Friday 5 October 2012

sambungan untuk di sulam.

"Abang,..mas tak selesalah untuk ada sama-sama malam ni...." Kata Masdiana semasa di hadapan rumah, sewaktu suaminya sedang membersihkan barangan akuarium ikan. 

Ikan emas yang di bela Masdiana cepat besar dan selalu sahaja air di dalam aquarium itu menjadi keruh.

"Hah,., jangan buat lagi..kali ini Mas nak buat alasan apa pulak...macam dah terbayang di fikiran abang apa yang Mas nak buat kali in
i....." Kata Azizul melarangnya.

"Abang..Mas belum bersedia lagi untuk makan bersama-sama dengan adik-beradik abang..Mas bukannya bergaduh, cuma mas terasa macam tidak di layan, tidak setraf mereka,,,tidak ada apa yang hendak di bualkan..." Jelas Masdiana sedih.

"Awak duduk jer buat tak tau..masa makan...awak makan.."Kata Azizul lagi memujuk hati Masdiana.

"Abang tahu tak setiap kali adik-adik abang talipon mak,..mereka tidak pernah sebut atau tanya khabar tentang Mas..macam petang semalam tu, menantu bongsu kesayangan mak talipon...tidak sebut apa pun tentang Mas..memang dia tidak ada malam ni..tetapi jika hati dan perasaan Mas ini sedih dan tersinggung..Mas tidak reti nak berpura-puralah bang..nanti jika ada ternampak perangai Mas yang mungkin boleh menyebabkan rasa tersinggung di hati mereka, macamna..?, baiklah Mas tidak ada malam ni bang...." Rayu Masdiana lagi.

Azizul azrai terdiam. Dia meneruskan kerja-kerjanya mencuci akuarium itu. Masdiana menuju kedapur.

"Ya Allah, apa yang mak aku buat kat dapur dari tadi,?..tidak ada satu lauk lagi yang di masak?..sekarang jam sudah pukul 2.00 petang..kalau duduk sendiri tentu senang saja nak masak.. Azmir dan Azizul, makan budu,,..ada jer ikan bakar, ulam-ulam celur dan sayur lemak..dah..ini, nak kena tengok apa yang dia teringin nak makan dahulu...nak masak yang susah-susah..lama-lama...ada kari..baru nak makan..dah lah cerewet, budu, jangan haraplah nak disentuh...."Keluh hati kecil Masdiana.

Mak mertua Masdiana suka makan lewat-lewat. Selalunya pukul 3.00 petang. Jika Masdiana masak seawal jam 12.00 tengahari pun, ada sahaja alasan dia untuk mengelak daripada makan awal.

"hari ini Mas masaklah apa yang Mas nak masak, mak tak mahu masak hari ini..."Jika itu ucapan daripada mulut mak mertuanya, memang senanglah bagi Masdiana untuk memasak pada hari itu.

Ini, macam main tarik tali pula, macam dia nak masak, kadang-kadang seperti dia harap Masdiana yang masak. Kadang-kadang Masdiana terfikir, macam sengaja nak cari pasal dan apabila dia tidak puashati, dia akan mengadu kepada Azizul.

9 comments:

MONALITA MANSOR said...

"Abang,..mas tak selesalah untuk ada sama-sama malam ni...." Kata Masdiana semasa di hadapan rumah, sewaktu suaminya sedang membersihkan barangan akuarium ikan.

"Abang, Mas tak selesalah untuk ada sama-sama malam ni," kata Masdiana semasa berada di hadapan rumah. Sewaktu suaminya sedang membersihkan barangan di dalam akuarium ikan.
*kalau dialog berakhir dgn perkataan kata, ujar, sela, (senang kata perbuatan menggambarkan pelaku tu bercakap mesti koma dan disusuli dgn huruf kecil, sayapun tak faham kalau diterangkan dgn konsep gantinama ni..)

MONALITA MANSOR said...

baris 2 : dibela - bela adalah kata perbuatan. kalau 'di' bertemu dgn kata perbuatan cth: makan, minum, lari mesti dirapatkan jadi dimakan, diminum, dilarikan
kalau 'di' bertemu dgn kata nama cth tempat atau masa barulah dijarakkan. cth: di KL. Di mana, Di dalam.

"Hah,., jangan buat lagi..kali ini Mas nak buat alasan apa pulak...macam dah terbayang di fikiran abang apa yang Mas nak buat kali in
i....." Kata Azizul melarangnya.
"Hah, jangan buat lagi! Kali ini Mas nak buat alasan apa pulak? Macam dah terbayang di fikiran Abang apa yang Mas nak buat kali ini," kata Azizul melarangnya.

MONALITA MANSOR said...

"Abang..Mas belum bersedia lagi untuk 1*duduk* makan bersama-sama dengan adik-beradik abang.2*.*Mas bukannya bergaduh, cuma mas terasa macam tidak 3*di layan, tidak 4*setraf mereka,,,tidak ada apa yang hendak di bualkan..*5." Jelas Masdiana sedih.

1*rasanya kalau tambah duduk lebih simbolik.
2* satu titik cukup. 'Mas digunakan utk ayat baru.
3*layan- kata perbuatan = dilayan
4* he he...
5...," jelas Masdiana

MONALITA MANSOR said...

"Awak duduk *1*jer buat tak tau..masa makan...awak makan.*2."Kata Azizul lagi memujuk hati Masdiana.

"Abang tahu tak setiap kali adik-adik abang *3 talipon mak,..mereka tidak pernah sebut atau tanya khabar tentang Mas..macam petang semalam tu, menantu bongsu kesayangan mak talipon...tidak sebut apa pun tentang Mas..memang dia tidak ada malam ni..tetapi jika hati dan perasaan Mas ini sedih dan tersinggung..Mas tidak reti nak berpura-puralah bang..nanti jika ada ternampak perangai Mas yang mungkin boleh menyebabkan rasa tersinggung di hati mereka, *4 macamna..?*5, baiklah Mas tidak ada malam ni bang...*6." Rayu Masdiana lagi.

Azizul azrai terdiam. Dia meneruskan kerja-kerjanya mencuci akuarium itu. Masdiana menuju kedapur.

*1 jer = je/aja. bahasa sms/pasar -nnt editor marah
*2 ...," kata Azizul
*3 talipon = telefon. bahasa pasor - nnt editor marah. he he
*4 macamna - macamana
*5?, tak perlu. ? sahaja. ayat seterusnya langkau dua baris dan mula huruf besar.
*6 ...,"rayu Masdiana (saja bagi cth yang ni banyak-banyak, supaya kita senang faham)

Azizul *Azrai terdiam. Dia meneruskan kerja-kerjanya mencuci akuarium itu. Masdiana menuju *ke dapur.

MONALITA MANSOR said...

."Keluh hati kecil = ,"keluh hati kecil. Bonda, perenggan ni tak kalau tak gunakan pengikat kata pun tak apa. bezakan tulisan atau sengetkansebab ia monolog. cumanya, elok dimatikan ayat dgn noktah. baru nampak kemas sikit.

Mak mertua Masdiana suka makan lewat-lewat. Selalunya pukul 3.00 petang.

Mak mertuanya suka benar menghadapi hidangan tengahari ketika orang sudah minum petang. Selalunya sekitar jam tiga. Boleh?

"1*hari ini Mas masaklah apa yang Mas nak masak, mak tak mahu masak 1*hari ini..2*."Jika itu ucapan daripada mulut mak mertuanya, memang senanglah bagi Masdiana untuk memasak pada hari itu.

1* ayat berulang. Bonda buanglah salah satu.
2*.."Jika. Hoye.. yang ni betul

Ini, macam main tarik tali pula, macam dia nak masak, kadang-kadang seperti dia harap Masdiana yang masak. Kadang-kadang Masdiana terfikir, macam sengaja nak cari pasal dan apabila dia tidak puashati, dia akan mengadu kepada Azizul.

Ini tidak. Macam main tarik tali pula. Seperti dia hendak memasak, tetapi riak wajah mempamer meminta Masdiana yang turun ke dapur. Kadang-kadang Masdiana terfikir, bagai sengaja mencari sebab. Bila tidak berpuas hati, dia akan mengadu kepada Azizul.

Ayuni Ulfat said...

oo, terima kasih, bonda masih tidak faham lagi nak buat latihan tubi ni..

Ayuni Ulfat said...

bab ni bonda tak reti sangat nak buat...tapi bonda cuba lagi..tQ..

Ayuni Ulfat said...

mona buat camni senanag kalau nak edit [ perkataaan yg salah] [[ perkataan yg telah mona edit]]
copy dulu post bonda dan buat kurungan di mana2 yang salah dan buat dua kurungan setelah mona edit.

Ayuni Ulfat said...
This comment has been removed by the author.