Wednesday 17 October 2012

bab 3~6 Darjat kasih


BAB 3
Tidak bertepuk sebelah tangan.

 Datin Maznah sempat juga beramah mesra dengan tetamu yang hadir. Datin Maznah menjemput semua pekerja di syarikatnya untuk hadir ke majlis yang sederhana itu. Ada juga yang membawa famili masing-masing. Sambil menjamu selera kedengaran sesekali gelak ketawa. Amyra Adrya, menjamah hidangan dengan perlahan. Kemana melayang fikirannya, menerawang, menggangtang asap, sehinggakan tidak mendengar perbualan rakan semeja. Dia khayal dalam lamunan yang di reka-rekanya sendiri. Sesekali Amyra mencuri pandang kepada Daneal yang duduk di meja hadapan. Namun wajahnya jelas kelihatan disimbahi cahaya lampu led yang terpasang di celah-celah pokok hiasan. Amyra berdebar dan cemburu, panas terasa dadanya, apabila melihat kemesraan Deera. Amyra rasa pelik, kenapa dia mesti cemburu. Puas dia bertanya di dalam hatinya. Sudu dan garfu bermain-main di atas piring, steak yang ditusuk, tidak disuapkan ke mulut. Amyra melayan perasaannya sendiri.

Para tetamu semakin beransur untuk pulang. Dato' Zakaria dan Datin Mariam juga turut memohon diri.

" Daneal, mama balik dulu ya?, jangan balik lambat dan jangan nakal-nakal tau?" Pesan Datin Mariam kepada anak tunggal kesayangannya. Setelah bersalaman, mereka pun berlalu.

"Datin, Deera, Myra pun nak balik dulu ya?, ibu Amyra ada di rumah seorang tu," Jelas Amyra kepada Datin maznah.

"Eh, kenapa tidak ajak ibu Myra sekali tadi, dapat juga berkenalan, tunggu sekejap ya, Myra?." Datin Maznah menyuruh Amyra menunggu,

Datin Maznah pandai menjaga hati pekerja-pekerjanya kerana pada pendapat beliau, untuk mencari pekerja yang baik bukan senang sekarang ini, tambahan lagi gadis-gadis sekarang lebih suka memilih kerja. Pekerja baginya adalah 'asset' penting dalam sesebuah syarikat itu. Didikasinya pekerja dalam memberi komitmen, syarikat akan untung berlipat kali ganda.

"Mak Mah, tapau makanan untuk Amyra bawa pulang ya?, oh ya, Mak Mah ada nampak Deris?." Tanya Datin Maznah.

Dari tadi lagi Datin Maznah tidak nampak batang hidung Deris, pemandunya.

"Maaf Datin, Mak Mah terlupa nak bagitahu Datin, Deris ada bagitahu Mak Mah, dia terpaksa pulang, sebab isterinya sakit hendak bersalin. Agaknya dia ke hospital, Mungkin Deris tak nak ganggu Datin, sebab itu dia tidak bagitahu Datin. lagipun Deris tergesa-gesa tadi." Kata Mak Mah sambil meminta maaf.


Semua tetamu mengucapkan terima kasih kepada Datin Maznah dan pulang kerumah masing-masing, ada yang datang dari jauh, yang mana bekerja di cawangan-cawangan di luar Kuala Lumpur. Ada yang menghantar wakil. Sebab itulah rakan serumah Amyra pun terpaksa keluar daerah untuk menggantikan tempat di cawangan-cawangan yang belum cukup pekerja buat sementara waktu. Jawatan-jawatan kosong telah pun diiklankan di dada akhbar untuk memenuhi kekosongan pekerja di beberapa cawangan Butik Permata milik Datin Maznah di seluruh negara.

"Deera, Aunty, Daneal pun ingin meminta izin untuk pulang, nanti apa pulak kata mama.." Kata Daneal sambil menghadiahkan senyuman untuk bakal tunangnya.

"Daneal, Pak Deris dah balik, boleh tak, Daneal tolong tumpangkan Amyra kerumah pekerja di jalan Melati?..." Tanya Datin Maznah kepada Daneal.

Dada Amyra berdegup kencang. Sekali lagi mukanya pucat. Cahaya lampu led berwarna hijau di situ dapat menutup wajah kelat Amyra saat itu.

"Aduh..macamana ni,," Detik hati kecil Amyra.

 "Tak apalah Daneal, pergilah, hantarkan Amyra, kesian dia, dah malam ni, Deera dah penat sangat,,," Izin bakal tunangnya.

Setelah bersalaman dengan semua, Amyra dipelawa Daneal masuk ke kereta. Pertama kali Amyra melihat kereta sebegini cantik. Model Mercedes Benz dua pintu, warna hitam. Apatah lagi untuk menaikinya. Sungguh bertuah dirasakannya pada malam ini. Macam dalam cerita Cinderella pula layaknya. Amyra tersenyum simpul. Perasan. Daneal membuka pintu untuk Amyra dan mempersilakan Amyra naik dengan mesra. Ternyata Daneal seorang yang sungguh romantik. Pandai ambil hati dan pada dirinya ada segala-galanya. Bertuah sungguh kepada sesiapa yang dapat memiliki Daneal.

Daneal memasuki kereta, seiringan enjin kereta dihidupkan, hati Amyra bergemuruh lagi, bagaikan petrol yang sedang mendidih. Malam yang pekat dan sejuknya penghawa dingin tidak terasa oleh Amyra. Hebat sungguh getaran perasaannya. Bertepuk sebelah tangan akan membuatkan dia kecewa, Amyra tahu itu. Sudah berkali-kali dia memujuk hatinya bahawa, dia tidak layak untuk Daneal. Daneal tidak akan memandangnya walaupun sebelah mata, Amyra yakin itu. Amyra malu untuk menatap wajah Daneal.

"myra, kenapa dengan awak?, awak takut ker?.." Terpacul soalan Daneal membuatkan Amyra tersentak dari lamunan. 

"Ti..tidak ada apa-apa..." Jawab Amyra gugup.

Daneal tidak lepas-lepas memandang Amyra.

"Cantik dan menawan". Detik hati kecil Daneal. Ramai gadis yang pernah dia jumpa, namun kecantikan Amyra sungguh berbeza sekali. Ada tarikan magnetik. Pertama kali dalam sejarah, Daneal membawa keretanya begitu perlahan. Supaya lambat sampai dan dapat menatap wajah Amyra sepuas-puasnya.

 "Berhenti di sini, En. Daneal, sudah sampai". Kata Amyra memberitahu.

Daneal memberhentikan kereta mewahnya.

"Amyra, saya suka awak.." Ucap Daneal.

"Astaghfirullahal 'Azdim...." Ucap Amyra perlahan, berkali-kali. 

"Tidak mungkin." Bisik hati kecilnya. 

"Izinkan saya keluar dulu En. Daneal.." Pinta Amyra.

Daneal dengan pantas membuka pintu kereta buat gadis cantik yang sedang mencuri hatinya.

"Nanti kita jumpa lagi.." Pinta Daneal sambil menghulurkan sekeping kad kecil.

Amyra segera masuk ke halaman rumah teres dua tingkat, khas untuk pekerja itu, tanpa menoleh kepada Daneal. Dia benar-benar malu dan gementar kerana tidak menyangka sama sekali bahawa dia kini tidak bertepuk sebelah tangan.

BAB 4
Afeqien Abduillah, bakal seorang ustaz.

Malam Tadi hujan lebat, Amyra terasa panas di dalam pelukan ibunya. Saat inilah yang di tunggu-tunggu Amyra selalu. Rasa rindu Amyra kepada ibunya terubat seketika.  Amyra melihat ibunya tidur nyenyak. Direnungnya wajah ibu kesayangannya itu dalam-dalam.  Amyra sedar ibunya banyak berkorban dan hidup susah sebelum ini. Amyra masih ingat  ‘Lelaki Jawa ‘ itu. Biar  Allah (SWT) sahaja yang akan membalas segala perbuatannya. Amyra mahu melupakannya. Tetapi sejahat-jahat ‘Lelaki jawa’ itu, dia tetap bapa Amyra. Tidak ada cara untuk melupakan segala peristiwa ketika bersama bapanya.  Amyra seboleh-bolehnya mahu melupakan segalanya dan tidak mahu peduli tentang bapanya lagi. Dia akan menangis dan kecewa.

Puas Amyra cuba memejamkan matanya, hujan yang lebat dan dingin itu, tidak sedikit pun membuatkan mata Amyra mengantuk. Rugi sekali, kerana hujan di waktu malam adalah saat yang dinanti-nanti  Amyra supaya dapat tidur dengan  lena . Sejuk dan selesa.  Peristiwa malam tadi membuatkan Amyra tersenyum sendirian. Amyra sekali lagi menggantang asap.
Bayangan wajah Daneal terpampang di ruangan matanya. Hujan semakin lebat, Amyra menjadi rindu, rindu untuk bertemu Daneal lagi. Amyra tenggelam di dalam angan-angannya sendiri.

“Hurmm..Myra, ibu dah panaskan makanan kiriman Datin Maznah. Sedap, marilah sarapan sama-sama?.” Pelawa Masdiana kepada anak kesayangannya itu, sebaik sahaja Amyra menuju ke dapur.

“Petang nanti kawan serumah Amyra akan balik , jadi bolehlah ibu pulang, kesian ‘Pak Cik’ keseorangan di rumah, Dah dua malam ibu dengan Myra disini..” Kata Amyra sambil tersenyum dan membetulkan tempat duduknya.

Macaroni goreng,  yang disenduknya ke piring, tidak dapat disuapnya. Bayangan Daneal tersenyum disitu. Amyra tersipu sendirian. Perasaannya sudah celaru. Wajah tenang ibunya di hadapan matanya tenggelam timbul berselang seli dengan wajah Daneal, lelaki kacak itu.

“Mungkin inikah yang dikatakan penyakit ‘angau?." Hati kecilnya bertanya.

“Amyra, siap-siaplah, sekejap lagi,’ Pak Cik’ Myra akan datang jemput kita. Myra masih ingat lagi tak dengan Afeqien Abduillah. Dia sudah tamat menuntut di Universiti Al Azhar di Mesir. Sekarang dia sedang menunggu panggilan untuk menjadi Ustaz di sebuah Sekolah Agama.” Kata Masdiana melenyapkan anganan Amyra.

“Bagaimana ibu tahu semua ini?." Tanya Amyra kehairanan. wajah Afeq yang tenang dan bersih itu tiba-tiba muncul.

Amyra masih ingat, satu hari itu, ibunya membawanya ke rumah anak-anak yatim Darul Taufiq. Ketika itu Afeq sedang bercuti. Afeq adalah seorang anak yatim piatu dan dibesarkan di rumah anak-anak yatim Darul Taufiq. Afeq seorang pelajar cemerlang dan soleh. Afeq selalu mengajar ilmu agama, menjadi imam dan mengajar mengaji kepada anak-anak yatim di situ yang dianggapnya seperti adik-adiknya sendiri ketika beliau bercuti.  Dia berazam akan menggunakan ilmu yang dituntutnya itu, untuk berbakti kepada rumah anak-anak yatim tersebut, yang banyak berjasa kepadanya. Suara Afeq sungguh merdu apabila mengalunkan bacaan ayat-ayat suci Al-Qur’anul Karim.

Masdiana selalu melawat beberapa rumah anak-anak yatim di sekitar Kuala Lumpur. Dengan cara ini, Masdiana merasa dirinya masih diperlukan, disayangi dan dihargai. Masdiana terasa tenang dan bahagia di situ.

“Ibu ada bercakap dengan Puan Zainab semalam. dalam telefon, tiba-tiba ibu jadi rindu pula hendak pergi ke sana,.” Jelas Masdiana lagi.

Amyra tidak sampai hati untuk menolak pelawaan ibunya. Amyra segera naik keatas dan tukar pakaian. Cuti hari ini akan dihabiskan di rumah anak-anak yatim itu. Amyra tidak ada masalah untuk kesana. Amyra sedar, dia pun sama seperti mereka. Cuma Amyra lebih rasa bersyukur  kerana masih mempunyai seorang ibu yang benar-benar bertanggungjawab dan sangat mengambil berat.

“Phon...!!” Bunyi hon sebuah teksi, berhenti di hadapan rumah pekerja itu.

“Cepat  Amyra, Pak Cik Myra dah sampai tu,..”. Kata Masdiana dengan suara yang agak lantang.

“Ya ibu, Myra dah siap ni.” Amyra segera membuka pintu untuk ibunya dan membimbit sebuah beg kecil yang memuatkan pakaian basahan ibunya..

“Apa khabar Pak Cik,?. “ Tegur Amyra sambil bersalam dengan bapa tirinya yang di panggil ‘Pak Cik ‘ itu, dengan sopan.

“Khabar baik, Myra apa khabar?, nampak ceria saja hari ini?, amboi...maklumlah dapat berpeluk dengan ibu dia..Pak Cik jugak lah yang melopong..” Kata Azizul Azrai, sambil menjeling manja kepada Masdiana, isteri yang sangat dicintainya.

Amyra ketawa kecil. Masdiana mencubit manja paha suaminya. Suaminya memang suka bergurau.

Teksi yang dipandu Azizul, menghala ke jalan Semarak. Masing-masing mendiamkan diri. Sesekali Azizul memandang wajah anak tirinya melalui cermin pandang belakang. Azizul boleh dikatakan seorang pencinta wanita. Kadang-kadang Masdiana rasa cemburu dengan gelagat suaminya apabila Azizul menceritakan kecantikan penumpang-penumpang wanita yang menaiki teksinya.

“Lelaki!.” Degus hati Masdiana. Lelaki tidak boleh dipercayai seratus persen. Apa lagi, 99 peratus penumpang teksi Azizul adalah wanita.

Azizul seorang lelaki yang cerewet. Dia lebih suka mengambil penumpang wanita daripada penumpang lelaki. Banyak baiknya. Yang penting dia ikhlas mencari nafkah untuk menyara persekolahan anak-anaknya serta isterinya Masdiana. Hari minggu, jalan tidak  begitu sesak, tetapi di jalan menghala ke Taman tasik titiwangsa selalunya tidak pernah lengang setiap hujung minggu begini. Kereta-kereta akan berasak-asak untuk mencari tempat parkir, penuh di kiri kanan jalan di kawasan Taman Tasik Titiwangsa itu. Tempat parkir kereta yang disediakan selalu penuh.

BAB 5.
Rumah anak-anak yatim Darul Taufiq.

Masdiana, Amyra dan Azizul disambut mesra oleh Puan Zainab, pengusaha pusat anak-anak yatim Darul Taufiq itu. Dari jauh Masdiana ternampak Afeqien Abduillah sedang bergurau senda dengan ‘adik-adiknya’. Nampak sungguh akrab.  Kelihatan beberapa kanak-kanak perempuan sedang membersih dan menyiram pokok-pokok bunga di halaman rumah dua tingkat itu, di atas tanah lot, bersebelahan dengan Taman Tasik titiwangsa. Sungguh damai suasana di sini. Mereka sesekali, boleh juga keluar mengambil angin dan berjalan-jalan atau berjoging di sekitar Taman tasik Titiwangsa itu.

Lama  Amyra memerhatikan gelagat Afeqien Abduillah yang masih muda itu. Dalam perkiraan Amyra, Daneal lebih berusia beberapa tahun dan Afeq sebaya dengannya. Cuma  Amyra sahaja yang  kurang bernasib baik. Amyra tidak pernah dapat menduduki peperiksaan kerana pada masa itu, Amyra selalu berpindah-randah mengikut ibunya dan tidak dapat bersekolah kerana tiada sijil kelahiran. Setelah Masdiana berkenalan dengan Azizul Azrai dan berjaya melepaskan diri daripada cengkaman ‘Lelaki Jawa’ itu, barulah Amyra dimasukkan kesekolah Agama Rakyat di Utara tanah air. Itupun sekejap sahaja. Walaupun begitu, Amyra seorang yang rajin belajar. Dengan menggunakan kemudahan komputer riba, Amyra belajar menulis dan mengeja dengan ibunya di ruangan ‘chating’ setiap malam. Sedari kecil, Masdiana mengajar Amyra secara tidak formal di rumah. Alhamdulillah, Amyra dapat membaca dan menulis dengan baik. Sekarang Amyra sedang belajar bahasa Inggeris pula.

 Masdiana pernah berpesan kepada Amyra bahawa, dunia teknologi morden sekarang ini, tidak membataskan kita untuk belajar. Janganlah kecewa jika kita tidak berpelajaran tinggi, kerana dengan sijil sahaja tidak akan membuatkan kita berjaya dalam hidup. Kekuatan dan jatidiri akan menjadikan hidup kita lebih berjaya di samping berdoa kepada Allah (SWT), berusaha dan yang paling penting sekali ialah restu dan doa dari ibubapa, akan membawa keberkatan hidup di dunia dan di akhirat nanti.

“Lama sungguh Puan Masdiana tidak jengok kami..” Kata Puan Zainab pengusaha pusat anak-anak yatim tersebut.

“Ya, lebih kurang enam bulan lepas, kali terakhir saya datang melawat, waktu itu Afeq tidak ada, masih menuntut di Mesir kan?” Jelas Masdiana, sambil matanya tertumpu kepada Afeq yang sedang melayan kerenah ‘adik-adiknya’.

“Abang Afeq, cuba lihat di sana, siapa yang datang?” Kata Mizi, seorang anak gelandangan yang di ambil dari jalan Haji Taib, masa itu dia sedang merayau-rayau sendirian. Umurnya ketika itu 10 tahun. Sekarang Mizi telah pun menuntut di sekolah menengah. Mizi seorang yang rajin belajar dan bercita-cita tinggi.

“Assalamualaikum, ini mak cik Masdiana ke?, Astaghfirullahal ‘Azdim, maaflah makcik, Afeq tidak perasan makcik datang, apa khabar?” Sambil menunduk hormat dan menghadiahkan senyuman kepada Amyra.

“Anak dara makcik ni pun ada sama?” Tanya Afeqien Abduillah lagi bergurau.
“Amyra, apa khabar?” Tanya Afeq sambil tersenyum.

Pandangannya dialihkan kepada Masdiana cepat-cepat. Afeq tidak mahu memandang Amyra lama-lama dengan penuh nafsu. Berdosa. Walaupun pada hakikatnya Amyra seorang yang cukup sempurna dan menawan setiap lelaki  yang memandangnya. Afeq mesti menjaga maruahnya sebagai seorang yang bakal bergelar Ustaz. Gerak geri, pertuturan dan perbuatan Afeq akan diperhatikan dan menjadi contoh oleh’adik-adiknya’. Di dalam hati Afeq, hanya Allah sahaja yang tahu, seandainya Amyra itu sedar bahawa, sudah sekian lama dia menyimpan hasrat , sejak pertama kali mereka bertemu di rumah anak-anak yatim itu, 3 tahun yang lalu. Afeq tidak pernah lupa niatnya yang suci. Dia selalu berdoa mudah-mudahan ada jodoh di antara mereka berdua. Afeq mahu teguhkan ekonominya terlebih dahulu dan banyak lagi persediaan untuk menjadi seorang suami. Sekarang usianya masih terlalu muda, begitu juga Amyra. Masih punya banyak masa dan masih banyak yang perlu di pelajari.

“Afeq apa khabar?, makcik doakan semoga Afeq berjaya mengejar cita-cita.” Kata Masdiana memberi perangsang dan harapan buat Afeqien.

Masdiana sungguh tertarik kepada Afeqien, dia adalah calon terbaik untuk anaknya Amyra. Sekurang-kurangnya Afeqien boleh membimbing Amyra dalam hal-hal agama, kerana Amyra memang tidak sempat menuntut ilmu agama dengan sempurna. Masdiana sedar. Tetapi Masdiana yakin masih belum terlambat untuk Amyra mempelajarinya. Masdiana selalu berpesan kepada Amyra supaya membuka ‘youtube’, kerana di situ, Amyra boleh belajar mengaji, mendengar bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan sebagainya. Melayari internet kepada yang berfaedah sangat banyak manafaatnya.

“Ustaz, boleh ajar Myra mengaji tak?” Tanya Amyra sambil menjeling manja.

“boleh, apa salahnya, datanglah kemari pada hari minggu, bolehlah belajar mengaji bersama-sama.” Pelawa Afeqien.

Masdiana dan Puan Zainab tersenyum.
Setelah melawat dan bertanya khabar semua penghuni di situ, Masdiana menyumbangkan sekeping cek bernilai RM 300.00, kepada Puan Zainab.

“Terima kasih Puan Masdiana, semoga Allah sajalah yang akan membalas budi Puan Masdiana adan di perluaskan lagi pintu rezeki kepada Puan Masdiana sekeluarga.” Ucap Puan Zainab, sambil menerima cek itu dengan perasaan terharu.

Masdiana bukan seorang yang kaya-raya, sebanyak itu sahaja yang dia mampu asalkan hatinya benar-benar ikhlas.

“Terima kasih Puan, kerana melayan kami dengan baik sekali, kami bermohon diri dulu ya, Insyaallah jika ada masa nanti, kami akan datang lagi” Kata Masdiana sambil mengajak Amyra.

Azizul Azrai sudah lama berada di dalam teksinya.  Membaca surat khabar sambil menunggu Masdiana dan Amyra untuk pulang. Azizul cukup menepati masa. Dia tidak suka bertangguh-tangguh, pelanggan teksinya akan marah, jika terlambat.
Azizul Azrai sempat juga beramah mesra dengan sebahagian anak-anak yatim di situ. Dia juga bersalaman sambil menepuk-nepuk bahu Afeqien sewaktu mahu beredar  sebentar tadi. Azizul memang tidak banyak bercakap, tetapi lebih banyak tersenyum sambil mendengar perbualan mereka.
Di dalam hati Azizul hanya hendak keluar cepat dari tempat itu, untuk mencari duit. Banyak benda yang belum dibayar. Yuran sekolah anak-anaknya serta perbelanjaan harian, tetapi Azizul menghormati, memahami serta menyokong setiap rancangan dan kehendak Masdiana. Itu sahaja yang Azizul mampu untuk memberi kebahagiaan kepada Masdiana.

BAB 6.

Masdiana tinggal bersama mak mertua.

“Jaga diri elok-elok ya Myra, berhati-hati selalu, jangan lupa baca doa, sebelum keluar rumah. Sekarang ini macam-macam boleh berlaku. Ingat selalu kepada Allah, mudah-mudahan Allah melindungi Myra.” Pesan Masdiana, sambil mencium kedua2 belah pipi anak gadis kesayanganya itu.

Masdiana hampir menangis kerana terpaksa membiarkan anak daranya hidup berdikari. Apa boleh buat, Masdiana tidak dapat membawa Amyra untuk tinggal bersama-samanya di rumah emak mertuanya. Lagi pun bilik di rumah dua tingkat itu hanya ada 4 buah.
Bilik utama khas untuk mak mertuanya, bilik tengah adalah bilik anak tiri Masdiana. Azmin, anak sulung Azizul Azrai yang sejak kecil tinggal di rumah itu. Cucu kesayangan neneknya. Duda tiada anak. Azmin selalu keluar daerah dan meninggalkan neneknya sendirian di rumah itu.
Sebab itulah Masdiana dan azizul mengambil keputusan untuk tinggal bersama emak mertuanya. Sekurang-kurangnya mereka dapat menjaga serta dapat melihat keadaan emak mertuanya sepanjang masa kerana Masdiana lebih suka bekerja sendiri dan ada banyak masa di rumah.

Bilik 3, adalah bilik Masdiana dan Azizul. Semua bilik itu berada di  tingkat satu.
Satu bilik kecil berada di tingkat bawah berdekatan dengan bilik air dan dapur di khaskan untuk anak-anak buah Masdiana, yang kebanyakannya lelaki. Jadi, tidak elok untuk Amyra menumpang di rumah itu.

Mak mertua Masdiana seorang yang sangat cerewet. Walaupun usianya sudah mencecah 82 tahun, namun dia masih kuat untuk membuat kerja-kerja rumah dan memasak. Dia tidak puas hati jika ada orang lain yang mengambil alih tugasnya memasak atau menyiang ikan, serta membasuh bahan-bahan makanan. Pada dia, orang lain tidak membasuh sebersihnya.

“Buhlah banyak skit sabun tu.., cepatnya basuh pinggan tu.., bersihka, bilaslah lama-lama skit...” Kata mak mertua Masdiana apabila melihat Azizul mencuci pinggan.

“Mak nak buh sabun banyak tara mana mak, nak bilas lama tara mana mak?, tak bersih lagi kah basuh macamni.” Jawab Azizul Azrai, yang begitu pelik dengan sikap ibunya.

Kalau ibunya yang mencuci pinggan, sabun hijau pekat misti terlihat di atas pinggan mangkuk, padahal jika begitu banyak sabun yang di gunakan masih boleh mencuci 5 hingga 10 peralatan yang lain. Sebab itulah sabun ‘sunlight’ bersaiz botol besar tidak sampai 3 hari pasti habis digunakan mak mertua Masdiana untuk mencuci pekakas di dapur.

Tidak hairanlah jika dia berada di dapur sangat lama. Bilasan untuk satu-satu pekakas mengambil masa beberapa minit kerana menggunakan sabun yang banyak ketika membasuh.
Masdiana terpaksa juga bertahan dan bersabar dengan kerenah mak mertuanya yang bermacam-macam, kerana semasa dia mula hendak berpindah ke situ, semua barang-barang dan peralatan memasak tidak dibenarkan dibawa bersama.

“Mas, tak usah bawa barang-barang kat rumah mak, semua barang dah ada.” Kata mak mertua Masdiana semasa Masdiana dan Azizul  ingin berpindah ke rumah itu.

 Semua perabut dilelong dan disedekahkan kepada jiran-jiran. Barang-barang dapur seperti periuk belanga, pinggan mangkuk, serta peralatan letrik, dikirimkan kepada kakaknya di kampung, yang kebetulan anak saudara Masdiana ada berkunjung ke rumah itu dahulu. Jika barang-barang keperluan yang penting, Masdiana akan menyimpannya di dalam bilik.

Mak mertua Masdiana tidak suka melihat barang-barang Masdiana disimpan bersama barang-barangnya di dapur. Masdiana terpaksa juga tinggal di situ, walaupun begitu kecewa atau  tidak tahan sekalipun.  Masdiana tidak mampu untuk berpindah dalam masa terdekat, kerana Masdiana terpaksa mengumpul wang dan membeli  semua barang-barang keperluan yang baharu semula. Masdiana terpaksa bersabar dan pasrah kepada Ilahi, mudah-mudahan di beri kesabaran yang tinggi terhadap segala ujian.

Memang niat Masdiana apabila berpindah ke rumah itu, dia ingin menjaga dan melayan emak mertuanya seperti ibu kandungnya sendiri, kerana dia tidak pernah dapat merasa bagaimana menjaga ibunya semasa hayat arwah. Sewaktu Masdiana bersalinkan Amyra, pernah arwah ibunya tinggal bersamanya selama 6 bulan dan selepas itu, Masdiana tidak berkesempatan lagi untuk mengajak ibunya tinggal bersama. Itulah kenangan manis Masdiana bersama arwah ibunya. Ibu Masdiana lebih suka berada di kampung halaman.

“Mak dok leh duduk sini, macam dalam penjara.., semua rumoh ada pagar besi...tertutup kemas keming..” Kata ibunya, dia rasa macam terkongkong.

Jika di kampung dapat bermesra dan bermain dengan cucu-cucunya. Dapat duduk mengambil angin di atas pangkin sambil menghirup udara segar. Berlainan sekali hidup di bandar, membosankan. Masdiana tidak pernah lupa untuk berdoa dan menghadiahkan Al Fatehah dan bacaan Surah Yasin kepada arwah ibu dan ayahnya setiap kali selepas solat.

Masdiana seorang tukang masak , hobinya ialah memasak , mencipta dan mengubah resepi-resepi sedia ada. Dia pernah bekerja sebagai tukang masak di beberapa buah restoran di sekitar ibu kota. Pada jangkaan Masdiana, dia ingin sekali melihat mak mertuanya berehat, menonton ‘ tv’, membaca surat khabar atau menghabiskan masa dengan mengaji dan beribadah. Biarlah dia menunjukkan  kepakarannya memasak dan memberi hidangan yang berlaianan setiap hari kepada mak mertuanya.

Tetapi jangkaan Masdiana meleset sama sekali, rupa-rupanya mak mertuanya tidak sedikitpun berfikiran seperti Masdiana. Pada dia, kerja-kerja memasak, biarlah dia uruskan sendiri. Dia lebih suka menghabiskan masanya di dapur dari 8.30 pagi sehingga jam 12 tengah malam setiap hari, tanpa berehat atau tidur di waktu siang.

“Kenapa mak tidak mahu serahkan saja tugas-tugas di dapur kepada kak Mas?.” Tanya Masdiana kepada adik iparnya pada suatu hari.

“Mestilah dia tidak akan lepaskan dapur dia kepada kak Ma situ dapur dia, dah hari-hari dia buat kerja macam tu.” Jawab adik iparnya.

Kadang-kadang  Masdiana hairan memikirkan, apakah yang dibuat mak mertuanya  setiap hari, di dapur. Kalau Masdiana cerita perkara ini kepada orang lain, tentu mereka tidak akan percaya, kerana jika usia seseorang itu mencecah 80an, selalunya mereka lebih suka berehat daripada membuat kerja-kerja rumah. Mereka lebih rela menyerahkan semua urusan rumah tangga kepada anak-anak dan menantu. Mereka akan bersyukur jika ada menantu yang menjadi surirumah sepenuh masa. Ini tidak, berlainan benar dengan sikap mak mertua Masdiana, dia tidak menyangka sama sekali, keadaan seperti ini masih ada di zaman sekarang.

Mak mertua Masdiana akan selalu memeriksa barang-barang makanan yang di simpan di dalam peti sejuk, apa lagi jika makanan itu Masdiana yang masak, tidak sampai 24 jam berada dalam peti sejuk, dia akan terus membuangnya ke dalam tong sampah, tanpa bertanya terlebih dahulu, samada  Masdiana dan Azizul masih mahu memakannya. Tetapi jika masakannya, walaupun sudah tiga empat hari di perangat, masih di simpan di dalam peti.

Masdiana selalu tersinggung dengan perbuatan mak mertuanya, tetapi apa boleh buat, itu rumahnya. Masdiana hanya menumpang. Masdiana ingat itu. Ingat sampai bila-bila dan sedar siapa dirinya. Dari mana asal usulnya. Sebab itu  Masdiana terasa kecewa, dengan sikap mak mertuanya yang suka membazir dan membuang barang-barang tanpa rasa sayang. Masdiana datang dari keluarga yang miskin. Tidak pernah membuang barang-barang makanan yang masih boleh di makan. Masdiana terasa pelik dan  janggal dalam situasi itu.

Pernah satu hari Masdiana menyuruh suaminya membeli udang geragau untuk rencah masakan. Udang geragau sangat wangi dan menambah kelazatan di dalam sayuran dan masakan. Udang geragau itu masih di dalam plastik, sudah lesap di buang mak mertuanya.

Apabila Azizul bertanya kepada ibunya, ibunya hanya menjawab “uh, mak dah buang!.”

“Kenapa mak buang?, kan udang tu dalam plastik lagi mak, udang tu tahan bertahun-tahun, apalagi plastiknya belum di buka dan disimpan di dalam peti sejuk.” Jelas Azizul kepada ibunya.

Tetapi ibunya buat-buat tidak dengar sahaja, tanpa rasa kesal dan bersalah.
Memang dia banyak duit. Pencen yang dia dapat setiap bulan pun mencecah RM 3000.00. Tetapi tidak bermakna dia boleh membazir sesuka hatinya. Membazir itukan perbuatan syaitan.

“Memang dari dahulu perangainya begitu, tidak boleh di ubah lagi sikap boros dan membazir.” Kata Azizul sambil menggelengkan kepalanya.

Kesal dengan sikap emaknya yang tidak pernah mahu mendengar setiap teguran anak-anaknya. Dia akan buat ikut hati dan perasaannya sendiri walaupun perkara yang dilakukannya itu banyak yang salah. Adik beradik Azizul yang lain pun selalu menegur sikap pembaziran maknya itu, tetapi tidak pernah diendahkan olehnya. Dari dia muda sehingga sekarang, sikap membazir dan cerewetnya itu semakin menjadi-jadi.

“Lihat mak, pisang ini baru jer mak beli semalam, hari ini dah Nampak lebam-lebam, esok mesti lembik dan sudah tidak sedap untuk dimakan.” Beritahu Azizul kepada emaknya.

 Setiap kali selepas emaknya membeli pisang, pasti dia akan mencucinya. Dia akan cuci bersih-bersih kulit pisang itu dengan sabun dan digosoknya dengan berus pencuci pinggan. Apabila kulit pisang itu di tenyeh dengan berus, mudah bagi baktiria perosak menyerang kulit pisang dan menembusi isi pisang yang manis dan sedap itu. Setiap kali keluarga itu akan makan pisang sisa baktiria dan setiap kali itu juga semua pisang- pisang itu, akan lembik dan berair apabila masuk hari yang ketiga. Sudah puas Azizul dan Masdiana menasihatinya. Terangkanlah dalam bahasa dan ayat bagaimana bagus sekali pun, pada dia, cara dia itu sahaja adalah yang terbaik.

 “Uh, mak tak suka pisang ini disentuh dan dijamah oleh semua orang, mak geli, baik mak basuh.” Kata ibunya.

 Selagi mak mertua Masdiana itu tidak merubah tabiat buruknya itu, pembaziran akan tetap berlaku. Bukan itu sahaja, Azizul Azrai akan disuruh maknya membeli segala buah-buahan setiap kali ada pasar minggu. Selalu buah-buahan di dalam peti itu akan layu dan kecut, tidak sempat dimakan. Hampir setiap hari, jika ‘Apek” penjual sayur ada menjual buah mangga dan betik, dia tetap akan membelinya, walaupun di dalam peti sejuk sudah ada pelbagai jenis buah.

No comments: