Saturday 1 September 2012

Erti kemerdekaan


Yesterday at 09:40 · 
  • Merdeka..merdeka..merdeka..!!
    Sambutan kemerdekaan Malaysia dalam pelbagai bentuk dan cara.
    Ada pelbagai kesan negative dan positive.
    Remaja2 dan orang2 dewasa tidak ketinggalan menyambutnya sejak malam tadi.
    Kita boleh baca di dada akhbar esok..
    kita boleh baca. Kita boleh lihat, erti kemerdekaan Malaysia yang sebenar. Jawapannya ada di hadapan mata kita sendiri.
    Adakah Malaysia sudah benar2 merdeka?!.
    Pagi ini, aku memerdekakan diriku.
    Aku bersyukur kerana datangnya Jumaat penghulu sekelian hari.
    Hari jumaat sunat utk kita ,membersihkan diri.
    Dan dari hujung kuku kaki hingga ke hujung rambut. Dan aku mengambil masa untuk membersihkan sebersih2nya. seperti setiap jumaat sebelumnya.
    Tetapi hari ini seperti begitu bermakna sekali buat mereka2 yg mengerti erti kemerdekaan yang sebenar seperti aku.
    Kemerdekaan pada diri sendiri dahulu yang perlu di titik beratkan.
    Menjaga diri, kebersihan rohani dan jasmani adalah di tuntut agama.
    Hari ini adalah hari utk membersihkan apa yang perlu bukan sahaja pada diriku, tetapi dalam bilikku. Terasa lama benar tidak berkemas.
    Selalu sibuk dan sibuk.
    Pagi2 tadi aku sudah mendengar bunyi2 yg berdentam dentum di dapur, seolah2 memberi amaran supaya aku turun.
    Minta maaf, hari ini aku hanya ada sehari saja utk menyelesaikan apa yang patut di dalam bilikku.
    Esok, ada tugas yg menanti. Taklimat atau teori kursus memandu wajib ku hadirkan diri utk meneruskan praktikal memandu di jalan.
    Aku misti tabah dan yakin berjaya demi masa depanku sendiri.
    Demi masa depanku dan Masa depan anak2 teruna remajaku.
    Salam kemerdekaan buat semua..
    semoga kita semua sedar erti kemerdekaan pada diri kita sendiri.
    Ada jati diri, tahu yang mana baik dan buruk, membuat sesuatu dengan niat beribadat kepada Allah, semoga kita semua mendapat yg terbaik dalam hidup kita.
    Insyaallah..aamiin

No comments: