Saturday 1 September 2012

Mesen jahit tepi



Aku keluar dari bilik ujian dengan lapang dada.
Setelah kerani lelaki melayu itu print keputusan ujianku, dia mengarahkan aku pulang.
Aku menuruni anak tangga, aku lihat ada seorg perempuan melayu muda yg baru saja selesai menduduki ujian sama sepertiku.
"macamana ujian tadi?"..ku cuba bertanya.
"gagal.."jawabnya ringkas. dari tadi aku tengok budak perempuan ini membaca buku, agaknya dia pun belum bersedia,.
Semasa aku datang kali kedua di pusat ini, perempuan india muda itu lulus.
"abang kat mana nih, mas dah siap dah.." aku menelipon suamiku.
"ok, tunggu ya, kejap lagi abang datang.." kata suamiku.
Aku berjalan kaki menuju ke warung berdekatan. aku bagitahu suamiku aku berada di situ, aku memesan air soya, suamiku pun sampai. Suaiku duduk berhadapan denganku, aku membuat muka sedih Suamiku merenung raut wajahku.
"macamana?.."tanya suamiku.
"abang tengok muka mas macamna?..kataku
"nampak macam muka gagal saja.."teka suamiku.
Aku tersenyum sedikit dan menghulurkan keputusan ujian itu kepada suamiku.
"oklah dah lulus, tahniah sayang.."kata suamiku.
Setelah minum aku menemani suamiku membeli lauk pauk di selera utara sebab mak saudara dan sepupuku akan datang tengahari nanti.
Kami beli 3 ketul ikan pari air asam, 3 ketul bahagian ekon dan badan kari ikan jenahak. 2 ekor ikan cencaru belah belakang goreng saiz sederhana, sambal goreng tempe, sup sayur dan sambal beacan R50.00 tepat2.
Sampai dirumah, aku potong nenas, emak mertuaku nak beli pajeri nenas tapi tidak ada. Lalu di tabur garam dan gula saja pada nenas itu. aku celur kacang panjang dan kacang kelisa utk ulam.
Setelah itu aku naik keatas.
Tidak lama kemudian mak saudaraku pun sampai.
setelah makan dan sembahyang zohor, mak saudaraku memohon utk pulang kerumah anaknya. mak saudaraku dari Penang, tetapi esoknya dia ingin ke London ke rumah anak perempuannya selama sebulan.
"jomlah, tadi kata nak pergi ambil mesen jahit.." kata suamiku.
"yer, kejap bang.." kataku.
Semasa aku ingin keluar, mak mertuaku berkata "mas apa kita nak makan malam nanti?.. Aduh, mak mertua aku ni, tak adake soalan lain yang dia nak tanya, potong stim betullah, nasi tadi pun belum betul2 habis di kisar lagi dalam perut dah tanya utk makan malam, begitulah emak mertuaku, pada dia itulah saja yg paling mustahak dalam hidupnya. sedangkan aku banyak lagi benda yg lebih mustahak yg berlegar dalam kepalaku setiap saat. setiap kali pertanya serupa di ulang kepada aku, semua otakku berhenti bergerak. aku jadi terkedu dan terlopong, lambat utkku menjawab soalannya.
"mak, malam lambat lagilah mak, sekarang baru pukul berapa, makanan tadi pun belum jatuh kat perut lagi, mas nak keluar ni, pukul 7.00 malam nanti barulah kita fikir nak makan apa mak", jelasku dalam keadaan geram tapi terkawal.
Sebelum mak su akau datang tadi, mak mertuaku mengisi semua jenis biskut di dalam balang, memotong semua jenis kek. Bukan dia tidak dapat fikir hanya 2 org saja yg datang. xtermakan oleh mereka, tetapi itulah hobinya, suka melihat makanan banyak di atas meja, sampai nak letak pinggan pun tidak muat. sehinggakan kena alih bekas2 kuih tu kemeja tepi.
Letih ku lihat mak mertuaku. suka membuat kerja2 membazir masa. dia suka lihat penuh dan banyak. Tidak tahulah aku nak kata apa lagi. Lemas aku di buatnya.
Jumaat lepas Aku telah membeli sebuah mesen jahit tepi utk memudahkan tugasku utk memberi tunjukajar di dalam kelas jahitan bimbinganku secara on9. Aku di kehendaki mengambil sendiri mesin jahit itu hari ini. Aku tidak perlulah lagi tunggu suami menghantar kekedai setiap kali aku selesai memotong kain, untuk di jahit tepi.
"wah!, canggih jugak mesin jahit tepi yg kecil ini. boleh jahit tepi tudung jugak, tak macam dulu, pernah aku beli sekali, tetapi satu kegunaan saja."..kataku kpd jurujual di kedai singer itu.
Aku nampak letih dan beberapa kali menguap mengantuk.
"akak ni baru balik kerja kah.." tanya jurujual cina itu, tuan punya kedai tu.
"tidaklah, saya tidak kerja, saya kerja2 sendiri jer, saya beli mesin jahit ini utk kelas jahitan saya di FB"..kataku.
"oh, pandainya.."kata jurujual itu.
"tidaklah pandai sangat, tetapi saya tidak suka bekerja dgn syarikat, nanti masa saya terikat, susah.. saya bolehlah mengambil tempahan sedikit2 dan saya ada juga jual barang2 dan produk2 rakan2 dalam FB..saya buat kelas2 dan demo2 masakan nanti sedang dalam perancangan.."jelasku lagi.
"wah, serba bolehlah kakak ni, boleh masak dan jahit pulak.." puji jurujual cina itu, kepadaku.
Aku hanya tersenyum.
Setelah belajar serba sedikit cara kegunaan mesin itu, aku pun pulang kerumah.
 

No comments: