Wednesday 19 September 2012

post darjat kasih 4


  • Novelku Darjat Kasih oo, jadi sekarang bagaimana saya nak selit2kan tu?..hurmm, saya misti buat, cuma, saya kena banyak sabarlah jika nak jual novel ni..saya sekarang bz sebb nak masak kat dapur tu..petang sikitlah saya cuba baiki lagi, tapi kan kawan kita kata, sinopsis kat atas tu panjang sngt pening, dan tidak bagus, saya pun baca sinopsis dari novel karya Hashim Latif, pendek jer...heheheee
  • Novelku Darjat Kasih bukan rasuah cik nur, tapi lebih dekat jika kita bertemu mate...kikiki
  • Novelku Darjat Kasih Entahlah...hahahaaa
  • Novelku Darjat Kasih kalau cik Nur ayu, misti xnak beli kan, sb dah pandai tulis sendiri..adoii..
  • Novelku Darjat Kasih ada beberapa org yg tgh tunggu novel saya siap kata mereka cerita saya menarik..tak tahulah..
  • Novelku Darjat Kasih jgn merendah diri cik nur ayu, (sedap nama tu) tetapi teguran cik ayu, membuka sedikit mata saya ni...dgn panduan dan semangat dari cik nur ayu, saya harap saya boleh di gilap lagi..insyaallah..
  • Novelku Darjat Kasih (saya memang muka tak malu dan tak takut di kritik) suka jika kritik tu membina walaupun pedih....:)
  • Novelku Darjat Kasih saya nak cuba selitkan sikit lagi ya?, saya rasa sinopsis yg panjang gila tu xsesuai langsung di zaman sekarang ni...hihi
  • Novelku Darjat Kasih hehheee, ampun...derhaka pulak...oklah jgn marah...cuba gurau2 skit, cubit2 manja..boleh kan3x
  • Novelku Darjat Kasih Darjat Kasih~Sinopsis.

    Sedari kecil Masdiana diabaikan keluarga sendiri kerana perebutan harta di antara adik-beradik.
    Perbalahan menyebabkan Masdiana kecewa.
    Pahit dan getir zaman kanak-kanak Masdiana hingga ke alam dewasa penuh dengan kesukaran.
    Masdiana tidak betah berada di kampung halaman, merantau dan tidak dipeduli. Di kota besar, Masdiana terjebak, disihir dan dinoda, oleh seorang lelaki Jawa bernama Mustapa, sehingga melahirkan seorang anak perempuan yang sangat comel dinamakan Amira. Bersama anak kecil, Masdiana terpaksa mengharungi kisah pahit, apabila diperas ugut dan dipantau oleh 3 orang 'Tailong, yang menagih hutang daripada Mustapa.

    Masdiana dan Amira berserah diri pada Allah SWT sahaja tempat mereka berlindung daripada ancaman 'Tailong' tersebut, sedangkan Mustapa senyap menyembunyikan diri.
    Namun Masdiana tidak berhenti berdoa kepada Ilahi, agar mereka berdua berjaya melepaskan diri daripada cengkaman Mustapa dan 'Tailong' itu. Masdiana ingin menyucikan dirinya, walau apapun yang terjadi itu adalah bukan kehendaknya sendiri.
    Ikutilah kisah pahit maung Masdiana mengharungi kehidupannya, membesarkan Amira seorang diri, setelah mereka berjaya melepaskan diri dari neraka ciptaan Mustapa.

    Masdiana mula belajar berdikari dan merantau demi mencari kebahagiaan yang mungkin menanti untuknya kecapi. Siapalah Masdiana ketika itu untuk mendapat lelaki yang bertanggungjawab dan berhati mulia. Sanggup menerima wanita sepertinya. Jodoh, ajal dan rezeki kuasa Allah SWT. Masdiana menyusun nekad dengan tabah dan menanti detik bahagianya dengan penuh kesabaran. Banyak rintangan dan dugaan sepanjang bergelar isteri dan ibu tiri. Masdiana redha dengan apa yang dia miliki kini, sekurang-kurangnya Masdiana telah menjadi seorang isteri yang sah dan telah dapat membersihkan dirinya dari segala titik hitam dalam hidupnya.
    Klimax kisah hidup Masdiana bermula apabila beliau hidup sebumbung bersama emak mertuanya dan setelah bergaul dengan ipar duainya yang rata-rata berpangkat besar dan berdarjat.
    Masdiana semakin sedar betapa manusia tamak dan memandang pada kemewahan duniawi semata, walaupun budi segunung di curahkan. 

    Ketahuilah kisah ketabahan Masdiana dalam mengharungi kehidupannya walaupun di dalam seribu dilema dan tekanan. Adakah Masdiana dapat meniti sinar kebahagiaan yang dicarinya? Adakah Masdiana dapat mengecapi kehidupan yang damai dan tenang di hujung usianya? Adakah Masdiana berjaya mencapai impiannya? Selamat membaca.

No comments: