Sunday 30 June 2013

Darjat kasih dalam carta top 10.

Masih lagi kedudukan no1. Sekarang view adalah 108300.
http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=73&idc=6675#.UdBmBjtyA8o
Sila klik link ini dan anda dijemput membaca setiap bab yang sempat disiarkan. Terima kasih.
Ini adalah ketika rangkin tercatat satu nombor yang cantik. Kini telah jauh lebih tinggi. Terima kasih kepada pengunjung ilham grup buku karangkraf.

Manuskrip Darjat Kasih sudah dihantar ke meja editor.

Alhamdulillah..
manuskrip Darjat Kasih dah siap.
Semoga tidak ada banyak kesalahan di dalam novel ini dan segera diterbitkan.

Sunday 19 May 2013

Antara Dendam dan kemaafan


~Berpuluh2 tahun dia menderita kerana perbuatan sihir adiknya sendiri kerana dendam.
~Hampir seluruh akeluarganya menjadi tidak siuman gara-gara ilmu sihir yang terlampau banyak ditaruh melalui makanan dan di sekitar rumahnya. Astaghfirullahal azdhim..
~Perbuatan sihir itu bertujuan supaya semua orang membenci keluarganya. Tidak akan terlepas siksaan Allah terhadap orang itu. Kita sama-sama lihat nanti.
~Suatu hari, anak pensihir itu telah jatuh pengsan lalu tidak dibawanya ke hospital, kerana mungkin dia sudah mengetahuinya bahawa doktor tidak akan dapat tahu apa jenis penyakit anaknya. Lalu dihantarnya ke dukun dan ternyata dukun itu mengetahui segala apa yg berlaku itu adalah gara-gara jin yang dia bela sendiri telah memakan anaknya sebagai pemalasan. Masya Allah!
~Mangsa sihir itu saban waktu berdoa seiring dengan kesakitan yg dialaminya supaya Allah menghantar sihir itu kembali kepada tuannya. Dia benar2 berharap di suatu hari nanti segalanya akan terbuka nyata.
~Sihir itu juga supaya dia dan keluarganya hidup merempat dan dalam keadaan yang susah menderita sepanjang kehidupannya.
~Sekarang dia semakin menderita kerana penyakit peliknya itu, sehingga berulang-ulang kali keluar masuk hospital. Terkadang mengengsukkan badannya untuk berwudu' atau membuang air. Terkadang dia boleh berdiri dengan menggunakan  tongkat. Jika dia kesakitan teramat, dia meminta sering menumpang kasih anak menantunya. tetapi sungguh sedih dan terluka hatinya apabila menantunya secara tiba-tiba mendapat sakit-sakit, demam tidak kebah dan menantunya akan menjadi panas baran kepada anaknya. Begitulah kuatnya iblis dan jin yang dihantar pendendam itu. Apabila dia ke rumah anak dan menantu yang lain pun serupa juga, apabila jin dan iblis itu mengganggu menantunya dengan menyerang urat saraf sehingga menggigil. Cucunya akan menangis di tengah-tengah malam dan pelbagai ujian lagi sehinggakan menantu yang kedua itu pun membencinya. Apalah malang nasib dia ini. Lalu dia mengambil keputusan untuk tidak kemana-mana lagi. Biar dia mati seorang diri dan berulat pun dia sudah sanggup untuk menghadapinya.
~Dengan yang demikian, pensihir itu terus berdabik dada dan berbangga kerana semua orang menghormati dia dan dia menampakkan dirinya seorang yang hidup mewah. padahal semua kesenangannya itu kerana bersahabat dengan jin serta penuh dengan dendam kesumat, sehinggakan sanggup untuk membuatkan darah dagingganya sendiri hidup merempat. Semua harta pusaka kalau boleh biarlah jatuh ke tangannya seorang. Begitu zalimnya dia. Allah itu Maha Mengetahu.

Friday 10 May 2013

Cerpen; Kawanku Warak

Sekitar tahun 1994;
Aku masih ingat pada suatu subuh yang sunyi. Bumi masih lagi disimbahi cahaya rembulan. Terang. Sejuk dan damai. Keadaan dikampungku sepi sekali. Aku terjaga dari tidurku.

"Ah! aku dah lambat untuk ke sekolah?" kataku cemas.

Aku terus ke perigi, membasuh muka lalu mengenakan pakaian sekolah. Aku takut terlambat dan ketinggalan bas. Tentu pintu pagar sekolah akan ditutup oleh pengawas sekolah. Nama akan dicatit dan aku akan disoal. Aku tidak gemar jika perkara seperti itu berlaku lagi. Aku seboleh-bolehnya mahu mengelaknya.

Tapi kenapa sunyi sahaja pagi ini? Lain benar dari hari-hari biasa. Tidak kelihatan sebuah pun basikal kanak-kanak sekolah. Atau aku yang terlambat. sunyi dan sepi. Bagaikan semua makhluk di kampungku sedang lena tidur. Sedangkan tanah sudah terang benderang bagaikan pagi sudah mulai meninggi.
Lalu aku melangkah ke rumah jiranku. Anaknya adalah rakan baikku juga rakan sekolahku. Juga sepi. Aku menjadi hairan. Aku memandang ke langit. Bulan masih tersenyum melimpahi cahaya yang indah. Bayang-bayang badanku mengikut setiap langkahku.
Aku menunggu seketika, manalah tahu kalau-kalau kawanku itu sedang bersiap. Lama. Tidak ada tanda-tanda dan bunyi seperti ada orang sedang berjalan-jalan atau bergegas untuk ke sekolah.

Aku memberanikan diri untuk mengintai di bawah daun pintu yang renggang setengah inci dari lantai papan rumah kayu itu. Aku lihat ibunya, dia dan adik beradik lelakinya sedang menunggu bapanya untuk berjemaah.

"Oh! Masih terlalu awal. Belum masuk waktu subuh lagi kiranya. Mereka belum bersembahyang lagi" detik hatiku.

Alangkah bahagianya kehidupan sahabatku itu. Terdidik dengan baik sekali. Sedangkan aku masih terkial-kial. Tanpa jam loceng penggerak tidurku. Tiada radio untuk mendapat info. Hanya ada seorang ibu yang terlalu baik kepadaku. Tetapi dia  seorang yang buta huruf dan tidak mengikut perkembangan semasa. Rumah kami jauh dari masjid. Tidak sampai laungan azan. Ayah! Ayahku telah lama meninggalkan kami. Kalau ayah masih ada, tentu aku juga terdidik seperti kawanku itu. Aku tunduk sedih.

Aku masih mahu mengintai lagi. Tidak puas aku melihat kerukunan mereka. Ajaran agama yang begitu teratur. Aku melihat, ayahnya memegang sebuah kitab lalu membacanya. Kuliah subuh itu akan dimulakan sebelum menunaikan solat subuh. Jadi sahabatku itu akan mandi awal dan bersiap dengan telekung sembahyang beberapa minit sebelum masuknya waktu subuh. Apabila seluruh keluarga itu berkumpul di ruang tamu yang kecil itu, ayahnya akan membaca kuliah subuh dan membaca doa pagi. Setelah itu, barulah aku melihat mereka bersembahyang subuh berjemaah. Usai solat, mereka semua mengaminkan doa. Aku di tepi rumahnya pun mengaminkan doa.

Aku lihat, rakanku itu bergegas beredar dari situ dan egera menuju ke biliknya untuk bersiap ke sekolah. Menitik airmataku jatuh menimpa kasut sekolahku yang lusuh. Aku mengatur langkah menuju ke rumahku semula.

"Kenapa balik semula?"

"Baru subuh mak"

"Eloklah tu, mari makan dulu"

"Saya nak mandi dan sembahyang subuh dulu"

Aku terus ke telaga, mandi ala kadarnya, dan segera mengambil wudu'. Aku segera bersolat dan mengenakan pakaian sekolahku kembali. Aku masih sempat bersarapan.

Setelah itu, barulah aku lihat, bulan telahpun menghilangkan dirinya. Suria pagi mengambil tempat mencurahkan sinar yang indah berwarna jingga. Vitamin D yang kaya untukku menikmatinya ketika itu. Itulah vitamin untukku cergas dan ceria sepanjang masa. Kehangatan seperti itu sudah  tidak terasa lagi di zaman sekarang ini. Lapisan orzon yang kian terhakis dengan pencemaran. Ketika itu, udara segar di pagi hari, meresap ke dalam minda sesegar-segarnya. Tetapi tidak lagi sekarang, cahaya matahari yang terpanah itu akan menyakitkan kepala.

Sebaik sahaja aku melangkah ke bahu jalan. Aku melihat berduyun-duyun kanak-kanak sekolah, berpusu-pusu melalui jalan di hadapan rumahku untuk menuju ke sekolah. Ada yang berjalan kaki. Ada yang berbasikal dan ada yang di hantar oleh bapa masing-masing dengan motosikal.

Aku lihat, rakanku sedang memakai kasut di tangga batu rumahnya.
"Zizie, cepatlah. Nanti kita ketinggalan bas sekolah!" kataku dari jauh.
"Yalah aku dah siap ni" katanya.
Aku lihat ayahnya sedang bersiap untuk pergi kerja. Aku tidak ingat apakah pekerjaan bapanya pada waktu itu. Aku sudah lupa. Yang aku masih ingat dan rindu ialah terhadap kawanku itu.

Dia mengenakan tudung labuh ke sekolah. Kami bersekolah Agama. Wajahnya indah. Bersih. Mudah tersenyum dan anggun. Aku seorang yang agak nakal, suka mengajaknya bermain yang pelik-pelik. Aku sering mengajaknya bermain masak-masak. Berlakon drama dan lain-lain. Ibunya selalu bising dan tidak mengizinkan kawanku itu terlalu rapat denganku.

Pada suatu hari aku telah menganiaya seorang rakanku bernama Ida. Kalau pada Zizie, aku tidak sanggup. Aku sayang Zizie. Aku suka Zizie, dia seperti idola kepadaku. Kalau aku hendak berbuat apa-apa, tentu aku akan banding-bandingkan dengan perlakuan Zizie terlebih dahulu.  Zizie tak buat begitu atau tidak buat begini. Aku menyanjungi Zizie sehingga sekarang.
"Zizie, aku ada hantar surat kepada Ida"
"Surat apa?"
"Surat cinta"
"Dari siapa?"
"Akulah yang tulis. Saja aku nak kenakan dengan Ida tu. Dia tu nampaknya gatal sangat"
"Tak baiklah Milah. Berdosa tau"

Aku diam, tetapi aku sudah menyampaikan surat itu kepada Ida. Sudah terlambat, tentu Ida sudah menatapnya. Tentu Ida sudah gila baying setelah membaca ayat-ayat cinta karangan aku. Kalau bab mengarang, bagilah pada aku. Tentu dapat markah yang tinggi. Aku juga pernah masuk pertandingan pidato. Cikgu yang nampak bakat aku. Tetapi aku kalah. Pada masa itu, aku di serang darah gemuruh. Apa yang aku karang, aku tidak dapat menghafalnya dengan baik. Tunggang-langgang ayat yang aku lafazkan. Ada yang tergelak. Aku malu apabila teringat peristiwa itu.
"Ida ini ada surat daripada Zul. Alah budak tingkatan lima yang glamor kat sekolah kita ni. Dia bagi pada aku suruh sampaikan kepada kau semalam"
Ida nampak gembira sangat. Aku tersenyum dan ketawa sendiri sambil menutup mulutku. Jahatkan aku?
Esoknya Ida ditimpa perasan. Aku melihat gelagat Ida. Ida menghampiriku dan memberikan kepadaku sepucuk surat.
"Milah kau tolong sampaikan surat aku ini kepada Zul"kata Ida sambil tersenyum simpul.
"Baiklah, nanti aku sampaikan"
Ida gembira, sambil melilau-lilau mencari kelibat Zul ketika perbarisan pagi. Aku hanya tersenyum melihat gelagat Ida yang sudah terkena mainan yang aku reka sendiri. Kasihan kepada Ida yang menjadi mangsa kenakalan aku ketika itu. Mungkin di waktu itu, apa yang aku buat, tidak ada siapa yang menegahnya. Aku tidak ada cabaran, tidak ada keluarga besar seperti orang lain. Terdidik dengan adab dan sopan santun dengan sempurna.  Aku akan seronok apabila perkara yang aku lakukan itu mendapat kepuasan. Tidak kiralah perkara itu baik atau buruk.
Zizie dan Ida lebih muda setahun dariku. Sebab itu aku dengan mudahnya membuli mereka. Zizie hanya melihat perangai pelik aku dan tidak berani untuk menegurnya. Cuma Zizie masih mahu berkawan denganku. Pergi sekolah dan balik sekolah bersama-sama.
Aku tidak sabar untuk membaca surat daripada Ida. Setelah masuk kelas, aku menyimpannya di dalam beg sekolah. Aku tidak boleh mendedahkan surat cinta itu. Nahas! Kalau rahsia itu terbongkar. Aku jadi gelisah.  Nak tahu apakah tulisan balas daripada Ida. Aku memasukkan pula surat itu ke dalam kocek baju kurung sekolahku.

"Cikgu, saya hendak ke tandas sekejap"
"Pergi cepat sikit" kata cikgu.
Aku tidak minat untuk belajar mata pelajaran sejarah. Selalu aku ponteng kelas waktu pelajaran sejarah. Aku berjalan pantas ke tandas. Aku lihat, ada dua tiga orang murid-murid perempuan tingkatan satu sedang membetulkan pakaian masing-masing di hadapan cermin di dalam tandas perempuan itu. Aku segera masuk ke dalam tandas. Aku membuka surat itu dengan hati yang berdebar-debar. Seolah-olah aku pula yang sedang di lamun cinta.

"Waalaikumussalam...
Terima kasih saudara Zul kerana sudi untuk berkawan dengan saya. Memang sejak dulu lagi, saya berminat sangat untuk menjadi teman Zul. Tetapi hanya dalam diam. Tidak sangka saya mendapat surat dari Zul terlebih dahulu. Selama ini saya tidak berani, maklumlah Zul diminati ramai. Diharap selepas ini kita akan menjadi kawan rapat.
Sekian sahaja
Dari saya;
Ida."

"Siapa dalam tandas tu lama sangat? Buat apa ha?" terdengar suara kasar seorang murid perempuan di hadapan pintu tandasku.
Aku segera menarik pacu takungan air supaya dia menyangka aku telah selesai membuang air besar. Lalu surat itu aku melipatnya dan memasukkan ke dalam kocek baju kurungku semula. Aku membuka pintu tandas itu dan aku lihat seorang murid tingkatan lima itu sedang mencuka. Marah.
"Apalah dia tu, tandas lain ada, nak jugak masuk tandas yang satu tu" aku mengomel sendiri. Memang tandas itu satu-satunya menjadi kesukaan murid-murid. Kerana tandas itu bersih, baru dan airnya deras.
Aku segera masuk kembali ke kelas. Aku tidak dapat menumpukan perhatianku terhadap pelajaranku. Fikiranku telah tertumpu pada surat yang telah kubaca sebentar tadi. Haruskah aku membalasnya semula? Bagaimana? Bodohnya Ida. Dia tidak terfikirkah, bila masanya pulak aku baik dengan Zul budak paling top kat sekolah ini? Siapalah aku? Tak ada siapapun yang sanggup memandang aku walaupun sebelah mata. Aku ni, hitam dan buruk rupa. Nakal pulak tu. Hi hi hi  Aku berkata dan ketawa sendirian.
"Zizie, aku dah terima surat daripada Ida" beritahuku bangga.
"Eh, Milah, baik kau cakap terus terang dengan Ida, kalau tidak susah kau nanti. Berdosa besar kau. Kalau kau tak bertaubat kepada Allah dan meminta maaf dengan Ida. Kau tak boleh masuk Syurga tau?"
Aku jadi seram sejuk. Ketakutan menyelubungi jiwaku. Memang benar nasihat Zizie tu. Tapi bagaimana cara aku hendak menerangkan hal sebenarnya kepada Ida tu? Bagaiamana? Bilakah masa yang sesuai? Hatiku berdetik.
"Kau carilah masa yang baik Milah. Bagitahu dia. Kasihan dia"
Zizie seorang yang amanah. Dia selamba sahaja apabila berjumpa dengan Ida. Rahsia itu dikuncinya rapat-rapat. Dia mahu aku sendiri yang mengaku, bukan mendengar dari mulut orang lain. Nanti akan bertambah parah, katanya kepadaku. Bijak budak Zizie tu. Dia memang baik, sebab itu aku hormat padanya. Biarpun dia lebih muda dariku.
Dia terdidik dengan sempurna. Dengan jelingan bapanya sahaja, dia akan akur dan memahami. Tunduk dan bersembunyi. Itulah kekuatan yang ada pada bapanya. Mendidik akhlak dan agama yang cukup sempurna kepada anak-anaknya. Berbeza sekali dengan kehidupanku, walaupun aku adalah jiran yang paling dekat. Sepelaung. Tetapi cara kami sungguh berbeza. Aku adalah anak bongsu yang tidak sempat diperduli oleh kesibukan ibuku bekerja membanting tulang mencari rezeki untuk menyara persekolahan dan makan minum kami berdua. Sedangkan abang dan kakak-kakakku yang lain sudah berumah tangga dan mempunyai tanggungjawab mereka sendiri.
"Ida, petang karang kau datang ke rumah aku. Aku ada hal nak bagitahu kau" kataku kepada Ida pada suatu hari sewaktu kami sama-sama balik dari sekolah. Ida nampak ceria dan gembira. Dia tentu ingat, bahawa apa yang aku ingin ceritakan kepadanya itu adalah mengenai Zul yang telah menjadi pujaan hatinya siang dan malam itu.
"Pukul empat petang nanti aku datang" kata Ida dengan wajah yang berseri-seri. Walaupun matahari terik membakar wajahnya, dia tetap dapat mengukirkan senyuman yang paling manis yang pernah aku lihat. Senyuman orang yang sedang di lamun asmara. Begitulah layaknya. Semuanya indah belaka.
Apa yang menjadi ingatanku terhadap Ida ialah sepasang bibirnya yang seksi. Mulutnya sentiasa terbuka, semasa berhadapan dengan semua orang. Senyumannya yang sangat cantik. Apabila bercakap, mulutnya bagaikan tersenyum. Gigi hadapannya tersusun rapi. Putih. Ida memang seorang gadis yang cantik dan manis. Aku sendiri pun tertawan dengan kecantikan bibirnya itu.
Kring! Kring! Bunyi basikal Ida sudah terdengar di halaman rumahku. Hatiku berdebar-debar. Takut untuk aku menghadapi saat untuk aku menyatakan kebenaran itu. Walaupun pahit, aku terpaksa akur dengan nasihat kawan baikku Zizie. Aku memijak menuruni anak tangga kayu di jemuran hadapan rumahku itu. Satu persatu. Perlahan-lahan kerana anak tangga itu ada yang sudah bergoyang. Pakunya sudah ada yang patah dimakan karat. Aku tunduk memandang bumi. Aku gentar untuk melihat wajah polos Ida. Aku jahat! Tega sekali aku menganiaya Ida yang lurus itu. Aku benar-benar berasa bersalah ketika itu. Semakin aku mendekati Ida, dadaku berombak kencang. Wajahku pucat bagaikan kehilangan semua darah yang ada di dalam tubuhku.

~Bersambung. 

Monday 22 April 2013

Siapa tuanmu 5


Doktor telah mengesahkan lelaki itu tidak mengidap darah tinggi mahupun kencing manis. Lelaki itu hidup dalam keadaan yang miskin. Kais pagi makan pagi. Bekerja keras dan mengeluarkan banyak peluh tentu badannya sihat dan kuat. Jangan kata untuk mendapat sakit berat, demam dan sakit kepala pun jarang-jarang sekali dalam setahun. Itu adalah pengakuan benar daripada isteri lelaki itu.

Lelaki itu membuka matanya. Dia melihat di sekelilingnya.
"Aduh!! Bisanya kaki aku. Tolong! Tolong! Sakitnya. Apa yang gigit nih!! Aduh!!" jerit lelaki itu sekuat hatinya. Dia meronta-ronta, mahu membuka balutan di kakinya itu. Semua yang berada di dalam wad itu terperanjat. Pesakit yang sedang tidur pun terbangun.
Jururawat berkejaran, menarik skrin dan memeriksa lelaki itu. Doktor telah dipanggil.

"Astaghfirullahal 'Azdim...." isteri lelaki itu yang terlihat kaki kanan suaminya hampir termuntah. Cepat-cepat dia berlari ke bilik air.

Terdengar isi perut ibu muda yang sedang mengandungkan anak ke dua itu, keluar bercurahan. Penat dan menggigil badan ibu muda itu. Dia longlai di dalam tandas. Anak lelakinya cepat menghidu kesukaran ibunya di dalam tandas itu lalu memimpin ibunya keluar. Kerusi roda disorongkan ke punggung ibunya. Kekuatan anak kecil itu amat membanggakan. Sedang orang lain sedang berkerumun memandang peristiwa yang sangat mengerikan itu.

Isi pada sekitar tempat luka itu hitam dan membusuk, tidak ubah seperti yang berlaku ke atas pegawai bank di Paka. Virus apakah itu? Semua bertanya-tanya sesama sendiri.
Doktor telah membuat keputusan untuk memotong kaki kanan lelaki itu. Walaupun kuman itu merebak tidak begitu pantas, tetapi bimbang jika tidak dipotong, daging yang lain akan terus membusuk. Bau yang menyesakkan itu menyerang ruang wad tersebut. Semua pesakit dan penjaga menutup hidung masing-masing.

Setelah isteri lelaki itu pulih kembali, dia dipanggil jururawat untuk menandatangani surat keizinan supaya membenarkan doktor membuat pembedahan ke atas kaki kanan suaminya yang mulai mereput dan merebak. Tidak boleh dibiarkannya lagi. Pasti akan bertambah parah. Sama. Doktor pakar pun tidak tahu virus atau kuman berbahaya jenis apa. Doktor yang merawat lelaki itu dan berpengalaman selama hampir 20 tahun, sungguh hairan dan pelik kerana kuman yang paling bahaya seperti itu, baru pertama kali dia melihatnya. Doktor itu juga tidak dapat mencari punca atau vaksin apa yang sesuai untuk membunuh atau sekurang-kurangnya dapat melemahkan kuman ajaib tersebut.

"Jangan dipotong kakinya. Biar saya cuba. Semoga dengan izin Allah dia akan selamat. Insyaallah" kata seorang lelaki setengah abad. Entah dari mana lelaki itu tiba-tiba muncul dan mencelah.

Ibu muda itu tidak jadi untuk menandatangani surat keizinan tersebut. Mulut lelaki separuh abad yang bersarban itu, berkumat-kamit membaca ayat-ayat suci Al-Quran.
Dia sesekali menghembus dan menyapu kaki kanan pesakit tersebut. Pesakit itu berhenti mengerang. Lelaki separuh abad itu memberi minum air putih yang telah siap dijampi.

"Bacalah Bismillah dan Berselawatlah. Insyaallah kuman itu akan kepanasan dan hilang" kata lelaki separuh abad itu dengan penuh yakin.

"Terima kasih Ustaz" ucap isteri pesakit itu.

"Saya bukan Ustaz. Saya orang biasa sahaja" kata lelaki separuh abad itu lalu memohon diri untuk berlalu.

Isteri pesakit itu tidak sempat untuk bertanya alamat lelaki tersebut. Manalah tahu jika ingin berubat lagi dia boleh menuju ke rumah lelaki itu. Namun dengan sekelip mata lelaki separuh abad yang berjubah hijau dan berserban putih itu sudah hilang dari pandangan.

Suami ibu muda itu telah lena tidur. Keadaan di dalam wad itu telah sunyi dari pekikan dan lolongan pesakit. yang tadinya agak kecuh, seperti bersahut-sahutan diantara pesakit dengan pesakit di situ. Masing-masing yang mengaduh kesakitan itu tiba-tiba senyap sejurus lelaki separuh abad itu berlalu pergi.

siapa tuanmu 4

Di suatu petang yang aman dan tenteram. Langit cerah. Udara yang sepoi-sepoi bahasa. Serang pekerja mesen rumput sedang leka menjalankan tugasnya. Waktu asar sudah hampir melabuhkan tirainya. Lelaki itu masih leka untuk menyiapkan tuganya yang hanya tinggal sedikit sahaja lagi. Cuaca sudah meluai dingin itu membuatkan lelaki itu tidak mahu berhenti. Tinggal hanya sedikit kawasan lagi. Tentu dia dapat mengagaknya, sebelum menjelang magrib pasti kawasan itu akan selesai semua rumput-rumput itu dimesennya. esok boleh beralih ke kawasan lain pula. cepat dia menghabiskan kerja-kerjanya, cepat dia akan mendapat upah yang berbaloi.

Adakah dia tidak tahu? Virus laknatullah sentiasa berkeliaran di dalam udara, di dalam tanah, di atas pokok, di celah-celah rumput, di tunggul-tunggul kayu, di batu-batu besar dan kecil. malah di mana-mana sahaja. Leka! Pasti terkena Virus Laknatullah!!

"Aduh!!" Lelaki itu terpandang satu tusukan ranting kayu kecil terpacak di kakinya.

MasyaAllah! Dia tidak memakai pelindung kaki yang sempurna? Kasut kain yang dipakainya di tembusi ranting kayu yang tajam mengenai tepat di atas kaki kanannya.
Darah merah mengalir pekat mebasahi kasut putih itu. Dia memberhenti tugasnya serta-merta. Tadi dia bertekad untuk menghabiskan kerja itu, namun terbengkalai sudah. Dia kecewa.

"Allah, sikit saja. Ranting kayu ini pun bukannya besar mana. Hanya tinggal 20 x 20 kaki persegi lagi. Aku boleh bertahan. Aku boleh" kata hati lelaki itu. Dia mencabut ranting kayu itu sambil menahan kesakitan. Yakin boleh!

"Aduh!! Bisa pulak!" kata lelaki itu jelas.

Seminit kemudian, lelaki itu telah rebah dan pengsan. Injin mesen rumput tadi sempat dimatikan oleh lelaki itu terlebih dahulu, kalau tidak kemungkinan besar kepalanya akan hilang diputar alat mesen rumput yang tajam itu. Bahaya!

Kebetulan pemandu kenderaan melihat kejadian itu, lalu membawanya ke hospital berdekatan. Lelaki itu di masukkan ke hospital berdekatan. Sedangkan Isteri dan anak-anaknya kerisauan.

"Ibu, mana ayah? Sudah malam belum pulang lagi?"

"Sabarlah. Ibu pun tidak tahu hendak mencarinya di mana? Ibu berdoa saja semoga dia selamat. Aamiin" ucap isteri lelaki itu cemas.

Sebentar kemudian, pemandu kereta yang telah membawa suami kepada ibu tadi datang membawa perkhabaran yang duka.

'Assalamualaikum. Suami puan sudah berada di hospital sekarang. pergilah melawat dia. Dia pengsan sewaktu bekerja tadi di tepi lebuhraya tadi"

"Terima kasih encik"

"Marilah saya hantarkan puan sekarang bersiaplah, saya tunggu"

"Terima kasih sekali lagi encik. Baiklah saya bersiap sekarang"

Pemandu kereta itu sabar menunggu ibu muda itu bersiap. Dia harus menolong ibu itu, kerana tentu di waktu ini teksi atau bas sukar diperolehi untuk menuju ke Hospital itu. Sesampainya di hospital, ibu muda itu mengucapkan jutaan terima aksih kepada pemandu kereta itu. Walaupun dia tidak mengenalinya, dia pasrah dan yakin untuk menumpangnya ke hospital. Di dalam hatinya bedoa semoga itu bukan satu pembohongan. Ternyata benar. Suaminya ditempatkan di wad lelaki. Terlantar kaku dengan kaki kanannya berbalut.

"Misi, boleh saya tahu, apa yang terjadi kepada suami saya?"

"Dia cedera ringan di kaki kanannya kerana tercucuk ranting kayu yang patah semasa dia sedang bekerja senja tadi"

"Ya Allah" ibu itu menutup mukanya dengan kedua tapak tangannya lalu menangis sedih. Anak lelakinya yang baru berumur enam tahun itu pun turut menangis.

"Sabarlah puan, Insyaallah suami puan tidak apa-apa. Cedera sedikit sahaja"

Siapa tuanmu3

Suaminya seorang yang aktif, lasak dan muda belia. Anak-anaknya masih kecil. Dia bekerja sebagai pegawai di sebuah bank di Paka, Dungun. Isterinya adalah seorang guru. Hidup mereka sekeluarga aman dan damai. Bahagia dan ceria. 

Seperti selalu, suaminya akan ke padang untuk bermain bola dengan rakan-rakan sekampung. Ketagihan bermain bola itu menjadi rutin setiap petang sehingga menjelang magrib. Sedang berseronok menggelecek bola dan menendang, tiba-tiba pegawai bank itu terjatuh ke atas rumput. Lututnya melecet sedikit. Dia meneruskan permainan itu. Tanpa memperduli luka kecil. Pemuda yang gagah serta sasa tubuh badannya itu tidak sedikit pun terasa sakit. Permainan diteruskan lagi. Tidak puashati jika tidak menyumbat gol penutup bagi pihaknya. Azan pun berkumandang bersama sorak kemenangan bagi pihak pegawai bank itu. Dengan perasaan gembira dan kepuasan, dia melangkah deras menuju ke rumahnya yang terletak kira-kira 50 meter sahaja dari padang tersebut.

"Petang esok jangan lupa! Aku nak sumbat gol pulak" jerit rakan sepermainannya sambil melambakan tangan.

Setelah membersihkan badan, pegawai bank itu terasa sesuatu yang aneh menyerang betis dan pahanya. Bengkak, sakit, panas, pedih dan berdenyut-denyut.
"Aduh! Bisanya! Seha, tolong abang!"
"Abang kena apa?"
"Abang terjatuh semasa bermain tadi, tetapi luka sikit saja, takkanlah sakit sekuat ini? Aduh! Tolong abang Seha, cepat tolong abang. Aduh!"

Suami Seha mengerang seperti luka terlalu parah, padahal dia selalu luka dan melecet seperti itu, tidak pernah dia mengaduh. Sera bersegera memanggil kakak dan abang iparnya yang hanya tinggal berjiran.

"Kak, tolong abang Mie kak, dia terjatuh semasa bermain bola, tidak teruk, tetapi dia mengerang dan meraung-raung seperti dirasuk. Tolong bawa dia ke hospital"

Setelah tiba di hospital Dungun, betis dan kaki suami Seha membengkak teruk. Doktor telah memberi suntikan menurunkan bengkak. Tetapi lain pula yang berlaku.
Setelah x-ray dijalankan, daging di betis dan paha sebelah kanannya kehitaman dan mereput dengan cepat. Tidak sampai lima jam, peristiwa itu berlaku.

"Suami puan terpaksa dihantar ke Hospital Kuala Terengganu kerana memerlukan pemeriksaan yang lebih mendalam. Kami tidak dapat mengesahkan kuman apa yang telah merebak di dalam daging suami puan. Diharap puan dapat bersabar"

Siapa tuanmu 1

Keindahan pemandangan di sekitar penempatan kita sekarang ini hampir pupus. Pencemaran udara semakin menebal dan menyesakkan dada. Semuanya kerana kerakusan tangan manusia itu sendiri. Musnah habitat haiwan dan makhluk-makhluk halus. Ular pernah masuk di dalam rumah penduduk kampung. Monyet dan kera lebih senang mencuri makanan di dapur. Tidak ada lagi tumbuhan-tumbuhan hutan dan buah-buah kayu yang manis untuk santapan sang ungka. Unggas tidak dapat mencari dahan untuk betenggek berhenti lelah.

Ketika dunia semakin canggih dan semakin maju, semakin ramai pula yang telah berjaya disesatkan oleh syaitan yang durjana dengan lebih mudah. Kealpaan kepada dunia menjadi-jadi. Makin ramai yang telah bersahabat dengan jin-jin. Jika 100 tahun dahulu, ramai yang membela khadam untuk menjaga rumah atau menjaga anak-anak dara. Malah masih ada sampai sekarang, berkhidmat pada keturunannya yang dipanggil saka. Amalan-amalan untuk tampak cantik menawan, kuat dan gagah serta disayangi orang. Lama-kelamaan akan memakan diri sendiri.

Pemujaan dan ancak dipersembahkan di pohon-pohon kayu besar. Di busut-busut jantan dan di rumah-rumah pusaka atau di rumah-rumah tinggal. Memuja dan menyeru roh-roh orang mati untuk memuja nombor ekor dan sebagainya. Karut, sesat lagi syirik kepada Allah SWT. Perkara ini akan menjadikan syaitan-syaitan itu berkeliaran mencari mangsa. Kealpaan kita untuk membaca ayat-ayat Al Quran sebagai pendinding diri ketika keluar rumah akan mudah terkena ilmu hitam ini. Na 'Auzubillahi Minzalik.

Namun berapa ramai yang telah menerima gangguan makhluk halus ini? Sebab ada yang ingin bersahabat dengannya. Ingin berkawan dengannya. Tidak susah untuk seseorang itu berdamping dengannya.

Seperti: Leka dan lalai bermain, melebihkan hal-hal dunia sehingga meninggalkan sembahyang. Atau tidak menjawab Azan.

Atau; Melengah-lengahkan sembahyang lima waktu. Boros dalam berbelanja. Membazir atau membuang makanan. Lama menggunakan bilik air. Semua perkara itu akan melemahkan iman seseorang. Apabila iman seseorang itu menjadi lemah, mudah bagi syaitan dan iblis masuk ke segenap urat saraf seseorang itu.

Dulu, aku tidak percaya. tetapi setelah aku mengalaminya sendiri, barulah aku sedar. Sedar akan keujudan makhluk lain yang menumpang makan, tidur dan beranak pinak bersama-sama dengan kita.

Siapa Tuanmu?

siapa tuanmu 1;

kuman apa yang sedang merebak dan telah memamah daging mangsa sehingga membusuk begitu pantas? Doktor pun tidak pernah kenal kuman jenis ini. Tidak nampak jelas dengan mikroskop.
Tidak pernah ada nama kuman jenis ini. Doktor pakar pun bingung dan tidak dapat memberi penjelasan yang tepat. Ujikaji terhadap tisu badan pesakit diperiksa setiap empat jam sekali dan pembasmi kuman jenis paling kuat diberikan kepada pesakit, namun daging paha pesakit kian banyak yang mereput.

"Usahakan sahaja dengan perubatan Islam. Ini bukan sakit biasa"

"Mustahil jika dagingnya membusuk teruk hanya setiap empat jam merebak lagi dan lagi dapat diselamatkan?"

"Kita kena yakin, berdoa dan bermohon kepada Allah. Dia yang Maha Berkuasa di atas sesuatu. Jika dikehendakinya sembuh, pasti akan sembuh"

Saudara mara kepada lelaki yang sedang menderita hebat itu berbincang dan berikhtiar. Ustaz yang pandai pun dipanggil. Air bacaan ayat-ayat Al Quran pun direnjis ke seluruh betis dan paha yang kian kecil kerana ditarah dagingnya oleh Doktor Pakar. Pesakit itu, tidak berhenti-henti meraung kesakitan yang tidak terkata hebatnya.

Tercium bau seperti kulit hangus yang sedang terbakar. Bau seperti mayat yang dibakar di rumah-rumah pembakaran.

"Insyaallah, dengan IzinNya, kuman-kuman syaitan itu akan segera lari kerana kepanasan"kata Ustaz itu.

Esoknya, setelah ujian makmal dibuat, Doktor Pakar itu terkejut. Kuman yang pelik itu, sudah tidak kelihatan lagi.

Saturday 16 March 2013

Kasihan mak mertuaku.

Aduh sakitnya kakiku..
penat perdiri lama.
tumit kakiku terasa sakit sangat.
pagi tadi mak mertuaku meminta untuk diurut.
aku urut kaki, betis, pinggang, punggung, dada dan perut.
pukul 12tgh, barulah suamiku balik dari pasar. hari ni makan
lambat. kebetulan pula adik beradik mak dari Butterwoth sampai.
kasihan mak mertuaku, terpaksa melayan mereka.
jika ziarah orang sakit, tak usahlah lama-lama.
kita yang segar ni pun naik rimas.
menu hari ini ialah cencaru sumbat bakar.
Jantung pisang celur +budu.
Asam pedas ikan kembung.
Paceri nenas dan ikan masin.

Friday 15 March 2013

selasa 12/3/13 mak masuk hospital dan kisahnya.

baru balik dari hospital, ngantuk sngt.
mak mertua bonda sakit jantung, paru2 berair dan kencing manis, semoga kawan2 semua dpt mendoakan, semoga Hj Rahmah cepat sembuh. aamiin.
 

Khamis, 14/3/13
mak mertua akak dah boleh keluar dan dah bawa balik ke rumah.
Hari ini sehari suntuk BZ. tak tahulah bila nak boleh siapkan DK.
Semoga Allah memberi ilham dan keupayaan serta masa utk akak menulis. Sb janji untuk siap Mss pada bulan April. Mak mertua akak kena jaga 24 jam walaupun kami upah misi utk jaga 24jam.
Semoga doa daripada rakan-rakan sekalian dapat memudahkan lagi urusan akak serta mendoakan semoga mak mertua akak cepat sembuh. Aamin


khamis 14/3/13 tghari sampai rumah.
keadaan mak mertua akak begitu flat. tidak bermaya langsung. Matanya asyik nak terpejam dan dia syik nak baring saja. xada daya langsung. Dia benar-benar terasa yang dia sudah tidak kuat lagi seperti selalu. Dia telah pun menyerahkan tugas didapur kepada akak, alhamdulillah. dan tadi, akak telah menukarkan lampin pakai buang buat pertama kalinya untuk mak mertua. "Terima kasih" kata mak mertuaku. Aku etrsenyum bahagia.
Sejak di wad sehingga ke rumah, dia hanya tidur. matanya bagaikan digam tidak dapat celik. Akak gerak dia 4 jam sekali memberi minum dan makan. Akak masak nasi dan kari kepala ikan kegemarannya. sayur masak air dan telur masin.
pada petangnya akak memberi dia bubur nasi. petangnya pula anaknya memberi dia makan mee rebus. dan tadi pukul 9.30 malam akak memberinya nasi serta kari tersebut secara berhidang dan mak mertua bonda makan dengan tangan. Alhamdulillah ada menampakkan perubahan. Selepas beberapa minit makan, akak menukar lampinnya dan sekarang dia sedang tidur...
Alhamdulillah...
Akak bersyukur kerana permintaan akak dimakbulkan Allah. Telah tiba juga masanya untuk akak ebrbakti kepada mak mertua akak...
dan semoga dia cepat sembuh. Kami tidak benarkan dia berada di tingkat satu. Biar dia duduk di bawah sampai bila-bila pun dan akan menikmati masakan dari akak setiap hari. Alhamdulillah. :)


~pukul 1.00 pagi mak mertuaku minta ke tandas. Dia nak gosok gg.
Dia juga buang air kecil, alhamdulillah walaupun kita terpaksa memapahnya tetapi ada perkembangan positif. tak bagi pakai pampers lagi. alhamdulillah...gembira sangat sb masuk bilik air bersamanya. :)

~Alhamdulillah mak mertuaku terjaga dengan baik, dia rasa selesa. tidur dengan selesa. sungguh gembira dan bahagia sekali kurasakan. Mudah2an selepas ini mak mertuaku akan lebih sedar bahawa dia tidak patut lagi membuat kerja2 di dapur. Risau dengan perihal orang lain dan teruja nak masak apabila dengar saja anak menantu nak datang. Waktu ini waktu mak berehat dan tidak perlu lagi menyiksa diri sendiri untuk kesempurnaan itu.

~Hari ini mak mertuaku makan seawal jam 12.00 tghari. Aku masak sup tulang rawan, sayur sawi goreng sos tiram dan daging masak merah. sedap tengok diua makan berselera. sudah boleh mandi sendiri, puas buang air kecil.
yang kelakarnya pukul 6.00 pagi tadi, suamiku turun bawah untuk mandi di dalam bilik air bawah. dia memang suka bilik air tu air deras.
Tiba2 dia lihat emak tidak ada di katilnya. cucu sulung mak dan dua orang anak mak ada masih tidur di ruang tamu.
"Aih, mak mana? Ha, kacau?"
Klentung klentang! bunyi sudu berlaga di dapur. Lihat-lihat, mak mertuaku sedang membancuh teh tarik dan makan sekeping roti.
Kecuh semua orang pagi tadi, sebb dia pergi ke bilik air seorang diri. Itulah sikap mak mertuaku. dia lebih suka berdikari. Dan selalu memaksa diri dalam pelbagai situasi sekalipun.
Anaknya yang kedua, seluruh family pergi holiday di US, tentu akan risau, bila mendengar maknya yang suka memaksa diri.
Sekarang ni, dia akan makan dengan kerap. Katanya tak boleh tidur jika perut lapar. Segala biskut, minuman disediakan berhampiran dengannya.

~Oh mak mertuaku..
aku kepenatan. tidak dapat update Fb, tidak dapat menulis waima pantun atau puisi apatah lagi cerpen dan Novel DK..Ya Allah, kau berilah aku kelapangan waktu, setelah aku sudah memuaskan hati ibu mertuaku. memang aku sudah menjadi sepertinya sekarang, dari pagi sehingga malam aku akan berada di dapur saja..huwa!!!!
Turun naik tangga bila mak minta itu dan ini. akan ke dapur selalu, bukan sahaja bagi makan untuk mak yg mahukan setiap 2jam atau kurang, malah untuk suami, anak tiri, anak2 saudara dan ipar duai. Mak akan Minta air, teh, nescafe, roti, nasi atau biskut dan buah.
berpeluh2 aku dibuatnya...
aku tidaklah mengeluh cuma ingin menulis melepaskan gian. untuk beberapa hari ini aku tidak dapat utk berFB...
tentu aku akan rindukan kalian.
Tetapi Insyaallah minggu depan, dengar2nya adikku ingin mengambil pembantu rumah, setelah dia balik dari US.. Alhamdulillah diharap pada masa itu nanti aku ada sedikit masa untuk menyiapkan Mss DK dan menyambung belajar memandu kapal terbang yang sejak dari tahun lepas masih terbengkalai.
Semoga Allah mempermudahkan segala pekerjaanku. Aamin

~Petang ini, aku menyediakan bihoon sup utara, mak suruh buat banyak sb ipar dan anak2 buahku akan datang malam ini....penat? Padan muka aku, hahahaa

~jumaat, Sayang jugak anak tiriku kpd aku rupanya yer?
Habis baju2 ku disidai ..terima kasih. walaupun dia bukanlah seorang peramah. tetapi bila toknya sakit, dia berubah betul, memang layak menjadi seorang suami yg mithali, tapi bilalah dia nak kawen lagi huhuhu.

~kalaulah ada org yg sudi urut kakiku ini...
alangkah selesanya untuk tidur.
letih sungguh seharian....
sakit betis sampai ke paha...

~sabtu 16/3/13
Hari ke 3.
Mak mertuaku semakin pulih.
tetapi semakin banyak pula permintaannya.
Aku tukang masak dan sentiasa kena duduk di dapur.
sekarang nak kemas mesin jahit, 
mak nak pakai kain batik yg baru2.
yg baru dijahit.
Dia nak makan kuih lopez, hari ni nak makan paceri nenas nak suruh anak bongsu kesayangannya belikan.
Hari ini aku janji nak msak asam pedas.
Aku periksa kelapa parut dalam peti ada banyak,
aku nak bahagi2kan untuk buat inti.
serunding utk pulut atau cucur badak, inti manis dan inti utk
lepat liat.
Dah aku pesan kelapa parut yg baru, manalah tahu utk makan dgn pulut ikan masin esok pagi.
yang penting buat je.
tak payah cakap kat dia.
masak, dan hidang.
Malam tadi pukul 12.00 malam aku dah siap2 masak nasi goreng, tinggal lagi pagi2 bolehlah iparku panaskan jika mak nak makan seawal subuh. masa tu aku memang letih gile.
Tapi pagi, mak makan roti dan telur separuh masak.
Begitulah selalunya, kalau dia sihat sekali pun.
egonya masih ada, bukan pandai nak jaga hati menantu.
kadang-kadang itulah yg membuatkan aku frust apabila aku hendak memasak atau sediakan sarapan. Kita ingat kat dia. Dia tak peduli pun...
sabo ajelah.

~Malam tadi iparku datang, aku bagi kepada dia kesemua sup tulang yang berbaki. dia anak ramai, setidak2nya mereka akan makan sedikit lagi sebelum buang. Itulah mak mertuaku, suruh masak banyak2 kemudian tak habis dan membazir. tetapi aku tidak suka makanan di simpan dalam peti kemudian tak makan dan bagi kpd tong sampah, baik aku licinkan dahulu.
"kalau datang sini, selalu dapat banyak collection, dulu dapat dgn mak sekarang akak penggantinya pula" kata birasku sambil tersenyum.

Friday 22 February 2013

petikan diari seorg menantu plot.

Petikan dari cerita Diari seorang menantu;

Kenapa Maya Ayuni terasa sakit hati apabila hobi buruk emak mertuanya berlaku di hadapan matanya setiap hari.
Kalau lauk pauk tu, tak usahlah nak cakap lagi. Setiap hari ada saja yang akan dibuangnya ke dalam tong sampah. Walaupun makanan itu masih baik.

Dalam bilik air contohnya pun banyak berlaku pembaziran dengan jelas. Selipar Jepun dalam bilik air yang diberusnya setiap hari pun ditukarnya baru walaupun selipar yang lama itu masih belum jejas lagi. Selipar untuk dipakai di dalam bilik air, bukan siapa pun yang memakainya, hanya dia saja seorang.
Kini selipar yang masih baru itu, entah kemana dicampaknya. Maya Ayuni tercari-cari selipar itu. Tidak nampak lagi.
Selipar itu diganti dengan yang baru dan berjenama. Untuk pakai dalam bilik air pun kena beli selipar yang selesa dipakai dan berjenama. Tentulah mahal harganya. Lagi mahal lagi dia suka.

Sabun.
Sabun mandi pula, dua tiga jenis ada di dalam bekas sabun. Ada sabun wangi Lux, Dettol, sabun serbuk dan banyak lagi termasuk barang-barang penjagaan diri yang lain. Yang hairannya, masuk hari ke tiga sahaja, sabun-sabun itu menjadi kecil dengan cepat, seolah-olah ada kanak-kanak sepuluh orang yang menggunakan sabun mandi tersebut. Apabila sabun-sabun itu menjadi sebesar dua ibu jari, dia akan terus menukarnya dengan sabun mandi yang baru pula. Sabun yang sudah kecil padanya itu, akan dibawanya ke dapur untuk mencuci tangan setelah mencuci pinggan.

Ubat gigi.
Ubat gigi ini pun satu hal yang membuatkan Maya Ayuni terasa sesuatu. Memang duit emak mertuanya, tetapi disebabkan terlalu sikapnya yang membazir begitu, jika di hitung, begitu banyaklah duit yang dibuangnya tanpa sedar setiap hari. Pada mak mertuanya perkara itu adalah normal. Berlainan sekali dengan sikap Maya Ayuni, dia begitu berhemah di dalam hal-hal sebegitu, kerana masih mengingati kepada orang yang tidak bernasib baik. Ramai lagi yang tidak cukup duit untuk membeli barang-barang penjagaan diri di luar sana, sedangkan di rumah kita membuangnya sesuka hati.

Ubat gigi itu, jika dipicit betul-betul masih boleh diguna sebanyak sepuluh kali lagi sudah dibuangnya ke dalam tong sampah dan di gantikan dengan yang baru. Pelik betul bila Maya Ayuni lihatkan. Bila kebetulan Maya Ayuni ternampak, dia cepat-cepat mengutipnya semula dan menyimpannya. Dapat juga dia guna jika masa-masa balik kampung. Kalau sepuluh, ubat gigi yang dikutip itu dipek semula, pasti akan mendapat satu tiub ubat gigi yang baru bersaiz besar.

Baldi pun ditukarkannya baru walhal yang lama tu masih baru, bersih dan tidak bocor. Maklumlah baru saja dapat duit pencen, tak tahu nak berbelanja apa, karang tak luak pulak duit.

Di dapur pun begitu, selipar untuk basahan di dapur pun harga berpuluh ringgit. Kalau tak selesa, dia tidak mahu pakai. Adalah nanti disedekahkan kepada Maya Ayuni, atau kepada cucunya.

Maya Ayuni menjadi sebak dan terasa berbuku di dalam dadanya. Kenapalah begini sekali kehidupan yang harus ditempuhinya. Berbeza sekali keadaannya dengan kehidupan Maya Ayuni masa lalu. Terasa tenang walaupun miskin.

Sayuran.
Sayur-sayuran sudah penuh di dalam peti, masih lagi dibeli tambah oleh mak mertuanya. Jika layu, akan dibuangnya. Jika masak, mesti lebih-lebih. Tak habis makan, buang. Pedih terasa jantung Maya Ayuni.

Ikan.
Begitu juga dengan ikan. Ikan besar-besar akan dibelinya setiap hari dua atau tiga jenis. Untuk siapa? Maya Ayuni pun tidak tahu. Apabila ikan banyak, dia akan memasaknya banyak-banyak. Tiga hari diperangat, jika tak habis. Buang!

Cili merah dan tomato.
Cili merah memang mahal harganya sekarang, pada dia itu terlalu murah. Jika hujung sahaja yang busuk, satu batang cili tu akan terjun dalam tong sampah. Lembik sikit je, ke dalam tong sampahlah yang akan di lontarnya. Kalau cara Maya Ayuni, dia masih menyimpannya tomato yang lembik itu, senang untuk masak mee goreng atau diletak ke dalam sambal belacan. Bukannya masam, cuma lembik sahaja. Cili merah yang busuk sedikit itu, potonglah, buanglah yang risak, yang masih elok itu masih boleh di guna.

Kadang-kadang Maya Ayuni terfikir bahawa sikap seperti itu seolah-olah tidak mahu mati sahaja. Semua pilih yang baik-baik. Yang segar-segar, yang keras-keras, tetapi setelah dia proses, segalanya menjadi lebih teruk daripada yang kita harapkan. Ikan yang segar-bugar menjadi lembik dan pucat putih. Sayur yang hijau, fresh menjadi lembik dan layu setelah dimasaknya dengan lama. Entahlah, Maya Ayuni pun pening dan jadi pelik.

Buah-buahan.
Buah-buahan akan dibelinya setiap minggu. Semuanya ada. Epal, oren dan buah lai. Jika Cina menjual ikan lalu depan rumah pun dia tetap akan membeli buah-buah lain pula seperti pisang, buah mangga atau betik. nak buat apa banyak-banyak? Siapa yang nak makan? Dia hanya diam. Paling tidak, dia hanya kembangkan hidungnya sahaja. Jangan tegur apa-apa.
Semua buah-buahan akan dicucinya terlebih dahulu, termasuk buah pisang. Paling kasihan sekali Maya Ayuni lihat, apabila setiap kali pisang itu akan dicucinya dengan sabun cuci pnggan dan di tenyeh dengan berus cuci pinggan yang warna hijau tu. masuk hari ke dua, hitamlah kulit pisang tu. Larang? Sudah berbuih pun mulut Maya Ayuni adik beradik menjelaskan kepadanya bahawa, baktiria akan mudah masuk kedalam pisang itu jika disental kulitnya.
Ada dia nak kesah? Was-was dia mengatasi segala-galanya.

"Alaa... biarkanlah dia. Dia dah jadi macam budak-budak. Dia nak puaskan hati dia. Biarkanlah" kata suami Maya Ayuni.

Saturday 9 February 2013

plot diari seorang menantu

Petikan dari enovel Diari seorang menantu.

"Nih, kita nak masak apa hari ni? Ada ikan senangin tu mak bawak keluar. Ayu nak masak apa?" soalan yang sama setiap hari. Telinga Maya Ayuni sudah lali dengan soalan yang akan dijawab oleh mak mertuanya sendiri selepas itu. 
"Mak nak masak kari bendi, Ayu nak masak apa? Azril suruh mak masak kari bendi" tambahnya lagi.
"Masaklah mak"
Kemudian, dia menuju ke peti ais lalu membukanya. Terendap-rendap mencari sesuatu yang ingin dibuangnya.
"Ayu, tuh limau yang satu kotak tu, nak simpan macamna? Mak tak reti nak simpan. Simpan dalam kotak lagu tu boleh ka?" tanya dia lagi, padahal dia kata tadi nak masak kari, kenapa pula dia sibuk dengan buah limau mandrin yang berada kemas di dalam kotak itu.
"Entahlah mak, Ayu tak tahu" jawab Ayuni malas.
"Kotlah Ayu tahu, Ayu kan orang muda, kotlah pandai..." nada seperti menyindir dengan bahasa muka yang Ayuni faham benar itu, membuatkan hatinya tiba-tiba terasa panas.
"Mak, kalaupun Ayu tahu, dan Ayu cakap dengan mak pun, bukannya mak nak dengar cakap Ayu" balas Ayuni geram.
"Aih, jangan cakap dengan mak lagu tu tak baik!" itu sajalah perkataan yang dia akan ucapkan bagi menutup kesalahannya.
Ayuni sudah masak dengan perangai mak mertuanya itu. Kalau percakapannya, cadangannya tidak pernah emak mertuanya peduli atau ambil berat. Cakap-cakap jiran atau cakap bangsa Cina pula yang dia bawa masuk ke dalam rumah, walaupun kata-kata seperti itu sudah terlebih dahulu Ayuni perkatakan kepadanya.

Wednesday 23 January 2013

isah seorg menantu sebelum diedit 2


“Jaga diri elok-elok ya Myra, berhati-hati selalu, jangan lupa baca doa, sebelum keluar rumah. Sekarang ini macam-macam boleh berlaku. Ingat selalu kepada Allah, mudah-mudahan Allah melindungi Myra.” pesan Masdiana, sambil mencium kedua-dua belah pipi anak gadis kesayanganya itu.
Masdiana terpaksa membiarkan anak daranya hidup berdikari. Air jernih bergenang di kelopak matanya, Masdiana cuba menahannya daripada menitis ke pipi. Apa boleh buat, Masdiana tidak dapat membawa Amyra untuk tinggal bersama-samanya di rumah emak mertuanya. Lagi pun bilik di rumah dua tingkat itu hanya ada 4 buah.
Bilik utama khas untuk mak mertuanya, bilik tengah adalah bilik anak tiri Masdiana. Azmin, duda tanpa anak itu adalah anak sulung Azizul Azrai yang sejak kecil tinggal di rumah itu. Cucu kesayangan neneknya. Azmin selalu keluar daerah dan meninggalkan neneknya sendirian di rumah itu.
Sebab itulah Masdiana dan Azizul mengambil keputusan untuk tinggal bersama emak mertuanya. Sekurang-kurangnya mereka dapat menjaga kebajikan emak mertuanya sepanjang masa kerana Masdiana lebih suka bekerja sendiri dan ada banyak masa di rumah.
Bilik 3, adalah bilik Masdiana dan Azizul. Semua bilik itu berada di tingkat satu.
Satu bilik kecil berada di tingkat bawah berdekatan dengan bilik air dan dapur di khaskan untuk anak-anak buah Masdiana, yang kebanyakannya lelaki. Jadi, tidak elok untuk Amyra menumpang di rumah itu.
Mak mertua Masdiana seorang yang sangat cerewet. Walaupun usianya sudah mencecah 82 tahun, namun dia masih kuat untuk membuat kerja-kerja rumah dan memasak. Dia tidak puas hati jika ada orang lain yang mengambil alih tugasnya memasak atau menyiang ikan, serta membasuh bahan-bahan makanan. Pada dia, orang lain tidak membasuh sebersihnya.
“Buhlah banyak skit sabun tu, cepatnya basuh pinggan, bersihka, bilaslah lama-lama skit” kata mak mertua Masdiana apabila melihat Azizul mencuci pinggan.
“Mak nak buh sabun banyak tara mana mak, nak bilas lama tara mana mak? tak bersih lagi kah basuh macamni.” jawab Azizul Azrai, yang begitu pelik dengan sikap ibunya.
Kalau ibunya yang mencuci pinggan, sabun hijau pekat misti terlihat di atas pinggan mangkuk, padahal jika sebanyak itu sabun yang digunakan masih boleh mencuci 5 hingga 10 peralatan yang lain. Sebab itulah sabun ‘sunlight’ 1 liter itu, tidak sampai 3 hari pasti habis digunakan mak mertua Masdiana untuk mencuci pekakas di dapur.
Tidak hairanlah jika dia berada di dapur sangat lama. Bilasan untuk satu-satu pekakas mengambil masa beberapa minit kerana menggunakan sabun yang banyak ketika membasuh.
Masdiana terpaksa juga bertahan dan bersabar dengan kerenah mak mertuanya yang bermacam-macam, kerana semasa dia mula hendak berpindah ke situ, semua barang-barang dan peralatan memasak tidak dibenarkan dibawa bersama.
“Mas, tak usah bawa barang-barang kat rumah mak, semua barang dah ada.”
Semua perabut dilelong dan disedekahkan kepada jiran-jiran. Barang-barang dapur seperti periuk belanga, pinggan mangkuk, serta peralatan letrik, dikirimkan kepada kakaknya di kampung, yang kebetulan anak saudara Masdiana ada berkunjung ke rumah itu dahulu. Jika barang-barang keperluan yang penting, Masdiana akan menyimpannya di dalam bilik.
"Mak, Mas tengok di Mall semalam, cantiknya tempat letak lauk, teringin nak beli untuk mak, cawan-cawan pun cantik"
"Tak usah belilah Mas, tak ada tempat lagi nak simpan. Dalam kabinet tu, banyak lagi cawan dan pinggan tidak diguna. Kalau Mas nak beli jugak, Mas simpan saja dalam bilik Mas"
Mak mertua Masdiana tidak suka melihat barang-barang Masdiana disimpan bersama barang-barangnya di dapur. Jika barang-barang pemberian menantu kesayangannya yang lain, akan selalu diguna dan dipuji-puji serta disebut-sebutnya selalu, walaupun barang-barang murah dan biasa dijual di pasar-pasar malam. Masdiana terpaksa juga tinggal di situ, walaupun begitu kecewa dengan layanan yang tidak sama rata dan pilih kasih. Masdiana tidak mampu untuk berpindah dalam masa terdekat, kerana Masdiana terpaksa mengumpul wang dan membeli semua barang-barang keperluan semula. Masdiana terpaksa bersabar dan pasrah kepada Ilahi, mudah-mudahan diberi kesabaran yang tinggi dalam menghadapi segala ujian.
Memang niat Masdiana apabila berpindah ke rumah itu, dia ingin menjaga dan melayan emak mertuanya seperti ibu kandungnya sendiri, kerana dia tidak pernah dapat merasa bagaimana menjaga ibunya semasa hayat arwah. Sewaktu Masdiana bersalinkan Amyra, pernah arwah ibunya tinggal bersamanya selama 6 bulan dan selepas itu, Masdiana tidak berkesempatan lagi untuk mengajak ibunya tinggal bersama. Itulah kenangan manis Masdiana bersama arwah ibunya. Ibu Masdiana lebih suka berada di kampung halaman dan tinggal bersama Kak Pah sehinggalah arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir.
“Mak tak boleh duduk sini, macam dalam penjara, semua rumoh ada pagar besi, tertutup kemas keming” kata ibunya, dia rasa rimas dan terkongkong.
Jika di kampung dapat bermesra dan bermain dengan cucu-cucunya. Dapat duduk mengambil angin di atas pangkin sambil menghirup udara segar. Berlainan sekali hidup di bandar, membosankan!. Masdiana tidak pernah lupa untuk berdoa, menghadiahkan Al-fatehah dan bacaan Surah Yasin kepada arwah ibu dan ayahnya setiap kali selepas solat.
Masdiana seorang tukang masak , hobinya ialah memasak , mencipta dan mengubah resepi-resepi sedia ada. Dia pernah bekerja sebagai tukang masak di beberapa buah restoran di sekitar ibu kota. Pada jangkaan Masdiana, dia ingin sekali melihat mak mertuanya berehat, menonton ‘ tv’, membaca surat khabar atau menghabiskan masa dengan mengaji dan beribadah. Biarlah dia menunjukkan kepakarannya memasak dan memberi hidangan yang berlaianan setiap hari kepada mak mertuanya.
Tetapi jangkaan Masdiana meleset sama sekali, rupa-rupanya mak mertuanya tidak sedikitpun berfikiran seperti Masdiana. Pada dia, kerja-kerja memasak, biarlah dia uruskan sendiri. Dia lebih suka menghabiskan masanya di dapur dari 8.30 pagi sehingga jam 12 tengah malam setiap hari, tanpa berehat atau tidur di waktu siang.
“Kenapa mak tidak mahu serahkan saja tugas-tugas di dapur kepada kak Mas?” tanya Masdiana kepada adik iparnya pada suatu hari.
“Mestilah dia tidak akan lepaskan dapur dia kepada kak Mas, itukan dapur dia, rumah dia, dah hari-hari dia buat kerja macam tu.” Jawab adik iparnya.
Kadang-kadang Masdiana hairan memikirkan, apakah yang dibuat mak mertuanya setiap hari, di dapur. Kalau Masdiana cerita perkara ini kepada orang lain, tentu mereka tidak akan percaya, kerana jika usia seseorang itu mencecah 80an, selalunya mereka lebih suka berehat daripada membuat kerja-kerja rumah. Mereka lebih rela menyerahkan semua urusan rumah tangga kepada anak-anak dan menantu. Mereka akan bersyukur jika ada menantu yang menjadi surirumah sepenuh masa. Ini tidak, berlainan benar dengan sikap mak mertua Masdiana, dia tidak menyangka sama sekali, keadaan seperti ini masih ada di zaman sekarang.
Mak mertua Masdiana akan selalu memeriksa barang-barang makanan yang di simpan di dalam peti sejuk, apa lagi jika makanan itu Masdiana yang masak, tidak sampai 24 jam berada dalam peti sejuk, dia akan terus membuangnya ke dalam tong sampah, tanpa bertanya terlebih dahulu, samada Masdiana dan Azizul masih mahu memakannya. Tetapi jika masakannya, walaupun sudah tiga empat hari diperangatkan, masih lagi disimpan di dalam peti sejuk.
Masdiana selalu tersinggung dengan perbuatan mak mertuanya, tetapi apa boleh buat, itu rumahnya. Masdiana hanya menumpang. Masdiana ingat itu. Ingat sampai bila-bila dan sedar siapa dirinya. Dari mana asal usulnya. Sebab itu Masdiana terasa kecewa, dengan sikap mak mertuanya yang suka membazir dan membuang barang-barang tanpa rasa sayang. Masdiana datang dari keluarga yang miskin. Tidak pernah membuang barang-barang makanan yang masih boleh dimakan. Masdiana terasa pelik dan janggal dalam situasi itu.
Pernah satu hari Masdiana menyuruh suaminya membeli udang geragau untuk rencah masakan. Udang geragau sangat wangi dan menambah kelazatan di dalam sayuran dan masakan. Udang geragau itu masih di dalam plastik, sudah lesap dibuang mak mertuanya.
Apabila Azizul bertanya kepada ibunya, ibunya hanya menjawab “uh, mak dah buang!.”
“Kenapa mak buang? kan udang tu dalam plastik lagi mak, udang tu tahan bertahun-tahun, apalagi plastiknya belum dibuka dan disimpan di dalam peti sejuk.” Jelas Azizul kepada ibunya.
Tetapi ibunya buat-buat tidak dengar sahaja, tanpa rasa kesal dan bersalah.
Memang dia banyak duit. Pencen yang dia dapat setiap bulan pun mencecah RM 3000.00. Tetapi tidak bermakna dia boleh membazir sesuka hatinya. Membazir itukan perbuatan syaitan!
“Memang dari dahulu perangainya begitu, tidak boleh diubah lagi sikap boros dan membazir.” Kata Azizul sambil menggelengkan kepalanya.
Kesal dengan sikap emaknya yang tidak pernah mahu mendengar setiap teguran anak-anaknya. Dia akan buat ikut hati dan perasaannya sendiri walaupun perkara yang dilakukannya itu banyak yang salah. Adik beradik Azizul yang lain pun selalu menegur sikap pembaziran maknya itu, tetapi tidak pernah diendahkan olehnya. Dari dia muda sehingga sekarang, sikap membazir dan cerewetnya itu semakin menjadi-jadi.
“Lihat mak, pisang ini baru jer mak beli semalam, hari ini dah nampak lebam-lebam, esok mesti lembik dan sudah tidak elok untuk dimakan.” beritahu Azizul kepada emaknya.
Setiap kali selepas emaknya membeli pisang, pasti dia akan mencucinya. Dia akan cuci bersih-bersih kulit pisang itu dengan sabun dan digosoknya dengan berus pencuci pinggan. Apabila kulit pisang itu ditenyeh dengan berus, mudah bagi baktiria perosak menyerang kulit pisang dan menembusi isi pisang yang manis dan sedap itu. Setiap kali keluarga itu akan makan pisang sisa baktiria dan setiap kali itu juga semua pisang- pisang itu, akan lembik dan berair apabila masuk hari yang ketiga. Sudah puas Azizul dan Masdiana menasihatinya. Terangkanlah dalam bahasa dan ayat bagaimana bagus sekali pun, pada dia, cara dia itu sahaja adalah yang terbaik.
“Uh!, mak tak suka pisang ini disentuh dan dijamah oleh semua orang, mak geli, baik mak basuh.” Kata ibunya.
Selagi mak mertua Masdiana itu tidak merubah tabiat buruknya itu, pembaziran akan tetap berlaku. Bukan itu sahaja, Azizul Azrai akan disuruh maknya membeli segala buah-buahan setiap kali ada pasar minggu. Selalu buah-buahan di dalam peti itu akan layu dan kecut, tidak sempat dimakan. Hampir setiap hari, jika ‘Apek” penjual sayur ada menjual buah mangga dan betik, dia tetap akan membelinya, walaupun di dalam peti sejuk sudah ada pelbagai jenis buah.