Saturday 8 September 2012

SINOPSIS DARJAT KASIH

.Sinopsis Darjat Kasih;

Amyra Adrya menjadikan ibunya, Masdiana Idayu sebagai idola hidupnya. Bukan kerana ibunya seorang yang berpangkat atau berdarjat tetapi seorang insan yang sangat tabah mengharungi pelbagai kepayahan hidup di dalam menjadikan dirinya sempurna. Amyra Adrya ditatang bagaikan minyak yang penuh walaupun dia dilahirkan sebagai anak tidak sah taraf.

Sejarah hitam Masdiana Idayu itu menjadi bayang-bayang masa depannya. Namun keberkatan juga yang dipilihnya. Dia dengan rela menolak cinta pertamanya, demi menghargai pengorbanan seorang ibu. Cita-citanya untuk hidup kaya-raya yang hampir tercapai itu juga sanggup dilenyapkan bersama angan-angannya sendiri. Demi keharmonian kehidupan serta maruah ibunya. Dia tidak mahu melihat ibunya menderita lagi.
Kepahitan masa lalu Madiana Idayu itu menjadi kekuatan, kematangan dan ketabahan hidup. Kasih sayang ibunya itu tidak ada tolok bandingnya. Dia bersyukur kerana akhirnya ibunya dapat menerima hakikat dan ketentuanNya.

“Ya Allah Ya Tuhanku. Engkau tunjukkanlah jalan kepadaku. Untuk aku bebas dari dosa ini. Engkau berilah jodoh yang sesuai untukku. Sekiranya Engkau menganugerahkan kepadaku seorang lelaki yang cacat sekali pun aku sanggup untuk menerimanya dengan redha asalkan dia seorang yang penyayang dan bertanggungjawab. Aku tidak mahu terus hidup bergelumang dengan dosa ini. Kerana perancanganMu adalah yang terbaik buatku. Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau kabulkanlah doaku ini. Sesungguhnya tiada tempat lagi untukku mengadu selain kepadaMu Ya Allah. Sesungguhnya aku ingin bertaubat nasuha dan ingin kembali ke pangkal jalan. Tolonglah aku Ya Allah. Aku ini hambaMu yang lemah. Berilah aku kekuatan Ya Allah. Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.”~ Masdiana Idayu.

“Kalau abang ni buaya, Mas tak payah cerita apa-apa. Awal-awal lagi abang dah ngap!”~Azizul Azrai.

“Kesempurnaan yang Daneal miliki itu, akan menenggelamkan apa yang Myra ada.”~ Amyra Adrya.

“Amyra!!!!!!!!!!!!! Aku cinta padamu!!!!!!!!!!!!!! Aku cinta padamu…”~ Daneal Zul Qarnein.

… Sebuah perkahwinan yang sebenar adalah penyatuan dua hati dan saling melengkapi untuk bersedia menghadap Ridha Ilahi Rabbi”~Ustaz Afeqien Abduillah.

No comments: