Friday 29 June 2012

~masa 'dia' naik sembahyang, aku turun kebawah..
memang aku suka sayur lemak terung campur tempe, apalagi masaklemak tu rencahnya isi ikan kembung rebus..pekat dan sedap..
"nak pergi tak?.." jomlah..", kata suamiku mengajak..
"ermm"..kata ku sambil merenung mukanya..
aku perhatikan wajah suamiku yg memandang hiba tepat kewajahku, dia sedar aku selalu makan hati..suamiku pun tahu perangai 'dia'. memang semua org tahu perangai 'dia' tapi apa boeh buat..
"hah, jomlah"..ajak suamiku lagi..
"kata tadi xnak makan kat rumah, nak makan kat luar, abang nak ajaklah ayang pi giant, makan kat sana..., nak pergi ke tidakni?..tanya suamiku lagi..
aku jadi serbasalah.,
"ni ha, mak suruh beli macam2, katanya esok nak masak dalca"..terang suamiku lagi..
memang 'Dia' jika nak bongsunya balik tak habis2 dgn dalcanya, kari ikannya atau musamah daging dan air asamnya, itu saja yg akan menjadi hidangan, membazir masaknya banyak2 pulak tu..
sampai 3, 4 hari dok perngat yg sama naik muak aku rasakan.
org lain xperlah sesekali makan..
"hah, cepatlah, nak pergi ke tidak ni?,..kata suamiku lagi..
aku ni jenis bukan suka sangat keluar hanya setakat nak makan, kalau xiya2 xperginya, banyak sangat kerja kat dalam bilik ni nak aku setelkan.
sambil suamiku menonton TV aku ambil nasi, sayur lemak, ikan masin talang dan sebelah telor asin. itu jer, kumakan juga. sambil suamiku menggeleng kepala bila kami bincangkan hal 'dia', tidak boleh nak tegur dan ubah lagi, cakap boleh tetapi nakkan perubahan tu, memang payah..
setelah aku selesai makan, aku cuci pinggan dan hantar suamiku di pintu rumah, sambil suami menutup pintu, "nak ikut ke tak nak?, teman abang pergi giant ni?..xnak ukt pun xperlah, dok kat rumah, kemas baju yg kita nak bawak tu"..cadang suamiku..sambil mulutnya muncungkan kearah bibirku..kucupan sayanglah katakan..
buat sedikitku tersenyum.
aku biarkan suamiku meluncur keluar dgn teksinya, dan aku duduk di bawah pohon lemuni sambil menghirup angin yg sepoi2 bahasa.
wah!! nyamannya ., sejuk rasa hatiku saat itu.
aku duduk di atas batu tembok tepi pagar sambil memotong kuku.
Indahnya petang ini kurasakan sedikit ketenangan dan kedamaian jiwa.
Lalu aku mengangkat punggungku dgn payah dan melangkah masuk sambil mengunci kedua2 pintu pagar dan rumah, ku dengar 'dia' sudah turun kedapur meneruskan pekerjaannya. itu sajalah yg dia fikir, makan dan makan. masak apa, masak apa. dari pagi sampai pukul 12 malam baru lah berehat. dapur begitu penting buat 'dia' jangan ada sesiapa hendak menaklukinya.
dan aku dgn caraku..Facebook teman bicara....

No comments: