, mak memanglah boleh cakap yang mak ni tak suka, tapi saya ni ada perasaan mak, apa yang mak buat saya selalu berkecil hati mak, cuba mak duduk di tempat saya, apa yang mak akan rasa"

MUka emak mertuaku kelat dan pucat.

"Ni, tengah depan rezeki ni, tak baik cakap lagu tu"

"Mak boleh lah cakap, kalau saya ungkit masa tu, masa ada tulang daging korban tu, apa mak buat pada saya? mak ketegaq, satu periuk bihoon sup saya kena buang kat longkang, lepas tu mak boleh cakap pada saya, ha, lain kali jangan dok masak apa-apa, meehon sup ka, apa-apa sup ka, hancur luluh hati saya ni mak!"

Aku meluahkan persaan ku cukup-cukup.

"Mak tak pernah kata lagu tu aih"

"Ya, setiap kali apa yang mak cakap pada saya, saya tidak pernah lupa mak, saya ni menumpang, saya sedar diri siapa saya mak, saya cuma ada adik beradik 3 orang saja lagi, yang saya harap cuma abang saja suami saya, yang faham saya, orang lain semua faham kah?"

"Jangan cakap lagu tu, jangan cakap hina, orang tak peduli"

"Ya, mak boleh cakap macamtu sebab mak tak pernah rasa apa yang saya rasa, dan mak tidak pernah ingat apa yang pernah mak cakap kepada saya, sebab tu saya diam saja dan dah tahu, mak takan ingat dan tidak akan mengaku apa saja yang telah mak buat pada saya, sehingga saya berkecil hati. Saya tidak suka bercakap di belakang mak, apa yang saya tersinggung saya akan cakap atau saya akan berdiam diri. Saya dah anggap mak ini seorang yang pelupa, tapi saya tidak mak, setiap apa yang orang cakap dan buat pada saya, saya tidak akan lupa sampai bila-bila mak"

Ibu mertuaku diam tanpa kata. Aku mencuci tanganku dan berlari naik kebilik. Aku menangis semahu-mahunya.

Saturday 8 December 2012

diari seorang menantu bab terakir sebelum edit, sila ke blog enovel diari seorang menantu.

Diari Seorang Menantu Bab terakhir.

9/12/12
Maya Sara Membuka matanya di subuh hari yang dingin ini.
Hujan nan deras menggamit matanya melihat bantal yang baru tadi ditinggalkan oleh kepalanya.
Maya Sara gagahi juga melangkah menuju ke bilik air untuk berwudu'
Setelah sembahyang subuh, Maya Sara pun memanjatkan doa kehadrat Ilahi dangan menadah kedua2 belah tangannya yang terbuka luas itu setingg
i dadanya.

"Ya, Allah ya Tuhanku, kau ampunilah dosaku, dosa-dosa suamiku, dosa-dosa anak-anakku, dan dosa-dosa kedua ibu bapaku. Letakkanlah mereka ke dalam syurgaMu Ya, Allah.
Ya Allah Ya Somad, Kau ampunilah juga seluruh umat muslimin dan muslimat sekaliannya.
Ya, Allah Ya Latif, Kau bukakanlah pintu hatiku ini, supaya melihat yang baik-baik belaka, sesungguhnya yang tidak baik itu adalah bisikan syaitan yang direjam.
Ya, Allah Ya, Qayyum ,Yang Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani, Kau berilah aku kekuatan dan kesabaran. Kau jadikanlah aku selembut-lembut wanita dan sebaik-baik ucapanku.
Ya Allah Ya Wajiid, Kau berkatilah usia ibu mertuaku, sesungguhnya dia adalah sebaik-baik ibu mertua. Sesungguhnya aku bersyukur kepadamu Ya, Allah kerana telah menganugerahkan aku seorang suami dan seorang ibu mertua yang sangat mulia hati dan budinya. Seorang suami yang baik dan penyayang terhadapku.
Ya Allah Ya Razzaq, Kau berilah kepadaku, kepada seluruh keluargaku dan semua muslimin dan muslimat, rezeki yang melimpah ruah, agar dapat hambamu ini pergi menunaikan Fardu Haji ke Baitullah.
Ya Rahman Ya, Rahim, Kau tiupkanlah perasaan kasih sayang di dalam seluruh keluarga kami supaya kami di dalam keadaan yang berkasih sayang dan saling bantu membantu.
Solawat dan Salam kepada Junjungan Mulia Nabi Muhammad (SAW) serta para isteri-isteri baginda, sahabat-sahabat baginda serta seluruh kaum muslimin dan muslimat sekaliannya, Aamiiin Ya Rabbal Alamin..

Maya Saya meraut mukanya yang telah basah dengan deraian air mata itu perlahan-lahan. Maya Sara mulai menginsafi dirinya. Dia merasakan dia berada nun jauh di tempat yang sangat tinggi. Keluarganya dari keturunan orang yang baik-baik, berpangkat dan berdarjat. Ibu mertuanya juga seoarng yang pemurah dan tidak pernah lokek di dalam makan minum kepada anak cucunya.
senentiasa taat dan tekun melakukan kerja-kerja di dapur walaupun sudah berusia tanpa rehat. Sangat teliti dan senentiasa menjaga persikataran supaya bersih dan sempurna.
Dialah ibu mertua yang satu di dalam sejuta.
Maya Sara patut benar bersyukur. Maya Saya patut benar memohon ampun kepada ibu mertuanya.

Maya Sara mulai sedar, kerukunan rumah tangga dan hilai ketawa. Kecerian di dalam keluarga baru Maya Sara itu telah direntap oleh bisikan syaitan durjana, yang senentiasa suka memporak perandakan silatulrahim.
Maya Sara mulai bermuhasabah. Walau apa pun yang telah terjadi itu diredhainya. Maya Sara berjanji pada dirinya dan kepada Allah, dia akan senentiasa melakukan sesuatu kerana Allah. Menjalankan tanggunjawabnya kerana Allah. Redha dan memaafkan. Bersyukur dan menerima seadanya.

Maya Sara tidak sabar lagi untuk menunggu kepulangan ibu mertuanya, semoga di tahun baru ini, Maya Sara akan lebih terbuka dalam segala hal. Lebih menghargai masa berkualiti bersama keluarganya. Riang seperti dahulu. Tidak perlu terlalu merendah diri dan berburuk sangka.
Ya! Maya Sara akan senentiasa hadir di dalam perjumpaan keluarganya. Maya Sara tidak mahu merajuk lagi. Maya Sara tidak perlu mengharapkan pujian dan sanjungan daripada sesiapa, tetapi kerana Allah Azzawajalla. Kerana Allah Subhanahu wataalla, Dia Yang maha Kaya tidak akan pernah lupa kepada janjiNya itu.

Kesilapan pada diri Maya Sara sudah jelas bermain di mata hati dan di sudut kalbunya. Maya Sara akan melengkapkan senjata yang baru saja diasahnya untuk membunuh Syaitan yang durjana itu dengan ayat-ayat suci Al-Quranul Qarim seta zikir-zikir penghapus duka.

Air mata kekesalan yang merugikan masanya selama ini dikekangnya, bersama seribu perasaan penyesalan itu, pasti akan sirna dimamah doa.

Wahai anak-anakku dan saudara-saudaraku sekalian...
Sesungguhnya Syaitanlah yang paling DURJANA!. Perosak rumah tangga. Dan perangilah syaitan setiap saat, kerana dia senentiasa beranak pinak setiap detik berkali-kali ganda, dia senentiasa berada di mana-mana. Senyumlah, setiap kali bersua dengan kaum keluargamu yang tersayang, kerana keluargalah segala-galanya di dalam hidupmu. Dengan senyuman itulah akan membunuh berjuta syaitan yang berada di sekelilingmu wahai anak-anakku.

Wassalam.

Maya Sara menutup dairinya yang paling berharga itu dan akan di simpannya sebaik-baik mungkin, semoga ianya akan menjadi pengajaran buat semua yang menjumpainya sesudah dia pergi menyahut panggilan Ilahi.

Wednesday 28 November 2012

diary seorang menantu bahagian 2



[[Diari seorang menantu;
6/12/12

Maya Saya sudah lama bersabar.
Maya Sara sudah lama berbuat baik, cuba menjadi seorang ieteri, seorang menantu dan seorang ibu tiri yang baik.

Pagi-pagi lagi sebelum anak tirinya yang sulung pergi kerja, dia sudah siapkan sarapan dan teh 'O' kegemaran anak tirinya.

"Mari sarapan dulu, teh pun dah siap"
Anak tirinya hanya diam menbisu. Hati ibu tiri mana yang tidak terluka.
Seolah-olah apa yang di buat di rumah ini, tidak ada pun yang berkenan di mata mereka. Kenapa?, sering Maya Sara bertanya di dalam hatinya.

Air matanya sentiasa tergenang setiap hari. Tidak ada siapa yang tahu. Tidak ada siapa yang tahu keadaan Maya Sara sebenarnya.

Siapa lagi hendak dia bercerita, hanya di dalam sebuah diari ini.
Diari yang sedang kita baca ini.

Sampai bila harus Maya Sara bersabar. Memang ujian ini terlalu kecil untuk di bandingkan. Terlalu kecil buat Maya Sara, tetapi jika setiap hari? Maya Sara sangka dia boleh merehatkan mindanya apabila emak mertuanya tiada dua minggu ini, tetapi bertambah keruh pula jadinya.

Adakah Maya Saya sepatutnya sentiasa melayan terus-terusan begitu? kutip setiap kali cawan atau pekakas yang telah digunakan anak tirinya yang bersepah di mana-mana?. Angkat kain baju yang anak tirinya sidai di balcony? Kemas segala kain pelikat, tuala, jeans yang tersangkut di meja makan di ruang tamu? Sapu habuk rokok yang bersepah di merata-rata?

Tetapi apa yang dibuat cucu kesayangannya ada siapa berani tegur? Pandailah dia akan berkemas setelah tiba hari kepulangan neneknya nanti.

Dengarnya cucu kesayangannya itu akan pergi menjemput neneknya ke sana. Maya Sara akan bertegas pada dirinya. Dia akan menjadi dirinya. Tentu cucunya akan mengumpat keburukannya.
Mungkin cucunya ada agenda lain untuk rumah ini.
Mungkin dia mahu bernikah dan ingin duduk di sini?
Mungkin dia tidak mahu adanya Maya Sara? Manalah kita tahu.
Kalau tidak, kenapa Maya Sara di pandang seperti musuh? Apa salah Maya Sara terhadapnya?

Mungkin juga benar sebagai kata pepatah, Kapak tak boleh membelah kayu kalau bukan kayu pula yang menjadi hulunya.]]






[[Diari seorang menantu;
6/12/12

Dua tiga hari ini, Maya Sara rasa benar-benar malas.
Rasa tersinggung yang amat sangat.
Semalam Maya Sara telah memasak nasi goreng untuk sarapan pagi, tidak ada siapa yang makan.

Apabila Petang pula Maya Sara memasak kari ayam untuk dicecah dengan roti jala, Suami Maya Sara sorang saja yang menjamahnya. 

Pada Malam hari, Maya Sara sudah malas untuk memasak nasi.
Suaminya akan lambat balik, sampai jam 3.00 pagi selalunya, tidak mungkin dia akan makan malam lagi.
Anak tiri yang kecil tu sudah tidur dari petang.
Dia suka berjaga sebelah malam kerana bermain komputer game.

Anak tirinya yang sulung tu, yang sudah hendak mencecah 40 tahun, mencuka tidak tentu hala.
Langsung tidak akan menjamahnya. Kalau dulu, masakan Maya Saralah yang di tunggunya.

Maya Sara menjadi malas untuk turun ke dapur, di biarkan saja.
Biarlah!

Maya Sara mengunci pintu biliknya. Setelah menggosok baju kerja suaminya, Maya Sara berkurung sehingga pagi.

Ya, Allah! Maya Sara terlupa untuk buang sampah ke dalam tong sampah di belakang rumah.
Ulat sudah memutih dilantai dapur.

Maya Sara tidak turun cepat ke dapur kerana anak tirinya sudah berumah tangga di ruang tamu semenjak neneknya tidak ada.
Maya Sara jadi bercinta untuk turun ke dapur, meluat untuk melihat muka anak tirinya yang tua itu bagai tunggul dihias, perangainya pula menyakitkan hati. Setelah dia keluar pergi kerja, barulah Maya Sara akan turun ke dapur.

Kalau emak mertuanya ada, sampah dalam tong, akan cepat penuh, ini tiga hari pun sampah tidak penuh-penuh, manalah Maya Sara perasan. Lagipun masa sekarang ini terlalu cepat berlalu.
Orang lain, tidak akan ambil berat tentang hal sampah di dapur, itu sudah menjadi tugas Maya Sara selama ini.

Habislah Maya Sara akan menjadi bahan umpatan keji.
Kalau terdengar apa-apa nanti Maya Sara akan mengaku yang dia adalah seorang menantu yang pemalas. Habis cerita!]]




[[Diari seorang menantu:

Hari ini, 4hb Dec. 20012.

Hari ini Maya Sara menelefon suaminya supaya membeli lauk pauk.
Dia tidak mahu memasak hari ini, banyak kerja yang hendak dibereskannya. tetapi terasa cepat benar masa berlalu, tidak sampai satu minggu lagi, mak mertuanya akan balik ke rumah.
Banyak perkara lagi yang belum selesai.

Anak tiri sulungnya, memang tidak beradap, apalagi untuk menghormatinya sebagai seorang ibu. Maya Sara tidak kesah pun jika dia tidak peramah, tetapi kalau ada hal penting tu, apa salahnya bercakap sepatah dua, ini tidak, muncung saja 24 jam.

Maya Sara masih bersabar juga. Setiap kali setelah nasi terhidang, Maya Sara tidak pernah lupa untuk mempelawa anak tirinya makan, tetapi tidak sepatah pun berjawab.
Maya Sara masih juga bersabar.

Suami Maya Sara telah membeli lauk pauk kesukaan anak bongsunya. Banyak sekali, sampai penuh meja, tetapi berbaloi, sebab harganya cuma semurah Rm 30.00.

Semalam, Maya Sara ada berkata kepada anak tiri sulungnya
"Kalau Asri nak basuh baju, letaklah ke dalam mesin basuh, nanti makcik mesenkan dan sidaikan. Asri buat-buat tidak dengar dan bersahaja. Tidak apa. Maya Sara masih bersabar.
Kalau tidak silap Asri ada mencuci bajunya kelmarin, tetapi Maya Sara tidak nampak dia sidai di mana dan Asri pun tidak berpesan supaya mengangkat baju di ampaian. Kalau apaian di balcony itu di heretnya ke tengah, baju-bajunya tidak akan terkena tempias. kalau tidak mesti basah lencun. Dia tidak boleh salahkan Maya Sara, dia yang tidak mahu bertegur sapa dengan Maya Sara, apa sebabnya, Maya Sara pun tidak tahu.

Tadi, pukul 5. 30 petang ketika Asri balik dari kerja, hujan tengah lebat turun, dia pergi kerja menggunakan motor suami Maya Sara. Kereta besarnya hanya di simpannya di bawah garaj.
Jika neneknya ada di dapur, dia akan memanggil neneknya dengan mesra dan neneknya akan membuka pintu pagar belakang dapur, kerana motor itu hendaklah di simpan di situ.
Berdentum dentam bunyi pagar besi dapur berserta bunyi degusan kuat keluar daripada mulut Asri. membebel sendirian. Adik tirinya yang berada di bilik belakang pun tidak menolongnya membuka pintu belakang agaknya. Sebab itu dia marah benar. Biarkan dia...

Pernah beberapa kali Maya Sara menolongnya membuka pintu belakang apabila Asri pulang dari kerja, tetapi apa yang Maya Sara dapat, hanyalah sakit hati. Begitu juga si kecil itu pun sama perangainya. Maya Sara peduli apa, jika begitulah sikap mereka, biarkan sajalah, asalkan dia tidak mengganggu tugas-tugas Maya Sara, itu sudah cukup bagus.]]




[[29/11/12
Maya Sarah membuka matanya seawal pagi setelah mendengar kicauan burung di tepi jendela.
Alhamdulillah, masih lagi di pinjamkan Allah, nyawanya pagi ini.
Dibukanya selak pintu biliknya, lampu di ruang atas, masih bernyala, tingkap masih tertutup.
Television masih terpasang di ruang tamu.
'Aih, anak tiriku masih belum bangunkah? Selalunya di waktu begini di
a sudahpun bersiap untuk pergi kerja' detik hati Maya Sarah.

Maya Sarah, menjengok ke bawah, masih nampak hujung kaki anak tirinya berselimut, kaku. Dia tidur di ruang tamu kerana pendingin udara di dalam biliknya rosak.

Setelah semuanya siap, Maya Sarah turun ke dapur. Maya Sarah bukan suka bersarapan, padanya cukuplah hanya secawan nesvita.
Apa pula kata anak tirinya nanti, jika dia tidak membuat sarapan. Sikap anak tiri sulungnya itu sudah lain benar sekarang. Jika dahulu setiap masakannya sangat di sukainya, walaupun perangainya yang pendiam itu. Tetapi sekarang ini, setiap kali melihat ibu tirinya itu, matanya di renungnya bagaikan hendak menelannya, seolah-olah ada kesalahan besar yang pernah ibu tirinya lakukan. Apa dia? Apa kesalahan Maya Sarah? Sehinggakan lain benar sikapnya terhadap ibu tirinya itu?

Maya Sarah hanya diam. Buat-buat tidak tahu dengan sikap biadab anak tirinya itu. Dia membersihkan kailan dan di potongnya kecil-kecil, kerana sayur sawi sudah habis. Lantaklah, kailan pun kailanlah asalkan ada sayur hijau. Dua pek, Maggi perisa kari , direndam dengan air sejuk. Bawang merah dan bawang putih dimayang. 5 biji cili padi diketuk-ketuk dengan alu batu lesung.

Bila minyak di dalam kuali sudah panas, ditumisnya cilipadi, bawang merah dan bawang putih hingga wangi, sayur dimasukkan bersama serbuk Maggi perasa kari tersebut. Bau tumisan itu menyusuk hidung anak tirinya.

Achuum!!!
Anak tirinya pun bangun dari tidurnya pergi ke dapur lalu mencuci mukanya.

" Asri, makcik dah bancuh teh 'O' dan maggi goreng pun dah masak ni"

Dia hanya diam tidak berkata apa-apa. Bertuah punya anak tiri!
Biarkanlah. Walaupun sakit hatinya, dia redha sahaja.

Setelah mencuci bekas yang anak tirinya guna malam tadi, Maya Sarah membancuh segelas nevita, lalu menaiki anak tangga menuju ke tingkat atas.

Kain satu bakul hendak disidainya di balcony, dapat menjengok Betto dan Betty, apa khabar mereka agaknya.

"Wah! Ada kawan-kawan bertandang rupanya, najis burung bertaburan di lantai simen balcony itu. Sengaja Maya Sara membiarkan bijirin makanan burung di atas sangkar itu. Biar Betty dan Betto gembira dikunjungi kawan-kawannya.

Sesudah menyidai baju, Maya Sarah bermain-main dengan Betty dan betto, Kertas alas najis burung itu ditukarnya dan diganti dengan surat khabar lama yang bersih. Lantai semen balcony itu disapu.

Setelah itu Maya Sarah mengucapkan selamat tinggal kepada burung kesayangannya itu, lalu masuk kebiliknya. Setelah pukul 12.00 tengahari, Maya Sarah turun ke dapur, dilihatnya ada bekas untuk memasak telur separuh masak, gelas bekas bancuhan nestum dan mangkuk kecil sisa, telur separuh masak yang telah habis dimakan oleh anak tirinya, dibiarkannya berselerak di atas meja. Memang dia selalu begitu. Jika ada emak mertua Maya sarah, orang tua itulah yang akan membasuhnya setiap hari. Sarapan dimasaknya tadi tidak disentuh oleh anak tirinya. Tidak apa, asalkan dia telah pun menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu tiri.

Walaupun hati pedih, Maya Sarah membiarkannya saja berlalu, bagai angin yang disedutnya tanpa henti, jika mahu meneruskan lagi kehidupan ini. Dia mengambil sepiring maggi goreng itu, lalu pergi ke ruang tamu dan menonton astro. Syurga yang diimpikan, masih tidak juga dirasakannya. Mana-mana pun tidak gembira. Sabar sahajalah!
Sebagai manusia biasa sentiasa ada ujian dan setiap kesabaran itu tidak ada hadnya.]]


[[~Kenapa sesetengah orang tidak pernah menilai sesuatu itu seperti melihat satu titik merah di atas sehelai kain putih?
Atau selalu memilih cawan yang cantik untuk di minum, padahal hanya sekadar air masak putih?
~Ramai orang menilai dari rupa paras dan kebendaan sehinggakan melupakan ada hati-hati yang terhiris...]]

[[Pukul 5 petang rabu 28/11/12
~Assalamualaikum..
kami dah sampai di Bagan Belat..
baru saja sampai ni...
penat lagi...Allah....
Bilik semua full, ramai ada anak cucu.
Mas dah makan?"

"Belum..hari ini tak masak, makan laksa goreng je, kalau lapar nanti makan maggi"

"Makan maggi...kesiannya.."
"Oklah, bye...." suamiku pun mematikan talian telefonnya sebaik sahaja aku mendengar suara anak tiriku.]]

Friday 9 November 2012

Cerita pendek;

[[~Anak tiri Maya Sara itu sangat mengada2 , menggeletek-geletek bagai bara bilah.Menggelinjang bagai kambing berulat. Tak pernah pula duduk diam, menggeletik-geletik bagai ulat nangka. Sakit otak di buatnya, setiap kali dia berada di rumah ini ketika setiap kali cuti sekolah.]]

"Tidak Hinanya besi kerana karat, hinanya manusia kerana merempat"

[[Diary seorang menantu.
Selasa 27/11/12.

~Setiap hari selasa aku akan ke Selayang kerana ada meeting AIM.
kira-kira pukul 1 tghari aku balik ke rumah semula. Ku lihat dia sudah pun memasak seperiuk parpu telor.

Hari ini aku cuma masak kailan ikan masin sahaja kerana lauk semalam masih banyak ditambah pula dengan lauk yg baru saja dia masak itu.

Malam ini anak bongsu perempuan kesayangannya datan
g, untuk mengucapkan selamat jalan, maklumlah kerana emaknya hendak balik kampung selama dua minggu. Dia masak nasi tambah.

"Pukul berapa mak nak bertolak?" tanya iparku kpd emaknya.

"Tak tahulah, kata abang, nak bertolak selepas subuh" jawab dia.

Malam itu juga, dia mengemas pakaiannya sebanyak dua beg penuh.
Aku tidak jadi untuk mengikut suamiku menghantar dia sebab suamiku membawa anak tiriku, malaslah. Malas nak layan kerenah anak tiriku yang lasak, tidak dengar kata dan nasihat itu. Suka merenget tidak tentu pasal, nak itu ini. Baik tidak payah ikut. Duduk seorang di rumah lagi baik. Aman dan tenteram, daripada pergi penat-penat dan berserabut, balik ke rumah pula nanti, tentu lebih penat dan terpaksa pula mencuci pakaian dan sebagainya. Sebelum ini, selalunya aku pergi menghantar dia sewaktu hari sekolah, jadi anak tiriku tidak berkesempatan untuk mengikutku. Seronok! Dapat berdua-duaan dengan suami tercinta ke sana dan ke mari. Dapatlah menyusun agenda awal-awal, samada hendak menemui kawan-kawan facebook di sebelah utara itu. Ah! Kali ini biarlah mereka berdua pula ke sana. Biarlah suamiku layan anak dia puas-puas, bawalah jumpa tok nya di Ipoh. Bawalah dia pergi memancing, aku tidak hairan. Kalau aku ikut sama, sudah tentu semua rancangan aku akan gagal, aku sudah tahu benar sikap anak tiriku itu. Pada aku lebih selesa duduk di rumah sendirian, Nyaman!

Aku melintasi biliknya, menuju ke balcony utk melihat keadaan Betty dan Betto. maklumlah petang tadi hujan beserta ribut kuat.
Kebetulan adik ipar sudah pun berada di dalam bilik itu dan sama-sama melihat burung tersebut.

"Abang, mari lihat, Betty dan Betto duduk rapat-rapat, hurmm,, romantiknya..."

"Memanglah, dia kesejukan tu, ambil kain buruk dan tutup bahagian atas sangkar tu" kata suamiku. Aku akur.

*****
Pagi rabu 28/11/12

aku turun awal ke dapur, rabu ialah hari untuk membuang sampah. Setelah membuang sampah, aku memasak laksa goreng untuk sarapan. Aku menyediakan teh 'o' untuk suamiku dan teh untuk dia. Aku tahu, jika dia bersiap untuk kemana2 mesti lambat lebih daripada anak dara bersiap. Tentu dia tidak sempat hendak menyediakan sarapan pagi.

"Ibu, mak usu kata, bela burung dalam sangkar berdosa, semalam tok dgn mak usu bercakap di dapur semasa makan" kata anak tiriku.

"Yang dia tu bela kucing dalam sangkar sekor2 tu tak berdosa? Kasi binatang tu?" jawab suamiku.

"Ibu bukan sengaja pergi tangkap dia kat dalam hutan, atau tahan perangkap supaya dia masuk perangkap, kemudian masuk peraduan suara burung. Burung ni, bukan senang kita nak tangkap dia, dapat tak kita nak lihat dia dari dekat, selagi kita tidak pergi ke zoo, sehingga dia tersesat masuk kedalam rumah, lagi pun ibu bela sepasang, bagi tempat tinggal yang selesa, dia dapat makan dan minum. Dapat lihat awan dan kena tempias air hujan. Ibu bukannya obses macam mak usu bela kucing tu, jika ibu dah sibuk sangat dan dah puas melihat kecantikan bulu dan paruh dia, ibu lepaskanlah dia semula, saja ibu nak bermain-main dengannya, takkanlah itu pun berdosa? Allah tahu apa yang kita buat, niat kita Allah dah tahu" kataku panjang lebar menerangkan hal sebenarnya kepada anak tiriku.

Anak tiriku diam.

Setelah siap hidangan untuk sarapan, aku memberi makanan kpd ikan di dalam akuarium. Aku memanjat tangga dan melihat dia yang masih lagi berada di dalam biliknya. Belum siap segala barang kelengkapannya.

"Mak, sarapan dah siap, air teh pun Mas dah bancuh untuk mak" kataku sambil menuju ke balcony utk melihat Betty dan Betto.
Aku menyalin kertas surat khabar yang telah basah disimbah hujan petang kelmarin. Aku bermain-main dan bercakap dengan mereka.

"Mak, kertas surat khabar yg ada najis burung itu, mas dah masukkan ke dalam plastik dan campak ke tanah. Abang akan ambil dan buang ke dalam tong sampah di luar rumah, mak jangan sangka Mas bawa najis keluar melalui bilik mak ini," kataku menerangkan kepadanya, kalau tidak, dia akan menyangka aku berbuat begitu, sebab setiap apa pun dia akan terangkan kepadaku untuk membuat segalanya di dalam rumah ini, seolah-olah aku ini seperti budak yang baru masuk sekolah tadika layaknya.

Selepas aku mencuci tanganku, aku lihat dia sudah pun makan di meja. Dia sudah meneguk teh itu dan sudah pun menyuapkan laksa goreng itu.

"Mak, mak tahu tak, mas masak apa tu?"

"Macam mee goreng"

"Salah, mak tak pernah makan ni lagi kan?"

"Tak pernah, tapi apa dia? mak sangkakan mee goreng"

Dia membelek-belek makanan itu dengan sudu, tetapi tidak tahu apa bendanya.

"Laksa goreng mak" aku memberitahunya. Setiap kali kalau aku berpeluang memasak sarapan untuknya pasti akan ku masakkan benda yang baru, yang belum pernah dia dengar, lihat dan merasakannya. Walaupun dia seorang yang cerewet, tetapi aku tetap menyayanginya seperti ibuku sendiri. Walaupun aku selalu tersinggung dgn caranya, tetapi aku tetap akan bersabar dan cuba melayannya dgn baik, walaupun dia bagaikan seorang pelakon yang sangat baik di hadapanku.

"Oh! mak sangkakan mee goreng tadi, sedap aih" dia memuji.

"Sedap teh ini, pandai Mas bancuh" puji dia lagi.

Masuk hari ini baru 2 kali dia merasa teh yang aku bancuh, sebab selalunya aku tidak ada peluang untuk bancuh teh untuknya, kerana dia tidak suka orang lain membancuh teh untuknya. Dia takut bancuhan org lain tidak sesedapnya.

Oleh kerana dia bersiap lambat, apa salahnya aku cuba bancuh sekali lagi, manalah tahu dia sudi untuk meminumnya dan lembut hatinya serta menyayangiku selepas ini. Mandrum?! Apa salahnya, jika ayat-ayat AlQuran sebagai pelembut hati dan Ayat-ayat pengasih sebagai amalan, dituntut untuk kerukunan dan kebahagian rumah-tangga.

Setelah semuanya selesai, jam hampir menunjukkan ke pukul 10 pagi.

"Sesudah subuh kah ni, mak?, nak kata sesudah dhuha, pun dah habis, hampir gelincir matahari dah" kataku kepada dia sambil ketawa.

"Tak tahulah, mak ni, nak bagitahu, sebiji maca arwah tok wan, kalau masuk bilik air berjam-jam, janganlah siapa nak tumpang, carilah bilik air lain" katanya mengaku. Aku hanya tersenyum.

Setelah bersalam dan mencium pipinya, aku berkata" Kirim salam kepada semua ya?"

"Kalau mak su tanya, kenapa mas tak ikut, mak nak kata apa?"

"Katalah mas banyak kerja kat internet, orang order barang" kataku mengajarnya.

"Baiklah mak kata lagu tu na"

Sebentar kemudian aku melihat dia ke dapur sambil mulutnya terkumat kamit membaca ayat-ayat Qursi dan hembus ke setiap penjuru. Alhamdulillah, semoga aku di rumah ini terselamat daripada mara bahaya.

Setelah keluar rumah, dia berpesan, "Duk di rumah elok-elok, kunci segala pintu, tutup segala plug letrik, jaga rumah, mak kata, sambil menggosok2 di kedua2 belah lenganku"

"Ya Mak, Insyaallah"

Aku menghantarnya ke pintu pagar dan melambaikan tangan kearah mereka, sambil mengunci pintu pagar.]]









[[[Diary seorg menantu

Isnin, 26/11/12.pukul 12.00tghari.

seperti biasa aku akan turun ke dapur, untuk memasak, atau meninjau-ninjau keadaan di dapur, setelah kerja2 di internet ku update serba sedikit.
aku lihat 'dia' termengah-mengah, duduk di kerusi di hujung meja yang berbentuk bujur itu di dapur, itulah kerusi dan tempat duduknya sejak berpuluh-puluh tahun, jangan ada org lain yg tumpang dudu
k di situ. Dia sedang meneguk teh dan berhenti meneguknya cepat-cepat sebaik sahaja melihat wajah aku yang menuju ke ruangan dapur.
Dia baru saja selesai berbelanja dgn 'apek' penjual sayur di hadapan rumah.

Dengan nada yg keras, dia berkata "Mas, hari ni, kita nak makan apa? Lauk apa pun tak da?"

Aku jadi rimas dengan soalan yg sama setiap hari. Apalah yang dia kata lauk tidak ada, tu ha, yang dia baru beli, sayur dan ikan, di dalam freezer, ada 2 ekor ayam, udang dan daging tidak terusik.

Di dalam peti sejuk ada lauk semalam yg menantu dia masak dari rumah untuk family dinner malam ahad itu masih disimpan lagi, dah lebih 24 jam. Maklumlah lauk menantu kesayangannya yang masak. simpanlah lama2 sikit, jarang2 sekali dapat rasa, kalau aku yang masak, lambat lagi hendak bertemu ketika, sudah pun di hayunnya kedalam tong sampah.

"Mak, macamni, cuba mak bayangkan Mas ini adalah mak, mak pulak adalah Mas, kemudian bila Mas nampak mak, mas pun tanya mak, Hari ni kita nak makan apa mas? Lauk apa pun tak da? Apa mak nak jawab?" kataku kepadanya satu-satu patah, lambat2 sebab jika aku cakap cepat2 selalunya dia tidak akan dengar kata-kataku.
Dia diam seketika. Mulutnya tidak dapat berkata apa-apa.

Dengan tergagap-gagap dia pun berkata" Nak masak apa? masaklah apa yang ada..."

"Ha, itulah jawapannya, jadi mak tak payahlah tanya soalan macamni setiap hari, sebab, mas akan masak dan lihat lauk apa yang ada dahulu dan tambah jika tidak cukup, pukul 12.30 pasti dah boleh makan, kenapa mak masih nak tanya setiap hari benda yang sama macamni? Mas tak selesalah mak"

Dia diam. Cara dia lain pula, dia, tidak akan peduli dan lihat apa yang ada terlebih dahulu. Pada dia, hari ini tekak dia kata, nak makan apa, dia akan masak. Apabila dia masak, kemudian selapas itu barulah dia bawa keluar lauk yang disimpan di dalam peti sejuk itu, lalu dipanaskan dan dihidangnya sehingga penuh meja. Jadi, ada lauknya yang dah 4 hari, ada yang 3 hari, yang 2 hari dan yang hari ini. Begitulah selalunya, akan bertindan2 lauk pauk dalam peti sejuk, itupun kalau lauk dia yang masak sendiri. Tetapi Kalau lauk yang aku masak, jangan haraplah!

Maksud soalan dia itu tadi, ialah dia seolah2 nak tahu, apa yang aku nak makan, pada hari ini. Aku faham soalan dia tu, tetapi itu bukan caraku. Kalau aku teringin nak makan apa-apa yang istimewa sedikit, adalah seperti di hari raya kah, di hari jadikah, di hari minggukah atau hari di mana suamiku ada di rumah. Apabila suami minta memasak yang special dan dia telah membeli bahan-bahannya. Jika untuk hidangan harian, lihatlah bahan dan masaklah yang simple asalkan kena dengan hidangan dan seimbang. Janji berselera, itu sudah memadai. Barulah ada hari yang istimewa. Ini tidak, hari-hari fikir nak masak istimewa, daging, ayam, udang, ikan besar dan macam-macam lagi, sebab itulah perutku tidak tahan. Makan makanan yang tidak seimbang setiap hari.

" Kalau mak terasa nak makan apa-apa, mak masaklah, mak tak usah tanya mas, sebab mas akan tengok barang dulu. susah Mas nak fikir macamtu, nak masak apa, sebab selalunya mak dah ada kari ikan dan lain-lain, jadi mas cuma goreng ikan dan masak sayur saja, tak perlulah nak tanya lagi" kataku lagi supaya dia faham, tetapi inilah juga jawapanku setiap hari jika dia bertanya soalan itu. Aku harap selepas ini dia tidak akan bertanya lagi soalan yg sama macamtu.

Sebenarnya dia tidak tahu apa nak mulakan perbualan, soalan yang sama dia ajukan untuk memulakan percakapan, semasa di dapur. Aku pula tidak suka melayan, sebab pada aku tidak suka berbual kosong yang tidak berfaedah dan bertanya benda yg sudah tahu jawapannya, sama setiap hari. Aduhai!]]]





*~Pagi ini aku melawat burungku yang bernama Betty dan Betto.
Dia nampak sugul, sedih dan inginkan kebebasan.
Tetapi makanan yang aku beri tinggal sedikit sahja.
Tahi dia banyak bertaburan di bawah sangkar yang beralaskan suratkhabar lama. Satu lagi tugasku telah bertambah.
Aku menambah makanan kedalam bekasnya.

aku cuba menangkap burung itu untuk bermain-main.
Aku dapat betty.
ku kucup2 kepalanya
 dan muncungnya, dia hanya diam dan matanya yang bulat itu terkebil2 dan berkedip laju.
Aku berbicara dgn mereka.

"kenapa ni, tidak selesa ke,. dalam SANGKAR KASIH ini? Sbarlah, aku ingin melihat kecantikanmu, bermain-main denganmu, melihat keletahmu itu, ingin mendengar suaramu yang merdu itu"

Tanganku merayap2 kedalam sangkar untuk mencapai mereka, tetapi susah, sebab sangkar itu agak besar dan luas, mereka boleh terbang dan cuba mengelak.

Mereka berdiam diri sambil memandang aku, apabila aku berkata" Makanlah, duduklah ya, tak mau di pegang tak apa"
Aku telah meletakkan mereka dalam sangkar itu di atas balcony, mereka nampak awan dan mendengar kicauan burung yang lain..
Memanglah semua makhluk mahukan kebebasan.

Kita manusia pun begitu, tetapi jika kita silap langkah, kita sering terpaksa mematuhi segala syarat untuk kepentingan orang lain juga kan?*

[[Ibu!!!!!!!!!!, ada burung masuk rumah!!!
Tok!!!!!!!!!!!!! ada burung masuk rumah!!! jerit Azrin, anak tiriku.
aku sangkakan burung ciak biasa..
seekor daripadanya tidak dapat mencari jalan keluar..
Aku berjaya menangkapnya..
seekor lagi mem
erhatikan pasangannya telah ditangkap..
dia resah..
lalu dia mencelah masuk ke dalam rumah ingin melihat pasangannya..
andainya pasangannya hendak digulai biarlah dia mati bersama didalam kuali..
begitulah agaknya perasaan burung itu..
lalu aku dapat pula menangkapnya satu ekor lagi..
ternyata mereka ini sepasang...
kekasih.....
rela sehidup dan semati..
"Abang..cepat belikan sarang untuknya..
lalu aku meletaknya di dalam sarang belalang buat sementara..
dan suamiku pun membeli sebuah sangkar burung yang besar..
selesa sekali..
makanan pun juga di beli..
Ya Allah aku bersyukur kepadaMU kerana memberikan aku satu hiburan yg baru..
dan hatiku merasa bahagia dan gembira..
terima kasih Allah.. :D]]


~PETIKAN
eNovel ~Diary Seorang Menantu.

~Pukul 10.30 pagi sedang aku menulis enovel untuk bab ke 17, aku terdengar suara ibu mertuaku memanggil namaku.

"Mas! Mas!, keluar sekejap nak cakap sikit"
"Ada apa mak?"
"Nih, kita nak makan apa tengahari ini?, Apa lauk pun tak ada, mak dah keluarkan empat ekor ikan kembung tu, mas nak masak apa buatlah"
"Mak, kalau mak teringin nak makan apa, mak masaklah
," itulah selalu jawapanku setiap kali emak mertuaku bertanya kepadaku.

"Mak naik ni lambat dah nak turun, mak nak kesah kat atas pulak"

Dia memang begitu, kalau anak-anaknya nak datang, dia akan jadi teruja sangat, kemas semua kain baju, menyapu sampai kebawah katil. Bukan aku tidak mahu sapu di dalam biliknya, pernah beberapa kali aku menyapu di dalam biliknya, sebelum itu aku nampak banyak uban dan taburan bedak menebal di lantai. Selepas itu dia menyapunya sekali lagi. Selepas peristiwa itu aku cuba menyapu di dalam biliknya lagi, tiba-tiba aku melihat dia menyapunya semula. Memang dah sah dia tidak harap kepada orang lain menyapunya. Tidak bersih. Dia seorang saja buat kerja2 rumah dgn bersih.

Setiap dua minggu sekali akan datang tukang cuci rumah. Tetapi sebelum orang itu sampai, dia terlebih dahulu menyapu seluruh rumah dan membasuh bilik air. Setiap kali, dan hari itu juga dia tidak akan memasak. Tentu pelikkan? Aku lagi pelik, sebab melihat sendiri telatahnya. Sepatutnya biarkan sahajalah tukang cuci itu membersihkan semuanya. Ini tidak, malah meringankan lagi kerja-kerja mereka. Kalau begitu, buat apa upah? Suamiku selalu menggelengkan kepalanya dengan sikap cerewet emaknya.
Kadang-kadang sekejap saja tukang cuci rumah itu bersih rumah. Sebab semuanya sudah pun bersih, jika dibasuh pun tidak ada bezanya, membazirkan air sahaja, atau membuang keringatnya saja.

Sebab itulah ketika ada tukang cuci rumah datang, aku akan berkurung di dalam bilik atau aku memang keluar untuk pergi mesyuarat, kerana selalunya, orang datang cuci rumah itu setiap hari selalsa, di mana aku akan pergi mesyuarat Amanah Ikhtiar Malaysia, di Selayang. Aku tidak mahu melihat emak mertuaku berkemas, lemas dibuatnya. Dia memang begitu, suka paksa diri dan sengaja cari kerja yang tidak2. Contohnya jika di dapur, selepas makan malam, aku menolongnya mencuci pinggan, dia akan mencari pekerjaan lain untuk dibuatnya, misalnya memunggah segala bekas2 plastik di dalam kabinet dan menyusunnya semula sehingga jarum jam berkalih kepada angka 12 malam. begitulah setiap malam. baik aku tidak usah tolong dia. Tidak ada gunanya, bukannya dia mahu ambil peluang itu untuk naik ke atas awal dan berehat. Itu cara dia!

"Kalau macamtu tak apalah, biasalah pukul 11.30 atau 12.00 tengahari nanti, Mas turunlah masak, tapi masak cincai-cincai sajalah"

"Tak apalah asalkan masak lauk, alah nak makan sekali saja"

Ya! Nak makan sekali saja, sebab malam ini ada family dinner. Semua akan berkumpul lagi. Malam nanti dah tentu anak2 dan menantunya akan membeli makan yang telah siap. Jadi makan tenaghari, yang aku masak tu, jamah sikit sahaja cukuplah, janji untuk alas perut. Sebab itu dia tidak mahu masak tengahari, sekejap lagi dia akan turun untuk masak cucur udang yang di simpannya di dalam peti semalam.

Pukul 12 tengahari seperti selalu aku akan turun ke dapur untuk memasak, dalam masa 30 minit aku boleh memasak beberapa lauk lengkap untuk hidangan tengahari. Jika aku boleh masak seorang diri untuk berniaga di bazar ramadan dalam kuantiti yang banyak sehingga cukup untuk beratus-ratus orang makan, takkanlah aku tidak boleh memasak dengan cepat hanya untuk makan tengahari.
Semuanya itu di sebabkan hatinya yang tidak mahu berfikiran terbuka, bersangka baik dan menerima perubahan.

Ikan kembung itu aku pesiang. Aku goreng dua ekor dan dua ekor lagi aku masak lemak cili padi. Aku goreng sebiji terung panjang yang telah di belah dan di potong pendek. Kubuatkan sambal dan kusimbah ke atas terung itu. Aku tahu, menu ini adalah kegemaran emak mertuaku tetapi dia tidak reti untuk membuatnya.
Sup sayur semalam masih ada, hanya aku celur kan kacang panjang dan kacang kelisa untuk ulaman.
lengkap sudah hidangan untuk hari ini. Aku memanjat anak tangga ke tingkat atas, setelah semua lauk terhidang di atas meja.

"Mak lauk dah di hidang, mari makan"
"Mas dengan Azizan makanlah dahulu, nanti mak turun"
Kalau tidak pukul tiga petang, dia tidak akan turun, walaupun lauk yang ku masak sudah siap sebelum pukul satu tengahari.
Aku malas berkata apa-apa. Aku sudah tahu perangainya.
Aku turun ke bawah, dan makan bersama suamiku.

Setelah itu aku naik semula ke atas dan bersiap2 untuk pergi belajar memandu kereta. Emak mertuaku turun ke dapur.
Dia melihat aku keluar. aku pun malas nak kata apa-apa, sebab dia dah tahu dan dah nampak aku mengambil kasut untuk keluar. Dan diapun telah tahu bahawa tengahari itu aku ada kelas memandu.

Setelah kelas memandu telah tamat, aku di jemput suamiku pulang ke rumah. Emak mertuaku sudah naik ke atas. Aku terasa lapar dan aku makan nasi. Tetapi aku rasa ada lauk yang kurang, ya, sup sayur itu di mana?

"Makan apa?" tiba-tiba emak mertuaku muncul dari belakang.
"Makan nasi"
"Urmm..sayur tadi mak dah buang"
"Sukahati maklah mak, mak nak buang apa ka, tidak ada siapa pun yang akan marah" kataku menyindirnya.
Dia diam, kadang-kadang dia bagaikan sengaja untuk cari sebab, maklumlah sekiranya jadi issu, bolehlah mengadu domba kepada anak2nya nanti. Anak-anaknya akan sangka aku ini perangai tidak elok. Sedangkan dia tidak tahu bahawa aku akan segera menghilangkan diri sebentar lagi.
Aku masuk ke bilikku, dan dua jam kemudian aku turun semula ke dapur. Emak mertuaku sedang menggoreng cucur jagung.

"Mas pergi dulu mak?"
"Nak kemana pulak"

"Nak pergi tolong kawan buat crepe durian, esok ada order banyak untuk rumah anak-anak yatim" kataku berbohong. Malas aku berkata benar untuk pergi ke rumah anak-anakku, nanti panjang pula soalannya.

Aku terus keluar dan menuju ke kereta suamiku. Biarlah anak-anak menantu serta cucu-cucu kesayangannya saja yang di layannya malam nanti. Biarlah dia melayan anak menantu kesayangannya itu sampai pagi pun, aku tidak hairan.
Janji aku selesa di sini. Sendiri tanpa menonton adingan2 yang panas hati itu. Ya, memang aku cemburu dan kecewa.

Malam ini nanti dia pasti akan tidur lambat, segala pinggan mangkuk yang dicuci akan disusun di atas surat khabar di atas meja, kemudian akan diubahnya ketempat lain jika dia tidak puashati, sampai dia betul-betul penat.
Kadang-kadang aku sering terfikir, seandainya dia terjatuh di atas tangga kerana terlalu letih, aku tidak akan memegangnya kerana takut nanti aku di tuduh menolaknya pula. Sebab dia begitu keras hati dan suka memaksa dirinya sendiri. Tidak tahu kenapa, apabila dia ingin mencuci kain baju satu bakul penuh yang akan dibawanya turun, tentu dia tidak berdaya, tetapi dia tidak akan menyuruhku sama sekali. Dia akan membuat tongkat, sambil duduk dia akan mengheret bakul itu satu-persatu menuruni anak tangga itu. Mengapa begitu sekali! Aku benar-benar hairan.~


[[bonda memang memaafkan mereka, tetapi bodna terkilan..
bonda tidak benci..
tetapi bonda kecewa.
apa yg bonda nakkan hanya sama2 memahami keadaan sanjung menyanjungi.
ini tidak, mentang2lah bonda ni miskin..
bersalam pun di hujungjari.
dan tidak langsung nak ambil tahu hal bonda..]]




[[hati bonda berkecamuk, kecewa, sakit hati dan tersisih.
terasa segala2nya membosankan.
setiap hari mengadap mak mertua yang ragamnya tak sudah2..
bonda kalau hidup susah, bonda boleh hadapi dgn tenang tapi bila hati ini di lukai..
rasa macam nak mati saja..]]


[[PETIKAN
eNovel ~Diary Seorang Menantu.

~Pukul 10.30 pagi sedang aku menulis enovel untuk bab ke 17, aku terdengar suara ibu mertuaku memanggil namaku.

"Mas! Mas!, keluar sekejap nak cakap sikit"
"Ada apa mak?"
"Nih, kita nak makan apa tengahari ini?, Apa lauk pun tak ada, mak dah keluarkan empat ekor ikan kembung tu, mas nak masak apa buatlah"
"Mak, kalau mak teringin nak makan apa, mak masaklah
," itulah selalu jawapanku setiap kali emak mertuaku bertanya kepadaku.

"Mak naik ni lambat dah nak turun, mak nak kesah kat atas pulak"

Dia memang begitu, kalau anak-anaknya nak datang, dia akan jadi teruja sangat, kemas semua kain baju, menyapu sampai kebawah katil. Bukan aku tidak mahu sapu di dalam biliknya, pernah beberapa kali aku menyapu di dalam biliknya, sebelum itu aku nampak banyak uban dan taburan bedak menebal di lantai. Selepas itu dia menyapunya sekali lagi. Selepas peristiwa itu aku cuba menyapu di dalam biliknya lagi, tiba-tiba aku melihat dia menyapunya semula. Memang dah sah dia tidak harap kepada orang lain menyapunya. Tidak bersih. Dia seorang saja buat kerja2 rumah dgn bersih.

Setiap dua minggu sekali akan datang tukang cuci rumah. Tetapi sebelum orang itu sampai, dia terlebih dahulu menyapu seluruh rumah dan membasuh bilik air. Setiap kali, dan hari itu juga dia tidak akan memasak. Tentu pelikkan? Aku lagi pelik, sebab melihat sendiri telatahnya. Sepatutnya biarkan sahajalah tukang cuci itu membersihkan semuanya. Ini tidak, malah meringankan lagi kerja-kerja mereka. Kalau begitu, buat apa upah? Suamiku selalu menggelengkan kepalanya dengan sikap cerewet emaknya.
Kadang-kadang sekejap saja tukang cuci rumah itu bersih rumah. Sebab semuanya sudah pun bersih, jika dibasuh pun tidak ada bezanya, membazirkan air sahaja, atau membuang keringatnya saja.

Sebab itulah ketika ada tukang cuci rumah datang, aku akan berkurung di dalam bilik atau aku memang keluar untuk pergi mesyuarat, kerana selalunya, orang datang cuci rumah itu setiap hari selalsa, di mana aku akan pergi mesyuarat Amanah Ikhtiar Malaysia, di Selayang. Aku tidak mahu melihat emak mertuaku berkemas, lemas dibuatnya. Dia memang begitu, suka paksa diri dan sengaja cari kerja yang tidak2. Contohnya jika di dapur, selepas makan malam, aku menolongnya mencuci pinggan, dia akan mencari pekerjaan lain untuk dibuatnya, misalnya memunggah segala bekas2 plastik di dalam kabinet dan menyusunnya semula sehingga jarum jam berkalih kepada angka 12 malam. begitulah setiap malam. baik aku tidak usah tolong dia. Tidak ada gunanya, bukannya dia mahu ambil peluang itu untuk naik ke atas awal dan berehat. Itu cara dia!

"Kalau macamtu tak apalah, biasalah pukul 11.30 atau 12.00 tengahari nanti, Mas turunlah masak, tapi masak cincai-cincai sajalah"

"Tak apalah asalkan masak lauk, alah nak makan sekali saja"

Ya! Nak makan sekali saja, sebab malam ini ada family dinner. Semua akan berkumpul lagi. Malam nanti dah tentu anak2 dan menantunya akan membeli makan yang telah siap. Jadi makan tenaghari, yang aku masak tu, jamah sikit sahaja cukuplah, janji untuk alas perut. Sebab itu dia tidak mahu masak tengahari, sekejap lagi dia akan turun untuk masak cucur udang yang di simpannya di dalam peti semalam.

Pukul 12 tengahari seperti selalu aku akan turun ke dapur untuk memasak, dalam masa 30 minit aku boleh memasak beberapa lauk lengkap untuk hidangan tengahari. Jika aku boleh masak seorang diri untuk berniaga di bazar ramadan dalam kuantiti yang banyak sehingga cukup untuk beratus-ratus orang makan, takkanlah aku tidak boleh memasak dengan cepat hanya untuk makan tengahari.
Semuanya itu di sebabkan hatinya yang tidak mahu berfikiran terbuka, bersangka baik dan menerima perubahan.

Ikan kembung itu aku pesiang. Aku goreng dua ekor dan dua ekor lagi aku masak lemak cili padi. Aku goreng sebiji terung panjang yang telah di belah dan di potong pendek. Kubuatkan sambal dan kusimbah ke atas terung itu. Aku tahu, menu ini adalah kegemaran emak mertuaku tetapi dia tidak reti untuk membuatnya.
Sup sayur semalam masih ada, hanya aku celur kan kacang panjang dan kacang kelisa untuk ulaman.
lengkap sudah hidangan untuk hari ini. Aku memanjat anak tangga ke tingkat atas, setelah semua lauk terhidang di atas meja.

"Mak lauk dah di hidang, mari makan"
"Mas dengan Azizan makanlah dahulu, nanti mak turun"
Kalau tidak pukul tiga petang, dia tidak akan turun, walaupun lauk yang ku masak sudah siap sebelum pukul satu tengahari.
Aku malas berkata apa-apa. Aku sudah tahu perangainya.
Aku turun ke bawah, dan makan bersama suamiku.

Setelah itu aku naik semula ke atas dan bersiap2 untuk pergi belajar memandu kereta. Emak mertuaku turun ke dapur.
Dia melihat aku keluar. aku pun malas nak kata apa-apa, sebab dia dah tahu dan dah nampak aku mengambil kasut untuk keluar. Dan diapun telah tahu bahawa tengahari itu aku ada kelas memandu.

Setelah kelas memandu telah tamat, aku di jemput suamiku pulang ke rumah. Emak mertuaku sudah naik ke atas. Aku terasa lapar dan aku makan nasi. Tetapi aku rasa ada lauk yang kurang, ya, sup sayur itu di mana?

"Makan apa?" tiba-tiba emak mertuaku muncul dari belakang.
"Makan nasi"
"Urmm..sayur tadi mak dah buang"
"Sukahati maklah mak, mak nak buang apa ka, tidak ada siapa pun yang akan marah" kataku menyindirnya.
Dia diam, kadang-kadang dia bagaikan sengaja untuk cari sebab, maklumlah sekiranya jadi issu, bolehlah mengadu domba kepada anak2nya nanti. Anak-anaknya akan sangka aku ini perangai tidak elok. Sedangkan dia tidak tahu bahawa aku akan segera menghilangkan diri sebentar lagi.
Aku masuk ke bilikku, dan dua jam kemudian aku turun semula ke dapur. Emak mertuaku sedang menggoreng cucur jagung.

"Mas pergi dulu mak?"
"Nak kemana pulak"

"Nak pergi tolong kawan buat crepe durian, esok ada order banyak untuk rumah anak-anak yatim" kataku berbohong. Malas aku berkata benar untuk pergi ke rumah anak-anakku, nanti panjang pula soalannya.

Aku terus keluar dan menuju ke kereta suamiku. Biarlah anak-anak menantu serta cucu-cucu kesayangannya saja yang di layannya malam nanti. Biarlah dia melayan anak menantu kesayangannya itu sampai pagi pun, aku tidak hairan.
Janji aku selesa di sini. Sendiri tanpa menonton adingan2 yang panas hati itu. Ya, memang aku cemburu dan kecewa.

Malam ini nanti dia pasti akan tidur lambat, segala pinggan mangkuk yang dicuci akan disusun di atas surat khabar di atas meja, kemudian akan diubahnya ketempat lain jika dia tidak puashati, sampai dia betul-betul penat.
Kadang-kadang aku sering terfikir, seandainya dia terjatuh di atas tangga kerana terlalu letih, aku tidak akan memegangnya kerana takut nanti aku di tuduh menolaknya pula. Sebab dia begitu keras hati dan suka memaksa dirinya sendiri. Tidak tahu kenapa, apabila dia ingin mencuci kain baju satu bakul penuh yang akan dibawanya turun, tentu dia tidak berdaya, tetapi dia tidak akan menyuruhku sama sekali. Dia akan membuat tongkat, sambil duduk dia akan mengheret bakul itu satu-persatu menuruni anak tangga itu. Mengapa begitu sekali! Aku benar-benar hairan.]]




[Diary Seorang Menantu.

~Setelah sembahyang magrib, suamiku berkata yang dia mahu makan,
aku belum siap lagi, lalu aku terdengar suamiku mengambil makanan sendiri di dapur. Masa itu mak mertuaku masih ada di bawah.

Apabila aku turun suamiku berkata;

"Mana kena nasi ini dengan sup sayur tu" suamiku hanya ambil telur rebus, daging, air asam dan timun sahaja.

"Memanglah, mana nak kena, set nasi da
ging memang itu sahaja, mak yang suruh masak sayur, dia kata xda sayur xda kuah"

"Tadi, abang kata pada mak, kenapa tak panaskan mesamah siang tadi, boleh makan dgn nasi daging ni, sekarang baru nak buat keluar, keras macam batu?Bila nak boleh makan? Mak diam jer" jelas suamiku yang juga lemas dengan sikap maknya.

Mak mertua ku mesti tersinggung dgn kata-kata derhaka anak sulungnya itu. Tetapi itulah dia.

"Tengok tu nasi putih seperiuk" kata suamiku lagi.

"Memanglah malam ni dia nak makan nasi putih dengan anak bongsu perempuannya tu. mana boleh bagi makan nasi daging ni, air tangan org lain mana boleh masuk ke mulut anak kesayangannya tu"

Aku berkata begitu sebab, dia tidak pernah akan sanjung atau puji masakanku apa lagi mahu rekmen utk orng lain rasa. terutama anak menantu atau cucu2 dia yang lain,. Kalau dia bangga dengan masakanku tentulah setiap kali ada dinner di rumah ini, atau setidak2nya sekali dalam 3 bulan ke, apa salahnya, minta persetujuan anak-anaknya supaya makan masakan aku sekali sekala, boleh merapatkan rasa kasih dan sayang. Ini tidak, aku hanya selayak amah, yang setiap kali hanya tugasku adalah mengheret sampah keluar rumah atau, menyental kain pengalas kaki? Itu sahaja. Tidak layak untuk menghidangkan jamuan kepada anak cucunya?.

"Tengok tu, cucur jangung yang banyak tu, nak bagi siapa makan?" rungut suamiku, ketika itu emaknya telah naik ke atas.

"Dalam peti sejuk tu, satu bekas besar lagi ada, tentulah nak jamu anak cucu dia makan, esok" kataku.

"Lihat ni, setiap kali menantu kesayangannya datang, tidak pernah lupa untuk masak sirap untuk di bawa pulang, lihatlah betapa sayangnya kepada menantu dan cucu2nya" kataku dgn perasaan hampa kerana aku tidak ada zuriat bersama suamiku.

Kelmarin dia baru dapat pencen, segala macam biskut dibeli dan disimpannya untuk cucu2nya. Aku tidak kisah itu semua. Yang penting drama2 dan layanan serta kata-kata dan pujian yang lembut gigi dari lidah itu tidak aku tonton. Biarlah aku membawa diriku sendiri. Tidak perlu siapapun tahu perasaanku saat ini. Aku tidak perlu mengadu domba. Biarkanlah mereka hendak mengata kepada aku, aku tidak pernah benci kepada sesiapa, cuma aku terasa sangat bahawa aku ini masih lagi seperti melukut di tepi gantang.

Begitukah? Begitukah yang dikatakan seorg mertua yang baik. Mentua yang tidak pilih kasih. Mentua yang bagi kasih-sayang yang sama adil? Aku tidak pernah nampak itu semua. Yang aku rasa adalah kepedihan saban hari.
Tidak ada tempat untukku mencurahkan perasaanku. Tidak ada tempat untukku mencari seinci semangat. Suamiku, sibuk dengan urusannya. Dan aku hanya kesepian sendiri.]





...........................................................................................................................................................


[Semasa dia sembahyang asar setlah hampir habis waktu, aku cepat2 turun kedapur dan masak sup labu siam bersama isi ayam.
aku rebus 3 biji telur ayam, sesuailah untuk dimakan bersama nasi tadi.

Tiba aku lihat, mak mertuaku bawa keluar mesamah daging yang beku dari peti sejuk.

"nak panaskan mesamah daging" katanya.

Aku cukup bengang sekali. Bukan apa, nanti bertambahlah lauk yang akan terjun keda
lam tong sampah itu. Masakan ku pula tu.

"Mak tadi mak kata xda kauh apa2, sekarang mak bawa keluar mesamah daging, adalah pulak" kataku geram.

"Tadi kenapa tak cakap mak nak panaskan mesamah daging ni? Tak payahlah Mas masak lauk lain lagi" kataku betul2 sakit hati.

"Tak apalah" katanya pendek.
Dia memang cemburu, kebetulan pula tadi cucu kesayangannya datang dan makan nasi daging aku tu sampai bertambah2. Dan, cucunya itu mengaku nasi itu sedap. sebab itu dia berbulu dan berkata kasar kepadakuy tadi supaya aku masak lauk lain utk makan malam. iaitu nasi putih.
tetapi suamiku mahu makan nasi daging, katanya jgn dibuang, simpan dalam peti sejuk aku dan panaskan untuk esok. Aku akur, lega sikit hatiku, bila suamiku, memahami perasaanku.

DIa memang suka lauk banyak dihidangkan pada waktu malam, walaupun sudah berbuih mulut kami kata, makan malam, kita tidak makan banyak, makan malam bukan seperti makan tengahari?
Pada dia, kata-kata kami ibarat anjing menyalak bukit!

Esok, Tong sampah yang kembung.
Malam ini nanti pasti dihidangkan nasi putih.
Tidak akan di sentuhnya lagi nasi Daging itu,
tetapi kalau dia masak nasi lemak, sampai 3 hari di perangat dan diulangnya makan.]


............................................................................................................................................

[["Malam esok ni, mak tak buat bubur asyura ka?"tanyaku.

Malam esok ada dinner lagi di rumah ini.
aku tidak begitu gemar sangat acara ini yang selalu sangat diadakan.

"Tak da bubur asyura apa aih!" kata ibu mertuaku.

Aku diam saja. Masa tu aku sedang siapkan hidangan utk makan tghari.

*****

Waktu minum petang.

"Malam ini apa cerita mas?"

Soalan begitu memang menyesakkan dadaku.
Cucur udang yang dibuatnya tadi belum terusik lagi.
Nasi daging yang aku masak tadi masih ada setengah periuk.
Kalau aku masak, dia akan makan sedikit sahaja dan tidak akan ulang sampai dua kali.
sekiranya tidak habis malam ni, tentulah tong sampah akan menadahkan perutnya.

"Ikut suka maklah nak makan apa, pada mas untuk malam ni dah cukuplah tu, cucur udang pun masih ada lagi, nasi daging tadi pun masih ada"

"Takkan nak makan itu saja, sayur dan kuah pun xda?"

Memang dia tidak boleh berenggang dgn kari. Lauk untuk nasi daging hanyalah daging, air asam dan ulaman sebagai pelengkap hidangan. Itu sahaja sudah cukup bagiku dan suamiku.

"Terserah maklah, mak nak makan apa malam ni, mak masaklah, mas ada kerja banyak nih" kataku lagi.

Masakan aku memang tidak pernah akan membuka selera dia, buat apa tanya aku, atau minta pandangan aku, buang karen saja.

"kalau azizan nak makan?"

"Dia tak kata apa pun, mak yang kata, tunggulah dia kata dulu, nak makan apa, baru mas masak"

Dia terdiam seketika dan berkata lagi;

"Hurm..mak tak ingat sungguh pasal bubur asyura tu, tadi Ana tel, bagitahu mak, baru mak ingat"

Kalau anak2 dia cakap apa2 sekali pun terus lekat diotak, akan diulang2nya beribu2 kali perasannya. Pedih sungguh hatiku!

Tengok, pagi tadi aku ada bagitahu dia dan bertanyakan dia pasal bubur asyura tapi dia buat2 lupa dan tidak mahu ambil tahu, maknanya dia masih lagi tidak letak diperutnya setiap patah ucapanku. ucapanku pada dia, ibarat angin yang lalu saja. singgah di muka tidak sedikit pun boleh menanggalkan debu.

"Kan tadi mas dah cakap pasal bubur asyura, sekarang ni kan awal muharam jadi musim bubur asyuralah"]]


[~Malam tadi aku bermimpi ada dua ekor ikan haruan di dalam parit, jinak benar, lalu aku dapat menangkapnya... :D
apakah gerangan maksud mimpiku itu?
Like ·  · Promote · 


~Sepanjang perjalanan kami ke Terengganu, kami berbual-bual kosong. Dan kami juga membaca nama-nama restoran yg berada di sepanjang jalan. Kami juga perhatikan nombor-nombor plat kereta yang lalu di hadapan kami.
Ada pelbagai nombor plat kereta yang lucu-lucu. Nama restoran-restoran pun begitu.
Nama saja hebat-hebat tetapi tidak ada pelanggan dan seperti sudah lama tidak berniaga.

"Wah! cantiknya bunga tahi ayam" kataku semasa kami sampai di lampu isyarat di Gong Pasir Terengganu.

"Itu bukan bunga tahi ayamlah, itu bunga carnation!" kata suamiku.

"Abang, di Malaysia ni mana ada bunga carnation?, kalau di Cameron Highland maybe ada lah"

"Ha, kat tengah, yang bunga merah2 tu adalah pokok bunga balun ayam" cantiklah di kelilingi dgn bunga tahi ayam" kataku.

"Apalah Terengganu nih, guna bunga tahi ayam atau semua ayam2, tak ada bunga lainkah?"

Aku ketawa dengan sikap suamiku. Kelakar soalan itu.

Semasa hendak masuk ke sempadan Kelantan suamiku pun berkata;
"Kalau masuk saja sempadan Kelantan, apa yang Mas nampak dulu?"

"Gambar Nik Aziz!" kataku. Suamiku pun ketawa.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

~Setelah tiba di pintu pagar Pejabat Pendaftaran Pasir Putih pada pukul 10.00 pagi, aku dan suamiku pun masuk ke perkarangan pejabat itu.

"Keciknya, Pejabat pendaftaran ni" kata suamiku.

"Jomlah masuk, memanglah kecik, Pasir putih ni kecik, tidak ramai orang, kalau permintaan tinggi, barulah berpindah ke bangunan yang lebih besar, buat apa membazir" kataku. Cewah!
Suamiku pun menekan butang mesi
n untuk mengambil nombor giliran. Aku dah tidak sabar untuk mendapat kad pengenalan baru.
'Bagaimanalah agaknya muka aku sekarang ni, dah tua agaknya, masa aku berumur 40 tahun, gambar aku macam anak dara jer, masam. Masa tu aku banyak masalah' Hatiku gelisah.

1032! kaunter 3!
Aku terus pergi ke kaunter 3 dan duduk di kerusi.
"Assalamualaikum encik" aku menghulur sehelai surat dan kad pengenalan lamaku kepada pegawai tersebut.

Setelah Pegawai itu menaipkan sesuatu di komputer, dia menuju ke sebuah almari besi. Apabila kad pengenalan baruku sudah ditemuinya, pegawai itu pun menebuk lubang ke atas kad pengenalan lamaku dan menyerahkan kepadaku semula.

"Ya Allah!, betulkah ini gambar Mas, bang!?" aku geram melihat gambarku sendiri. Gambar tu cantik tapi...

"Mari sini abang tengok?!"

"hahhaaa....kikikiki..." suamiku ketawa terbahak-bahak.
Aku pun turut ketawa.

"Kenapa hidung Mas kembang sangat bang!, takkan kot!!" aku dan suamiku tak henti-henti ketawa sehingga mengalir air mata.

"Malulah Mas bang!"

"Yang awak pergi kembangkan hidung tu buat apa? Agaknya awak dah teruja sangat kot masa tu sebab nak tukar alamat kat Kelantan?" kata suamiku sambil ketawa lagi.