Friday 5 October 2012

post di wall untuk di sulam kedalam bab yg bersesuaian.

Sejak menggunakan 'Grill pan Vantage', kerja-kerja memasak menjadi mudah. Sebentar tadi Masdiana turun kedapur setelah mak mertuanya berada di dalam bilik air, masa beginilah yang di nanti-nanti Masdiana. Kalau mak mertuanya masuk ke bilik air dan bersiap, memang lama. Inilah peluang untuk Masdiana memasak.

Sedari jam 8.30 pagi tadi, apa yang mak mertuanya buat di dapur pun Masdiana tidak tahu, s
elalu buat yang tidak penting. Tidak ada lauk apa-apa pun yang telah siap di masak sedangkan waktu itu telah menunjukkan ke pukul 11.30 pagi.
Masdiana melihat di bawah tudung ada sirap.

"Hurmm..ini tak lain nak buat sirap untuk cucunya..." Detik hati Masdiana.

Setiap bulan kadang-kadang sekali atau dua kali ada 'family dinner' di rumah itu. Setiap kali itu juga, mak mertuanya akan memasak sirap untuk cucu-cucunya. Dulu, adik ipar lelaki yang nombor tiga duduk di situ sejak mula kahwin sehingga anak lapan. Sejak itulah mak mertua Masdiana menyediakan sirap setiap hari kepada cucu-cucunya apabila pulang dari sekolah. Sekarang, apabila mereka berpindah kerana telah memberi rumah sendiri dan cucu-cucunya semua sudah besar-besar pun masih lagi memasak sirap untuk di bawa pulang.

"Tidak apalah mak...budak-budak ni semua dah tidak minum lagi sirap tu...."Kata menantunya yang rasa serba salah dengan sikap baik mak mertuanya.

Tetapi apabila menantunya berkata begitu, mukanya akan menjadi kelat.

"Dah lah...kalau mak nak bagi..ambillah.." Kata adik ipar lelaki Masdiana kepada isterinya di dalam bahasa Inggeris.

Setiap bulan mesti tidak pernah sekali pun mak mertuanya tidak memberikan sirap kepadanya. Barangkali di rumah biras Masdiana itu, bertimbun-timbun botol bekas sirap jika di kumpulkan setiap bulan. Botol-botol itu di cuci setelah kodial oren atau apa-apa perisa yang selalu dibeli oleh mak mertua Masdiana kerana semata-mata kerana inginkan botol kodial tersebut.

Masdiana menjadi pelik, sebab beraneka perisa kodial yang berada di dalam peti sejuk, tidak diminum atau dibancuh. Dalam rumah itu hanya ada empat orang sahaja. Cucu sulungnya, dan suami Masdiana jarang minum di rumah. Masdiana bertambah pelik apabila setiap hari, sirapnya yang berwarna merah muda itu, selalu dibancuh dan ditambah, sedia ada di dalam peti sejuk setiap hari. Tetapi apabila diperhatikan kodial yang berada di dalam peti sejuk agak lama sedikit, akan lesap. Masdiana akan melihat botol kodial tadi akan tertonggeng di rak, telah di cuci bersih oleh mak mertuanya. Masdiana tahu itu, tidak lain untuk mengisi sirap untuk menantunya di bawa pulang.

"Air dalam jag tu dah rasa lain macam..dah tak sedap.." Kata mak mertua Masdiana pada suatu hari.

"Mana, biar Mas rasa.....hurmm..ok jer.., tak ada berubah rasa pun?.." Kata masdiana kehairanan.

"Buang air itu....dah tak sedap..lain rasanya.." Mak mertua Masdiana menyusuh.

Sekali lagi Masdiana rasa hairan dan pelik. Air masak sebanyak 3 liter itu terpaksa dicurahkan. Padahal air itu Masdiana yang memasaknya kelmarin. Masdiana termenung memikirkan kenapa mak mertuanya begitu. Mungkin sebab air masaknya tidak luak kerana semua air putih di dalam peti sejuk dah penuh dan air masak di dalam 3 jag di luar pun penuh, mak mertua Masdiana menjadi rimas. Mak mertua Masdiana akan memasak air bersambung-sambung tanpa henti. Air di dalam cerek letrik sentiasa panas. Dia suka jika air masak atau air panas selalu di gunakan, tidak kiralah samada untuk membancuh teh, membancuh sirap atau pun mengisi kedalam semua bekas yang ada.

"Bab masak air sahaja aku dah penat...." Rungut Masdiana.

Apa tidaknya semua bekas dalam peti sejuk dan semua jak di dapur penuh dengan air masak. Dalam cerek besar di tepi dapur pun penuh, mak mertua Masdiana menyuruhnya pula mencurahkan air itu. Masdiana sedih dan hampir menangis.

"Aik..., malam tadi akau dah penat-penat isi air masak kesemua bekas-bekas yang ada, sekarang dah surut?..macamlah dalam rumah ini ada 10 oerang kanak-kanak yang sedang kuat bermain...?" Detik hati Masdiana kehairanan.

Begitulah selalunya sekiranya di waktu malam, Masdiana telah mengisi penuh air masak kedalam kesemua jag-jag yang ada, esoknya misti ada yang kurang. Di situ pun Masdiana sudah menjadi letih. Jika dahulu Masdiana berada di kampung, walaupun ramai anak-anak saudara, tidaklah menggunakan air masak sebanyak itu. Patutlah berjam-jam masa di habiskan di dapur sahaja. Semua mahu sempurna dan lengkap, semua mahu sedia, bersih dan kemas, walaupun terpaksa lewat untuk menunaikan sembahyang lima waktu.

"Apa kita nak makan ni Mas?. " Tanya mak mertua Masdiana, padahal dia sudah nampak masdiana sedang memasak dengan 'Grill pan Vantage' di atas dapur.

Sebentar tadi, masdiana telah siap memasak murtabak maggi utk di makan tengahari itu, kerana mak mertuanya akan makan dahulu sebelum meneruskan memasak lauk untuk hidangan tengahari.

"Mak ni cakap nak makan apa tu...untuk makan masi atau untuk makan balas la..ni..?" Tanya Masdiana kepada mak mertuanya, setelah 5 minit berdiam diri selepas pertanyaan mak mertuanya tadi.

Masdiana menghidangkan murtabak maggi itu dan memanggil ank tirinya Amir Azril untuk bersarapan. Azmir bangun lewat. Biasalah hari cuti sekolah. Masdiana tahu apa yang di sukai Azmir, itulah di di masaknya. Supaya senang untuk Masdiana meneruskan kerja-kerjanya pula.

"Mak makanlah dulu ya?..Mas nak berus alas kaki dalam tong yang mak rendam kelmarin tu..."Pelawa Masdiana kepada mak mertuanya.

Masdiana memberus kain alas kaki itu satu persatu di belakang dapur. Ada lima keping dan tebal-tebal kesemuanya. Setelah habis membilas dan menjemurnya, Masdiana nampak mak mertuanya makan murtabak itu. Dia tidak ada pilihan lagi. Terpaksa makan juga, tetapi jika ada makanan lain, pasti dia tidak akan menjamahnya. Begitulah selalunya. Masdiana dah faham benar.

No comments: