Monday 17 September 2012

sinopsis darjat kasih ke 8 kali..



Sinopsis yg ke 8 kali, daripada editor sendiri...
Sinopsis
DARJAT KASIH yang berkisar tentang seorang wanita, bernama Masdiana terpaksa mengharungi pahit getir sebuah kehidupan, didera, dianiaya dan dinodai. Mampukah Masdiana meneruskan musafirnya demi mencari sinar pelangi di sebalik awan mendung.

Masdiana membesar tanpa perhatian dan kasih sayang daripada adik beradik serta ibubapanya. Zaman 
kanak-kanaknya penuh dengan penderitaan. Kasih sayang yang berat sebelah sentiasa menjadikan Masdiana mangsa penderaan abang kandungnya sendiri. Keadaan bertambah buruk lagi bila peristiwa hitam menimpa dirinya. Mustapa, lelaki berketurunan Jawa telah menyihir dan menodai Masdiana sehingga melahirkan seorang bayi perempuan bernama Amira. Masdiana bagaikan bangkai bernyawa. Tanpa sebarang ikatan yang sah, tidak mampu melawan sihir yang dikenakan ke atasnya terpaksa tunduk pada perintah Mustapa malah menjadi mangsa nafsu lelaki yang tidak berhati perut itu. Diugut oleh beberapa orang 'Along' untuk melangsaikan hutang-hutang Mustapa, sedang lelaki itu hanya bersembunyi dalam rumah tanpa berbuat apa-apa.

Kasih sayang terhadap Amira menguatkan lagi semangatnya untuk terus tabah dan bangkit semula walau harus mengharungi berbagai rintangan. Yakin bahawa Allah SWT akan sentiasa melindungi Amira dan juga dirinya, dia pasrah dan redha dengan ketentuanNya. Ketahuilah kisah selanjutnya, bagaimana Masdiana mampu melepaskan dirinya daripada cengkaman Mustapa. Betapa perebutan harta pusaka mampu memecah belahkan ukhuwah kekeluargaan. Mampukah Masdiana melupakan peristiwa hitam masa silamnya dan memulakan hidup baru bersama Azizul, seorang duda beranak empat?
 

No comments: