Friday 13 January 2012

Untuk Mu Emma Mawarmerah..

Untukmu @Emma Mawarmerah...
kali terakhir pertemuan kita pada 2/1/12 itu..
xsempat bonda menghadiahkan sejambak mawar merah
kesukaanmu.
Bonda betul2 terkilan saat itu..
seandainya masa boleh di putarkan semula..
namun itulah kenangan dan ingatan buat bonda sampai bila2..
seandainya Allah masih mengizinkan waktu utk kita bersama lagi..
akan bonda usahakan juga untuk menghadiahkan emma walaupun sekuntum mawar merah..
Pada hari itu bonda benar2 yakin kita pasti dapat ketemu lagi..
dan bonda sentiasa yakin itu...
yang pastiNya hanyalah Allah..
Emma, terimalah sekuntum bunga ini..
ini sajalah yg mampu bonda lakukan sekarang..
namun penyesalan dan rasa terkilan itu tidak bisa
bonda lupakan..hampa..
Bonda membayangkan masa itu bonda sempat membeli
sejambak bunga mawar buat Emma...
betapa bonda rasa kecewa, sb tiada kesampaian...
sedangkan emma memenuhi impian dan kesukaan bonda..
emma membuatkan bonda sungguh terharu..
terharu sangat2..

Darjat Kasih Kita.

~Ibarat sang kutu air..
merayap di permukaan tanpa basah.
~begitu juga darjat kasih kita berdua..
walaupun dekat bersama tetapi tidak berkesan.
~dimanakah silapnya?..
dimana.. atau kerna benar2 darjat kita yg
selama ini terlalu kecil..
seperti kutu air di permukaan..
~nampak aman dan sentosa..
damai dan menenangkan.
sejuk mata memandang..
~tetapi terlalu siksanya buat sang kutu air..
tidak terasa basahnya air kali itu..
Tiada kenikmatan hidup yg sebenar2nya yg ingin di rasa, memberi dan menerima.
Aku pergi mencari erti sbenar kehidupan ini. jawapan kepada permasaalahan antara darjat2 kasih.
Kita sering seolah tidak di pandang, tidak di dengar, seperti adanya sang kutu air menghiasi permukaan.
Dan aku sering tidak di pedulikan. kata2ku tidk pernah berharga.. nasihat dan tunjuk ajarku di persendakan.
Dahulu aku sering sakit, dgn keadaan hidup yg berbeda. Kini tidak lagi. Aku mulai faham dan sedar.
Bahawa Darjat Kasih boleh di bina kekuatannya.
Aku berpegang satu kata2 nasihat "kita tidak boleh melawan arus, tetapi kita boleh mengikut arus tetapi jangan sesekali bermain arus"..perkataan arus boleh di gantikan dgn  angin.

Friday 6 January 2012

JeJaK DarJAt KasIH

2011~
aku pasrah meninggalkanmu,
biarpun belum berpisah walau sehari..
mencari siapa diriku yang sebenar.
aku benar2 pasrah,,,
kerna keliru dan kecelaruan
sering bermain-main mengusik jiwa ini.
Air mata yg tergenang mulai jatuh diawal 2012
menyedarkan aku bahawa tindakan aku
mencari jejak Darjat Kasih sedang bermula.
Aku mulai nampak lambaian Darjat Kasihmu..
terlalu menjarak jauh dan menjauh..
sehingga aku tidak tahu dimana..
harus aku bermula..
aku gagahi kembara menjejak darjat kasihmu..
sendirian..
dari tengah ke selatan..
dari selatan ke utara..
agar aku dapat sebuah petunjuk
jalan kearah menjejak darjat kasihmu..
Keajaiban Allah mulai ku tampak satu persatu..
dalam bayangan mangkuk hati yang pedih dan sengsara..
ada bahagia bersama Darjat Kasihmu..
yang setia menunggu.
di bawah sepohon yg lebat meranum, .
melayakkan jemariku memetik dan
mengecap kebahagiaan bersama keindahan Darjat kasihmu
dan sampai kepuncak tertinggi..
setelah aku kembali memeluk erat
sebuah kerukunan yang kugali dan
telah ku tanam dalam-dalam..