~aku di minta hanya memasak satu lauk saja iaitu
'sayur lemak', masaklah apa2 sayur pun..
aku pun menggeledah peti sejuk, sayur apakah yg sesuai di masak sayur lemak..
org tua ni memang tersangat2 pelik perangainya, bila sayur berdaun hijau penuh dalam peti dan pebagai ada, kangkung, kailan, di belinya lagi sayur pucuk keledeklah..katanya aku suka, nampak ada, beli..
padahal membazir, pastu bila aku tegur, dia kata, dah stop beli sayur. dah bila xda sayur berdaun, xbeli apa2 sayur pun pulak, pastu suruh aku masak sayur lemak..
"ada terung"..bisik hatiku..
lalu aku pun potong sebatang terung dan sekeping tempe.
ada ikan kembung, aku rebus dan di tumbuk bersama bawang merah dan sedikit lada hitam..
sekejap saja sayur lemak tu dah pun masak.
Dia masak sambal ikan dan kari semalam, ikan talang kering dan telor masin semalam.
Dia hidang dan ambil beberapa biji pinggan..
" makan dululah ya dgn abang,.." kataku, memang xda selera jika aku beradap makan di depannya..baik aku makan sendirian..
"xnak makan lagi ker"..tanya dia. "ya.." jwbku sepatah dan aku menyusun langkah memanjat tangga satu persatu, aku tinggalkan mereka makan hidangan tadi..
Sambil aku melayan FB, tetiba aku terdengar org bercakap di dapur, hurmmm, aku dapat agak siapa yg datang..
Anak bongsu kesayangan dia yg datang..
biarkanlah mereka, makanlah, layanlah sampai keperut..
aku ni xpayahlah nak di pedulikan..
aku ni siapalah jika nak di bandingkan dan aku sedar...
mereka sedikit pun tidak hairan..
tetiba teleponku berbunyi..
"ayang, abang nak gi giant ni, nak ikut tak?.." pelawa suamiku dari bawah. suamiku berada di ruang tamu tadi sambil TV tengok dia ternganga.. suamiku tahu, aku belum makan....
dapatlah aku makan di luar...sambil tersenyum di dalam hati..hanya suami sajalah sedikit tempatku bermanja dan mengadu..
No comments:
Post a Comment