Saturday 1 September 2012

Aku lulus.


  • ‎"macamana?"..tanya suamiku, sebaik sahaja aku memasuki teksi dan duduk. aku menutup pintu teksi.
    "jom pergi sana baliklah bang, kerani tu dah daftar dah"..kataku.
    Suamiku pun menghidupkan injen teksi dan meluncur ke pusat ujian berkomputer kembali.
    "ok, bila dah siap nanti bagitahu ya?.." kata suamiku.
    Aku memanjat anak tangga sekali lagi. pusat ujian itu di tingkat satu. Aku cuba rilexkan mindaku. Aku berserah sahaja kepada Allah. Semoga berlaku satu keajaiban hari ini. Sebab, ramai rakan2 yg telah mendoakan agar aku berjaya dalam ujianku hari ini.
    Sudah lebih 40 orang mendoakan aku. Insyaallah, aku akan berjaya. Tetapi siapalah aku utk menentukan kejayaan itu. Hanya berdoa sahajalah kepada Allah. Aku sedar aku belum betul2 bersedia, tetapi memandangkan aku tidak mahu banyak membuang masa, baiklah aku mengambil ujian itu hari ini juga, sekiranya aku gagal ujian itu, aku boleh cuba lagi di sebelah petang nanti.
    Aku menuju ke meja kerani lelaki melayu muda itu. Aku hulurkan i/c ku kepadanya. "bagi no giliran"..kata kerani perempuan india yang berada di meja tengah. ternyata budak lelaki itu baru saja menjadi kerani di situ, banyak dia belajar dengan kerani perempuan india separuh umur yang berbadan gempal itu.
    Ada seorg lagi perempuan cina beruniform duduk di pintu masuk bilik ujian, membantu apa yg patut.
    "ha, my lucky number !!.." bisik hatiku.
    007. aku simpan no itu di dalam beg. aku nak simpan dan bawa balik. syyyyyyy...bisik hatiku sendiri.
    "letak ibu jari kanan kak"..kata kerani itu.
    "buka cermin mata dan duduk di kerusi itu, kita ambil gambar dulu"..entah bagaimanalah muka aku ketika itu, maklumlah open macamtu tangkap gambar, nak senyum2 sangatkan, lain pulak jadinya, buat jer muka biasa jer.
    Agak lambat jugak aku tenung kamera tu, penat rasanya.
    Batal, ambil lagi sekali. masa aku letak jari di alat scanner tu pun susah kerani tu nak baca. Lepas aku, orang lain sekejap jer ambil gambar dan scan cap jari. Pelik, selalunya aku misti ada halangan yang pelbagai, selalu saja aku di uji kesabaran, walaupun apa2 keadaan dan situasi.
    "akak masuk ikut bilik tu dan ambil komputer ikut no ini ya?"..kerani menghulurkan i/c dan komputer no 8.
    Aku memulakan dgn bismillah dan doa. Aku meneruskan jawapan satu persatu, sesekali aku melihat masa yang kian sedikit.
    aku menjawab dan terus menjawab.
    Masa masih tinggal 20 minit, aku sudah habis menjawab.
    ~adakah anda ingin menamatkan ujian atau menyemak jawapan~
    aku klik utk menyemak jawapan. Aku semak satu persatu sambil melihat masa tinggal 10 minit lagi. Tak kuasalah aku nak semak sampai habis. Lantaklah apa nak jadi, sekiranya masa tinggal 5 minit, baik aku berhenti sahaja dah tidak guna lagi aku menyemak jawapan yg telah aku yakin betul, silap2 semak tertekan yang salah pulak, masa tu nanti akan timbul perasaan was-was. baik aku berhenti sahja. aku klik ~tamat~.
    Anda Lulus 42 markah.
    markah lulus 42 markah.
    "hahahahaaa, aku tergelak dalam hati kecilku..
    Lulus!!!, tapi atas pagar!!" jerit hatiku,..tak apa, asalkan lulus, jika lulus 50/50 pun lulus jugak, sama jer..

No comments: