Saturday 29 September 2012

Sambungan Novel DARJAT KASIH BAB 4~ 6

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=450347531682649&set=a.442446569139412.73788020.386640188053384&type=1&theater

Sambungan Novel DARJAT KASIH
BAB 4

Malam Tadi hujan lebat, Amyra terasa panas di dalam pelukan ibunya. Saat inilah yang di tunggu-tunggu Amyra selalu. Rasa rindu Amyra kepada ibunya terubat seketika. Amyra melihat ibunya tidur nyenyak. Direnungnya wajah ibu kesayangannya itu dalam-dalam. Amyra sedar ibunya banyak berkorban dan hidup susah sebelum ini. Amyra masih ingat ‘Lelaki Jawa ‘ itu. Bia
r Allah (SWT) sahaja yang akan membalas segala perbuatannya. Amyra mahu melupakannya. Tetapi sejahat-jahat ‘Lelaki jawa’ itu, dia tetap bapa Amyra. Tidak ada cara untuk melupakan segala peristiwa ketika bersama bapanya. Amyra seboleh-bolehnya mahu melupakan segalanya dan tidak mahu peduli tentang bapanya lagi. Dia akan menangis dan kecewa.

Puas Amyra cuba memejamkan matanya, hujan yang lebat dan dingin itu, tidak sedikit pun membuatkan mata Amyra mengantuk. Rugi sekali, kerana hujan di waktu malam adalah saat yang dinanti-nanti Amyra supaya dapat tidur dengan lena . Sejuk dan selesa. Peristiwa malam tadi membuatkan Amyra tersenyum sendirian. Amyra sekali lagi menggantang asap.
Bayangan wajah Daneal terpampang di ruangan matanya. Hujan semakin lebat, Amyra menjadi rindu, rindu untuk bertemu Daneal lagi. Amyra tenggelam di dalam angan-angannya sendiri.

“Hurmm..Myra, ibu dah panaskan makanan kiriman Datin Maznah. Sedap, marilah sarapan sama-sama?.” Pelawa Masdiana kepada anak kesayangannya itu, sebaik sahaja Amyra menuju ke dapur.
“Petang nanti kawan serumah Amyra akan balik , jadi bolehlah ibu pulang, kesian ‘Pak Cik’ keseorangan di rumah, Dah dua malam ibu dengan Myra disini..” Kata Amyra sambil tersenyum dan membetulkan tempat duduknya.

Macaroni goreng, yang disendukkan ke piring, tidak dapat disuapkan. Bayangan Daneal tersenyum disitu. Amyra tersipu sendirian. Perasaannya sudah celaru. Wajah tenang ibunya di hadapan matanya tenggelam timbul berselang seli dengan wajah Daneal, lelaki kacak itu. “Mungkin inikah yang dikatakan penyakit ‘angau?." Hati kecilnya bertanya.

“Amyra, siap-siaplah, sekejap lagi,’ Pak Cik’ Myra akan datang jemput kita. Myra masih ingat lagi tak dengan Afeqien Abduillah. Dia sudah tamat menuntut di Universiti Al Azhar di Mesir. Sekarang dia sedang menunggu panggilan untuk menjadi Ustaz di sebuah Sekolah Agama.” Kata Masdiana melenyapkan anganan Amyra.
“Bagaimana ibu tahu semua ini?." Tanya Amyra kehairanan. wajah Afeq yang tenang dan bersih itu tiba-tiba muncul.

Amyra masih ingat, satu hari itu, ibunya membawanya ke rumah anak-anak yatim Darul Taufiq. Ketika itu Afeq sedang bercuti. Afeq adalah seorang anak yatim piatu dan dibesarkan di rumah anak-anak yatim Darul Taufiq. Afeq seorang pelajar cemerlang dan soleh. Afeq selalu mengajar ilmu agama, menjadi imam dan mengajar mengaji kepada anak-anak yatim di situ yang dianggapnya seperti adik-adiknya sendiri ketika beliau bercuti. Dia berazam akan menggunakan ilmu yang dituntutnya itu, untuk berbakti kepada rumah anak-anak yatim tersebut, yang banyak berjasa kepadanya. Suara Afeq sungguh merdu apabila mengalunkan bacaan ayat-ayat suci Al-Qur’anul Karim.

Masdiana selalu melawat beberapa rumah anak-anak yatim di sekitar Kuala Lumpur. Dengan cara ini, Masdiana merasa dirinya masih diperlukan, disayangi dan dihargai. Masdiana terasa tenang dan bahagia di situ.

“Ibu ada bercakap dengan Puan Zainab semalam. dalam telefon, tiba-tiba ibu jadi rindu pula hendak pergi ke sana,.” Jelas Masdiana lagi.

Amyra tidak sampai hati untuk menolak pelawaan ibunya. Amyra segera naik keatas dan tukar pakaian. Cuti hari ini akan dihabiskan di rumah anak-anak yatim itu. Amyra tidak ada masalah untuk kesana. Amyra sedar, dia pun sama seperti mereka. Cuma Amyra lebih rasa bersyukur kerana masih mempunyai seorang ibu yang benar-benar bertanggungjawab dan sangat mengambil berat.

“Phon...!!” Bunyi hon sebuah teksi, berhenti di hadapan rumah pekerja itu.
“Cepat Amyra, Pak Cik Myra dah sampai tu,..”. Kata Masdiana dengan suara yang agak lantang.
“Ya ibu, Myra dah siap ni.” Amyra segera membuka pintu untuk ibunya dan membimbit sebuah beg kecil yang memuatkan pakaian basahan ibunya..

“Apa khabar Pak Cik,?. “ Tegur Amyra sambil bersalam dengan bapa tirinya yang di panggil ‘Pak Cik ‘ itu, dengan sopan.
“Khabar baik, Myra apa khabar?, nampak ceria saja hari ini?, amboi...maklumlah dapat berpeluk dengan ibu dia..Pak Cik jugak lah yang melopong..” Kata Azizul Azrai, sambil menjeling manja kepada Masdiana, isteri yang sangat dicintainya. Amyra ketawa kecil. Masdiana mencubit manja paha suaminya. Suaminya memang suka bergurau.

Teksi yang dipandu Azizul, menghala ke jalan Semarak. Masing-masing mendiamkan diri. Sesekali Azizul memandang wajah anak tirinya melalui cermin pandang belakang. Azizul boleh dikatakan seorang pencinta wanita. Kadang-kadang Masdiana rasa cemburu dengan gelagat suaminya apabila Azizul menceritakan kecantikan penumpang-penumpang wanita yang menaiki teksinya.
“Lelaki!.” Degus hati Masdiana. Lelaki tidak boleh dipercayai seratus persen. Apa lagi, 99 peratus penumpang teksi Azizul adalah wanita.

Azizul seorang lelaki yang cerewet. Dia lebih suka mengambil penumpang wanita daripada penumpang lelaki. Banyak baiknya. Yang penting dia ikhlas mencari nafkah untuk menyara persekolahan anak-anaknya serta isterinya Masdiana. Hari minggu, jalan tidak begitu sesak, tetapi di jalan menghala ke Taman tasik titiwangsa selalunya tidak pernah lengang setiap hujung minggu begini. Kereta-kereta akan berasak-asak untuk mencari tempat parkir, penuh di kiri kanan jalan di kawasan Taman Tasik Titiwangsa itu. Tempat parkir kereta yang disediakan selalu penuh.

BAB 5.

Masdiana, Amyra dan Azizul disambut mesra oleh Puan Zainab, pengusaha pusat anak-anak yatim Darul Taufiq itu. Dari jauh Masdiana ternampak Afeqien Abduillah sedang bergurau senda dengan ‘adik-adiknya’. Nampak sungguh akrab. Kelihatan beberapa kanak-kanak perempuan sedang membersih dan menyiram pokok-pokok bunga di halaman rumah dua tingkat itu, di atas tanah lot, bersebelahan dengan Taman Tasik titiwangsa. Sungguh damai suasana di sini. Mereka sesekali, boleh juga keluar mengambil angin dan berjalan-jalan atau berjoging di sekitar Taman tasik Titiwangsa itu.

Lama Amyra memerhatikan gelagat Afeqien Abduillah yang masih muda itu. Dalam perkiraan Amyra, Daneal lebih berusia beberapa tahun dan Afeq sebaya dengannya. Cuma Amyra sahaja yang kurang bernasib baik. Amyra tidak pernah dapat menduduki peperiksaan kerana pada masa itu, Amyra selalu berpindah-randah mengikut ibunya dan tidak dapat bersekolah kerana tiada sijil kelahiran. Setelah Masdiana berkenalan dengan Azizul Azrai dan berjaya melepaskan diri daripada cengkaman ‘Lelaki Jawa’ itu, barulah Amyra dimasukkan kesekolah Agama Rakyat di Utara tanah air. Itupun sekejap sahaja. Walaupun begitu, Amyra seorang yang rajin belajar. Dengan menggunakan kemudahan komputer riba, Amyra belajar menulis dan mengeja dengan ibunya di ruangan ‘chating’ setiap malam. Sedari kecil, Masdiana mengajar Amyra secara tidak formal di rumah. Alhamdulillah, Amyra dapat membaca dan menulis dengan baik. Sekarang Amyra sedang belajar bahasa Inggeris pula.

Masdiana pernah berpesan kepada Amyra bahawa, dunia teknologi morden sekarang ini, tidak membataskan kita untuk belajar. Janganlah kecewa jika kita tidak berpelajaran tinggi, kerana dengan sijil sahaja tidak akan membuatkan kita berjaya dalam hidup. Kekuatan dan jatidiri akan menjadikan hidup kita lebih berjaya di samping berdoa kepada Allah (SWT), berusaha dan yang paling penting sekali ialah restu dan doa dari ibubapa, akan membawa keberkatan hidup di dunia dan di akhirat nanti.

“Lama sungguh Puan Masdiana tidak jengok kami..” Kata Puan Zainab pengusaha pusat anak-anak yatim tersebut.

“Ya, lebih kurang enam bulan lepas, kali terakhir saya datang melawat, waktu itu Afeq tidak ada, masih menuntut di Mesir kan?” Jelas Masdiana, sambil matanya tertumpu kepada Afeq yang sedang melayan kerenah ‘adik-adiknya’.

“Abang Afeq, cuba lihat di sana, siapa yang datang?” Kata Mizi, seorang anak gelandangan yang di ambil dari jalan Haji Taib, masa itu dia sedang merayau-rayau sendirian. Umurnya ketika itu 10 tahun. Sekarang Mizi telah pun menuntut di sekolah menengah. Mizi seorang yang rajin belajar dan bercita-cita tinggi.

“Assalamualaikum, ini mak cik Masdiana ke?, Astaghfirullahal ‘Azdim, maaflah makcik, Afeq tidak perasan makcik datang, apa khabar?” Sambil menunduk hormat dan menghadiahkan senyuman kepada Amyra.

“Anak dara makcik ni pun ada sama?” Tanya Afeqien Abduillah lagi bergurau.
“Amyra, apa khabar?” Tanya Afeq sambil tersenyum.

Pandangannya dialihkan kepada Masdiana cepat-cepat. Afeq tidak mahu memandang Amyra lama-lama dengan penuh nafsu. Berdosa. Walaupun pada hakikatnya Amyra seorang yang cukup sempurna dan menawan setiap lelaki yang memandangnya. Afeq mesti menjaga maruahnya sebagai seorang yang bakal bergelar Ustaz. Gerak geri, pertuturan dan perbuatan Afeq akan diperhatikan dan menjadi contoh oleh’adik-adiknya’. Di dalam hati Afeq, hanya Allah sahaja yang tahu, seandainya Amyra itu sedar bahawa, sudah sekian lama dia menyimpan hasrat , sejak pertama kali mereka bertemu di rumah anak-anak yatim itu, 3 tahun yang lalu. Afeq tidak pernah lupa niatnya yang suci. Dia selalu berdoa mudah-mudahan ada jodoh di antara mereka berdua. Afeq mahu teguhkan ekonominya terlebih dahulu dan banyak lagi persediaan untuk menjadi seorang suami. Sekarang usianya masih terlalu muda, begitu juga Amyra. Masih punya banyak masa dan masih banyak yang perlu di pelajari.

“Afeq apa khabar?, makcik doakan semoga Afeq berjaya mengejar cita-cita.” Kata Masdiana memberi perangsang dan harapan buat Afeqien.

Masdiana sungguh tertarik kepada Afeqien, dia adalah calon terbaik untuk anaknya Amyra. Sekurang-kurangnya Afeqien boleh membimbing Amyra dalam hal-hal agama, kerana Amyra memang tidak sempat menuntut ilmu agama dengan sempurna. Masdiana sedar. Tetapi Masdiana yakin masih belum terlambat untuk Amyra mempelajarinya. Masdiana selalu berpesan kepada Amyra supaya membuka ‘youtube’, kerana di situ, Amyra boleh belajar mengaji, mendengar bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan sebagainya. Melayari internet kepada yang berfaedah sangat banyak manafaatnya.

“Ustaz, boleh ajar Myra mengaji tak?” Tanya Amyra sambil menjeling manja.
“boleh, apa salahnya, datanglah kemari pada hari minggu, bolehlah belajar mengaji bersama-sama.” Pelawa Afeqien.

Masdiana dan Puan Zainab tersenyum.
Setelah melawat dan bertanya khabar semua penghuni di situ, Masdiana menyumbangkan sekeping cek bernilai RM 300.00, kepada Puan Zainab.

“Terima kasih Puan Masdiana, semoga Allah sajalah yang akan membalas budi Puan Masdiana adan di perluaskan lagi pintu rezeki kepada Puan Masdiana sekeluarga.” Ucap Puan Zainab, sambil menerima cek itu dengan perasaan terharu.
Masdiana bukan seorang yang kaya-raya, sebanyak itu sahaja yang dia mampu asalkan hatinya benar-benar ikhlas.

“Terima kasih Puan, kerana melayan kami dengan baik sekali, kami bermohon diri dulu ya, Insyaallah jika ada masa nanti, kami akan datang lagi” Kata Masdiana sambil mengajak Amyra.

Azizul Azrai sudah lama berada di dalam teksinya. Membaca surat khabar sambil menunggu Masdiana dan Amyra untuk pulang. Azizul cukup menepati masa. Dia tidak suka bertangguh-tangguh, pelanggan teksinya akan marah, jika terlambat.
Azizul Azrai sempat juga beramah mesra dengan sebahagian anak-anak yatim di situ. Dia juga bersalaman sambil menepuk-nepuk bahu Afeqien sewaktu mahu beredar sebentar tadi. Azizul memang tidak banyak bercakap, tetapi lebih banyak tersenyum sambil mendengar perbualan mereka.
Di dalam hati Azizul hanya hendak keluar cepat dari tempat itu, untuk mencari duit. Banyak benda yang belum dibayar. Yuran sekolah anak-anaknya serta perbelanjaan harian, tetapi Azizul menghormati, memahami serta menyokong setiap rancangan dan kehendak Masdiana. Itu sahaja yang Azizul mampu untuk memberi kebahagiaan kepada Masdiana.

BAB 6.

“Jaga diri elok-elok ya Myra, berhati-hati selalu, jangan lupa baca doa, sebelum keluar rumah. Sekarang ini macam-macam boleh berlaku. Ingat selalu kepada Allah, mudah-mudahan Allah melindungi Myra.” Pesan Masdiana, sambil mencium kedua2 belah pipi anak gadis kesayanganya itu.

Masdiana hampir menangis kerana terpaksa membiarkan anak daranya hidup berdikari. Apa boleh buat, Masdiana tidak dapat membawa Amyra untuk tinggal bersama-samanya di rumah emak mertuanya. Lagi pun bilik di rumah dua tingkat itu hanya ada 4 buah.
Bilik utama khas untuk mak mertuanya, bilik tengah adalah bilik anak tiri Masdiana. Azmin, anak sulung Azizul Azrai yang sejak kecil tinggal di rumah itu. Cucu kesayangan neneknya. Duda tiada anak. Azmin selalu keluar daerah dan meninggalkan neneknya sendirian di rumah itu.
Sebab itulah Masdiana dan azizul mengambil keputusan untuk tinggal bersama emak mertuanya. Sekurang-kurangnya mereka dapat menjaga serta dapat melihat keadaan emak mertuanya sepanjang masa kerana Masdiana lebih suka bekerja sendiri dan ada banyak masa di rumah.

Bilik 3, adalah bilik Masdiana dan Azizul. Semua bilik itu berada di tingkat satu.
Satu bilik kecil berada di tingkat bawah berdekatan dengan bilik air dan dapur di khaskan untuk anak-anak buah Masdiana, yang kebanyakannya lelaki. Jadi, tidak elok untuk Amyra menumpang di rumah itu.

Mak mertua Masdiana seorang yang sangat cerewet. Walaupun usianya sudah mencecah 82 tahun, namun dia masih kuat untuk membuat kerja-kerja rumah dan memasak. Dia tidak puas hati jika ada orang lain yang mengambil alih tugasnya memasak atau menyiang ikan, serta membasuh bahan-bahan makanan. Pada dia, orang lain tidak membasuh sebersihnya.
Masdiana terpaksa juga bertahan dan bersabar dengan kerenah mak mertuanya yang bermacam-macam, kerana semasa dia mula hendak berpindah ke situ, semua barang-barang dan peralatan memasak tidak dibenarkan dibawa bersama.
Barang-barang sudah cukup lengkap katanya. Semua perabut dilelong dan disedekahkan kepada jiran-jiran. Barang-barang dapur seperti periuk belanga, pinggan mangkuk, serta peralatan letrik, dikirimkan kepada kakaknya di kampung, yang kebetulan anak saudara Masdiana ada berkunjung ke rumah itu dahulu.
Jika barang-barang keperluan yang penting, Masdiana akan menyimpannya di dalam bilik.
Mak mertua Masdiana tidak suka melihat barang-barang Masdiana disimpan bersama barang-barangnya di dapur.

Masdiana terpaksa juga tinggal di situ, walaupun begitu kecewa atau tidak tahan sekalipun. Masdiana tidak mampu untuk berpindah dalam masa terdekat, kerana Masdiana terpaksa mengumpul wang dan membeli barang-barang keperluan yang baharu semula. Masdiana terpaksa bersabar dan pasrah kepada Ilahi, mudah-mudahan di beri kesabaran yang tinggi terhadap segala ujian.

Memang niat Masdiana apabila berpindah ke rumah itu, dia ingin menjaga dan melayan emak mertuanya seperti ibu kandungnya sendiri, kerana dia tidak pernah dapat merasa bagaimana menjaga ibunya semasa hayat arwah.
Sewaktu Masdiana bersalinkan Amyra, pernah arwah ibunya tinggal bersamanya selama 6 bulan dan selepas itu, Masdiana tidak berkesempatan lagi untuk mengajak ibunya tinggal bersama. Itulah kenangan manis Masdiana bersama arwah ibunya.
Ibu Masdiana lebih suka berada di kampung halaman. Kata ibunya, hidup dibandar terasa seperti di dalam penjara. Terkongkong. Jika di kampung dapat bermesra dan bermain dengan cucu-cucunya. Dapat duduk mengambil angin di atas pangkin sambil menghirup udara segar. Berlainan sekali hidup di bandar, membosankan. Masdiana tidak pernah lupa untuk berdoa dan menghadiahkan Al Fatehah dan bacaan Surah Yasin kepada arwah ibu dan ayahnya setiap kali selepas solat.

Masdiana seorang tukang masak dan sangat suka memasak serta mencipta atau mengubah resepi-resepi sedia ada. Dia pernah bekerja sebagai tukang masak di beberapa buah restoran di sekitar ibu kota. Pada jangkaan Masdiana, dia ingin sekali melihat mak mertuanya berehat, menonton ‘ tv’, membaca surat khabar atau menghabiskan masa dengan mengaji dan beribadah. Biarlah dia menunjukkan kepakarannya memasak dan memberi hidangan yang berlaianan setiap hari kepada mak mertuanya.

Tetapi jangkaan Masdiana meleset sama sekali, rupa-rupanya mak mertuanya tidak sedikitpun berfikiran seperti Masdiana. Pada dia, kerja-kerja memasak, biarlah dia uruskan sendiri. Dia lebih suka menghabiskan masanya di dapur dari 8.30 pagi sehingga jam 12 tengah malam setiap hari, tanpa berehat atau tidur di waktu siang. Kadang-kadang Masdiana hairan memikirkan, apakah yang dibuat mak mertuanya setiap hari, di dapur. Kalau Masdiana cerita perkara ini kepada orang lain, tentu mereka tidak akan percaya, kerana jika usia seseorang itu mencecah 80an, selalunya mereka lebih suka berehat daripada membuat kerja-kerja rumah. Mereka lebih rela menyerahkan semua urusan rumah tangga kepada anak-anak dan menantu. Mereka akan bersyukur jika ada menantu yang menjadi surirumah sepenuh masa. Ini tidak, berlainan benar dengan sikap mak mertua Masdiana, dia tidak menyangka sama sekali, keadaan seperti ini masih ada di zaman sekarang.

Mak mertua Masdiana akan selalu memeriksa barang-barang makanan yang di simpan di dalam peti sejuk, apa lagi jika makanan itu Masdiana yang masak, tidak sampai 24 jam berada dalam peti sejuk, dia akan terus membuangnya ke dalam tong sampah, tanpa bertanya terlebih dahulu, samada Masdiana dan Azizul masih mahu memakannya. Tetapi jika masakannya, walaupun sudah tiga empat hari di perangat, masih di simpan di dalam peti. Masdiana selalu tersinggung dengan perbuatan mak mertuanya, tetapi apa boleh buat, itu rumahnya. Masdiana hanya menumpang. Masdiana ingat itu. Ingat sampai bila-bila dan sedar siapa dirinya. Dari mana asal usulnya. Sebab itu Masdiana terasa kecewa, dengan sikap mak mertuanya yang suka membazir dan membuang barang-barang tanpa rasa sayang. Masdiana datang dari keluarga yang miskin. Tidak pernah membuang barang-barang makanan yang masih boleh di makan. Masdiana terasa pelik dan janggal dalam situasi itu.

Pernah satu hari Masdiana menyuruh suaminya membeli udang geragau untuk rencah masakan. Udang geragau sangat wangi dan menambah kelazatan di dalam sayuran dan masakan. Udang geragau itu masih di dalam plastik, sudah lesap di buang mak mertuanya. Apabila Azizul bertanya kepada ibunya, ibunya hanya menjawab “uh, mak dah buang!.” Dengan tanpa rasal kesal dan bersalah.

“Kenapa mak buang?, kan udang tu dalam plastik lagi mak, udang tu tahan bertahun-tahun, apalagi plastiknya belum di buka dan disimpan di dalam peti sejuk.” Jelas Azizul kepada ibunya.

Tetapi ibunya buat-buat tidak dengar sahaja. Tanpa rasa bersalah sedikit pun. Memang dia banyak duit. Pencen yang dia dapat setiap bulan pun mencecah RM 3000.00. Tetapi tidak bermakna dia boleh membazir sesuka hatinya. Membazir itukan perbuatan syaitan.

“Memang dari dahulu perangainya begitu, tidak boleh di ubah lagi sikap boros dan membazir.” Kata Azizul sambil menggelengkan kepalanya.

Kesal dengan sikap emaknya yang tidak pernah mahu mendengar setiap teguran anak-anaknya. Dia akan buat ikut hati dan perasaannya sendiri walaupun perkara yang dilakukannya itu banyak yang salah. Adik beradik Azizul yang lain pun selalu menegur sikap pembaziran maknya itu, tetapi tidak pernah diendahkan olehnya. Dari dia muda sehingga sekarang, sikap membazir dan cerewetnya itu semakin menjadi-jadi.

“Lihat mak, pisang ini baru jer mak beli semalam, hari ini dah Nampak lebam-lebam, esok mesti lembik dan sudah tidak sedap untuk dimakan.” Beritahu Azizul kepada emaknya.

Setiap kali selepas emaknya membeli pisang, dia akan cuci bersih-bersih kulit pisang itu dengan sabun dan digosoknya dengan berus pencuci pinggan. Apabila kulit pisang itu di tenyeh dengan berus, mudah bagi baktiria perosak menyerang kulit pisang dan menembusi isi pisang yang manis dan sedap itu. Setiap kali keluarga itu akan makan pisang sisa baktiria. Sudah puas Azizul dan Masdiana menasihatinya. Terangkanlah dalam bahasa dan ayat bagaimana bagus sekali pun, pada dia, cara dia itu sahaja adalah yang terbaik.

“Uh, mak tak suka pisang ini disentuh dan dijamah oleh semua orang, mak geli, baik mak basuh.” Kata ibunya.

Setiap kali apabila dia membeli pisang, pasti dia akan mencucinya. Dia akan membeli pisang pula dengan banyak, tidak padan dengan bilangan penghuni di dalam rumah itu, setiap kali itu juga pisang akan lebik dan berair apabila masuk hari yang ketiga.
Begitulah setiap kali pembaziran akan berlaku, selagi mak mertua Masdiana itu tidak merubah tabiat buruknya itu. Bukan itu sahaja, malah epal, limau dan segala buah disuruhnya Azizul membelinya setiap kali ada pasar minggu. Selalu buah-buahan di dalam peti itu akan layu dan kecut, tidak sempat dimakan. Hampir setiap hari jika ‘Apek” penjual sayur ada menjual buah mangga dan betik, dia tetap akan membelinya, walaupun di dalam peti sejuk sudah ada pelbagai jenis buah.

Friday 28 September 2012

Novel DARJAT KASIH BAB 1 ~ BAB 4

BAB 1

Tong!!.. Pintu kaca 'Butik Permata' di tolak dari luar. Amyra Adrya tersentak dari lamunannya.

Sedari tadi Amyra sedang menyusun koleksi baju-baju yang baharu sampai di butik tersebut, satu persatu diperhatikan. Amyra berangan-angan seandainya kesemua pakaian cantik tersebut miliknya, alangkah bertuahnya. Sambil membayangkan dia memperagakan satu demi satu koleksi tersebut.

Seorang pemuda tinggi lampai, berambut pendek dan berpakaian kemas masuk. Amyra mengamat-amati pemuda tersebut. Wajahnya tampan dan bergaya. Dari gayanya, dia bukanlah sembarangan orang. Buat seketika Amyra terpegun. Dia berhenti menyusun baju-baju tersebut dan meluru kearah pemuda kacak itu. .

 "Selamat pagi encik, boleh saya bantu?.." ucap Amyra dengan suara yang lembut merdu.

Mata mereka bertemu seketika. Pemuda kacak itu terpaku. Diperhatikannya susuk tubuh Amyra. Kebaya labuh warna hijau pucuk pisang yang dipakainya kala itu membuatnya kelihatan cukup sempurna. Sepasang mata Amyra yang cantik, tidak berkedip apabila ditenung begitu.  Bibirnya yang basah, bak ulas limau merekah, digigit perlahan. Dia tersipu..

 "Encik..di sini ada pelbagai pilihan tudung dan aneka fesyen baju terkini, semuanya direka khas oleh pemilik butik ini". Jelas Amyra lagi memecah kesunyian.

 Kebetulan pagi itu Datin Maznah keluar dengan dua orang pembantunya kerana ada urusan di luar."Myra, jaga butik sekejap ya?, lepas tengahari, kami balik semula". Pesan Datin Maznah sebentar tadi. "baik, Datin". kata Amyra sambil membuka pintu kaca Butik Permata untuk Datin Maznah.  Butik ini entah cawangan yang ke berapa, Amyra pun tidak mahu ambil tahu. Butik ini baharu sahaja dibuka tiga bulan lepas, banyak lagi yang perlu ditambah dan disusun, sebab itulah Datin Maznah banyak menghabiskan masanya di butik ini. Butik ini luasnya satu lot kedai sahaja. Di Butik Permata ini, masih memerlukan pekerja. Amyra suka bekerja di butik pakaian, kerana mewarisi minat yang sama dengan ibunya Masdiana Idayu. Masdiana adalah seorang tukang jahit yang mahir. Amyra masih ingat lagi sewaktu dia masih kecil, ibunya pernah membuka kedai jahit di Kulai Besar, Johor. 

 "Emm..saya nak beli sehelai selendang untuk bakal tunang saya, kami ada 'dinner' malam esok", jelas pemuda kacak itu.

"Di sini ada banyak pilihan selendang encik..."

" Daneal Zul Qarnein.. panggil jer saya Daneal.." Celah pemuda kacak itu memperkenalkan dirinya.

"Nama you?.." Tanya Daneal.

"Amyra, panggil jer Myra". Amyra tersenyum, sambil menggayakan selendang untuk dipilih Daneal.

"warna apa yang cantik?" Tanya Daneal.

"Untuk gadis yang berkulit cerah, warna krim ini cantik, batu permata dan juraian manik-manik di tepi selendang ini menambah lagi kejelitaan, tambahan pula, di waktu malam, pancaran lampu akan menaikkan lagi seri si pemakai." Terang Amyra kepada Daneal, seperti dia mahir benar dalam bidang peragaan.

Amyra tersipu sendirian. Kalau pelanggan wanita susah untuk Amyra melayannya, mereka semua seakan sudah pandai memilih sendiri. Ada yang datang menunjukkan lagak. Kadang-kadang melihat-lihat sahaja dan tidak membeli. Itukah yang dikatakan 'window shopping?' tanya hati kecil Amyra. Buang masa.

"Saya ambil yang ini". Daneal memegang selendang berwarna krim, seperti cadangan Amyra tadi. Sambil melihat 'prices tag', tanpa meminta diskaun, Daneal mengeluarkan wang kertas bernilai RM 300.00 kepada Amyra.

"Ini bakinya encik Daneal, terima kasih, sila datang lagi"..ucap Amyra lembut. Jika ada sepuluh pelanggan seperti ini, lama-lama pun Amyra sanggup melayannya dengan senang hati. Amyra tersenyum sendirian. 

BAB 2

 Hari ini, sabtu. Butik Permata akan dibuka sehingga jam 5.00 petang.

"Myra, petang nanti jangan lupa ke rumah saya, bantu anak saya mana yang patut ya?, pukul 6.00 petang, pemandu saya akan datang jemput awak.." Kata Datin Maznah mengingatkan Amyra.

Datin maznah menjemput semua kakitangan syarikatnya untuk meraikan anak tunggalnya Farra Adeera yang baru saja tamat pengajiannya di luar negara. Farra Adeera sangat meminati  bidang ' business study', sebab itu, tidak hairanlah jika gadis manis itu berjaya membawa pulang segulung ijazah. Datin Maznah yakin Deera akan dapat mengambil alih perniagaannya nanti. Selepas itu Datin Maznah akan bersara.

"Ibu, Myra pergi dulu ya, kereta pun dah sampai tu.." Sambil bersalaman dan mencium pipi ibunya.

 "jaga diri dan tingkah laku baik-baik, di rumah orang, jaga maruah kita sebagai orang miskin.." Masdiana memberi peringatan kepada anaknya. 

Amyra Adrya mengenakan sepasang baju kurung Pahang berwarna biru muda. Dikenakan pula sehelai selendang yang dililit kemas. Dibiarkan sedikit hujung selendang yg bermanik halus itu terjuntai di pipi sebelah kirinya. Pin berbentuk bintang disemat kemas di tepinya supaya lebih menarik. Tona warna berbeza antara biru gelap dan biru cerah  itu berselang seli, menaikkan lagi seri wajah Amyra. Bibirnya dicalit gincu berwarna oren muda. Pembayang matanya berwarna biru gelap gemerlapan. Semua alat solek itu kepunyaan ibunya. Amyra belajar cara-cara mengenakan pembayang mata dan pemerah pipi daripada ibunya. Setelah Amyra pergi, Masdiana berdoa kehadrat Ilahi, semoga semuanya selamat.

 Bungalow tiga tingkat milik Datin Maznah tersergam indah."wah!...indah sungguh mahligai ini....bisakah aku mendapatkannya.." Bisik hati kecil Amyra. Dia terasa begitu kerdil di situ. Amyra tidak ada masa untuk berangan-angan. Amyra mencuri pandang di kiri dan kanan kawasan bungalow mewah itu.

" Cik Amyra, mari Mak Mah tunjukkan bilik cik puan Farra Adeera.." Amyra segera mengikuti Mak Mah, salah seorang orang gaji Datin Maznah yang paling lama dan dipercayai. Sepasang mata Amyra sempat berlegar-legar menghayati beberapa sudut di dalam bungalow itu, yang rata-ratanya dihias indah

"Ini biliknya cik Amyra..", Mak Mah berkata sambil mengetuk pintu bilik Farra Adeera. "Masuk.." Terdengar suara yg tegas tetapi lembut, mempelawa. Setelah itu Mak Mah pun berlalu. Sambil bersalaman, masing-masing memperkenalkan diri.

"hurm..cantik jugak, pembantu kedai baru mama ni.." Sambil menghadiahkan senyuman manis kepada Amyra. Amyra terasa lapang dada. "Cik Farra tentulah lebih cantik...lihatlah gaun coklat muda ini sesuai sekali dengan selendang berwarna krim ini.". Puji Amyra ikhlas. " Bakal tunang saya yang hadiahkan kepada saya semalam, katanya sesuai jika dikenakan dengan gaun ini, cantik tak?", Tanya Adeera. Amyra teringat, sewaktu Daneal memilih selindang itu di Butik Permata, kelmarin. Muka Amyra menjadi pucat. Tidak tahu kenapa. Dadanya berdegup kencang. "Astaghfirullahal'Azdim" ucap hati kecil Amyra supaya bertenang. "Sungguh padan sekali cik Puan".. Puji Amyra. "Ala, tak usahlah bercik-cik dengan saya, panggil jer Deera, kan lebih mesra," Sambil memegang erat kedua-dua belah tangan Amyra. Amyra sempat melihat keanggunan wajah anak gadis Datin Maznah yang berusia awal dua puluhan itu. Wajah ayunya di solek dengan warna 'natural'. Menampakkan kejelitaan yang asli.

 Di halaman rumah, meja-meja berbentuk bulat telah di atur cantik. Meja-meja itu dialas dengan kain berwarna ungu. Kerusinya pula disarung dgn kain putih dan diikat dengan reben warna ungu. Cantik. Belon-belon berwarna ungu dan putih dijadikan pintu gerbang. Jambangan-jambangan bunga segar dan lampu-lampu neon berwarna warni menambah keindahan pada malam itu. Pembesar-pembesar suara berada di beberapa sudut penting. 'DJ' dijemput khas untuk memeriahkan lagi majlis itu. Sudah ramai tetamu yang mula hadir. Datin Maznah sibuk melayan tetamunya. Lilin yang di pasang di setiap meja menjadikan suasana malam itu sungguh romantik. Karangan bunga mawar merah dan putih menggamit tetamu supaya duduk."Aunty, boleh Daneal berjumpa Deera sekejap?" Tanya Daneal, kerana dari tadi dia tidak nampak pun kelibat bakal tunangnya. Dia resah. Tidak sabar untuknya menatap wajah Adeera pada malam itu. "Silakan..Deera ada di biliknya.." Datin Maznah mengizinkannya. Dengan pantas, Daneal menghayun langkahnya menuju kebilik bakal tunangnya. Bilik Farra Adeera di tingkat satu. Dari atas 'balcony', akan nampak jelas pemandangan kolam ikan, kolam renang dan hiasan taman di halaman bungalow itu.

 Tok..Tok..! Pintu bilik Deera diketuk perlahan.  Deera kenal benar dengan gaya ketukan itu. Deera tersenyum simpul dan meluru ke muka pintu. Pintu biliknya dikuak cepat. "Sayang...! kenapa lambat..!?", rengek Deera mesra.. Jemari mereka pun bertaut. Amyra terpegun melihat sepasang kekasih itu. Sungguh padan. Pasangan yang tinggi lampai. Farra Adeera berkacukan Inggeris Melayu, berhidung mancung dan berkulit putih bersih. Daneal Zulkarnain yang segak mengenakan suite hitam, bagaikan model di muka-muka majalah. Daneal tidak sedar diperhatikan Amyra. "Ehem..maaf, tumpang lalu, saya ingin ke bawah sebentar". Mohon Amyra. Daneal, tersentak seketika. "myra,.." Bisik hatinya. "Cantiknya". Hati kecil Daneal berkata lagi. Sepasang mata galak Daneal, memerhati gerak lengguk Amyra. Amyra adalah gadis kacukan Melayu Jawa. Berkulit kuning langsat. "Sayang..!" Sergah Adeera. Daneal tersentak dari lamunannya. "Siapa tu?". Daneal pura-pura bertanya. "Ala..dia tu pembantu butik mama., jom! turun,," Ajak Adeera. Fikiran Daneal masih tertumpu kepada Amyra. Dia tidak tahu kenapa. Hati dan fikirannya tidak lepas-lepas terbayangkan wajah Amyra.

 Di dalam bilik air, Ameera seperti mahu menangis. Dadanya berdegup kencang. Adakah dia cemburu?. Tidak mungkin. Siapalah dirinya. Amyra teringat kata-kata ibunya, " jaga tingkah laku dan adab sopan di rumah orang, Jaga Maruah". Amyra cuba membetulkan pakaian dan tudungnya. Amyra cuba mengukir senyuman di cermin. Kaku terasa. Senyuman yang tidak ikhlas. Dia cuba juga, keluar dari tempat persembunyiannya itu. Sebaik sahaja Amyra melangkah keluar, tiba-tiba dari jauh, Amyra ternampak dua sejoli itu menuruni anak tangga satu persatu seperti puteri dan putera raja. Gaun labuh Deera yang meleret menambah lagi keanggunan. Kali ini Amyra benar-benar rasa cemburu, melihat mereka berpegangan tangan seiringan. Para tetamu pun turut mencuri pandang dan berbisik-bisik. Dato' Zakaria dan Datin Mariam tersenyum megah. Amyra masuk kembali ke dalam bilik air. Dinding yang penuh dengan batu mar-mar, bersih berkilat itu, menampakkan wajahnya yang sugul. Sekali lagi Amyra menahan tangis sendirian.

 Dari corong pembesar suara, Amyra mula terdengar ucapan Datin Maznah. Dia difahamkan Adeera dan Daneal akan ditunangkan pada bulan hadapan. Mereka juga akan dilantik menjadi orang penting dalam syarikatnya. Amyra tidak dapat tumpukan kepada ucapan Datin Maznah. Dia sekali lagi cuba untuk keluar dari tempat persembunyiannya itu. Amyra bergaul dan duduk semeja dengan pekerja-pekerja lain. Amyra cuba berbual mesra dan sesekali tersenyum. Daneal masih mencuri pandang wajah Amyra Adrya, walaupun sesekali terpaksa melayan bakal tunangnya. Mereka duduk semeja bersama Dato' Zakaria dan Darin Mariam. "Cantik sungguh Deera malam ini," Puji Datin Mariam, bakal ibu mertuanya. "Terima kasih Aunty.." Kata Deera sambil tersenyum. Setelah selesai amanat dan ucapan yang disampaikan oleh Datin Maznah, semua hadirin di jemput menikmati hidangan. Lagu-lagu sentimental menjadi suasana bertambah tenang dan romantik.

BAB 3
 Datin Maznah sempat juga beramah mesra dengan tetamu yang hadir. Datin Maznah menjemput semua pekerja di syarikatnya untuk hadir ke majlis yang sederhana itu. Ada juga yang membawa famili masing-masing. Sambil menjamu selera kedengaran sesekali gelak ketawa. Amyra Adrya, menjamah hidangan dengan perlahan. Kemana melayang fikirannya, menerawang, menggangtang asap, sehinggakan tidak mendengar perbualan rakan semeja. Dia khayal dalam lamunan yang di reka-reka sendiri. Sesekali Amyra mencuri pandang kepada Daneal yang duduk di meja hadapan. Namun wajahnya jelas kelihatan disimbahi cahaya lampu led yang terpasang di celah-celah pokok hiasan. Amyra berdebar dan cemburu, panas terasa dadanya, apabila melihat kemesraan Deera. Amyra rasa pelik, kenapa dia mesti cemburu. Puas dia bertanya di dalam hatinya. Sudu dan garfu bermain-main di atas piring, steak yang ditusuk, tidak disuapkan ke mulut. Amyra melayan perasaannya sendiri.

Para tetamu semakin beransur untuk pulang. Dato' Zakaria dan Datin Mariam juga turut memohon diri. " Daneal, mama balik dulu ya?, jangan balik lambat dan jangan nakal-nakal tau?" Pesan Datin Mariam kepada anak tunggal kesayangannya. Setelah bersalaman, mereka pun berlalu. "Datin, Deera, Myra pun nak balik dulu ya?, ibu Amyra ada di rumah seorang tu," Jelas Amyra kepada Datin maznah. "Eh, kenapa tidak ajak ibu Myra sekali tadi, dapat juga berkenalan, tunggu sekejap ya, Myra?." Datin Maznah menyuruh Amyra tunggu, Datin Maznah pandai menjaga hati pekerja-pekerjanya kerana pada pendapat beliau, untuk mencari pekerja yang baik bukan senang sekarang ini, tambahan lagi gadis-gadis sekarang lebih suka memilih kerja. Pekerja baginya adalah 'asset' penting dalam sesebuah syarikat itu. Didikasinya pekerja dalam memberi komitmen, syarikat akan untung berganda."Mak Mah, tapau makanan untuk Amyra bawa pulang ya?, oh ya, Mak Mah ada nampak Deris?." Tanya Datin Maznah. Dari tadi lagi Datin Maznah tidak nampak batang hidung Deris, pemandunya. "Maaf Datin, Mak Mah terlupa nak bagitahu Datin, Deris ada bagitahu Mak Mah, dia terpaksa pulang, sebab isterinya sakit hendak bersalin. Agaknya dia ke hospital, Mungkin Deris tak nak ganggu Datin, sebab itu dia tidak bagitahu Datin. lagipun Deris tergesa-gesa tadi." Kata Mak Mah sambil meminta maaf.
Semua tetamu mengucapkan terima kasih kepada Datin Maznah dan pulang kerumah masing-masing, ada yang datang dari jauh, yang mana bekerja di cawangan-cawangan di luar Kuala Lumpur. Ada yang menghantar wakil. Sebab itulah rakan serumah Amyra pun terpaksa keluar daerah untuk menggantikan tempat di cawangan-cawangan yang belum cukup pekerja buat sementara waktu. Jawatan-jawatan kosong telah pun diiklankan di dada akhbar untuk memenuhi kekosongan pekerja di beberapa cawangan Butik Permata milik Datin Maznah di seluruh negara.

"Deera, Aunty, Daneal pun ingin meminta izin untuk pulang, nanti apa pulak kata mama.." Kata Daneal sambil menghadiahkan senyuman untuk bakal tunangnya."Daneal, Pak Deris dah balik, boleh tak, Daneal tolong tumpangkan Amyra kerumah pekerja di jalan Melati?..." Tanya Datin Maznah kepada Daneal. Dada Amyra berdegup kencang. Sekali lagi mukanya pucat. Cahaya lampu led berwarna hijau di situ dapat menutup wajah kelat Amyra saat itu. "Aduh..macamana ni,," Detik hati kecil Amyra.
 "Tak apalah Daneal, pergilah, hantarkan Amyra, kesian dia, dah malam ni, Deera dah penat sangat,,," Izin bakal tunangnya. Setelah bersalaman dengan semua, Amyra dipelawa Daneal masuk ke kereta. Pertama kali Amyra melihat kereta sebegini cantik. Model Mercedes Benz dua pintu, warna hitam. Apatah lagi untuk menaikinya. Sungguh bertuah rasanya pada malam ini. Macam dalam cerita Cinderella pula layaknya. Amyra tersenyum simpul. Perasan. Daneal membuka pintu untuk Amyra dan mempersilakan Amyra naik dengan mesra. Ternyata Daneal seorang yang sungguh romantik. Pandai ambil hati dan pada dirinya ada segala-galanya. Bertuah sungguh kepada sesiapa yang dapat memiliki Daneal.
Daneal memasuki kereta, seiringan enjin kereta dihidupkan, hati Amyra bergemuruh lagi, bagaikan petrol yang sedang mendidih. Malam yang pekat dan sejuknya penghawa dingin tidak terasa oleh Amyra. Hebat sungguh getaran perasaannya. Bertepuk sebelah tangan akan membuatkan dia kecewa, Amyra tahu itu. Sudah berkali-kali dia memujuk hatinya bahawa, dia tidak layak untuk Daneal. Daneal tidak akan memandangnya walaupun sebelah mata, Amyra yakin itu. Amyra malu untuk menatap wajah Daneal.
"myra, kenapa dengan awak?, awak takut ker?.." Terpacul soalan Daneal membuatkan Amyra tersentak dari lamunan. "Ti..tidak ada apa-apa..." Jawab Amyra gugup. Daneal tidak lepas-lepas memandang Amyra. "Cantik dan menawan". Detik hati kecil Daneal. Ramai gadis yang dia jumpa, tetapi kecantikan Amyra sungguh berbeza sekali. Ada tarikan magnetik. Pertama kali dalam sejarah, Daneal membawa keretanya begitu perlahan. Supaya lambat sampai dan dapat menatap wajah Amyra sepuas-puasnya.
 "Berhenti di sini, En. Daneal, sudah sampai". Kata Amyra memberitahu. Daneal memberhentikan kereta mewahnya."Amyra, saya suka awak.." Ucap Daneal."Astaghfirullahal 'Azdim...." Ucap Amyra perlahan, berkali-kali. Tidak mungkin. 
"Izinkan saya keluar dulu En. Daneal.." Pinta Amyra. Daneal dengan pantas membuka pintu kereta buat gadis cantik yang sedang mencuri hatinya."Nanti kita jumpa lagi.." Pinta Daneal sambil menghulurkan sekeping kad kecil. Amyra segera masuk ke halaman rumah teres dua tingkat, khas untuk pekerja itu, tanpa menoleh kepada Daneal. Dia benar-benar malu dan gementar. Tidak bertepuk sebelah tangan.

BAB 4

Malam Tadi hujan lebat, Amyra terasa panas di dalam pelukan ibunya. Saat inilah yang di tunggu-tunggu Amyra selalu. Rasa rindu Amyra kepada ibunya terubat seketika.  Amyra melihat ibunya tidur nyenyak. Direnungnya wajah ibu kesayangannya itu dalam-dalam.  Amyra sedar ibunya banyak berkorban dan hidup susah sebelum ini. Amyra masih ingat  ‘Lelaki Jawa ‘ itu. Biar  Allah (SWT) sahaja yang akan membalas segala perbuatannya. Amyra mahu melupakannya. Tetapi sejahat-jahat ‘Lelaki jawa’ itu, dia tetap bapa Amyra. Tidak ada cara untuk melupakan segala peristiwa ketika bersama bapanya.  Amyra seboleh-bolehnya mahu melupakan segalanya dan tidak mahu peduli tentang bapanya lagi. Dia akan menangis dan kecewa.

Puas Amyra cuba memejamkan matanya, hujan yang lebat dan dingin itu, tidak sedikit pun membuatkan mata Amyra mengantuk. Rugi sekali, kerana hujan di waktu malam adalah saat yang dinanti-nanti  Amyra supaya dapat tidur dengan  lena . Sejuk dan selesa.  Peristiwa malam tadi membuatkan Amyra tersenyum sendirian. Amyra sekali lagi menggantang asap.
Bayangan wajah Daneal terpampang di ruangan matanya. Hujan semakin lebat, Amyra menjadi rindu, rindu untuk bertemu Daneal lagi. Amyra tenggelam di dalam angan-angannya sendiri.

“Hurmm..Myra, ibu dah panaskan makanan kiriman Datin Maznah. Sedap, marilah sarapan sama-sama?.” Pelawa Masdiana kepada anak kesayangannya itu, sebaik sahaja Amyra menuju ke dapur.
“Petang nanti kawan serumah Amyra akan balik , jadi bolehlah ibu pulang, kesian ‘Pak Cik’ keseorangan di rumah, Dah dua malam ibu dengan Myra disini..” Kata Amyra sambil tersenyum dan membetulkan tempat duduknya.

Macaroni goreng,  yang disendukkan ke piring, tidak dapat disuapkan. Bayangan Daneal tersenyum disitu. Amyra tersipu sendirian. Perasaannya sudah celaru. Wajah tenang ibunya di hadapan matanya tenggelam timbul berselang seli dengan wajah Daneal, lelaki kacak itu. “Mungkin inikah yang dikatakan penyakit ‘angau?’ “. Hati kecilnya bertanya.

“Amyra, siap-siaplah, sekejap lagi,’ Pak Cik’ Myra akan datang jemput kita. Myra masih ingat lagi tak dengan Afeqien Abduillah. Dia sudah tamat menuntut di Universiti Al Azhar di Mesir. Sekarang dia sedang menunggu panggilan untuk menjadi Ustaz di Sekolah Agama.” Kata Masdiana melenyapkan anganan Amyra.
“Bagaimana ibu tahu semua ini?. Tanya Amyra kehairanan. wajah Afeq yang tenang dan bersih itu tiba-tiba muncul.

Amyra masih ingat, satu hari itu, ibunya membawanya ke rumah anak-anak yatim Darul Taufiq. Ketika itu Afeq sedang bercuti. Afeq adalah seorang anak yatim piatu dan dibesarkan di rumah anak-anak yatim Darul Taufiq. Afeq seorang pelajar cemerlang dan soleh. Afeq selalu mengajar ilmu agama, menjadi imam dan mengajar mengaji kepada anak-anak yatim di situ yang dianggapnya seperti adik-adiknya sendiri ketika beliau bercuti.  Dia berazam akan menggunakan ilmu yang dituntutnya itu, untuk berbakti kepada rumah anak-anak yatim tersebut, yang banyak berjasa kepadanya. Suara Afeq sungguh merdu apabila mengalunkan bacaan ayat-ayat suci Al-Qur’anul Karim.

Masdiana selalu melawat beberapa rumah anak-anak yatim di sekitar Kuala Lumpur. Dengan cara ini, Masdiana merasa dirinya masih diperlukan, disayangi dan dihargai. Masdiana terasa tenang dan bahagia di situ.

“Ibu ada bercakap dengan Puan Zainab semalam. dalam telefon, tiba-tiba ibu jadi rindu pula hendak pergi ke sana,,” Jelas Masdiana lagi.

Amyra tidak sampai hati untuk menolak pelawaan ibunya. Amyra segera naik keatas dan tukar pakaian. Cuti hari ini akan dihabiskan di rumah anak-anak yatim itu. Amyra tidak ada masalah untuk kesana. Amyra sedar, dia pun sama seperti mereka. Cuma Amyra lebih rasa bersyukur  kerana masih mempunyai seorang ibu yang benar-benar bertanggungjawab dan sangat mengambil berat.

“Phon...!!” Bunyi hon sebuah teksi, berhenti di hadapan rumah pekerja itu.
“Cepat  Amyra, Pak Cik Myra dah sampai tu,..”. Kata Masdiana dengan suara yang agak lantang.
“Ya ibu, Myra dah siap ni.” Amyra segera membuka pintu untuk ibunya dan membimbit sebuah beg kecil yang memuatkan pakaian basahan ibunya..

“Apa khabar Pak Cik,?. “ Tegur Amyra sambil bersalam dengan bapa tirinya yang di panggil ‘Pak Cik ‘ itu, dengan sopan.
“Khabar baik, Myra apa khabar?, Nampak ceria saja hari ini?, amboi...maklumlah dapat berpeluk dengan ibu dia..Pak Cik jugak lah yang melopong..” Kata Azizul Azrai, sambil menjeling manja kepada Masdiana, isteri yang sangat di cintainya. Amyra ketawa kecil. Masdiana mencubit manja paha suaminya. Suaminya memang suka bergurau.

Teksi yang dipandu Azizul, menghala ke jalan Semarak. Masing-masing mendiamkan diri. Sesekali Azizul memandang wajah anak tirinya melalui cermin pandang belakang. Azizul boleh dikatakan seorang pencinta wanita. Kadang-kadang Masdiana rasa cemburu dengan gelagat suaminya apabila Azizul menceritakan kecantikan penumpang-penumpang wanita yang menaiki teksinya.
“Lelaki!.” Degus hati Masdiana. Lelaki tidak boleh dipercayai seratus persen. Apa lagi, 99 peratus penumpang teksi Azizul adalah wanita.

Azizul seorang lelaki yang cerewet. Dia lebih suka mengambil penumpang wanita daripada penumpang lelaki. Banyak baiknya. Yang penting dia ikhlas mencari nafkah untuk menyara persekolahan anak-anaknya serta isterinya Masdiana. Hari minggu, jalan tidak  begitu sesak, tetapi di jalan menghala ke Taman tasik titiwangsa selalunya tidak pernah lapang setiap hujung minggu begini. Kereta-kereta akan berasak-asak untuk mencari tempat parkir, penuh di kiri kanan jalan di kawasan Taman Tasik Titiwangsa itu. Tempat parkir kereta yang disediakan selalu penuh.

Tuesday 25 September 2012

Novel DARJAT KASIH ~Bab Pertama.

Novel Darjat kasih
Bab pertama. [Untuk Penilaian Karangkraf] ~Penulis BONDA FB CHEF.

Bab Pertama. ~Bahagian 1.

Ting!....Tong!!.. Pintu kaca 'Butik Permata' di tolak dari luar. Amyra Adrya tersentak dari lamunannya. Sedari tadi Amyra sedang menyusun koleksi baju-baju yang baharu sampai di butik tersebut, satu persatu diperhatikan. Amyra berangan-angan seandainya dia yang mengenakan semua baju yang cantik itu, alangkah bertuahnya. Diamatinya seorang pemuda tinggi lampai, berambut pendek dan berpakaian kemas itu masuk. Wajahnya tampan dan bergaya. Seperti anak raja layaknya. Amyra terpegun seketika, dia segera berhenti menyusun baju-baju itu dan meluru kearah pemuda kacak itu dengan hormat.

"Selamat pagi encik, boleh saya bantu?.." ucap Amyra dengan suara yang lembut merdu. Mata mereka bertemu seketika. Pemuda kacak itu terpaku. Memerhati susuk tubuh Amyra, yang mengenakan sepasang kebaya labuh warna hijau pucuk pisang. Cukup sempurna. Sepasang mata Amyra yang cantik, tidak berkedip apabila ditenung begitu. Bibirnya yang basah, bak ulas limau merekah, digigit perlahan. Kehairanan.

"Encik..di sini ada pelbagai pilihan tudung dan aneka fesyen baju terkini, semuanya direka khas oleh pemilik butik ini". Jelas Amyra lagi memecah kesunyian."Mari saya tunjukkan, encik nak hadiahkannya, pada siapa?."Tanya Amyra lagi. Kebetulan pagi itu Datin Maznah keluar dengan dua orang pembantunya kerana ada urusan di luar."Myra, jaga butik sekejap ya?, lepas tengahari, kami balik semula". Pesan Datin Maznah sebentar tadi. "baik, Datin". kata Amyra sambil membuka pintu kaca Butik Permata untuk Datin Maznah. Butik ini entah cawangan yang ke berapa, Amyra pun tidak mahu ambil tahu. Butik ini baharu sahaja dibuka tiga bulan lepas, banyak lagi yang perlu ditambah dan disusun, sebab itulah Datin Maznah banyak menghabiskan masanya di butik ini. Butik ini luasnya satu lot kedai sahaja. Di Butik Permata ini, masih memerlukan pekerja. Amyra suka bekerja di butik pakaian, kerana mewarisi minat yang sama dengan ibunya Masdiana Idayu. Masdiana adalah seorang tukang jahit yang mahir. Amyra masih ingat lagi sewaktu dia masih kecil, ibunya pernah membuka kedai jahit di Kulai Besar, Johor.

"Emm..saya nak beli sehelai selendang untuk bakal tunang saya, kami ada 'dinner' malam esok", jelas pemuda kacak itu."Di sini ada banyak pilihan selendang encik..." " Daneal Zul Qarnein.. panggil jer saya Daneal.."Celah pemuda kacak itu memperkenalkan dirinya. "Nama you?.." Tanya Daneal. "Amyra, panggil jer Myra". Amyra tersenyum, sambil menggayakan selendang untuk dipilih Daneal."warna apa yang cantik?" Tanya Daneal."Untuk gadis yang berkulit cerah, warna krim ini cantik, batu permata dan juraian manik-manik di tepi selendang ini menambah lagi kejelitaan, tambahan pula, di waktu malam, pancaran lampu akan menaikkan lagi seri si pemakai." Terang Amyra kepada Daneal, seperti dia mahir benar dalam bidang peragaan. Amyra tersipu sendirian. Kalau pelanggan wanita susah untuk Amyra melayannya, mereka semua seakan sudah pandai memilih sendiri. Ada yang datang menunjukkan lagak. Kadang-kadang melihat-lihat sahaja dan tidak membeli. Itukah yang dikatakan 'window shopping?' tanya hati kecil Amyra. Buang masa."Saya ambil yang ini". Daneal memegang selendang berwarna krim, seperti cadangan Amyra tadi. Sambil melihat 'prices tag', tanpa meminta diskaun, Daneal mengeluarkan wang kertas bernilai RM 300.00 kepada Amyra."Ini bakinya encik Daneal, terima kasih, sila datang lagi"..ucap Amyra lembut. Jika ada sepuluh pelanggan seperti ini, lama-lama pun Amyra sanggup melayannya dengan senang hati. Amyra tersenyum sendirian.

Bab Pertama ~Bahagian 2.

Hari ini, sabtu. Butik Permata akan dibuka sehingga jam 5.00 petang. "Myra, petang nanti jangan lupa ke rumah saya, bantu anak saya mana yang patut ya?, pukul 6.00 petang, pemandu saya akan datang jemput awak.." Kata Datin Maznah mengingatkan Amyra. Datin maznah menjemput semua kakitangan syarikatnya untuk meraikan anak tunggalnya Farra Adeera yang baru saja tamat pengajiannya di luar negara. Farra Adeera sangat meminati bidang ' business study', sebab itu, tidak hairanlah jika gadis manis itu berjaya membawa pulang segulung ijazah. Datin Maznah yakin Deera akan dapat mengambil alih perniagaannya nanti. Selepas itu Datin Maznah akan bersara.
"Ibu, Myra pergi dulu ya, kereta pun dah sampai tu.." Sambil bersalaman dan mencium pipi ibunya. "jaga diri dan tingkah laku baik-baik, di rumah orang, jaga maruah kita sebagai orang miskin.." Masdiana memberi peringatan kepada anaknya. Amyra Adrya mengenakan sepasang baju kurung Pahang berwarna biru muda. Dikenakan pula sehelai selendang yang dililit kemas. Dibiarkan sedikit hujung selendang yg bermanik halus itu terjuntai di pipi sebelah kirinya. Pin berbentuk bintang di semat kemas di tepinya supaya lebih menarik. Tona warna berbeza antara biru gelap dan biru cerah itu berselang seli, menaikkan lagi seri wajah Amyra. Bibirnya dicalit gincu berwarna oren muda. Pembayang matanya berwarna biru gelap gemerlapan. Semua alat solek itu kepunyaan ibunya. Amyra belajar cara-cara mengenakan pembayang mata dan pemerah pipi daripada ibunya. Setelah Amyra pergi, Masdiana berdoa kehadrat Ilahi, semoga semuanya selamat.

Bungalow tiga tingkat milik Datin Maznah tersergam indah."wah!...indah sungguh mahligai ini....bisakah aku mendapatkannya.." Bisik hati kecil Amyra. Dia terasa begitu kerdil di situ. Amyra tidak ada masa untuk berangan-angan. Amyra mencuri pandang di kiri dan kanan kawasan bungalow mewah itu." Cik Amyra, mari Mak Mah tunjukkan bilik cik puan Farra Adeera.." Amyra segera mengikuti Mak Mah, salah seorang orang gaji Datin Maznah yang paling lama dan dipercayai. Sepasang mata Amyra sempat berlegar-legar menghayati beberapa sudut di dalam bungalow itu, yang rata-ratanya dihias indah."Ini biliknya cik Amyra..", Mak Mah berkata sambil mengetuk pintu bilik Farra Adeera. "Masuk.." Terdengar suara yg tegas tetapi lembut, mempelawa. Setelah itu Mak Mah pun berlalu. Sambil bersalaman, masing-masing memperkenalkan diri."hurm..cantik jugak, pembantu kedai baru mama ni.." Sambil menghadiahkan senyuman manis kepada Amyra. Amyra terasa lapang dada. "Cik Farra tentulah lebih cantik...lihatlah gaun coklat muda ini sesuai sekali dengan selendang berwarna krim ini.". Puji Amyra ikhlas. " Bakal tunang saya yang hadiahkan kepada saya semalam, katanya sesuai jika dikenakan dengan gaun ini, cantik tak?", Tanya Adeera. Amyra teringat, sewaktu Daneal memilih selindang itu di Butik Permata, kelmarin. Muka Amyra menjadi pucat. Tidak tahu kenapa. Dadanya berdegup kencang. "Astaghfirullahal'Azdim" ucap hati kecil Amyra supaya bertenang. "Sungguh padan sekali cik Puan".. Puji Amyra. "Ala, tak usahlah bercik-cik dengan saya, panggil jer Deera, kan lebih mesra," Sambil memegang erat kedua-dua belah tangan Amyra. Amyra sempat melihat keanggunan wajah anak gadis Datin Maznah yang berusia awal dua puluhan itu. Wajah ayunya di solek dengan warna 'natural'. Menampakkan kejelitaan yang asli.

Di halaman rumah, meja-meja berbentuk bulat telah di atur cantik. Meja-meja itu dialas dengan kain berwarna ungu. Kerusinya pula disarung dgn kain putih dan diikat dengan reben warna ungu. Cantik. Belon-belon berwarna ungu dan putih dijadikan pintu gerbang. Jambangan-jambangan bunga segar dan lampu-lampu neon berwarna warni menambah keindahan pada malam itu. Pembesar-pembesar suara berada di beberapa sudut penting. 'DJ' dijemput khas untuk memeriahkan lagi majlis itu. Sudah ramai tetamu yang mula hadir. Datin Maznah sibuk melayan tetamunya. Lilin yang di pasang di setiap meja menjadikan suasana malam itu sungguh romantik. Karangan bunga mawar merah dan putih menggamit tetamu supaya duduk."Aunty, boleh Daneal berjumpa Deera sekejap?" Tanya Daneal, kerana dari tadi dia tidak nampak pun kelibat bakal tunangnya. Dia resah. Tidak sabar untuknya menatap wajah Adeera pada malam itu. "Silakan..Deera ada di biliknya.." Datin Maznah mengizinkannya. Dengan pantas, Daneal menghayun langkahnya menuju kebilik bakal tunangnya. Bilik Farra Adeera di tingkat satu. Dari atas 'balcony', akan nampak jelas pemandangan kolam ikan, kolam renang dan hiasan taman di halaman bungalow itu.

Tok..Tok..! Pintu bilik Deera diketuk perlahan. Deera kenal benar dengan gaya ketukan itu. Deera tersenyum simpul dan meluru ke muka pintu. Pintu biliknya dikuak cepat. "Sayang...! kenapa lambat..!?", rengek Deera mesra.. Jemari mereka pun bertaut. Amyra terpegun melihat sepasang kekasih itu. Sungguh padan. Pasangan yang tinggi lampai. Farra Adeera berkacukan Inggeris Melayu, berhidung mancung dan berkulit putih bersih. Daneal Zulkarnain yang segak mengenakan suite hitam, bagaikan model di muka-muka majalah. Daneal tidak sedar diperhatikan Amyra. "Ehem..maaf, tumpang lalu, saya ingin ke bawah sebentar". Mohon Amyra. Daneal, tersentak seketika. "myra,.." Bisik hatinya. "Cantiknya". Hati kecil Daneal berkata lagi. Sepasang mata galak Daneal, memerhati gerak lengguk Amyra. Amyra adalah gadis kacukan Melayu Jawa. Berkulit kuning langsat. "Sayang..!" Sergah Adeera. Daneal tersentak dari lamunannya. "Siapa tu?". Daneal pura-pura bertanya. "Ala..dia tu pembantu butik mama., jom! turun,," Ajak Adeera. Fikiran Daneal masih tertumpu kepada Amyra. Dia tidak tahu kenapa. Hati dan fikirannya tidak lepas-lepas terbayangkan wajah Amyra.

Di dalam bilik air, Ameera seperti mahu menangis. Dadanya berdegup kencang. Adakah dia cemburu?. Tidak mungkin. Siapalah dirinya. Amyra teringat kata-kata ibunya, " jaga tingkah laku dan adab sopan di rumah orang, Jaga Maruah". Amyra cuba membetulkan pakaian dan tudungnya. Amyra cuba mengukir senyuman di cermin. Kaku terasa. Senyuman yang tidak ikhlas. Dia cuba juga, keluar dari tempat persembunyiannya itu. Sebaik sahaja Amyra melangkah keluar, tiba-tiba dari jauh, Amyra ternampak dua sejoli itu menuruni anak tangga satu persatu seperti puteri dan putera raja. Gaun labuh Deera yang meleret menambah lagi keanggunan. Kali ini Amyra benar-benar rasa cemburu, melihat mereka berpegangan tangan seiringan. Para tetamu pun turut mencuri pandang dan berbisik-bisik. Dato' Zakaria dan Datin Mariam tersenyum megah. Amyra masuk kembali ke dalam bilik air. Dinding yang penuh dengan batu mar-mar, bersih berkilat itu, menampakkan wajahnya yang sugul. Sekali lagi Amyra menahan tangis sendirian.

Dari corong pembesar suara, Amyra mula terdengar ucapan Datin Maznah. Dia difahamkan Adeera dan Daneal akan ditunangkan pada bulan hadapan. Mereka juga akan dilantik menjadi orang penting dalam syarikatnya. Amyra tidak dapat tumpukan kepada ucapan Datin Maznah. Dia sekali lagi cuba untuk keluar dari tempat persembunyiannya itu. Amyra bergaul dan duduk semeja dengan pekerja-pekerja lain. Amyra cuba berbual mesra dan sesekali tersenyum. Daneal masih mencuri pandang wajah Amyra Adrya, walaupun sesekali terpaksa melayan bakal tunangnya. Mereka duduk semeja bersama Dato' Zakaria dan Darin Mariam. "Cantik sungguh Deera malam ini," Puji Datin Mariam, bakal ibu mertuanya. "Terima kasih Aunty.." Kata Deera sambil tersenyum. Setelah selesai amanat dan ucapan yang disampaikan oleh Datin Maznah, semua hadirin di jemput menikmati hidangan. Lagu-lagu sentimental menjadi suasana bertambah tenang dan romantik.

~ bahagian ke 3
Datin Maznah sempat juga beramah mesra dengan tetamu yang hadir. Datin Maznah menjemput semua pekerja di syarikatnya untuk hadir ke majlis yang sederhana itu. Ada juga yang membawa famili masing-masing. Sambil menjamu selera kedengaran sesekali gelak ketawa. Amyra Adrya, menjamah hidangan dengan perlahan. Kemana melayang fikirannya, menerawang, menggangtang asap, sehinggakan tidak mendengar perbualan rakan semeja. Dia khayal dalam lamunan yang di reka-reka sendiri. Sesekali Amyra mencuri pandang kepada Daneal yang duduk di meja hadapan. Namun wajahnya jelas kelihatan disimbahi cahaya lampu led yang terpasang di celah-celah pokok hiasan. Amyra berdebar dan cemburu, panas terasa dadanya, apabila melihat kemesraan Deera. Amyra rasa pelik, kenapa dia mesti cemburu. Puas dia bertanya di dalam hatinya. Sudu dan garfu bermain-main di atas piring, steak yang ditusuk, tidak disuapkan ke mulut. Amyra melayan perasaannya sendiri.
Para tetamu semakin beransur untuk pulang. Dato' Zakaria dan Datin Mariam juga turut memohon diri. " Daneal, mama balik dulu ya?, jangan balik lambat dan jangan nakal-nakal tau?" Pesan Datin Mariam kepada anak tunggal kesayangannya. Setelah bersalaman, mereka pun berlalu. "Datin, Deera, Myra pun nak balik dulu ya?, ibu Amyra ada di rumah seorang tu," Jelas Amyra kepada Datin maznah. "Eh, kenapa tidak ajak ibu Myra sekali tadi, dapat juga berkenalan, tunggu sekejap ya, Myra?." Datin Maznah menyuruh Amyra tunggu, Datin Maznah pandai menjaga hati pekerja-pekerjanya kerana pada pendapat beliau, untuk mencari pekerja yang baik bukan senang sekarang ini, tambahan lagi gadis-gadis sekarang lebih suka memilih kerja. Pekerja baginya adalah 'asset' penting dalam sesebuah syarikat itu. Didikasinya pekerja dalam memberi komitmen, syarikat akan untung berganda."Mak Mah, tapau makanan untuk Amyra bawa pulang ya?, oh ya, Mak Mah ada nampak Deris?." Tanya Datin Maznah. Dari tadi lagi Datin Maznah tidak nampak batang hidung Deris, pemandunya. "Maaf Datin, Mak Mah terlupa nak bagitahu Datin, Deris ada bagitahu Mak Mah, dia terpaksa pulang, sebab isterinya sakit hendak bersalin. Agaknya dia ke hospital, Mungkin Deris tak nak ganggu Datin, sebab itu dia tidak bagitahu Datin. lagipun Deris tergesa-gesa tadi." Kata Mak Mah sambil meminta maaf.
Semua tetamu mengucapkan terima kasih kepada Datin Maznah dan pulang kerumah masing-masing, ada yang datang dari jauh, yang mana bekerja di cawangan-cawangan di luar Kuala Lumpur. Ada yang menghantar wakil. Sebab itulah rakan serumah Amyra pun terpaksa keluar daerah untuk menggantikan tempat di cawangan-cawangan yang belum cukup pekerja buat sementara waktu. Jawatan-jawatan kosong telah pun diiklankan di dada akhbar untuk memenuhi kekosongan pekerja di beberapa cawangan Butik Permata milik Datin Maznah di seluruh negara.

"Deera, Aunty, Daneal pun ingin meminta izin untuk pulang, nanti apa pulak kata mama.." Kata Daneal sambil menghadiahkan senyuman untuk bakal tunangnya."Daneal, Pak Deris dah balik, boleh tak, Daneal tolong tumpangkan Amyra kerumah pekerja di jalan Melati?..." Tanya Datin Maznah kepada Daneal. Dada Amyra berdegup kencang. Sekali lagi mukanya pucat. Cahaya lampu led berwarna hijau di situ dapat menutup wajah kelat Amyra saat itu. "Aduh..macamana ni,," Detik hati kecil Amyra.
"Tak apalah Daneal, pergilah, hantarkan Amyra, kesian dia, dah malam ni, Deera dah penat sangat,,," Izin bakal tunangnya. Setelah bersalaman dengan semua, Amyra dipelawa Daneal masuk ke kereta. Pertama kali Amyra melihat kereta sebegini cantik. Model Mercedes Benz dua pintu, warna hitam. Apatah lagi untuk menaikinya. Sungguh bertuah rasanya pada malam ini. Macam dalam cerita Cinderella pula layaknya. Amyra tersenyum simpul. Perasan. Daneal membuka pintu untuk Amyra dan mempersilakan Amyra naik dengan mesra. Ternyata Daneal seorang yang sungguh romantik. Pandai ambil hati dan pada dirinya ada segala-galanya. Bertuah sungguh kepada sesiapa yang dapat memiliki Daneal.
Daneal memasuki kereta, seiringan enjin kereta dihidupkan, hati Amyra bergemuruh lagi, bagaikan petrol yang sedang mendidih. Malam yang pekat dan sejuknya penghawa dingin tidak terasa oleh Amyra. Hebat sungguh getaran perasaannya. Bertepuk sebelah tangan akan membuatkan dia kecewa, Amyra tahu itu. Sudah berkali-kali dia memujuk hatinya bahawa, dia tidak layak untuk Daneal. Daneal tidak akan memandangnya walaupun sebelah mata, Amyra yakin itu. Amyra malu untuk menatap wajah Daneal.
"myra, kenapa dengan awak?, awak takut ker?.." Terpacul soalan Daneal membuatkan Amyra tersentak dari lamunan. "Ti..tidak ada apa-apa..." Jawab Amyra gugup. Daneal tidak lepas-lepas memandang Amyra. "Cantik dan menawan". Detik hati kecil Daneal. Ramai gadis yang dia jumpa, tetapi kecantikan Amyra sungguh berbeza sekali. Ada tarikan magnetik. Pertama kali dalam sejarah, Daneal membawa keretanya begitu perlahan. Supaya lambat sampai dan dapat menatap wajah Amyra puas-puasnya.
"Berhenti di sini, En. Daneal, sudah sampai". Kata Amyra memberitahu. Daneal memberhentikan kereta mewahnya."Amyra, saya suka awak.." Ucap Daneal."Astaghfirullahal 'Azdim...." Ucap Amyra berkali-kali, perlahan-lahan. Tidak mungkin.
"Izinkan saya keluar dulu En. Daneal.." Pinta Amyra. Daneal dengan pantas membuka pintu kereta buat gadis cantik yang sedang mencuri hatinya."Nanti kita jumpa lagi.." Pinta Daneal sambil menghulurkan sekeping kad kecil. Amyra segera masuk ke halaman rumah teres dua tingkat, khas untuk pekerja itu, tanpa menoleh kepada Daneal. Dia benar-benar malu dan gementar. Tidak bertepuk sebelah tangan. Membuatkan Amyra tidak lena tidur semalaman.

Monday 24 September 2012

darjat kasih- bab pertama

 Bab Pertama. ~Bahagian 1.

Ting!....Tong!!.. Pintu kaca 'Butik Permata' di tolak dari luar.  Amyra Adrya tersentak dari lamunannya. Sedari tadi Amyra sedang menyusun koleksi baju-baju baharu sampai di butik tersebut, satu persatu diperhatikan. Amyra berangan-angan seandainya dia yang mengenakan semua baju yang cantik itu, alangkah bertuahnya. Diamatinya seorang pemuda tinggi lampai, berambut pendek dan berpakaian kemas itu masuk. Wajahnya tampan dan bergaya. Seperti anak raja layaknya. Amyra terpegun seketika. Amyra segera berhenti menyusun baju-baju itu dan meluru kepada pemuda kacak itu dengan hormat.

 "Selamat pagi encik, boleh saya bantu?.." ucap Amyra dengan suara yang lembut merdu. Mata mereka bertemu seketika. Pemuda kacak itu terpaku. Memerhati susuk tubuh Amyra, yg mengenakan sepasang kebaya labuh warna hijau pucuk pisang. Cukup sempurna. Sepasang mata Amyra yang cantik, tidak berkedip apabila ditenung begitu.  Bibirnya yang basah, bak ulas limau merekah, digigit perlahan. Kehairanan.

 "Encik..di sini ada pelbagai pilihan tudung dan aneka fesyen baju terkini, semuanya direka khas oleh pemilik butik ini". Jelas Amyra lagi memecah kesunyian."Mari saya tunjukkan, encik nak hadiahkan untuk siapa?."Tanya Amyra lagi. Kebetulan pagi itu Datin Maznah keluar dengan dua orang pembantunya kerana ada urusan di luar."Myra, jaga butik sekejap ya?, lepas tengahari, kami balik semula". Pesan Datin Maznah sebentar tadi. "baik, Datin". kata Amyra sambil membuka pintu kaca Butik Permata untuk Datin Maznah.  Butik ini entah cawangan yang ke berapa, Amyra pun tidak mahu ambil tahu. Butik ini baharu sahaja dibuka tiga bulan lepas, banyak lagi yang perlu ditambah dan disusun, sebab itulah Datin Maznah banyak menghabiskan masanya di butik ini. Butik ini luasnya satu lot kedai sahaja.Di Butik Permata ini, masih memerlukan pekerja. Amyra suka bekerja di butik pakaian, kerana mewarisi minat yang sama dengan ibunya Masdiana Idayu. Masdiana adalah seorang tukang jahit yang mahir. Amyra masih ingat lagi sewaktu dia masih kecil, ibunya pernah membuka kedai jahit di Kulai Besar, Johor. 

 "Emm..saya nak beli sehelai selendang untuk bakal tunang saya, kami ada 'dinner' malam esok", jelas pemuda kacak itu."Di sini ada banyak pilihan selendang encik..." " Daneal Zul Qarnein.. panggil jer saya Daneal.."Celah pemuda kacak itu memperkenalkan dirinya. "Nama you?.." Tanya Daneal. "Amyra, panggil jer Myra". Amyra tersenyum, sambil menggayakan selendang untuk dipilih Daneal."warna apa yang cantik?" Tanya Daneal."Untuk gadis yang berkulit cerah, warna krim ini cantik, batu permata dan juraian manik-manik di tepi selendang ini menambah lagi kejelitaan, tambahan pula, di waktu malam, pancaran lampu akan menaikkan lagi seri si pemakai." Terang Amyra kepada Daneal, seperti dia mahir benar dalam bidang peragaan. Amyra tersipu sendirian. Kalau pelanggan wanita susah untuk Amyra melayannya, mereka semua seakan sudah pandai memilih sendiri. Ada yang datang menunjukkan lagak. Kadang-kadang melihat-lihat sahaja dan tidak membeli. Itukah yang dikatakan 'window shopping?' tanya hati kecil Amyra. Buang masa."Saya ambil yang ini". Daneal memegang selendang berwarna krim, seperti cadangan Amyra tadi. Sambil melihat 'prices tag', tanpa meminta diskaun, Daneal mengeluarkan wang kertas bernilai RM 300.00 kepada Amyra."Ini bakinya encik Daneal, terima kasih, sila datang lagi"..ucap Amyra lembut. Jika ada sepuluh pelanggan seperti ini, lama-lama pun Amyra sanggup melayannya dengan senang hati. Amyra tersenyum sendirian. 

Bab Pertama ~Bahagian 2.

 Hari ini, sabtu. Butik Permata akan dibuka sehingga jam 5.00 petang. "Myra, petang nanti jangan lupa ke rumah saya, bantu anak saya mana yang patut ya?, pukul 6.00 petang, pemandu saya akan datang jemput awak.." Kata Datin Maznah mengingatkan Amyra. Datin maznah menjemput semua kakitangan syarikatnya untuk meraikan anak tunggalnya Farra Adeera yang baru saja tamat pengajiannya di luar negara. Farra Adeera sangat meminati  bidang ' business study', sebab itu, tidak hairanlah jika gadis manis itu berjaya membawa pulang segulung ijazah. Datin Maznah yakin Deera akan dapat mengambil alih perniagaannya nanti. Selepas itu Datin Maznah akan bersara."Ibu, Myra pergi dulu ya, kereta pun dah sampai tu.." Sambil bersalaman dan mencium pipi ibunya. "jaga diri dan tingkah laku baik-baik, di rumah orang, jaga maruah kita sebagai orang miskin.." Masdiana memberi peringatan kepada anaknya. Amyra Adrya mengenakan sepasang baju kurung Pahang berwarna biru muda. Dikenakan pula sehelai selendang yang dililit kemas. Dibiarkan sedikit hujung selendang yg bermanik halus itu terjuntai di pipi sebelah kirinya. Pin berbentuk bintang di semat kemas di tepinya supaya lebih menarik. Tona warna berbeza antara biru gelap dan biru cerah  itu berselang seli, menaikkan lagi seri wajah Amyra. Bibirnya di calit gincu berwarna oren muda. Pembayang matanya berwarna biru gelap gemerlapan. Semua alat solek itu kepunyaan ibunya, Masdiana Idayu. Amyra belajar cara-cara mengenakan pembayang mata dan pemerah pipi daripada ibunya. Setelah Amyra pergi, Masdiana berdoa kehadrat Ilahi, semoga semuanya selamat.

 Bungalow tiga tingkat milik Datin Maznah tersergam indah."wah!...indah sungguh mahligai ini....bisakah aku mendapatkannya.." Bisik hati kecil Amyra. Dia terasa begitu kerdil di situ. Amyra tidak ada masa untuk berangan-angan. Amyra mencuri pandang di kiri dan kanan kawasan bungalow mewah itu." Cik Amyra, mari Mak Mah tunjukkan bilik cik puan Farra Adeera.." Amyra segera mengikuti Mak Mah, salah seorang orang gaji Datin Maznah yang paling lama dan dipercayai.Sepasang mata Amyra sempat berlegar-legar menghayati beberapa sudut di dalam bungalow itu, yang rata-ratanya dihias indah."Ini biliknya cik Amyra..", Mak Mah berkata sambil mengetuk pintu bilik Farra Adeera. "Masuk.." Terdengar suara yg tegas tetapi lembut, mempelawa. Setelah itu Mak Mah pun berlalu.Sambil bersalaman, masing-masing memperkenalkan diri."hurm..cantik jugak, pembantu kedai baru mama ni.." Sambil menghadiahkan senyuman manis kepada Amyra. Amyra terasa lapang dada. "Cik Farra tentulah lebih cantik...lihatlah gaun coklat muda ini sesuai sekali dengan selendang berwarna krim ini.". Puji Amyra ikhlas. " Bakal tunang saya yang hadiahkan kepada saya semalam, katanya sesuai jika dikenakan dengan gaun ini, cantik tak?", Tanya Adeera. Amyra teringat, sewaktu Daneal memilih selindang itu di Butik Permata, kelmarin. Muka Amyra menjadi pucat. Tidak tahu kenapa. Dadanya berdegup kencang. "Astaghfirullahal'Azdim" ucap hati kecil Amyra supaya bertenang. "Sungguh padan sekali cik Puan".. Puji Amyra. "Ala, tak usahlah bercik-cik dengan saya, panggil jer Deera, kan lebih mesra," Sambil memegang erat kedua-dua belah tangan Amyra. Amyra sempat melihat keanggunan wajah anak gadis Datin Maznah yang berusia awal dua puluhan itu. Wajah ayunya di solek dengan warna 'natural'. Menampakkan kejelitaan yang asli.  

 Di halaman rumah, meja-meja berbentuk bulat telah di atur cantik. Meja-meja itu di alas dengan kain berwarna ungu. Kerusinya pula disarung dgn kain putih dan diikat dengan reben warna ungu. Cantik. Belon-belon berwarna ungu dan putih di jadikan pintu gerbang. Jambangan-jambangan bunga segar dan lampu-lampu neon berwarna warni menambah keindahan pada malam itu.Pembesar-pembesar suara berada di beberapa sudut penting. 'DJ' dijemput khas untuk memeriahkan lagi majlis itu.Sudah ramai tetamu yang mula hadir. Datin Maznah sibuk melayan tetamunya. Lilin yang di pasang di setiap meja menjadikan suasana malam itu sungguh romentik. Karangan bunga mawar merah dan putih menggamit tetamu supaya duduk."Aunty, boleh Daneal berjumpa Deera sekejap?" Tanya Daneal, kerana dari tadi dia tidak nampak pun kelibat bakal tunangnya. Dia resah. Tidak sabar untuknya menatap wajah Adeera pada malam itu. "Silakan..Deera ada di biliknya.." Datin Maznah mengizinkannya. Dengan pantas, Daneal menghayun langkahnya menuju kebilik bakal tunangnya. Bilik Farra Adeera di tingkat satu. Dari atas 'balcony', akan nampak jelas pemandangan kolam ikan, kolam renang dan hiasan taman di halaman bungalow itu.

 Tok..Tok..! Pintu bilik Deera diketuk perlahan.  Deera kenal benar dengan gaya ketukan itu. Deera tersenyum simpul dan meluru ke muka pintu. Pintu biliknya dikuak cepat. "Sayang...! kenapa lambat..!?", rengek Deera mesra.. Jemari mereka pun bertaut. Amyra terpegun melihat sepasang kekasih itu. Sungguh padan. Pasangan yang tinggi lampai. Farra Adeera berkacukan Inggeris Melayu, berhidung mancung dan berkulit putih bersih. Daneal Zulkarnain yang segak mengenakan suite hitam, bagaikan model di muka-muka majalah. Daneal tidak sedar diperhatikan Amyra. "Ehem..maaf, tumpang lalu, saya ingin ke bawah sebentar". Mohon Amyra. Daneal, tersentak seketika. "myra,.." Bisik hatinya. "Cantiknya". Hati kecil Daneal berkata lagi. Sepasang mata galak Daneal, memerhati gerak lengguk Amyra. Amyra adalah gadis kacukan Melayu Jawa. Berkulit kuning langsat. "Sayang..!" Sergah Adeera. Daneal tersentak dari lamunannya. "Siapa tu?". Daneal pura-pura bertanya. "Ala..dia tu pembantu butik mama., jom! turun,," Ajak Adeera. Fikiran Daneal masih tertumpu kepada Amyra. Dia tidak tahu kenapa. Hati dan fikirannya tidak lepas-lepas terbayangkan wajah Amyra.

 Di dalam bilik air, Ameera seperti mahu menagis. Dadanya berdegup kencang. Adakah dia cemburu?. Tidak mungkin. Siapalah dirinya. Amyra teringat kata-kata ibunya, jaga tingkah laku dan adab sopan di rumah orang. Jaga Maruah. Amyra cuba membetulkan pakaian dan tudungnya. Amyra cuba mengukir senyuman di cermin. Kaku terasa. Senyuman yang tidak ikhlas. Dia cuba juga, keluar dari tempat persembunyiannya itu. Sebaik sahaja Amyra melangkah keluar, tiba-tiba dari jauh, Amyra ternampak dua sejoli itu menuruni anak tangga satu persatu seperti puteri dan putera raja. Gaun labuh Deera yang meleret menambah lagi keanggunan. Kali ini Amyra benar-benar rasa cemburu, melihat mereka berpegangan tangan seiringan. Para tetamu pun turut mencuri pandang dan berbisik-bisik. Dato' Zakaria dan Datin Mariam tersenyum megah.Amyra masuk kembali kedalam bilik air. Dinding yang penuh dengan batu mar-mar, bersih berkilat itu, menampakkan wajahnya yang sugul. Sekali lagi Amyra menahan tangis sendirian.

*bersambung..