Friday 29 June 2012

Kadang2 aku terasa tertekan apabila aku sendirian
tanpa ada sesiapa utk ku meluahkan perasaan atau bertanyakan pendapat.
aku teringin juga nak memberitahu apa yg bakal aku lakukan atau apa yg aku lakukan kepada 'Dia', tetapi malang sungguh nasibku.
apa yg aku sampaikan itu, akan ada soalan yg mengguris hatiku kembali, aku beberapa kali menyesal menceritakan apa saja kejayaan ku atau apa2 pekerjaanku kepadanya.
tetapi bila hatiku reda, aku menceritakan lagi apa yg sedang aku lakukan ketika ini, manalah tahu dia boleh bagi semangat kepadaku.
tetapi hampa. sama sekali ceritaku itu, tidak sedikitpun membuatkan dia merasa bangga.
aku terasa sangat2, sb apa yg aku lakukan selama ini tidak pernah nampak di matanya. tetapi jika menantu dan anak2nya yg lain, sudip plastik yg murah pun di bangga2kan di ucap2 di cakap2..
sedangkan aku, bila aku boleh lakukan yg mereka tidak boleh lakukan, pandang sebelah mata pun tidak..
Aku jadi semakin tersentuh dan cuba menyusun strategi sendiri, aku cuba lupakan dia, aku cuba bayangkan dia budak tadika yg tidak tahu apa2. jadi tidak perlulah aku mencerita apa2 projek atau rancanganku kepadanya.
ada baiknya aku menulis dan menulis...
akan aku ceritakan apa yg akan aku lakukan kepada peminat2ku dan rakan2ku di facebook, ada yg tidak suka, ada juga yg suka..
yg tidak suka akan komen sesuatu yg bercanggah dan aku boleh memperbaiki diri aku dgn kata2nya. kepada yg minat dgn usahaku akan terus memberi galakan dan semangat yg padu.
Aku lebih rela bermalam di rumah rakan2 atau di rumah anak2 yatim bercerita dgn mereka daripada bercerita kegiatanku kpd family ku sendiri yg mana mereka tidak hairan sedikitpun. sebb apa yg aku buat itu adalah sia2 di mata mereka.
sedangkan masih ramai lagi yg ingin bermanja dgn ku di luar sana.. tunggu..aku pasti datang menemuimu..pasti..
~walaupun hati ku sakit dgn sikap dan kata2nya saban hari, tetapi apabila setiap kali jika aku terlihat dia sedang menyalin pakaian setelah mandi, aku lihat dia dgn rasa pebuh kasihsayang, 
pernah aku pergi dekat dgn dia beberpa kali, aku peluk dia, sambil airmataku jatuh berlinangan, aku cium pipinya
"wanginya mak, tahu tak mak, saya begitu sayang sekali pada mak"..air mataku menitik deras di hadapannya.
"mak pun sayang semuanya sama, jgn ingat yg bukan2"..itu kata dia maybe utk menjaga hatiku disaat itu, sb bila habis babak tu, sikapnya berulang dan berulang mengguris hatiku.
Ibuku sendiri, xdapat aku nak jaga, sb aku berada jauh dgnnya, tetapi kakakku bagi perhatian dan kasihsayang yg penuh kepada ibuku sehingga hayatnya..
Aku masih ingat lagi, masa mula2 aku berpindah kemari, masa itu aku ada di bilik, aku terdengar bunyi seperti ;pintu almari di tutup kuat. aku tidak kisahlah sebb 'dia' memang tidak suka duduk diam.
tadi 'dia' kata kpdku hendak mandi, air dalam kolah pun di tadah, masih ada bunyi air yg jatuh ke dalam kolah..
5 minit kemudian, aku terdengar suara yg lemah.
Aku keluar dan menutup paip air terlebih dahulu, tiba2 aku terpandang 'dia'. "mas....mas....mas.. kepala mak berdarah..mak jatuh"..suara dia mengerang kesakitan, di tangannya penuh darah, belakang kepalanya banyak darah yg keluar..aku jadi panik, sb masa itu hanya ada aku dgn 'dia' sahja. aku takut jika dia hilang nyawa, apa aku nak cakap dgn mereka..aku menangis.."Ya, Allah, macamna ni, apa nak buat?"..sambil tanagan ku menggeletar aku pun menekan no telepon B, lalu ku suruh B pulang segera..
sambil aku cuba sedaya upaya menahan darah yg keluar dari kepalanya...
~aku seorg tukang masak dan aku boleh memasak pelbagai jenis lauk dan jika nak tukar pelbagai masakan setiap hari pun boleh.
tidak ada masalah langsung. aku memang suka memasak.
tetapi hati ku terasa amat2 pedih dan kecewa.
hasrat hatiku tidak tercapai sama sekali. walaupunlauk pauk penuh dalam peti, semua sos dan segala macam perisa ada. aku tidak di beri peluang utk memasak.
Impian aku adalah untuk menjaga 'dia' dan memberi dia makan dan minum setiap hari.
Aku salah tafsir, dia begitu cerewet dalam memilih makanan. makanan dia sajalah yg dianggap paling suci dan paling bersih.
jika adalah makanan dari luar di tapau balik, tak sampai 4 jam makanan itu akan terjun di dalam tong sampah.
jika dia yg masak, 4 hari perangat pun masih di makan, tetapi jika aku yg masak, tak sampai 24 jam dah tanya nak makan lagi ke tidak, walaupun hancur hatiku apa nak buat sabarkan saja.
sehingga aku benar2 faham sikapnya.
dia memang tidak suka org lain masak, walaupun sesedap hidangan istana sekali pun.
dia seperti cemburu apabila masakanku disukai suamiku dan anak2 tiriku.
dia begitu rimas, jika makananku ada dalam peti aisnya. aku suka tapai, dan xkanlah nak makan tapai tu setiap hari sampai habis, sedangkan tapai boleh di simpan lama. mata dia misti berbulu melihat makanan yg banyak didalam peti ais, dia lebih rela penohkan tong sampah daripada penuhkan peti sejuk.
sayang..memang sayang, membazir memang membazir.
dalam bab satu2 perkara pula, dia tidak pernah nak dengar atau ambil kisah apa yg aku suarakan atau bagi pendapat atau nasihat berguna.
perkara yg paling aku ingat dan kecewa sungguh ialah sewaktu utk mengadakan family dinner. masa tu 2 minggu selepas hariraya korban. ada sedikit tulang dan daging korban. aku mengsyorkan masak sesuatu juadah utk di makan bersama2 semasa berkumpul.
lalu dia setuju dgn cadanganku supaya memasak bihoon sup utara.
"nak masak mee mushroom sikit, A nak makan..", nama cucu kesayanganNya mintak nak tok masakkan mee mushroom. "oklah, jika nak masak mee mushroom pun ok jugak..masaklah mee mushromm semua, sb bendanya sikit nanti xcukup pulak org lain nak makan sama, org lain xkan nak tengok saja..", kataku memberi cadangan.. "tak mo2, masak bihoon sup jugak, itu B yg nak makan"..katanya. B tu adakah suamiku. "alah ,, jika B nak makan, nanti saya masakkan jer seperiuk utkya lain kalikan boleh.." kataku,.
"xmo2..masak jugak, masak lebih2 sikit kuahnya..." perintah dia..
aku terpaksa juga mengikut arahannya, sebb aku tahu, dia lebih suka hidangan penuh meja, walaupun tidak masuk akal dua hidangan mee berkuah.
apa lagi, semua org makan mee mushroom, maklumlah 'dia' yg masak, kalau xmakan, apa kecik pulak hati dia. sedangkan apa yg aku masak tu, org tak makan tak apalah, sb aku tak penting nak di jaga perasaan dan hati. 'Dia' lagi pentingkan. lagipun perut mana nak muat dgn hidangan yg hampir serupa.
Esoknya, satu periuk sup aku terpaksa di tuang kelongkang..sayu hatiku, tetapi segala yg berlaku itu membuatkan aku begitu faham dgn sikapnya, bahawa, dia tidak puashati jika tiada masakannya didalam satu2 hidangan itu.
"kan saya dah kata, baiklah masak mee mushroom satu saja, xpayah masak bihoon sup, kan dah xcukup cucu2 nak ratah mushroom tu"..kataku memberi nasihat, agar lain kali, dengarlah nasihat anak menantu sama.
"hah, lain kali xpayah nak masak mee2 ke apa ke, dah stop.." jawapan dia yg begitu mengguris hatiku. dari situ aku semakin faham sikapnya.
Dia seolah2 mahu buktikan kepada aku bahawa masakannya lebih di sukai ramai. sebb itu aku jadi semakin rendah diri dan tidak suka banyak bersuara atau menyuarakan sesuatu cadangan.
apabila dia bertanya"apa nak masak hari ini kita?.."masaklah apa2 yg rasa nak makan, saya tak kesah apa2 pun.." itulah hari2 yg akan aku jawab setelah peristiwa itu berlaku..
berbekas sungguh..
~masa 'dia' naik sembahyang, aku turun kebawah..
memang aku suka sayur lemak terung campur tempe, apalagi masaklemak tu rencahnya isi ikan kembung rebus..pekat dan sedap..
"nak pergi tak?.." jomlah..", kata suamiku mengajak..
"ermm"..kata ku sambil merenung mukanya..
aku perhatikan wajah suamiku yg memandang hiba tepat kewajahku, dia sedar aku selalu makan hati..suamiku pun tahu perangai 'dia'. memang semua org tahu perangai 'dia' tapi apa boeh buat..
"hah, jomlah"..ajak suamiku lagi..
"kata tadi xnak makan kat rumah, nak makan kat luar, abang nak ajaklah ayang pi giant, makan kat sana..., nak pergi ke tidakni?..tanya suamiku lagi..
aku jadi serbasalah.,
"ni ha, mak suruh beli macam2, katanya esok nak masak dalca"..terang suamiku lagi..
memang 'Dia' jika nak bongsunya balik tak habis2 dgn dalcanya, kari ikannya atau musamah daging dan air asamnya, itu saja yg akan menjadi hidangan, membazir masaknya banyak2 pulak tu..
sampai 3, 4 hari dok perngat yg sama naik muak aku rasakan.
org lain xperlah sesekali makan..
"hah, cepatlah, nak pergi ke tidak ni?,..kata suamiku lagi..
aku ni jenis bukan suka sangat keluar hanya setakat nak makan, kalau xiya2 xperginya, banyak sangat kerja kat dalam bilik ni nak aku setelkan.
sambil suamiku menonton TV aku ambil nasi, sayur lemak, ikan masin talang dan sebelah telor asin. itu jer, kumakan juga. sambil suamiku menggeleng kepala bila kami bincangkan hal 'dia', tidak boleh nak tegur dan ubah lagi, cakap boleh tetapi nakkan perubahan tu, memang payah..
setelah aku selesai makan, aku cuci pinggan dan hantar suamiku di pintu rumah, sambil suami menutup pintu, "nak ikut ke tak nak?, teman abang pergi giant ni?..xnak ukt pun xperlah, dok kat rumah, kemas baju yg kita nak bawak tu"..cadang suamiku..sambil mulutnya muncungkan kearah bibirku..kucupan sayanglah katakan..
buat sedikitku tersenyum.
aku biarkan suamiku meluncur keluar dgn teksinya, dan aku duduk di bawah pohon lemuni sambil menghirup angin yg sepoi2 bahasa.
wah!! nyamannya ., sejuk rasa hatiku saat itu.
aku duduk di atas batu tembok tepi pagar sambil memotong kuku.
Indahnya petang ini kurasakan sedikit ketenangan dan kedamaian jiwa.
Lalu aku mengangkat punggungku dgn payah dan melangkah masuk sambil mengunci kedua2 pintu pagar dan rumah, ku dengar 'dia' sudah turun kedapur meneruskan pekerjaannya. itu sajalah yg dia fikir, makan dan makan. masak apa, masak apa. dari pagi sampai pukul 12 malam baru lah berehat. dapur begitu penting buat 'dia' jangan ada sesiapa hendak menaklukinya.
dan aku dgn caraku..Facebook teman bicara....
~aku di minta hanya memasak satu lauk saja iaitu
'sayur lemak', masaklah apa2 sayur pun..
aku pun menggeledah peti sejuk, sayur apakah yg sesuai di masak sayur lemak..
org tua ni memang tersangat2 pelik perangainya, bila sayur berdaun hijau penuh dalam peti dan pebagai ada, kangkung, kailan, di belinya lagi sayur pucuk keledeklah..katanya aku suka, nampak ada, beli..
padahal membazir, pastu bila aku tegur, dia kata, dah stop beli sayur. dah bila xda sayur berdaun, xbeli apa2 sayur pun pulak, pastu suruh aku masak sayur lemak..
"ada terung"..bisik hatiku..
lalu aku pun potong sebatang terung dan sekeping tempe.
ada ikan kembung, aku rebus dan di tumbuk bersama bawang merah dan sedikit lada hitam..
sekejap saja sayur lemak tu dah pun masak.
Dia masak sambal ikan dan kari semalam, ikan talang kering dan telor masin semalam.
Dia hidang dan ambil beberapa biji pinggan..
" makan dululah ya dgn abang,.." kataku, memang xda selera jika aku beradap makan di depannya..baik aku makan sendirian..
"xnak makan lagi ker"..tanya dia. "ya.." jwbku sepatah dan aku menyusun langkah memanjat tangga satu persatu, aku tinggalkan mereka makan hidangan tadi..
Sambil aku melayan FB, tetiba aku terdengar org bercakap di dapur, hurmmm, aku dapat agak siapa yg datang..
Anak bongsu kesayangan dia yg datang..
biarkanlah mereka, makanlah, layanlah sampai keperut..
aku ni xpayahlah nak di pedulikan..
aku ni siapalah jika nak di bandingkan dan aku sedar...
mereka sedikit pun tidak hairan..
tetiba teleponku berbunyi..
"ayang, abang nak gi giant ni, nak ikut tak?.." pelawa suamiku dari bawah. suamiku berada di ruang tamu tadi sambil TV tengok dia ternganga.. suamiku tahu, aku belum makan....
dapatlah aku makan di luar...sambil tersenyum di dalam hati..hanya suami sajalah sedikit tempatku bermanja dan mengadu..
~asal aku usulkan..
selalu pandang negative..
asalkan aku usulkan, belum apa2 dah canang kat anak dia..
cakap yg tidak2...aku xcakap lagi, dia dah teka yg buruk2..
apa daaa, mentang2lah aku ni miskin..
tersangat bodohkah aku?..
sampai xtahu nak buat yg mana bagus???..
ini yg aku menyampah ni.....
~bila aku diam jer, xcakap apa2..
pandai pulak dia cari aku..
suruh masak sayurlah, tanya aku nak masak apalah..
macam2 beli sayur kegemaran akulah..
semua aku xmintak pun..
membazir jer, padahal dalam peti dah ketat dgn sayur..
buat apa semua tu, jika sikap dia yg suka buruksangka kat aku xhabis2, bukannya nak bangga apa yg aku boleh buat..
kondem lagi adalah..
kalau menantu lain..aduhai, lembut gigi dari ldah bercerita itu ini..
meluatlah aku..kalau aku dah meluat..
aku masak2 dan aku xmakan..
biar sakit perut dari sakit hati..

~rasanya lepas tu,aku bolehlah realisasikan banyak impian aku yg tergendala tu..di sebbkan patah kaki..xda transport sendiri..aku sabar saja..nak gi mana2 xboleh..nak buat apa pun xboleh..harap2 lepas ni aku bebas dan boleh berdikari..mencapai cita2ku...

ada org kata, dok rumah bersama mertua camtulah..
kena tahan sakit hati..
kalau tak tahan baik pindah saja..
memang ada rasa hati aku nak pindah..
tapi dah niat aku nak jaga dia..
nak jaga macam org tua sendiri..tetapi aku silap,. mereka dah banyak duit, duit boleh beli segalanya, setakat aku, macam kucing kurap ni?..xda maknalah...
maybe, jika aku benar2 tak tahan, aku pindah jugak...
xperlah, dia memang xperlukan aku agaknya..
segala bakti aku ni pada dia..
xsama dgn nilai duit dia dan pangkat mereka..
~masakan aku sekarang ni dah rasa lain macam jer..
xsesedap dulu, masa aku baru2 pindah sini..
maklumlah semua lauk pauk penuh dalam peti, semua sos pun ada pendek kata nak masak seribu resepi satu hari pun boleh jika lihat serba neka barang mentah yg ada dalam rumah ni..
tapi sekarang, aku mulai tahu dan sedar, dari hari ke sehari perangai dan sikapnya terselak satu persatu, setakat mana aku di layan di rumah ini, tahap mana yg aku boleh buat di dalam rumah ini..
sehingga ke hari ini..
hatiku menjadi tawar..
aku menjadi kecewa..
masakanku menjadi masin..

Thursday 28 June 2012

~Ya allah Ya tuhanku..
jadilah aku org tua yg sabar..
terhadap semua anak menantu,,
jadilah aku org tua yg faham hati anak2 menantu..
ya allah, aku tidak mahu bersikap pilih kasih..
yg miskin dihina atau menganggap bodoh serba serbi..
yg kaya dan berpangkat di sanjung2 dan di puja..
Ya Allah, sekiranya benarlah BUDI itu lebih TINGGI nilainya dari 
sekeping darjat atau segunung intan..
buktikanlah wahai TuhanKu Ya Allah..
biar tertutup mataku dgn rapat apabila aku di jemputmu pergi..
biar mereka sedar

betapa tidak adilnya mereka terhadapku..