Saturday 1 September 2012

Dia dgn caranya


  • Pukul 12 tengahri seperti biasa aku akan turun kedapur untuk melihat apa yg patut. Apakah yg perlu di masak.
    Aku lihat suamiku sudah berada di sofa, sedang menonton TV. Aku nampak satu balang kuih raya telah kosong di tepinya. Aku tahu, tidak lain misti moruku. Aku lihat ada mug kosong di atas meja kopi, ini tak lain misti teh wangi kegemaran suamiku, atau kopi cap hangtuah kegemaran emak mertuaku.
    "kenapa tak cakap mas, abang dah balik..bila abang balik ni?.." tanyaku mesra.
    "dah 2 jam abang balik.."kata suamiku.
    adoi, tentu emak mertuaku kata apa pulak, yalah, suami balik tidak di sambut. manalah aku nak tahu suami ku pulang bila2, tak pernah tetap masanya. kalau dia kerja pejabat senanglah utk aku tunggu di muka pintu siap dengan sebatang rotan.
    "mas cuba lihat surat khabar ini, suaminya telah memukul isterinya kerana tidak melayan makan minum suaminya.." aku masih ingat kata2 mak mertuaku beberapa bulan yg lalu.
    Kononnya dia ingin sampaikan bahawa aku ini tidak melayan suamiku dgn baik. Apa tidaknya,. emak mertua ku, 24 jam di dapur. aku ada pekerjaanku sendiri. tentulah dia dahulu yang menyambut suamiku balik. menyiapkan teh utk suamiku. memasak masakan seperti selalu utk family dan anak2nya.
    Jadi aku, buat2 tidak faham sajalah. aku ini hidup menumpang di rumahnya. apa yang aku boleh buat lebih2. Ini rumah dia, lagipun selagi emakku masih ada, biarlah suamiku puas menikmati layanan daripada emaknya sendiri.
    "ala makni...lihatlah mak.., dia dah punya 4 org anak..masih belum layan suami lagi ke mak?,, suami dia ni yang jahat perangai mak, mungkin suami dia ni mabuk atau kalah judi...., sudahlah mak, zaman sekarang ni, bukan macam zaman dulu, zaman sekarang suami dan isteri dua2 kerja, dua2 penat, kalau si suami tak tahu nak sama2 tolong menolong, tak gunalah mak..kenapa nak salahkan isteri saja..." balas aku dgn geram, tetapi terkawal.
    Mak mertuaku, apa yg dia tahu, pendidikan pun tidak sampai kemana, cuma suaminya sahaja yg berpangkat besar. Nazir sekolah, kerja sebagai guru dan guru besar sejak zaman british lagi.
    tetapi mak mertuaku itu masih lagi pemikiran cara lama. Dia suka jika isteri itu setiap detik ada di dapur. emak mertuaku tidak suka kepada pembaharuan. teguran dan sebagainya. dia dengan caranya.
    Aku malas nak ambil pusing, asalkan suamiku memahamiku.
    Itu yang lebih penting bagiku.
    Aku lihat, mak mertuaku sedang menyiang ikan, walaupun masa itu sudah pukul 1,00 tengahari.
    "mak nak amsak apa?.." tanyaku.
    "mas, mak baru nak pesiang ikan ni, mak lapar sangat tadi, mak dah makan dulu dengan sambal ikan dan kari ikan semalam.., mas nak masak apa?.." tanya mak mertuaku.
    Lalu aku ambil 1/4 kobis, 1 batang carrot dan satu pek kacang sepat. ku bersihkan ku potong2, ku potong bawang horland dan mayang bawang putih.
    ku tumis bawang tersebut, ku masukkan sos tiram, pati ayam knorr dan secubit rasa maggi. ku tambah sedikit air. kacau. dan apabiula mendidih, sayur pun layu, ku tutup api dan tutup periuk, ku angkat.
    Semalam di Pekan rabu Alor star aku beli ikan sepat pekasam. ku goreng 2 ekor. macam biasalah ku mayang bawang besar, ku potong limau nipis dan hiris cili merah. kalau potong cili padi lagi umph, tetapi emak mertuaku tidak boleh makan pedas, begitu juga dgn aku. Gastrik.
    Ada gulai ikan tongkol dalam freezer, aku panaskan.
    dah cukuplah utk hidanganku hari ini. Suamiku telah terlelap di atas sofa di hadapan TV.
    "abang, jom makan?.." suamiku ku kejutkan dgn mesra.
    dengan mata yg kuyu, suamiku pun duduk di kerusi, sementara aku menceduk sesenduk nasi kepinggannya.
    Mak mertuaku baru saja selesai bersihkan ikan. Jika mak mertuaku bersihkan ikan misti lama sangat. Dia sangat teliti. di korek2nya darah2 yg melekat di setiap lekuk2 tulang2 ikan tersebut satu persatu.
    di bilas beberapa kali dan di basuh dgn asam jawa dan garam sampai pucat ikan tu. Jika ikan tu masih segar, misti menjadi lembik di kerjakan. tapi apa nak buat dah itu cara dia.
    cara dia yg tidak pernah akan aku ikut,.
    "mak tak nak makan sekali ker?.."tanyaku.
    "mak dah kenyang makan tadi.." jawab makku pendek.
    "tak apalah kalau mak nak naik sembahyang zohor, biar mas kemas.."kataku.
    "tak apalah mak nak naik dululah ni.." kata mak mertuaku.
    Aku dan suamiku meneruskan makan tengahari.
    Sepatutnya suamiku mandi dan sembahyang dahulu baru makan. Sekarang suamiku terpaksa ambil masa sekejap utk mandi dan sembahyang.
    Sebaik sahaja aku selesai makan tengahari, tiba2 dada ku sakit.
    "bang, kenapa dada mas sakit, sakit sangat.." sambil aku mengurut2 dadaku dan aku tarik nafas serta hembus berkali2. Rasa sakit di dadaku tidak mahu berhenti.
    lalu aku naik kebilik dan cuba baring.
    Tiba2 aku boleh terlelap. Apabila aku terjaga dari tidur, sakit dadaku telah berhenti, tetapi aku lihat suamiku ada tidur juga di sebelahku.

No comments: