Saturday 1 September 2012

Serba tak kena


28 August at 18:31 · 
  • Pada hari sabtu ini aku akan menghadiri kelas teori selama 3 jam.
    sesudah itu barulah aku di kehendaki menjalani praktikal setelah di beri jadual oleh sekolah memandu tersebut.
    Aku menjadi seorg wanita, isteri dan menantu yang tegas, memilih utk memikirkan hal2 sendiri sahaja. Kenapa ini terjadi?, mengapa aku memilih jalan sendiri?.
    Setiap apa yang kita buat mistilah di atas tekanan kehidupan atau suasana sekeliling kita sendiri. termasuklah family serta adik beradik dan ipar duai.
    Aku begitu bangga dengan ibu mertuaku, dia begitu bijak melayan anak2 dan cucu2 serta menantu2nya. semua anak2nya berjaya, cuma sumiku seorg saja yg kurang bernasib baik. Dahulu suamiku pun antara anak2 dia yang hebat, beristeri kaya, berpendapatan besar dan hidup mewah. semuanya cukup.
    Tetapi mungkin sudah di takdirkan di hujung usia, suamiku ini telah di jodohkan Allah dgnku, maka suamiku telah menjadi insan yg serba kekurangan, sekiranya suamiku masih atau berjaya, mana mungkin dia menjadi suamiku sekarang, sudah tentu dia sedang berbahagia dgn bekas isterinya. perceraian mereka dahulupun di sebbkan suamiku jatuh dan tidak berkemampuan. Berlainan dgn aku., aku mengenali suamiku ketika dia benar2 di peringkat paling bawah. bersendirian dengan tiada apa2 pun..
    tiada anak2 di sisinya. semuanya enjauh dan menyepi. maklumlah siapalah suamiku ketika itu.
    Setelah aku mengenali suamiku. aku dan suamiku memajukan diri bersama2, menghadapi segala susah payah bersma2.
    sehinggakan anak2nya tidak mahu mengaku dan malu sebb ayahnya seorg pemandu teksi. waktu itu suamiku memandu teksi terpakai. sekarang suamiku sudah menukar teksi yg baharu.
    Kisah pertemuan semula anak2 suamiku telah ku ceritakan dalam cerpen yang lalu.
    Aku, seorang wanita dan isteri yg tidak pernah penti ng diri sendiri. Selalu berkorban untuk kebahagiaan org lain. aklu tidak mahu balasan, Cukuplah sekadar aku di hormati dan di sayangi sama rata. Pernah sewaktu aku baru sahaja seminggu tinggal di rumah ibu mertuaku, dia jatuh, kepalanya luka dan berdarah, hanya aku sahaja yg ada, akulah yg memberi bantuan kepadanya. Aku rasa gembira sebb aku telah berbakti kepada ibu mertuaku, aku aharap aku akan menjadi seorg menantu yg di perlukan..
    tetapi setelah sekian laa aku disini, aku tidak nampak pun aku di layan seperti anak2nya yg lain.
    aku jadi kecewa, meang benar, apa2 yg kita buat atau berbakti, kita tidak perlu meminta balasan daripada sesiapa, tetapi aku manusia biasa, punya hati dan perasaan. tahu menilai dan melihat sejauh mana layanan serta kemesraan terhadap aku.
    dan satu selepas satu perkara yg aku ingin buat di halang dan di sekat. aku seringkali terasa hati dan makan hati.
    Tiba2, aku mulai rasa bosan utk memikirkan hal org lain. Bosan utk menjaga perasaan org lain. Sebab bila sekian lama aku selalu memikirkan kesempurnaan utk org lain, aku menjadi sakit dan kecewa.
    Akhirnya, aku tidak lagi merasa sakit setelah aku memikirkan hal kehidupan aku sendiri dan dunia aku sendiri.
    Diantara yg aku rasa terkilan apabila aku tidak dapat utk membuat open house walaupun kecil utk memanggil rakan2 ku kertumah. Aku jadi kecewa, apabila semua apa yg aku ingin lakukan selalunya di pandang negative oleh ibu ertuaku. Dia risau takut aku membuat sesuatu yg akan menyusahkan dia., mungkin. contohnya, sewaktu aku embeli mesej jahit industri, dia berkata dan memberi amaran kepadaku,.,"jangan letak disini, atau di sana, sempit, tiada tempat, jgn panggil org ramai2 upah baju di rumah, mak tak suka". aku sungguh pedih mendengar kata2 ibu mertuaku. Padahal dia tidak tahu aku hanya beli utk kelas jahitan ku di on9, dan utk menjahit baju2 aku dan suamiku sahaja. aku juga boleh mejahit apron2 atau langsir dan lain2 utk kelasku. jika adapun rakan2 yg nak upah baju dgnku, aku boleh ambil dan hantar kerumah mereka. Mengapa dia tidak tanya kepada aku, kenapa aku terus di kata begitu. itulah membuatkan aku selalu tersentuh hati dgn mertuaku.
    adakah anda semua tahu, mesen jahit yg besar itu, aku terpaksa sumbat dalam bilikku yg kecil.
    Jika aku ingin membeli barang2 dapur seperti pinggan yg berbentuk cantik2 utk ambil gambar makanan2. dia mearangnya, katanya di dapur tiada tempat nak simpan, tetapi jika anak atau menantu kesayangan dia beli sudip plastik yg 3 keping rm10.00 pun . bukan main puji dan guna selalu.. walaupun gelas murah di beli atau ada org hadiah, dari rantau panjang, amboi..di puji2nya, katanya si anu yg belikan, jika ada tetamu datang, itulah yg akan di usung2nya.
    Aku kecewa sangat apabila barang2ku aku guna utk memasak, baru sahaja aku cuci dan tos di rak, dia akan kutip dan letakkan di satu tempat yg lain. aku sangat sedih sekali.
    Seperti dai berbulu melihat barang2 aku.
    mesin jahit tepi yang aku baru beli itu, dia belum tahu. dan tidak perlu utk dia tahu. Bukan aku tidak teringin utk menjahit baju kurung kedah utk dia buat basahan di dapur. tetapi terasa tawar hati.
    dan aku telah membuat keputusan utk menyewa satu tempat khas utk aku menjalankan kerja2ku seperti menjahit dan membuat kerja2 di internet, mengumpul barang dan produk2 utk di jual di internet, rasanya itu lebih baik.
    Pek2 produk dan sebagainya. Ku pergi pagi balik malam.
    Pergi kerja., Sebb bila aku di rumah, dia ingat aku tidak kerja.

No comments: