Saturday 1 September 2012

Nak kekedah


28 August at 23:20 · 
  • Baru sekejap aku dan emak mertuaku akan laksa sekali lagi.
    "mak nak makan laksa lagi sekali mas.." kata ibu mertuaku.
    "laksa beras dia sedap sangat, halus dan lembut.." puji emak mertuaku. Aku selalu beli laksa beras di pasar tani selayang, buatan melayu. sedap, tanpa bahan pengawet.
    Kopi cap hangtuah yg embak mertuaku bancuh tadi di tuangnya kedalam cawan. suamiku pun sama "sedapnya kopi cap hangtuah ni..." kata suamiku.
    "tuang lagi kat mak kopi tu mas?.." suruh emak mertuaku.
    aku segera menuangkan kopi cap hang tuah itu sampai habis kedalam cawan cukup2 secawan.
    "betul ke sedap abang.." tanyaku..
    "minumlah" kata suamiku.
    "mak, as mintak sikit kopi tu, nak rasa,.."kataku kepada mak mertuaku.
    "bekas mak dah minum ni", kata mak mertuaku, seperti tidak elok minum bekasnya.
    "tak apalah mak,, berkat minum bekas emak kita sendiri.."kataku lagi.. Emakku diam dan senyum saja.
    Aku memang gembira melayan mak mertuaku dan jika aku di layan begitu, terasa sangat akrabnya. Aku harap sedikit2 nanti emak mertuaku akan berubah sikap negativenya terhadapku. harapan itu masih ada, tetapi aku tidaklah berharap sangat,takut aku kecewa nantii. Biarlah aku dgn caraku seperti biasa saja.
    "mas tidak tidur malam ni mak, mas nak kemas baju dan nak terus jalan nanti, mas pun dah minum kopi tadi, rasa tidak mengantuk dah, lagi pun petang tadi mas dah banyak tidur.., kalau abang bawa kereta, mas tidak boleh tidur.."kataku kepada mak mertuaku satu persatu, kerana dia kurang pendengaran.
    "pukul berapa mas nak bertolak?.." tanya mak mertuaku lagi..
    "pukul 3.30 pagi nanti mak"..jelasku. sambil aku merenung mak mertuaku dgn perasaan penuh kasih sayang.
    "selamat pergi dan selamat sampai, mak kata, ya mas, ak doakan selamat pergi dan selamat sampai"..kata mak mertuaku berulang kali.
    "terima kasih mak..Insyaallah"..kataku.

No comments: