Saturday 22 September 2012

Bab 1. bahagian 1

Novel 'DARJAT KASIH' (Untuk Penilaian Karangkraf) BAB PERTAMA ~ Bahagian 1
Novel Darjat Kasih.

 Bab Pertama. ~Bahagian 1.

Ting!....Tong!!.. Pintu kaca 'Butik Permata' di tolak dari luar.  Amyra Adrya tersentak dari lamunannya. Sedari tadi Amyra sedang menyusun koleksi baju-baju baharu sampai di butik tersebut, satu persatu di perhatikan. Amyra berangan-angan seandainya dia yang mengenakan baju-baju tersebut alangkah b
ertuahnya. Diamatinya seorang pemuda tinggi lampai, berambut pendek dan berpakaian kemas itu masuk. Wajahnya tanpan dan bergaya. Seperti anak raja layaknya. Amyra terpegun seketika. Amyra segera berhenti menyusun baju-baju tersebut dan meluru kepada pemuda kacak itu dengan hormat.

 "Selamat pagi encik, boleh saya bantu?.." ucap Amyra dengan suara yang lembut merdu. Mata mereka bertemu seketika. Pemuda kacak itu terpaku. Memerhati susuk tubuh Amyra, yg mengenakan sepasang kebaya labuh warna hijau pucuk pisang. Cukup sempurna. Sepasang mata Amyra yang cantik, tidak berkedip apabila di tenung begitu.  Bibirnya yang basah, bak ulas limau merekah, digigit perlahan. Kehairanan.

 "Encik..di sini ada pelbagai plihan tudung dan aneka fesyen baju terkini, semuanya di reka khas oleh pemilik butik ini". Jelas Amyra lagi memecah kesunyian."Mari saya tunjukkan, encik nak hadiahkan untuk siapa?."Tanya Amyra lagi. Kebetulan pagi itu Datin Maznah keluar dengan dua orang pembantunya kerana ada urusan di luar."Myra, jaga butik sekejap ya?, lepas tengahari, kami balik semula". Pesan Datin Maznah sebentar tadi. "baik, Datin". kata Amyra sambil membuka pintu kaca Butik Permata untuk Datin Maznah.  Butik ini entah cawangan yang ke berapa, Amyra pun tidak mahu ambil tahu. Butik ini baharu sahaja di buka tiga bulan lepas, banyak lagi yang perlu di tambah dan di susun, sebab itulah Datin Maznah banyak menghabiskan masanya di butik ini. Butik ini luasnya satu lot kedai sahaja.Di Butik Permata ini, masih memerlukan pekerja. Amyra suka bekerja di butik pakaian, kerana mewarisi minat yang sama dengan ibunya Masdiana Idayu. Masdiana adalah seorang tukang jahit yang mahir. Amyra masih ingat lagi sewaktu dia masih kecil, ibunya pernah membuka kedai jahit di Kulai Besar, Johor. 

 "Emm..saya nak beli sehelai selendang untuk bakal tunang saya, kami ada 'dinner' malam esok", jelas pemuda kacak itu."Di sini ada banyak pilihan selendang encik..." " Daneal Zulkarnain.. panggil jer saya Daneal.."Celah pemuda kacak itu memperkenalkan dirinya. Amyra tersenyum, sambil menggayakan selendang untuk di pilih Daneal."warna apa yang cantik?" Tanya Daneal."Untuk gadis yang berkulit cerah, warna krim ini cantik, batu permata dan juraian manik-manik di tepi selendang ini menambah lagi kejelitaan, tambahan pula, di waktu malam, pancaran lampu akan menaikkan lagi seri si pemakai." Terang Amyra kepada Daneal, seperti dia mahir benar dalam bidang peragaan. Amyra tersipu sendirian. Kalau pelanggan wanita susah untuk Amyra melayannya, mereka semua seakan sudah pandai memilih sendiri. Ada yang datang menunjukkan lagak. Kadang-kadang melihat-lihat sahaja dan tidak membeli. Itukah yang di katakan 'window shopping?' tanya hati kecil Amyra. Buang masa."Saya ambil yang ini". Daneal memegang selendang berwarna krim, seperti cadangan Amyra tadi. Sambil melihat 'prices tag', tanpa meminta diskaun, Daneal mengeluarkan wang kertas bernilai RM 300.00 kepada Amyra."Ini bakinya encik Daneal, terima kasih, sila datang lagi"..ucap Amyra lembut. Jika ada sepuluh pelanggan seperti ini, lama-lama pun Amyra sanggup melayannya dengan senang hati. Amyra tersenyum sendirian. 

No comments: