Thursday 4 October 2012

NOVEL DARJAT KASIH BAB7~BAB9


Bab 7.

Beberapa bulan yang lalu.


Masdiana dan Azizul masih penat kerana baru saja sampai kerumah petang itu. Mereka berdua pergi ke Butterworth untuk menghantar Mak mertuanya kerumah mak saudara mereka kerana ada urusan berkenaan dengan tanah pusaka arwah datuk. Mak mertuanya akan tinggal di sana, selama satu minggu.

Semasa di Butterworth, Masdiana dan Azizul mengambil kesempatan,  pergi ke Tanjung Dawai untuk membeli ikan kering dan belacan serta  menikmati pemandangan indah Pantai Merdeka. Belacan tumbuk keluaran Tanjung Dawai, sangat sedap dan tersohor. Di Tanjung Dawai itu juga, tinggal sepupu Masdiana yang bernama Mamat. Mamat bekerja sebagai  nelayan.  Dia juga di kenali sebagai ‘tekong bilis’. Semasa  Masdiana menuntut di ‘IKM’ Sungai Petani, Mamat selalu mengambil berat tentang  kebajikan masdiana. Ada seorang lagi sepupu Masdiana iaitu adik kepada mamat yang bernama Yahya. Yahya juga seorang nelayan. Mereka hidup sederhana.

“Nanti datang yer, bulan sepuluh , Abang Mat nak buat majlis kenduri kahwin anak Abang mat.” Jemput Mamat, sambil menghulur sampul berisi kad jemputan walimatul urus.

“Tidak jemput Abang Awang ker?, “ Tanya Masdiana kepada sepupunya Mamat.

Mamat dan Awang memang baik sangat. Walaupun Mamat tinggal di Tanjung Dawai, Sungai Petani Kedah dan Awang berada di Jerteh, Besut Trengganu, namun jika Mamat membuat kenduri, pasti Awang akan muncul. Begitulah sebaliknya. Awang adalah satu-satunya abang Masdiana. Abang yang tidak pernah mempeduli hal ehwal adiknya sendiri. Sedih benar apabila Masdiana mengingati peristiwa sewaktu dia kecil, sehingga dewasa. Orang lain, tidak pernah tahu perangai sebenar Awang, bagaimana sikap tidak peduli dia kepada adik-beradiknya sendiri. Setelah arwah ayah dan ibunya meninggal dunia, Awang semakin ego, sombong dan bongkak terhadap kakak-kakaknya sendiri. Dia menyimpan dendam kesumat. Apatah lagi terhadap Masdiana, selalu makan hati dibuatnya. Mamat dan Yahya memandang Awang sebagai seorang yang baik dan berjaya dalam kerjayanya sebagai seorang kontraktor.

“Betul ke nama kamu tidak ada dalam tanah arwah mak ayah kamu?.” Tanya Yahya membuatkan hati Masdiana jadi geram.

Masdiana teringat bagaimana Awang telah mengambil tandatangan arwah ibunya yang telah uzur itu supaya dapat membuat penyerahan kuasa harta ke atas namanya. Awang tidak pernah menunjukkan kasih sayang kepada Masdiana adik bongsunya yang masih bersekolah ketika itu. Awang tidak pernah tandatangan buku kemajuan pelajar, walaupun pada masa itu, dia adalah penjaga dan  pengganti arwah ayah sebagai ketua keluarga. Dia tidak pernah peduli apa lagi untuk  bertanggungjawab keatas Masdiana serta ibunya. Yang penting pada Awang ialah, dia mesti  mendapat harta dan wang untuk mebeli motorsikal atau kereta pada masa itu.

Emak Masdiana terpaksa menjual tanah kepada sepupunya yang bernama osman. Osman seorang pekedai runcit, tidak semua harga tanah sebanyak RM6,000.00 pada masa itu, bersamaan tanah seluas hampir 2 ekar, dibayar dengan wang. Osman banyak membayar harga tanah itu beransur-ansur dengan menolak harga makanan seperti beras, tepung dan segala keperluan dapur. Tentu tidak adil sama sekali. Awang tidak kisah pun hal itu, sebab dia telah pun berpakat dengan Osman supaya dia mendapat wang daripada jualan tanah tersebut.
Pada masa itu, Masdiana sedang belajar di Institut Kemahiran Mara, di Sungai Petani, Kedah. Setelah habis belajar di bidang Lukisan rangka Bina, selama 3 tahun, Masdiana layak untuk memasuki  ‘UITM’, pada masa itu adalah Institut Teknologi Mara. Masdiana tidak dapat melanjutkan pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi kerana ibunya tidak berkemampuan, padahal ibunya baharu sahaja menjual tanah tersebut tanpa pengetahuan Masdiana.
Selepas itu, Masdiana tidak pulang kekampung, dia terus ke Johor mengikut kawannya yang tinggal di Johor Bharu. Masdiana serik untuk pulang kekampung halamannya, kerana dia masih ingat lagi, perbuatan Awang terhadapnya.

Semasa Masdiana menjadi guru sandaran, di Sekolah rendah Kebangsaan Jabi, Jerteh. Guru Besar di sekolah itu, bersedia untuk menyokong Masdiana, supaya dapat mengikuti kursus di Maktab Perguruan, dan selepas itu, Masdiana akan layak untuk diserap menjadi guru tetap. Tetapi Masdiana tidak mahu, kerana tidak selesa untuk tinggal di kampong lagi. Masdiana menerima tawaran untuk belajar ke ‘IKM’ sungai Petani. Dia tega untuk berpisah dengan ibunya, supaya aman. Biar dia pergi membawa diri jauh-jauh. Dia masih ingat lagi punca pergaduhannya dengan Awang, membuatkan hati Masdiana  benar-benar terluka.

“Mak, mana ada tanah arwah ayah lagi kan mak, semua tanah yang ada hanya tanah mak saja kan?” Kata Masdiana, semasa Awang sibuk mendesak emaknya membahagi-bahagikan harta.

Masdiana berkata begitu kerana sewaktu dia hendak melanjutkan pelajarannya dahulu,  tergendala di sebabkan ibunya tidak mampu dan Awang yang memberitahu Masdiana bahawa tanah arwah ayah semuanya telah dijual. Kini Awang pula yang ingin minta dibahagi-bahagikan harta itu.

“Aku beci sokmo ko mung, cik gu gappo gitu?, cikgu bodo”. Herdik Awang kepada Masdiana. Jari telunjuk Awang menghala tepat ke arah Masdiana.

Pada waktu itu, Masdiana sedang memakan nasi di atas lantai papan di dapur. Awang dengan tidak semena-mena menyepak pinggan nasi Masdiana hingga pecah berderai. Nasi bertaburan di lantai. Lutut masdiana luka dan berdarah terkena serpihan kaca . Air mata sedih, jatuh berderai.

“Sampai hati seorang abang  sanggup melayan adik bongsunya sekejam ini, kerana harta.” Bisik hati kecil Masdiana.

Masdiana tidak menangis, tetapi air matanya jatuh kepipi tidak dapat ditahankan.Parutnya masih kelihatan sehingga kini. Masdiana benar-benar kecewa dan sedih. Ibu Masdiana hanya membatu, kerana dia tidak boleh berbuat apa-apa. Awang seorang yang keras kepala, Lagipun Awang adalah satu-satunya anak lelaki. Jika Masdiana ada di rumah itu, ada sahaja punca pergaduhan diantara dia dengan Awang akan berlaku. Masdiana selalu menjadi mangsa Awang.

“Assalamualaikum, abe Awe, kito ado di rumoh abe mat ni, dia jemput abe, abe Mat nak buat kenduri kahwin anak dia pada bulan 10 nanti, abe buleh mari ko?.” Masdiana memberitahu abangnya, Awang dengan loghat Kelantan, melalui telepon bimbit.

Awang tidak fasih bercakap bahasa Malaysia dengan baik. Lagi pun orang-orang Pantai Timur lebih suka bercakap loghat Kelantan walaupun berada di tempat orang.
Masdiana tidak menyimpan dendam kepada Awang sampai tidak bertegur sapa , Awang sanggup untuk tidak bertegur sapa dengan 2 orang kakak Masdiana sehingga kakak sulung Masdiana meninggal dunia. Awang begitu tega untuk tidak  pergi menziarah arwah kakak sulungnya.

“Huh, mapuh jugok.!” Kata Awang apabila dia dapat tahu kakak sulungnya sudah meninggal dunia sambil tersenyum.

“Astaghfirullahal Adzim, Sampai begitu sekali,” Fikir hati Masdiana padahal usia Awang pada masa itu sudah mencecah 57 tahun. Awang langsung tidak ada rasa kesal dan berdosa.

Masdiana dan Azizul sudah satu jam berehat di sofa. Waktu telah menunjukkan ke pukul 7.00 malam. Masdiana menyediakan makan malam yang ringkas.  Azizul mandi dan sembahyang  maghrib.  Selepas itu mereka makan malam bersama-sama. Setelah mengemas dapur, Masdiana naik ke bilik, biasanya Masdiana akan cepat-cepat menyiapkan kerja-kerja di dapur, kerana tugas-tugasnya di internet sedang menanti.

“Assalamulaikum, kenal tak ni, saya Kamarudin, menantu Osman, saya nak minta tolong kak, bolehkah balik ke kampong kerana ada tanah bahagian kak masih tidak boleh ditukar nama kerana tanah itu dalam ‘status’ pemegang amanah.” Suara Kamarudin sedikit kekok ketika bercakap di talipon, sebab, Kamarudin dan Masdiana tidak pernah bertemu.

Itulah pertama kali Masdiana tahu bahawa dia ada anak sepupu yang bernama Kamarudin.

“Dari mana Kamarudin mendapat nombor telepon bimbit aku?” Bisik Masdiana kehairanan, tidak kenal, tetapi tiba-tiba dia ada nombor  telepon Masdiana.

“Oh ya, ini mesti dapat nombor telepon itu melalui Awang. Awang kan baik benar dengan Osman sejak dahulu lagi.” Detik hati Masdiana.

Masdiana benar-benar hairan  dan marah, sebab pada Masdiana hal-hal berkenaan dengan harta pusaka, kalau boleh, dia tidak mahu ambil tahu langsung, semenjak Awang mengatakan nama Masdiana tidak tercatat di atas geran. Setelah 35 tahun masa berlalu hal mengenai tanah pusaka masih belum selesai lagi. Masdiana tidak pernah ingin bertanya di manakah haknya selama ini, padahal Masdiana merempat dan berdikari sendiri ke selatan tanah air tanpa dipeduli oleh ahli keluarganya. Masdiana sedih sangat ketika itu, sedangkan Awang hidup mewah dan bersenang lenang hasil daripada geran tanah yang telah diambil alih dan dicagarkan kepada bank untuk membuat modal pusingan. Kadang-kadang apabila tiba hari raya Idilfitri dan Idul Adha pun Masdiana tidak pulang ke kampong. Hatinya benar-benar patah.

Di atas geran, nama arwah ibu Masdiana sebagai pemegang amanah ke atas Masdiana, kerana pada masa ibu Masdiana menjual tanah tersebut, masdiana masih belum cukup umur dan tengah bersekolah. Masdiana tidak tahu menahu dalam hal penjualan tanah tersebut. Sedikit benar bahagian tanah itu, hanya sekangkang kera. Masdiana memohon kepada Osman agar tanah itu biarlah menjadi miliknya, sebab Masdiana tidak pernah ada tanah. Osman berkeras meminta supaya Masdiana melepaskan tanah itu kepadanya, kerana tanah itu telah dibayar dan jual. Jika hendak dihitungkan, berapa sangat harga tanah itu, jika dibandingkan dengan ketidakadilan Osman terhadap ibu dan dirinya dahulu. Semua orang kenal Osman seperti lintah darat. Kebanyakan tanah di dalam kampong itu, rata-rata telah menjadi miliknya. Pada masa dahulu dia seorang sahaja yang berduit. Semua orang kampong yang mahu melihat kejayaan anak-anak mereka melanjutkan pelajaran akan menjual tanah-tanah mereka kepada Osman.

Bab 8

Balik kampong.


“Mak, Mas dan abang akan balik kampong malam ini jugak mak, kakak sulung Mas meninggal, petang tadi.” Beritahu Masdiana kepada mak mertuanya.

“Pukul berapa nak balik?.” Tanya Mak mertuanya lagi.

“Sekejap lagi mak, sekarang tengah kemas baju, mayat akan di kebumikan selepas zohor tengahari esok, kalau kami bertolak sekarang, Insyaallah kami sempat melihat jenazah.” Jelas Masdiana.

Masa itu sudah pukul 12.00 tengah malam, mak mertua Masdiana sudah penat seharian menjalankan rutin hariannya di dapur.

“Tidak apalah kalau macam tu, Mas kirim salam kepada semua saudara mara Mas yang Mas jumpa ya?.” Pinta mak mertuanya. Masdiana mengangguk sedih, tanda faham dan mengucapkan “Insyaallah.”

Suasana malam yang pekat itu, tidak ada kenderaan yang lalu lalang. Sunyi di sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Pantai Timur. Tetapi jika hari-hari perayaan, jangan harap jalan selengang ini. Tidak kira waktu mana pun, memang sesak dengan pengguna lebuhraya.
Masdiana akan berada di kampong untuk beberapa hari bagi menyiapkan permohonan pindah hak milik tanah di Pejabat Tanah, Kampung Raja, Besut. Kebetulan pula dengan kematian kakaknya, Masdiana balik dengan serta merta, jika tidak, mungkin Masdiana belum pulang lagi ke kampung. Azizul memandu tanpa henti, hanya ingin cepat sampai.

Waktu subuh, Azizul behenti di Bandar Muktain Billah. Berhenti sekejap untuk merehatkan enjin kereta. Selepas itu, mereka meneruskan perjalanan. Perjalanan sekali ini, mereka tidak mahu singgah di mana-mana, walaupun saudara mara Masdiana ada yang tinggal di sepanjang jalan  menuju ke Besut. Mereka singgah bersarapan di Kemaman dan meneruskan perjalanan tanpa henti sehinggalah sampai ke tempat yang di tuju.

Kelihatan ramai orang kampong yang datang melawat arwah. Masdiana menuju ke ruangan dapur setelah bersalaman dengan semua yang hadir di situ. Mayat arwah kakaknya sedang dimandikan. Sekujur tubuh yang kaku itu lembut dan tenang bagaikan tidur nyenyak. Bersih benar wajahnya ketika itu. Masdiana terkenang sewaktu hayatnya. Masdiana bermain-main dengan anak-anaknya yang sebaya. Anak sulung arwah  lebih tua daripada Masdiana sendiri.

Arwah suami isteri adalah tukang jahit yang terkenal di Pekan Alor Lintah pada masa dahulu sekitar tahun 1970an. Kini anak sulung arwah yang mengambil alih perniagaan itu di Kota Baharu. Dari kecil lagi Masdiana telah didedahkan dengan jahitan. Kakak Masdiana yang bernama Masripah pun mahir dalam bidang jahitan kerana belajar dengan arwah. Suami arwah pula mahir dalam semua jahitan pakaian lelaki. Gandingan mereka sungguh hebat, membolehkan perniagaannya  maju dengan cepat. Suami arwah telah meninggal terlebih dahulu kerana serangan jantung. Sejak itu, arwah tidak pernah berkahwin lagi, walaupun pada masa itu arwah masih cantik dan masih muda. Arwah kesal kerana di sebabkan perangai Awang itu, sudah pasti arwah tidak diberikan wali. Arwah tidak mahu keadaan kecuh dan membawa malu, lebih baik dia menjanda dan menjaga anak-anaknya sendirian. Arwah bernasib baik, kerana kesemua anak-anaknya telah tamat alam persekolahan pada masa itu.

Pernah juga Masdiana tersinggung dengan arwah, dia tidak pernah melayan masdiana sebaiknya. Acuh tak acuh, sahaja. Seingat Masdiana sepanjang persekolahan Masdiana, Masdiana hanya mendapat wang RM5.00 sahaja daripada arwah dan sehelai baju, bukan sepasang baju, padahal arwah seorang tukang jahit dan banyak wang. Semuanya dilebihkan untuk anak-anaknya dahulu, walaupun pada masa itu, Masdiana sering berada di rumah kedainya kerana bermain dengan anak-anaknya. Hendak bermain dan bermesra dengan abangnya seperti langit dengan bumi. Sejak kecil lagi Awang tidak suka kepada adik bongsunya Masdiana.

Entah kenapa pada satu hari itu, ketika hampir tibanya hari raya, Masdiana dihadiahkan dengan sehelai baju yang dijahit arwah sendiri. Masdiana Masih ingat, baju itu bercorak daun, berwarna hijau lumut dan berselang seli dengan warna hijau pucuk pisang. Itu pun setelah puas dipilih oleh anak-anaknya terlebih dahulu. Selepas mereka semua tidak berkenan, di jahit menjadi sehelai mini kurung, cantik pula apabila Masdiana memakainya.  Masdiana mengenakan baju mini kurung itu dengan sehelai kain lipat batik berwarna hitam. Kain itu di jahit oleh kakaknya Masripah. Walaupun Masripah seorang yang agak kurang berkemampuan, tetapi dia tidak pernah kedekut dan melayan Masdiana sama seperti melayan anak-anaknya sendiri.

Pada masa Masdiana masih bersekolah, Masripah sudah menjahit beberapa pasang baju kurung. Semua baju-baju yang dijahit  Masripah selesa dipakai. Pada masa itu anak-anak Masripah masih kecil. Masdiana menolong kakaknya itu menjaga anak-anak saudaranya sementara Masripah menjahit. Masripah menghadiahkan seutas jam tangan dan tidak lokek untuk memberi wang bagi membeli buku-buku sekolah Masdiana. Sungguh banyak budi Masripah terhadap masdiana.

Masdiana ada mempunyai seorang kakak lagi yang bernama Maskalthom, tetapi beliau telah meninggal dunia terlebih dahulu. Semasa menunggu keputusan peperiksaan sijil pelajaran Malaysia,  Masdiana bercuti di situ. Masdiana pernah menumpang di rumah Masklthom sepuluh tahun yang lalu semasa berpindah dari Johor Bharu kerana di timpa masalah.

 Maskalthom serta suami bekerja sebagai peneroka tanah di Jerangau. Semasa hayatnya masih ada, dia adalah seorang yang beriman. Mengajar mengaji kepada anak-anak kampungnya secara percuma. Arwah meninggal di dalam masjid setelah selesai sembahyang isya’ kerana hanya tercekik semasa makan, pada masa itu ada sedikit jamuan tahlil oleh penduduk kampong disitu. Arwah selalu berdoa kepada Allah supaya dia meninggal di dalam masjid. Permintaannya telah dimakbulkan Allah (SWT) Subhanallah. Maskalthom seorang sahaja berkulit gelap di antara 4 orang adik beradik perempuan, berbanding dengan arwah kakak sulungnya yang berkulit putih. Tetapi sewaktu jenazahnya di mandikan seperti cahaya yang bersinar memancar di wajahnya yang tenang dan manis. Di celah-celah jarinya juga bagaikan bercahaya. Itulah rahmat yang telah ditunjukkan Allah di dunia lagi apabila umatNya benar-benar sujud kepada Allah (SWT) dan berbuat banyak kebajikan di atas dunia ini.

Awang tidak pernah langsung memberi duit belanja sekolah kepada Masdiana walaupun satu sen sehinggalah Masdiana ingin bernikah. Jangankan kenduri kahwin yang sepatutnya Awang adakan di rumahnya,malah, mewakilkan wali pula kepada seorang imam yang bertugas di Masjid berhampiran dengan kediaman Azizul. Masdiana begitu sedih dan terasa sungguh malu kerana terpaksa berkahwin di rumah sebelah keluarga lelaki. Masripah sahajalah yang benar-benar baik. Selalu mengambil berat tentang Masdiana. Masriapah dan  anak bongsunya saja yang hadir pada masa akad nikah mereka berlangsung. Mereka sanggup datang dari Terengganu ke Petaling Jaya demi untuk menjaga maruah Masdiana.

Namun begitu, masdiana tidak pernah lupa kepada arwah, setiap kali Masdiana balik kampong, dia pasti menziarahi arwah dan memberi wang saku. Masdiana seperti  faham, apabila melihat ada air jernih bergenang di sudut mata arwah seolah ingin meluahkan seribu kesalan. Pada saat-saat akhir dengan waktu kematian arwah, sempat juga Masdiana bertemu dengan arwah dan memohon maaf di atas segala-galanya. Begitu juga dengan arwah. Masdiana memberi sepasang telekong sembahyang buat arwah dan sejak itu, arwah menggunakan telekong itu setiap kali solat lima waktu, beritahu  anak-anaknya yang bergilir-gilir menjaga arwah ibu mereka.

Mayat arwah diurus di rumah arwah sendiri. Rumah ini hanya dibuka apabila hari raya sahaja, kerana arwah takut untuk tinggal sendirian di rumah itu. Dahulu ada seorang anak bongsu perempuannya tinggal bersama, tetapi setelah anak bongsunya terlebih dahulu meninggal dunia kerana serangan angin ahmar, arwah mengambil keputusan untuk tinggal bersama anak-anaknya secara bergilir-gilir. Arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumah anak lelakinya di Kuala Terengganu. Doktor mengesahkan arwah mati mengejut.

Setelah mayat di talqinkan. Kami semua pun bersurai. Setelah makan dan berehat, Azizul melelapkan mata sebentar, kerana petang itu juga, Azizul terpaksa pulang ke Kuala Lumpur kerana ada hal penting. Kebetulan pada hari pengurusan jenazah itu hari jumaat dan hari sabtu ada kenduri keluarga Azizul di Damansara. Azizul ditugaskan supaya membawa emaknya ke majlis kenduri itu. Mahu atau tidak, Azizul terpaksa pulang pada petang itu juga.
Setelah bersiap-siap untuk pulang, Azizul bersalaman dengan anak-anak saudara serta semua cucu-cucu saudara.

“Mas, duduk elok-elok ya, kalau ada apa-apa nanti telepon abang tau?,” Pesan Azizul kepada Masdiana.

Masdiana mencium tangan suaminya dengan lerekan mata yang mesra dan manja. Azizul berat untuk melepaskan tangan Masdiana. Di sudut hati Azizul tersemat perasaan kasih dan cinta yang mendalam terhadap Masdiana.

“Assalamualaikum semua.” Ucap Azizul sambil membunyikan hon. Semua melambaikan tangan kepada Azizul dan mendoakan semoga selamat sampai.

Bab 9.

Membuat permohonan pertukaran hak milik tanah.


“Myra macamna?, sekarang, ibu berada di kampong , Mak Long Myra meninggal. Ibu tak sempat bagitahu Myra. Myra jaga diri elok-elok ya?” Pesan Masdiana kepada anak daranya melalui telepon bimbitnya.
Masdiana juga berpesan kepada Azizul supaya melihat-lihat keadaan Amyra.

“Myra ok ibu, kawan-kawan Myra kan ada, ibu janganlah risau ya?, “ Jelas Amyra.

Hati Masdiana terasa lapang kerana semuanya baik-baik belaka. Masdiana akan berada di kampong untuk beberapa hari. Masdiana akan balik sendiri dengan menaiki bas ke Kuala Lumpur apabila semua urusannya selesai.

Tiga malam berturut-turut tahlil diadakan untuk arwah oleh anak-anaknya di rumah itu. Kebetulan pada waktu itu adalah musim cuti sekolah, jika tidak susah bagi mereka semua untuk menguruskan majlis itu. Masdiana menumpang di rumah kakaknya, Masripah. Walaupun Masdiana tidak begitu selesa di situ. Tetapi Masdiana tidak ada tempat lain lagi untuk menumpang, walaupun rumah Awang hanya sebelah rumah Masripah. Masdiana tidak suka untuk bermalam di rumah bungalow yang awang bina sendiri di atas tanah kepunyaan Masdiana itu. Sampai hati Awang telah merobohkan rumah papan yang di bina oleh arwah ayah mereka, padahal rumah itu adalah hak milik Masdiana, yang telah diserahkan ibunya . Selalunya, rumah atau tapak rumah hendaklah diserahkan kepada anak bongsu setelah ibu bapa meninggal dunia. Oleh kerana tamakkan harta, Awang sanggup menzalimi Masdiana adik kandungnya sendiri  dengan merampas hak Masdiana.

Pernah satu hari, ketika itu anak-anak Masripah sedang membesar dan mulai tahu tentang halal dan haram.

“Tak malu buat rumah di tanah haram,” Ejek anak-anak Masripah kepada Awang. Budak-budak pun faham melihat perbuatan Awang yang tidak bertanggunjawab itu.

“Pang!..” Penampar sekuat hati Awang singgah di pipi sebelah kiri Suhaimi, anak ke 4 Masripah, sehingga bernanah.  Pergaduhan pun berlaku lagi. Sejak peristiwa itu juga semua anak-anak Masripah tidak menegur bapa saudaranya walaupun tinggal bersebelahan. Apa lagi selalu mereka melihat ibu mereka di tendang oleh Awang. Mereka menjadi kecewa dan pendendam.

Osman datang menemui Masdiana di rumah Masripah.

“macamana esok, jadi ko mung nak gi Pejabat Tanah, Kampong Raja.?.” Tanya Osman sebaik sahaja memandang wajah Masdiana.

Lama benar Osman tidak bertemu Masdiana.

“Muka mung dak berubah langsung, dok serupa tu jer, aloh..aloh., bertuah sungguh mung,..” Puji Osman.

Pujian Osman itu seperti ada sesuatu makna tersirat tetapi Masdiana hanya tersenyum sahaja. Masdiana melihat Osman tidak kuat dan gagah seperti dahulu lagi, dia berjalan menggunakan tongkat kayu. Tetapi itu adalah kononnya gaya yang  menunjukkan seorang kampong yang kaya.

“Doh tak kan saya balik saja-saja jer abe Man,” Masdiana cuba mancing hati Osman.

Osman memang sedikit kedekut orangnya. Berkira dalam wang ringgit. Sebab itulah dia berjaya mengumpul harta yang banyak.

“Aloh..aku buwi ko mung limo ratus rial, buat tambe kelik.” Kata Osman.

Masdiana dan Masripah berpandangan sesama sendiri. “Lima ratus rial?.” Detik hati kedua adik beradik itu.

“Kedekut betul abang Man tu, zaman sekarang ini, apalah yang boleh kita buat dengan wang sebanyak RM500.00 ringgit?.” Kata Masripah kepada Masdiana setelah Osman beredar.

“Nampak sangat kedekutnya abang Man tu, dahlah tanah itu dia belum habis bayar lagi, tanah sekangkang kera itu pun sayang nak sedekahkan.” Tambah Masdiana.

Masdiana terasa benar-benar sedih, kenapa perkara seperti ini boleh berlaku. Mungkin Allah (SWT), ingin menunjukkan sesuatu hikmah kepada Masdiana.

“Masdiana, bakpo mung mintok pitis banyok-banyok dengan Abe Man, nyaknyo ko dio, ke dio doh bayar habis pitis go tanoh tu?” Kata Awang semasa masdiana datang untuk melawat abangnya petang itu.

Rasa tidak sampai hati pulak jika dia tidak melawat abangnya, padahal dia hanya tidur di rumah Masripah hanya sebelah rumah Awang sahaja. Masdiana datang kerumah Awang hanya semata-mata untuk bertanya khabar abangnya, bukan untuk menyentuh pasal tanah pesaka itu. Awang seperti mahu melindungkan sesuatu. Tetapi Masdiana buat-buat tidak faham sahaja. Kakak iparnya Asiah tidak ada di rumah, kerana pergi kerja.

“Mana kito tahu hal jualan tanah tu, doh ada nama hak kito, apo salahnya kito mintok, kalu Abe Man bagi, itu rezeki saya, kalau Abe Man tak bagi, maknanya tak da rezeki sayalah.” Jawab masdiana.

Seolah-olah Awang masih cemburu dan takut rahsia mereka berdua pecah. Sekarang masdiana sudah pandai bersoal -jawab dengan abangnya. Jika dahulu memanglah Masdiana selalu kena buli dan didera Awang, sebab Masdiana masih kecil, tetapi sekarang ini, jangan harap Masdiana hendak mengalah dengan Awang lagi. Sekarang ini Awang sudah mula sakit-sakit. Dia mengidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Masdiana ada kuasa untuk membongkar semua harta pusaka arwah ibu dan ayahnya, kerana Masdiana tidak mendapat hak yang seadilnya. Masdiana juga boleh membekukan semua harta-harta tersebut dan mencari siapakan pemegang kuasa ke atas tanah-tanah tersebut setelah ibu dan ayahnya meninggal dunia, tetapi Masdiana tidak sampai hati untuk berbuat demikian. Masdiana tidak mahu kerana harta pusaka, dia dan adik-beradiknya bergaduh lebih teruk lagi. Biarlah Allah sahaja yang akan menentukan nasib dan kehidupan yang akan datang. Harta boleh di cari, tetapi api permusuhan jangan sekali di cuba-cuba. Itu prinsip Masdiana.

“Kak Pah keno ikut jugok ko?.” Tanya Masripah kepada Masdiana dalam longat Kelantan.
Masdiana terpaksa bercakap dalam loghat Kelantan apabila bersama adik-beradik dan jiran sekampungnya.

“Ya, cepatlah, takkanlah kito nak gi sore-sore, sekurang-kurangnya, kito ada saksi.” Kata Masdiana kepada kakaknya.

Seperti di janjikan, setelah siap, Masdiana dan Masripah menunggu kedatangan Osman. Dari jauh ternampak sebuah kereta proton saga berwarna merah.

“Ha, itulah kereta Abe Man,” Kata Masripah.

Setelah Osman sampai, Masdiana duduk di hadapan dan Masripah duduk di belakang. Mereka tidak banyak berbual. Cuma Osman sahaja tidak habis-habis mengatakan bagaimana masih ada nama Ibu Masdiana di dalam geran tanah tersebut. Osman menggeleng-gelengkan kepalanya.
Setelah sampai di Pejabat Tanah Kampung Raja, mereka menuju ke bilik yang di khaskan kepada bahagian urusan pesaka. Mereka duduk di kerusi yang telah di sediakan sebelum nama mereka di panggil, sebentar kemudian, Kamarudin, menantu Osman muncul dan memperkenalkan diri serta menghulur sekeping sampul berisi surat daripada pejabat tanah dan salinan geran tanah. Masdiana membaca isi kandungan surat dan melihat salinan geran tanah tersebut.

Masdiana gelisah, rasa tidak berbaloi untuk dia menurunkan tandatangan dengan hanya RM500.00 sahaja, sedangkan dia terpaksa menyerahkan tanah yang arwah ibu dan ayahnya yang ingin diberikan kepadanya. Masdiana sungguh merasa kecewa. Walaupun itu adalah kesilapan ibunya, tetapi harga tanah itu terlalu murah dan bayaran beransur-ansur itu tidak munasabah. Sepatutnya Osman sedekahkan sahaja tanah itu kepada Masdiana. Sekurang-kurangnya Masdiana masih mempunyai sedikit harta.

Masdiana mengajak kakaknya turun dengan alasan hendak minum terlebih dahulu. Masdiana rasa tidak sanggup untuk menyerahkan tanah itu kepada Osman. Itu haknya. Itulah satu-satunya haknya yang jelas dan nyata. Harta-harta yang lain sudah lenyap begitu sahaja kerana sikap tamak abang dan kakak sulung Masdiana. Setelah kematian arwah kakak sulungnya itu, Awang telah menceritakan kepada Masdiana kenapa dia begitu berdendam dengan arwah sehingga mati.

Semasa Awang sedang duduk di halaman rumahnya, Masdiana datang dan mereka berbual-bual. Awang menceritakan hal-hal perebutan tanah di antara arwah kakak sulungnya, Masripah dan Awang sendiri. Pada masa arwah ibunya masih sihat lagi perebutan di antara mereka bertiga berlaku. Masing-masing ada sebab tersendiri kenapa mereka mesti memiliki hartanah tersebut, tanpa memperdulikan nasib dan masa depan Masdiana. Arwah kakak sulung memujuk ibunya supaya menukar nama tanah kebun keatas namanya. Masripah pula memujuk ibunya supaya menukar nama tanah bendang ke atas namanya dengan alasan takut apabila tanah itu dapat kepada Awang, pasti dia tidak akan membahagikan tanah itu sama rata, kerana tentulah bahagian Awang akan dapat lebih kerana Awang seorang sahaja anak lelaki.

 Pada masa yang sama Masripah telah membeli satu ekar tanah bersebelahan dengan tanah yang Awang tinggal sekarang, secara beransur-ansur daripada ibunya. Sebab itulah Awang menjadi pendendam dan tidak mahu peduli kedua-dua kakaknya itu. Tidak pernah bertegur sapa berpuluh-puluh tahun. Masdiana sedih dan terharu kerana dia pula yang menjadi mangsa keadaan.

“mung pun tak pernah mari ke rumoh aku, asal balik jah, pergi ke rumoh adik -beradik perempuan, mung pung ada kato ko aku, aku ni jahat, dengar hasutan mereka tuh, kata aku dop bagi walilah mace-mace, buke aku tok tahu?.” Ungkit Awang.

“Memanglah, sebab kito tengok abe ni dok cakna langsung ko adik beradik, dop bertegor sapo, anak-anak sedaro pun dok tegor , mestilah kito percayo.” Jawab Masdiana.

Memang benar, Awang tidak pernah peduli kakaknya walaupun hanya sebelah rumah. Awang dengan bangga dan menunjuk-nunjuk kemewahannya kepada Masripah. Sekiranya Masripah berjalan kaki menuju ke masjid, samada Awang atau isteri Awang yang lalu dengan kereta besar, tidak pernah dia berhenti untuk menumpangkan kakaknya itu. Tetapi jika ada orang lain, berdua dengan Masripah atau dengan isteri Awang yang bernama Asiah itu, Asiah pasti berhenti menjemput Masripah naik dengan hormat dan manis muka. Asiah memang pandai bermuka-muka, sebab itulah semua orang kampong dan jiran tetangga tidak pernah nampak kesilapan Awang dan Asiah selama ini.

Masdiana dan Masripah duduk di sebuah warung yang menjual minuman dan kuih muih di hadapan pejabat tanah itu. Masdiana tidak dapat menyuapkan ‘pulut lepa’ kemulutnya, walaupun kuih itu lama benar Masdiana teringin untuk  memakannya. Air mata Masdiana jatuh berderai ke pipi. Masdiana terpaksa menahan malu, jika ada pelanggan lain di situ yang melihat wajah sedihnya. Masdiana menyapu air mata yang menitis deras itu dengan beberapa helai tisu. Air mata Masdiana meleleh lagi.

“Kita cuba mintak dengan Abe Man sikit lagi. Limo ratus riyal tu kecik sangat nilainya. Padahal Abe Man tu dah banyak harta, lagu tulah ore kalu penting ko harto dunio,” Kata Masripah.

“Kak Pah ada kat sini?, tak apo minumlah dulu ya?, biar kito dengan ayoh tunggu kat atas,” Kata kamarudin, yang kebetulan lalu di situ kerana pergi membayar  bill yang di kenakan kerana urusan pemprosesan permohonan yang ingin di buat nanti. Resit pembayaran itu akan di kepilkan bersama borang permohonan tersebut.

“Begini, saya rasa sikit sangatlah duit RM500.00 tu, macam tidak padanlah saya balik dari Kuala Lumpur, minyak dan tol dah berapa, tidak dapat apa-apalah saya.” Kata Masdiana dengan perasaan tersangat sayu dan sedih.

“Dop apolah, kito cuba bincang dengan ayoh, saya ni hanya pemegang amanah untuk cucu-cucu dio saja, sayo dop leh nok kato apo-apo dalam hal ni, sayo tidak ado hok nak campur tangan.” Jelas Kamarudin.

“Sayo nok hantar resit pembayaran kat atas ini, keno bayar sebab nak buat permohonan pertukaran nama.” Kamarudin membayar semua harga minuman tadi. Kamarudin meninggalkan mereka berdua di situ.

Masdiana masih bersedih. Masdiana tefikir seandainya tanah itu adalah  miliknya, dia tetap akan menjadi miliknya dan seandainya tanah itu bukan rezekinya, tidak mungkin ianya menjadi hak Masdiana. Masdiana cuba kuatkan hatinya. Masdiana teringat kepada anak tunggalnya Amyra, jika tanah itu menjadi miliknya, dapatlah Masdiana menghadiahkannya kepada Amyra. Masdiana sungguh sedih.

“Baiklah, abe Man bagi RM1500.00 ko mung, abe Man nak bagi hok, RM500.00 tu untuk tambang saja”.

Terpacul kata-kata Osman sebaik sahaja mereka sampai di bilik itu. Mungkin Osman dan Kamarudin telah berbincang sebelum Masdiana dan masripah naik sebentar tadi. Masdiana terasa sedikit lega, walaupun masih tidak padan dengan pertukaran tanah tersebut. Sekurang-kurangnya adalah juga sedikit nilai. Duit itu nanti, Masdiana akan menabung di dalam Amanah saham Bumiputera, biarlah satu hari nanti wang itu akan berkembang. Walaupun sedikit, sekiranya ada keberkatan, ianya akan menjadi harta menggunung. Seandainya Allah (SWT) mahu mengambil semula apa yang di pinjamkannya pun boleh hilang dalam sekelip mata, itulah yang Masdiana pegang. Tetapi hati mana tidak sedih jika di uji sedemikian rupa.

Setelah semuanya selesai, pegawai di pejabat tanah itu memberitahu bahawa  mereka hendaklah menunggu surat susulan daripada jabatan tanah bahagian harta pesaka ini. Masdiana kena datang  sekali lagi ke sini untuk menukarkan namanya kepada nama Osman pula. Pada hari ini hanya proses permohonan pertukaran nama pemegang amanah kepada pemilik tanah yang sah sahaja.

Masdiana dan masripah tidak pulang bersama-sama Osman, mereka menaiki teksi lain untuk pergi menziarahi saudara-mara Masdiana yang telah lama tidak bertemu.
Petang itu Osman datang bertemu dengan Masdiana dah menyerahkan wang sebanyak Rm500.00.

“Duit seribu lagi tu abe Man bagi masa mung mari sekali lagi.” Kata Osman dan meminta diri untuk pulang kerana  hari sudah senja. Masdiana mengucapkan terima kasih kepada Osman sambil tersenyum.

No comments: