Saturday 1 September 2012

Tabahkan hatiku


21 August at 10:53 · 
  • Sebentar lagi kira2 pukul 12 tghari, suamiku akan datang utk mengambilku pulang.
    4 hari 3 malam aku berehat disini,
    sungguh menyamankan..
    tenang segala fikiranku..
    aman terasa batinku..
    walaupun begitu, aku telah kuat bersediap sedia untuk
    menempuh pelbagai lagi kerenah mak mertuaku dan ujian daripada yg Maha Esa.
    Aku akan cuba bzkan diriku sebz mungkin, agar tidak ada ruang
    buat syaitan menghasut dan menggoda imanku.
    Sekejap lagi aku akan check out..
    kami akan menuju ke NSK Selayang utk membeli bahan2 mentah.
    Janjiku pada suami mistiku tunaikan.
    Dan Esok, bermulalah tugas2ku yg banyak belum selesai..
    kelas jahitan di FB akan bonda mulakan semula,
    ada baju melayu, kebarung, baju kurung, blouse bonda belum jahit lagi, bolehlah buat utk kelas jahitan itu sekali, insyaallah.
    ingat tak kawan2..
    bonda belum ambil ujian berkomputer lagi utk lesen memandu..!!
    esok lusa atau selewat2nya minggu depan bonda misti pergi test.
    Bonda nak cepat2 dapat lesen memandu..
    tetapi bonda misti membuat pilihan atau perancangan yg lebih rapi, tepat dan berjimat.
    Bonda misti menyusun strategi yg baik demi masa depan diri sendiri. bonda tidak mahu menyusahkan org lain..
    rasanya masih belum terlambat..
    masih ada waktu, insyaallah..
    berusaha utk maju adalah kewajiban buat kita seorg wanita.
    walaupun kita mempunyai suami, kita harus berdikari dan mempunyai pendapatan sendiri supaya hidup kita akan lebih baik di masa2 akan datang.
    aku masih bertuah kerana suamiku memahami aku..
    Cinta...cinta bukan boleh menyambung kehidupan kita, dgn cinta kita akan hanya ada sedikit kekuatan, tetapi jgn bergantung sepenuhnya kerana kita ada cinta. hidup kita akan kecewa.
    Cita2 misti lebih tinggi daripada cinta..
    Cinta yg kekal abadi adalah cinta kpd Pencipta.
    Ya Allah, Kau permudahkan segala usahaku, ibdahku dan cita2ku.
    aamiin ya rabbal alamin..

No comments: