Saturday 6 October 2012

BAB 1~2 yg telah di edit novelist Haiza Najwa.


BAB 1
Di tempat kerja Amyra Adrya.

Tong!!.. Pintu kaca 'Butik Permata' di tolak dari luar. Amyra Adrya tersentak dari lamunannya.

Sedari tadi Amyra sedang menyusun koleksi baju-baju yang baharu sampai di butik tersebut, satu persatu diperhatikan. Amyra berangan-angan seandainya kesemua pakaian cantik tersebut miliknya, alangkah bertuahnya. Sambil membayangkan dia memperagakan satu demi satu koleksi tersebut.

Seorang pemuda tinggi lampai, berambut pendek dan berpakaian kemas masuk. Amyra mengamat-amati pemuda tersebut. Wajahnya tampan dan bergaya. Dari gayanya, dia bukanlah sembarangan orang. Buat seketika Amyra terpegun. Dia berhenti menyusun baju-baju tersebut dan meluru kearah pemuda kacak itu. .


 "Selamat pagi encik, boleh saya bantu?.." ucap Amyra dengan suara yang lembut merdu.

Mata mereka bertemu seketika. Pemuda kacak itu terpaku. Diperhatikannya susuk tubuh Amyra. Kebaya labuh warna hijau pucuk pisang yang dipakainya kala itu membuatnya kelihatan cukup sempurna. Sepasang mata Amyra yang cantik, tidak berkedip apabila ditenung begitu.  Bibirnya yang basah, bak ulas limau merekah, digigit perlahan. Dia tersipu..

 "Encik..di sini ada pelbagai pilihan tudung dan aneka fesyen baju terkini, semuanya direka khas oleh pemilik butik ini". Jelas Amyra lagi memecah kesunyian.

 Kebetulan pagi itu Datin Maznah keluar dengan dua orang pembantunya kerana ada urusan di luar.

"Myra, jaga butik sekejap ya?, lepas tengahari, kami balik semula". Pesan Datin Maznah sebentar tadi.

"baik, Datin". kata Amyra sambil membuka pintu kaca Butik Permata untuk Datin Maznah.

 Butik ini entah cawangan yang ke berapa, Amyra pun tidak mahu ambil tahu. Ia baharu sahaja dibuka tiga bulan lepas, banyak lagi yang perlu ditambah dan disusun, sebab itulah Datin Maznah banyak menghabiskan masanya di butik ini. Berkeluasan satu lot kedai sahaja, Butik Permata ini, masih memerlukan pekerja.

Amyra suka bekerja di butik pakaian, kerana mewarisi minat yang sama dengan ibunya Masdiana Idayu. Masdiana adalah seorang tukang jahit yang mahir. Amyra masih ingat lagi sewaktu dia masih kecil, ibunya pernah membuka kedai jahit di Kulai Besar, Johor. 

 "Emm..saya nak beli sehelai selendang untuk bakal tunang saya, kami ada 'dinner' malam esok", jelas pemuda kacak itu.

"Di sini ada banyak pilihan selendang encik..."

" Daneal Zul Qarnein.. panggil jer saya Daneal.." Celah pemuda kacak itu memperkenalkan dirinya.

"Nama you?.." Tanya Daneal.

"Amyra, panggil jer Myra". Amyra tersenyum, sambil menggayakan selendang untuk dipilih Daneal.

"warna apa yang cantik?" Tanya Daneal.

"Untuk gadis yang berkulit cerah, warna krim ini cantik, batu permata dan juraian manik-manik di tepi selendang ini menambah lagi kejelitaan, tambahan pula, di waktu malam, pancaran lampu akan menaikkan lagi seri si pemakai." Terang Amyra kepada Daneal, seperti dia mahir benar dalam bidang peragaan.

Amyra tersipu sendirian. Kalau pelanggan wanita susah untuk Amyra melayannya, mereka semua seakan sudah pandai memilih sendiri. Ada yang datang menunjukkan lagak. Kadang-kadang melihat-lihat sahaja dan tidak membeli. Itukah yang dikatakan 'window shopping?' tanya hati kecil Amyra. Buang masa.

"Saya ambil yang ini". Daneal memegang selendang berwarna krim, seperti cadangan Amyra tadi. Sambil melihat 'prices tag', tanpa meminta diskaun, Daneal mengeluarkan wang kertas bernilai RM 300.00 kepada Amyra.

"Ini bakinya encik Daneal, terima kasih, sila datang lagi"..ucap Amyra lembut. Jika ada sepuluh pelanggan seperti ini, lama-lama pun Amyra sanggup melayannya dengan senang hati. Amyra tersenyum sendirian. 

BAB 2
Dinner di rumah Datin Maznah.

 Hari ini, sabtu. Butik Permata akan dibuka sehingga jam 5.00 petang.

"Myra, petang nanti jangan lupa ke rumah saya, bantu anak saya mana yang patut ya?, pukul 6.00 petang, pemandu saya akan datang jemput awak.." Kata Datin Maznah mengingatkan Amyra.

Datin maznah menjemput semua kakitangan syarikatnya untuk meraikan anak tunggalnya Farra Adeera yang baru saja tamat pengajiannya di luar negara. Farra Adeera sangat meminati  bidang ' business study', sebab itu, tidak hairanlah jika gadis manis itu berjaya membawa pulang segulung ijazah. Datin Maznah yakin Deera akan dapat mengambil alih perniagaannya nanti. Selepas itu bolehlah dia bersara.

"Ibu, Myra pergi dulu ya, kereta pun dah sampai tu.." Sambil bersalaman dan mencium pipi ibunya.

 "jaga diri dan tingkah laku baik-baik, di rumah orang, jaga maruah kita .." Masdiana memberi peringatan kepada anaknya. 

Amyra Adrya mengenakan sepasang baju kurung Pahang berwarna biru muda. Dpadankan pula dengan sehelai selendang yang dililit kemas. Dibiarkan sedikit hujung selendang yg bermanik halus itu terjuntai di pipi sebelah kirinya. Pin berbentuk bintang disemat kemas di tepinya supaya lebih menarik. Tona warna berbeza antara biru gelap dan biru cerah  itu berselang seli, menaikkan lagi seri wajah Amyra. Bibirnya dicalit gincu berwarna oren muda. Pembayang matanya berwarna biru gelap gemerlapan.

Semua alat solek itu kepunyaan ibunya. Amyra belajar cara-cara mengenakan pembayang mata dan pemerah pipi daripada ibunya. Setelah Amyra pergi, Masdiana berdoa kehadrat Ilahi, semoga semuanya selamat.

 Bungalow tiga tingkat milik Datin Maznah tersergam indah.

"wah!...indah sungguh mahligai ini....bisakah aku mendapatkannya.." Bisik hati kecil Amyra. Dia terasa begitu kerdil di situ. Dia mencuri pandang di kiri dan kanan kawasan bungalow mewah itu.

" Cik Amyra, mari Mak Mah tunjukkan bilik cik puan Farra Adeera.." Amyra segera mengikuti Mak Mah, salah seorang orang gaji Datin Maznah yang paling lama dan dipercayai. Sepasang mata Amyra sempat berlegar-legar menghayati beberapa sudut di dalam bungalow itu, yang rata-ratanya dihias indah

"Ini biliknya cik Amyra..", Mak Mah berkata sambil mengetuk pintu bilik Farra Adeera. "Masuk.." Terdengar suara yg tegas tetapi lembut, mempelawa. Mak Mah meninggalkan meeka berdua memperkenalkan diri masing-masing.

"hurm..cantik jugak, pembantu kedai baru mama ni.." Sambil menghadiahkan senyuman manis kepada Amyra. Amyra terasa lapang dada dengan keramahan anak majikannya itu.

"Cik Farra tentulah lebih cantik...lihatlah gaun coklat muda ini sesuai sekali dengan selendang berwarna krim ini.". Puji Amyra ikhlas.

" Bakal tunang saya yang hadiahkan kepada saya semalam, katanya sesuai jika dikenakan dengan gaun ini, cantik tak?", Tanya Adeera.

Amyra teringat, sewaktu Daneal memilih selindang itu di Butik Permata, kelmarin. Muka Amyra menjadi pucat. Tidak tahu kenapa. Dadanya berdegup kencang.

"Astaghfirullahal'Azdim" ucap hati kecil Amyra supaya bertenang.

"Sungguh padan sekali cik Puan".. Puji Amyra.

"Ala, tak usahlah bercik-cik dengan saya, panggil jer Deera, kan lebih mesra," Sambil memegang erat kedua-dua belah tangan Amyra. 

Amyra merenung dengan kagum keanggunan wajah anak gadis Datin Maznah yang berusia awal dua puluhan itu. Wajah ayunya di solek dengan warna 'natural'. Menyerlahkan lagi kejelitaannya.

 Di halaman rumah, meja-meja berbentuk bulat telah di atur cantik. Meja-meja itu dialas dengan kain berwarna ungu. Kerusinya pula disarung dgn kain putih dan diikat dengan reben warna ungu. Cantik. Belon-belon berwarna ungu dan putih dijadikan pintu gerbang. Jambangan-jambangan bunga segar dan lampu-lampu neon berwarna warni menambah keindahan pada malam itu. Pembesar-pembesar suara diletak di beberapa sudut penting. 'DJ' dijemput khas untuk memeriahkan lagi majlis itu.

Sudah ramai tetamu yang mula hadir. Datin Maznah sibuk melayan tetamunya. Lilin yang dipasang di setiap meja menjadikan suasana malam itu sungguh romantik. Karangan bunga mawar merah dan putih menggamit tetamu supaya duduk.

"Aunty, boleh Daneal berjumpa Deera sekejap?" Tanya Daneal, kerana dari tadi dia tidak nampak pun kelibat bakal tunangnya. Dia resah. Tidak sabar untuknya menatap wajah Adeera pada malam itu.

"Silakan..Deera ada di biliknya.." Datin Maznah mengizinkannya.

Dengan pantas, Daneal menghayun langkahnya menuju kebilik bakal tunangnya. Bilik Farra Adeera di tingkat satu. Dari atas 'balcony', akan nampak jelas pemandangan kolam ikan, kolam renang dan hiasan taman di halaman bungalow itu.

 Tok..Tok..! Pintu bilik Deera diketuk perlahan.  Deera kenal benar dengan gaya ketukan itu. Deera tersenyum simpul dan meluru ke muka pintu. Pintu biliknya dikuak cepat.

 "Sayang...! kenapa lambat..!?", rengek Deera mesra.. Jemari mereka pun bertaut. 

Amyra terpegun melihat sepasang kekasih itu. Sungguh padan. Pasangan yang tinggi lampai. Farra Adeera berkacukan Inggeris Melayu, berhidung mancung dan berkulit putih bersih. Daneal Zulkarnain yang segak mengenakan suite hitam, bagaikan model di muka-muka majalah. Daneal tidak sedar diperhatikan Amyra.

"Ehem..maaf, tumpang lalu, saya ingin ke bawah sebentar". Mohon Amyra. 

Daneal, tersentak seketika. "myra,.." Bisik hatinya. "Cantiknya". Hati kecil Daneal berkata lagi.

Sepasang mata galak Daneal, memerhati gerak lengguk Amyra. Amyra adalah gadis kacukan Melayu Jawa. Berkulit kuning langsat. 

"Sayang..!" Sergah Adeera. Daneal tersentak dari lamunannya.

"Siapa tu?". Daneal pura-pura bertanya.

"Ala..dia tu pembantu butik mama., jom! turun,," Ajak Adeera.

Fikiran Daneal masih tertumpu kepada Amyra. Dia tidak tahu kenapa. Hati dan fikirannya tidak lepas-lepas terbayangkan wajah Amyra.

 Di dalam bilik air, Ameera seperti mahu menangis. Dadanya berdegup kencang. Adakah dia cemburu?. Tidak mungkin. Siapalah dirinya.

Amyra teringat kata-kata ibunya, " jaga tingkah laku dan adab sopan di rumah orang, Jaga Maruah".

Amyra cuba membetulkan pakaian dan tudungnya. Amyra cuba mengukir senyuman di cermin. Kaku terasa. Senyuman yang tidak ikhlas. Dia cuba juga, keluar dari tempat persembunyiannya itu. Sebaik sahaja Amyra melangkah keluar, tiba-tiba dari jauh, Amyra ternampak dua sejoli itu menuruni anak tangga satu persatu seperti puteri dan putera raja.

Gaun labuh Deera yang meleret menambah lagi keanggunan. Kali ini Amyra benar-benar rasa cemburu, apabila melihat mereka berpegangan tangan seiringan. Para tetamu pun turut mencuri pandang dan berbisik-bisik. Dato' Zakaria dan Datin Mariam tersenyum megah. Amyra masuk kembali ke dalam bilik air. Dinding yang penuh dengan batu mar-mar, bersih berkilat itu, menampakkan wajahnya yang sugul. Sekali lagi Amyra menahan tangis sendirian.

 Dari corong pembesar suara, Amyra mula terdengar ucapan Datin Maznah. Dia difahamkan Adeera dan Daneal akan ditunangkan pada bulan hadapan. Mereka juga akan dilantik menjadi orang penting dalam syarikatnya. Amyra tidak dapat tumpukan kepada ucapan Datin Maznah. Dia sekali lagi cuba untuk keluar dari tempat persembunyiannya itu. 

Amyra cuba bergaul dan duduk semeja dengan pekerja-pekerja lain. Memaksa dirinya berbual mesra dan sesekali tersenyum. Daneal masih mencuri pandang wajah Amyra Adrya, walaupun sesekali terpaksa melayan bakal tunangnya. Mereka duduk semeja bersama Dato' Zakaria dan Darin Mariam. 

"Cantik sungguh Deera malam ini," Puji Datin Mariam, bakal ibu mertuanya.

"Terima kasih Aunty.." Kata Deera sambil tersenyum.

Setelah selesai amanat dan ucapan yang disampaikan oleh Datin Maznah, semua hadirin di jemput menikmati hidangan. Lagu-lagu sentimental menjadi suasana bertambah tenang dan romantik.

No comments: