Saturday 1 September 2012

Sejuk hatiku bila berbual dgn kakakku


Yesterday at 23:42 · 
  • Bila aku topup kredit telepon, mulalah aku teringat nak call kakak kesayanganku. Selalu aku akan telepon dia.
    Aku dail no handphone kakakku yg ku panggil 'kak pah" sebagai panggilan manja. Anak2ku memanggil kak pahku dgn panggilan 'cek da'.
    Lama ku tunggu deringan itu, tetapi tidak terangkat. Aku biarkan sekejap, aku tahu tentu akakku sedang mencari taliponnya tidak sempat jawab.
    "aasalamualaikum.." jawab kak pah manja apabila dia dapat mengangkat panggilan talipon dariku.
    "waalaikumussalam..kak pah tengah buat apa tu?.."tanyaku.
    "tengah berurut.." jawab kak pah lagi.
    Kak pah memang pandai berurut. Jika ada saka atau pesakitnya termakan atau terpijak ilmu2 sihir, tempat yg dia urut tadi akan keluar seprti pasir, keras dan berwarna hitam. Benda yg keluar itu seprti habuk mancis, jika kecil maybe 3 atau 4 tahun, jika besar sedikit lebih 10 tahun pesakit itu menderta dalam senyap.
    "urut siapa.." tanyaku.
    "tidak urut sesiapa, tapi kak pah yg tengah berurut ni.." kata kak pah. Aku tidak hairan pun sebb tukang urut ni akan menghadapi pelbgai resiko daripada pesakitnya sendiri.
    Sejak akhir2 ini setelah arwah kakak sulungku meninggal, kakakku menjadi sakit berganda di bahagian betis kaki, lutut dan bahu. di atas bahu terasa seperti sedang memikul batu besar yg sangat berat. kakinya sakit2 dan kadang2 kejang. kakpah akan menggunakan tongkat utk berjalan di dalam rumah.
    Kata kakpah, dia selalu mengurut arwah kakak sulung semasa hayatnya. kakak sulungku memang mendapat penyakit itu, kata kakpah seperti saka yg di perturunkan kepadanya. setelah kakpah mengurut itu, setelah hampir arwah meninggal dunia, kesakitan itu dapat kepada kakpah. entahlah, aku tidak mahu komen apa2 disini. Tidak baik kerana apa yg terjadi itu adalah kekuasaan Allah belaka. Aku tiada hak utk menokok tambah hal ini.
    Aku hanya mendengar apa yg kak pah kata.
    "uwekkkk...uwekkkk!!!..uwekkk!!!..", kedengaran jelas, tukang urut kak pah dsedang muntah. menunjukkan betapa kuatnya angin dan saka yg ada di dalam tubuh kakpah itu. itulah yg di gambarkan oleh kak pah kepadaku.
    "kesianlah kepada tukang urut kalau camtu"..kataku.
    "bayarlah lebih2 sikit..."kata tukang urut itu kepadaku dgn lantang.
    "oooh..pandainya tektik tukang urut.."kataku berseloroh. aku tahu, memang benar, sebb aku pun pernah menjadi tukang urut sewaktu aku di Dungun 8 tahun yg lalu. Masa itu aku hidup dalam keadaan susah. aku bekerja di kedai nasi sup dgn bayaran rm15.00 sehari tentulah tidak mencukupi, di sebelah petang aku menjadi tukang urut sambilan di sekitar kampung bijangga dungun.
    Satu petang, ada seorg janda ingin mengurut, katanya badannya bisa2 dan sakit2. dia seorg peniaga nasi dagang di pasar dungun.
    Kak Peah namanya.
    Jualannya agak laris. biasalah melayu selalunya suka dengki mendengki. ilmu2 sihir tidak pernah lengkang utk menjatuhkan org lain atau untuk menutup periuk nasi org lain.
    kak Peah baring meniarap, aku mengurut daripada hujung kaki sampai kelengan dan di tengkuk hingga ke kepala. setelah habis meniarap aku menyuruhnya terlentang pula, setelah habis kesemuanya aku suruh dia duduk sambil berlunjur, aku akan urut belakang,, tengkuk dan kepala. setelah itu aku bacalah apa2 saja yg aku tahu pada masa itu. aku tidak belajar dari mana2 pun. sekadar belajar sendiri.
    "sedap sedikit rasa badan kak peah ni, ringan sedikit, terima kasih.." sambil menghulurkan wang rm10.00 kepadaku.
    kerja2 mengurut mengambil masa 2 jam utk sempurna, memang ketika itu badanku berpeluh dan terasa sihat.
    Esoknya aku lihat di lenganku ada beberapa tompokan berwarna biru. Lebam. itulah akibat yg misti tukang urut alami sekiranya badan pesakit ada benda.
    Sekarang ini aku dapat sedikit lagi ilmu mengurut daripada kakpah, ada ayat2 alquran yg perlu di baca. Mengurut hendaklah 3 hari dan ada bacaan ke atas limau nipis 7 biji lalu di belah2. supaya nanti pesakit dapat meramas2 di dalam air untuk di buat mandi bilasan terakhir. limau nipis ini bertindak utk menghilangkan bau badan, yg mana jin suka menghidu bau badan pesakit dan duduk berdamping dgn pesakit, sb itulah fungsi limau nipis ini hendaklah kita tahu.
    Seperti juga ilmu2 masakan dan campuran rempah ratus, aku banyak belajar dgn kak pah. Dia pandai memasak. Sedap dan masakannya ada umph.
    Entah macamna, tetiba kami bercakap pula pasal pantun.
    Aku sempat menyalin beberapa rangkap pantun orang lama dgn tukang urut tersebut hanya melalui telepon.
    ~Tidak guna padi di bukit.
    padi di bendang menabur bunga,
    tidak guna mati sakit,
    mati berbincang bersohor lama.~
    Sungguh dalam maksud pantun org lama2.
    Zaman sekarang ramai yang tidak pandai berpantun.
    bahasanya pula tidak berkias seperti pantun di zaman dahulukala.
    "Tidak guna mati sakit, mati berbincang bersohor lama.."
    apa maknanya makcik, cuba terangkan kepada saya?, kataku dalam telepon.
    "ya, masa dulu2 kan tidak gunalah berkelahi dan bermusuh2an, bila mati nanti org2 kampung akan bercerita tentang keburukan keluarga kita sampai bila2..." jawab tukang urut itu.
    "terima kasih, makcik, barulah saya faham..., oklah dulu ya makcik, kalau kakpah datang berurut lagi jangan lupa pantun2 yg bagus2 utk saya ya?..." aku sudahi percakapan di telepon itu dgn kiriman salam kepada semua melalui kak pah.

No comments: