Wednesday 19 September 2012

post darjat kasih sinopsis dan watak

Sinopsis Novel "DARJAT KASIH" [Untuk Penilaian Karangkraf.]
Assalamualaikum Novelis2 yg dihormati..
dengan rasa rendah diri dan malu teramat, saya cuba juga menyerlahkan karya yg tidak sepertinya di sini. Jangan ketawa tau.... lari!!!!

Sinopsis
DARJAT KASIH yang berkisar tentang seorang wanita, bernama Masdiana Idayu. Terpaksa mengharungi pahit getir sebuah kehidupan, didera, dianiaya dan dinodai. Mampuka
h Masdiana meneruskan musafirnya demi mencari sinar pelangi di sebalik awan mendung.

Masdiana membesar tanpa perhatian dan kasih sayang daripada adik beradik serta ibubapanya. Zaman kanak-kanaknya penuh dengan penderitaan. Kasih sayang yang berat sebelah sentiasa menjadikan Masdiana mangsa penderaan abang kandungnya sendiri. Keadaan bertambah buruk lagi bila peristiwa hitam menimpa dirinya. Mustapa, lelaki berketurunan Jawa telah menyihir dan menodai Masdiana sehingga melahirkan seorang bayi perempuan bernama Amyra Adrya. Masdiana bagaikan bangkai bernyawa. Tanpa sebarang ikatan yang sah, tidak mampu melawan sihir yang dikenakan ke atasnya terpaksa tunduk pada perintah Mustapa malah menjadi mangsa nafsu lelaki yang tidak berhati perut itu. Diugut oleh beberapa orang 'Along' untuk melangsaikan hutang-hutang Mustapa, sedang lelaki itu hanya bersembunyi dalam rumah tanpa berbuat apa-apa.

Kasih sayang terhadap Amyra menguatkan lagi semangatnya untuk terus tabah dan bangkit semula walau harus mengharungi berbagai rintangan. Yakin bahawa Allah SWT akan sentiasa melindungi Amyra dan juga dirinya, dia pasrah dan redha dengan ketentuanNya. Ketahuilah kisah selanjutnya, bagaimana Masdiana mampu melepaskan dirinya daripada cengkaman Mustapa. Betapa perebutan harta pusaka mampu memecah belahkan ukhuwah kekeluargaan. Mampukah Masdiana melupakan peristiwa hitam masa silamnya dan memulakan hidup baru bersama Azizul Azrai, seorang duda beranak empat?

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
DARJAT KASIH

Kenali watak2 di dalam novel ini:-
Watak 1: Masdiana Idayu.(seorg ibu dan ayah )
Watak 2: Amyra Adrya (anak tunggal masdiana)
Watak 3: Mustapa (lelaki Jawa)
Watak 4: Awang (abang kandung Masdiana)
Watak 5: Azizul Azrai (suami Masdiana)
Watak 6: Azmir Azril (anak tiri Masdiana)
Watak 7: Masripah (kakak kandung Masdiana)
Watak 8: Hajjah Hamimah. (ibu mertua Masdiana)

BAB 1.
MASDIANA TIDAK PERNAH TAHU.
(malam nanti ya?..panas sangat kat sini, bateri lap top kong, jadi kena guna letrik direct,
xda xtention nak pasang kipas..
dlm bilik boleh guna kommputer. ada kipas..sejuk sikit...jgn marahlah ya?, :)

No comments: