Saturday 1 September 2012

Tidak ada rotan, akar pun berguna juga


  • Tengahari tadi mak mertuaku dah balik..
    aku xsedar dia balik..
    sb aku kat bilik, bukan menelaah tapi berFB.
    aku cuma dengar macam bunyi TV..
    aku jengok dalam bilik mak, ada beg baju dia..
    aku jengok kat bawah, aku lihat suaiku sedang menonton TV.
    sambil buat isyarat kepadaku supaya turun.
    aku turun ke dapur,
    kulihat emakku sedang memasak nasi.
    "mak balik bila?, mas tak sedar pun?" tanya ku..
    "dah lama dah.. mak nak makan nasi.." katanya lagi.
    "mas tidak masak nasi mak, tapi mas asak laksam, abang yg nak makan, lagi pun tidak ada sesiapa di rumah, kalau mas masak pun, tidak tahu mak balik pukul berapa..."kataku..
    "tak apalah mak nak masak sambal sardin dan goreng telor setengah masak..mak tak nak makan laksam ke apa ke, mak nak makan nasi putih" beritahu mak mertuaku.
    dalam hatiku berkata "ai, boleh ke makan nasi dgn dua jenis lauk jer?, lapar sangatlah tu agaknya.."
    "mas nak masak pun, manalah tahu mak dah makan ker, mak ada bawak apa2 makanan ker, kan dari tempat kenduri tu misti banyak makanan."..kataku, emak mertuaku diam saja.
    aku lihat wajahnya tdak ceria dan seperti kepenatan. maklumlah 4 hari duduk rumah anak dia, misti macam2 dia buat atau tengok
    anak2 cucunya buat kerja mengemas dan susun atur, maklumlah nak buat open house kat rumah besar. mistilah mak mertuaku kepenatan. rumah yg besar, misti nak tengok setiap sudut.
    Aku malas nak tanya dia apa2. aku diam saja. dia pun tidak bercerita apa2. selalunya, dia akan sampaikan salam saudaramara kepadaku, ini tidak ada salam pun..
    tidak apalah. aku pun tidak mahu berasa hairan.
    Selepas dia masak sambal ikan sardin dan telor goreng separuh masak, dia ajak aku makan sekali. Kebetulan suamiku pun makan sama. Aku biarkan mereka berdua makan di meja dapur.
    Aku keruang tamu menonton TV, tidak mahu aku mendengar perbualan suamiku dgn ibunya. tidak mahu ambil port atau masuk campur. setelah suamiku siap makan, aku ambil pinggan dan makan sedikit. emak mertuaku memang makan lambat.
    aku habis makan pun dia masih belum habis makan lagi, sebab dia mengunyah sangat lama.
    "mak, lepas makan nanti, mas tidak turun dah, mas nak baca buku, pukul 7.00 mlm baru mas turun ya".. kataku.
    aku kena berpesan begitu kepadanya, jika tidak dia akan memanggilku utk minum petang pula.
    pukul 7 aku turun ke dapur.
    "mas malam ni kita nak makan sayur apa?, tak ada sayur apa nak makan nih?"..kata mak mertuaku.
    aku hanya diam saja.
    "mak nak masak apa?, kataku "mak tak nak masak apa2, nak makan lauk sardin tu saja.."tambah mak mertuaku.
    "baiklah mak naik sembahyang dulu, nanti mas masakkan sayur ya?, abang balik lambat mak", jelasku.
    mak mertuaku naik keatas. Aku mulakan memasak, ada 2 ekor ikan pekasam. aku goreng dan hiris, cili merah, bawang dan limau.
    aku tahu mak mertua suka makan ikan pekasam.
    Terung bulat ku potong2, kacang panjang ku kerat2 dan putik jagung ku potong serong. aku tumbuk bawang besar yg dihiris bersama ikan bilis dan sedikit lada hitam.
    setelah sayur di bersihkan agak2 dapatlah semangkuk, ku masukkan kedalam periuk. kumasukkan bahan yg telah di tumbuk tadi, lalu ku tuangkan satu kotak kecil santan. aku masukkan satu sudu teh penuh garam dan 1/2 sudu teh gula, ku masukkan 2 kotak air sejuk, menggunakan kotak santan tadi.
    Kubuka api dapur gas, apabila sayur mendidih, ku kacau hingga rata dan supaya santan tidak berketul2, setelah sayur layu, ku tutup api dan tutup periuk.
    Aku naik keatas utk sembahyang magrib.
    setelah sembahyang isyak, mak mertuaku turun untuk makan.
    aku tahu, dia suka lauk2 itu.
    aku lihat dia makan dgn berselera, walaupun sesekali angin dalam perutnya menolak naik, sehingga berbunyi "burk..burk" :)

No comments: