Saturday 1 September 2012

Cemburu dan persaingan


17 August at 20:20 · 
  • minggu lepas aku ada suruh somiku belikan 3 kilo gula,
    1 botol kecil sunquick dan satu botol essen pisang, warna hijau aku dah ada..
    dia, tak boleh langsung dgr kita nak buat apa2, dia akan tanya, dia tak pernah lupa jika kita sebut pasal makanan atau minuman.
    katalah bonda rasa nak masak sesuatu dan bercakap dgnnya, dok esok atau lusa dia akan tanya hal tu, aku dah serik, sb itu kalau aku nak buat apa2 ker nak masak apa2 ker, aku diam2 dah masak baru tujuk kat dia, habis citer..
    dia xpernah akan faham hal kita, masa kita, yg dia tahu apa yg kita ucap misti kena buat..
    kita cuma niat, pada dia misti buat...aduh..
    macam semalam tu, dia dgr cucunya dah balik dari kelantan, dia pun ajak cucunya berbuka di sini petang semalam, budak tu, xsampai hati, jawablah insyaallah..
    lepas tu dia masak masakan kegemaran budak tu, sup ayam, kari ayam dan ayam goreng..last2 budak tu xjadi dtg..
    dia tak pernah fikir yg budak tu nak keluar makan dgn kawan2 ker, apa ker, tu budak tu baru kata insyaallah, kalau jadi dtg tak tahulah bagaimana..
    sedangkan aku dah masak nasi daging seperiuk. ..
    last2 kari ayam semalam tu xda siapa yg sentuh, sb xkena langsung dgn hidangan semalam dan hari ini..
    dia bukan fikir hidangan apa hari ini, dia fikir, tekak dia dan tekak org yg dia nak bagi makan tu, biarlah lauk dan hidangan tidak sesuai langsung pun..
    "hurm..kari ayam tu xda sapa pun yg sentuh.." katanya.. aku memang akan berdiam saja, malas nak komen apa2 buat sakit jiwa, xperlu berkata apa2. selagi dia berperangai camtu..biarkanlah dia, mungkin dia seronok sb tong sampah hari2 akan penuh dgn sisa2 makanan.,
    berbalik pasal kisah gula 3 kilo tadi..
    "mak, mana gula 3 kilo yg abang beli semalam?..tanyaku minggu lepas..
    "mak dah masak air gula buat sirap.." katanya..
    "tak apalah kalau camtu.." kataku..
    "mas beli gula tu sb nak buat sirap..mas pun ada air sirap jugak mak... itu pasal suruh abang yg beli gula tu.." kataku.
    alih2 tadi semasa makan, dia kata.."mas kata nak masak sirap mas, masaklah.."
    "xpalah mak, org dah biasa dok minum sirap mak, karang org xsuka minum sirap mas pulak, sebb warna hijau, selalu dok minum sirap mak kaler pink.. lagi pun biarlah mas buat lepas raya nanti, bila mas balik sini.. lagipun tu ha, air botol banyak2 tu, sapa nak minum?, hidang jerlah yg tu..mas nak buat air tu, sb mas yg teringin nak minum..minum sendiri2 jer, bukan niat nak jamu org.." kataku.. dia diam tanpa kata.
    bukan apa bab2 makan minum ni aku selalu berkecil hati sangat2..
    kadang2 tu macam dia nak test jer, bila dia dan aku hidangkan makanan, dia seolah2 nak tengok siapa yg makan yg aku ke yg dia..macam budak2 bodoh jer layaknya.
    tentulah org makan makanan yg dia masak..takut dia kecil hati, makanan aku akan buang kelongkang. dan pernah dia kata, "ha, lain kali jgn dok masak apa2 mee hoon sup ke apa ker.." ucapannya itu aku akan ingat sampai ku mati..
    sekarang ini aku benar2 faham peel dia..
    baik aku buat sikit2 jer utk aku dan somiku atau anak2 ku makan, sekiranya dia makan, bila dia rasa sedap, dia kata "nanti lain kali mas masak utk depa makan time ramai2 ya?.." "yalah mak.." kataku, tetapi aku xkan buat lagi...biarkan saja..
    xpayahlah aku nak tunjuk kepandaian ku kepada mereka..
    xda maknanya... :'(

No comments: