Saturday 1 September 2012

Mood ambil lesen memandu.


26 August at 23:30 · 
  • Ku buka peti ais..
    penuh dgn sate, cake, puding raja, dan buah2an.
    di ruang tamu pulak ku lihat ada jambangan2 bunga segar,
    dah nampak macam kedai bunga pulak..
    aku potong laksam dan pek utk afeqien manja.
    sate, kupanaskan dan ku pek jugak, baik aku bagi pada anak2 aku tu, kalau tidak, membazir, esok misti tong sampah yg makan.
    Setelah semuanya selesai, suamiku bawa makanan itu dan menghantarnya kepada afeqien manja.
    "abang balik lambat ni"..kata suamiku.
    "bye sayang.." sambil senyum meleret.
    aku naik ke atas dan mencari baju utk di setarika, maklumlah esok pagi2 nak pergi periksa. hurm entahlah..takut tu tidaklah, tapi takut tak pas tu mungkin jugak, sb aku belum habis baca buku tu lagi.
    baca sepintas lalu saja. esok aku nak cuba ingatkan bab KEJARA,
    "ayang, dah makan?", tanya suamiku..
    "dah..takkan nak tunggu abang, lambat sangat.." kataku lagi.
    "terima kasihlah sayang sebb setarika baju abang, terima kasih daun keladi, kalau boleh esok ion lagi.." berpantun pulak suamiku.
    Maklumlah sejak aku bz dgn bazar ramadan hari tu, dialah yg kena setarika dan basuh baju uniform taxi nya sendiri.
    tetapi suamiku memahamiku.
    tadi aku setarika bajunya, sebb aku tahu dia misti penat, dari pagi sampai tengahmalam baru balik.
    "ayang.., abang penat sangat ni..." dgn matanya yg kuyu dan sedikit terhuyung hayang, macam org mabuk, suamiku merebahkan diri di katil dgn tuala mandi, tidak larat lagi untuk pergi mandi, sedangkan puku 3.30 pagi suamiku akan bangun utk bawa teksi lagi, sebb pagi isnin adalah rezeki yg paling banyak. Org2 dari pantai timur akan balik Kl utk bekerja, atau org baru habis cuti raya, esok adalah hari yg sangat bagus, jika miss tentu rugi besar. aku biarkan suamiku tidur begitu. sebb 3 jam lagi aku kena kejut dia utk bangun mandi.
    aku memang kesian dengan suamiku, tetapi apa boleh buat dah itu saja kerja dia buat masa ini. Nak buka biz, tidak cukup modal.
    Cuma aku, aku yg akan berusaha keras, supaya dapat merubah kehidupanku nanti, Insyaallah.

No comments: