Saturday 1 September 2012

Petang sebelum raya.


18 August at 20:29 · 
  • kini aku rasa begitu aman dan tenang sekali..
    pada siang tadi aku sakit kepala sangat2..
    mungkin aku terlalu letih dan kurang rehat..
    sekarang setelah makan dan makan panadol,
    aku rasa lebih lega..
    "mak..maafkan mas, halalkan makan minum mas selama ini,
    kata2 mas yg terkasar selalu itu., mak maafkanlah ya?..sambil aku bersalam mencium tangan dan juga kedua2 pipinya.
    "ya, mak pun begitu juga, mak doakan mas selamat sampai dan sampaikan salam mak kepada kakak mas dan kepada semua saudara mas yg mas jumpa..." ucap ibuku.
    "selamat hariraya dan maaf zahir batin kak mas.." kata adik2 iparku yg ketika itu ada di rumah utk membuat rendang daging.
    pukul 11pg aku keluar dari rumah itu..
    "kak pah, mak,, Ani dan Dah kirim salam pada kak Pah dan semua sekali..ini kita sampaikan salam itu, sb kita memang xsampai kat kg, hari raya ini.." kataku melalui telepon kepada kakakku.
    "tidak apalah, kak pah pun kirim salam juga kepada mak dan adik2 tu..." kata kakakku.
    "ya lah kak pah, bila kita balik rumah nanti kita akan sampaikan.." kataku..
    kakakku dan suamiku sajalah yg faham keadaan dan perasaan aku..aku masih gembira dan bahagia kerana masih ada suami dan kakaku..
    Tadi semasa berbuka, suamiku menemaniku dan berbuka bersama2, suamiku tidak berselera utk berbuka puasa di rumah mak, kerana aku berada di sini bersama anakku yg bongsu.
    selepas itu suamiku terus keluar utk sembahyang magrib dan mengambil pelanggan teksinya seperti biasa.
    suamiku akan balik kerumah mak kerana ada marhaban daripada jemaah masjid setempat, dari rumah kerumah, aktiviti menyambut
    raya setiap tahun.
    Aku belum tahu juadah apa yg aku akan makan di pagi raya..
    yg penting aku dapat berehat..

No comments: