Friday 29 June 2012

~aku seorg tukang masak dan aku boleh memasak pelbagai jenis lauk dan jika nak tukar pelbagai masakan setiap hari pun boleh.
tidak ada masalah langsung. aku memang suka memasak.
tetapi hati ku terasa amat2 pedih dan kecewa.
hasrat hatiku tidak tercapai sama sekali. walaupunlauk pauk penuh dalam peti, semua sos dan segala macam perisa ada. aku tidak di beri peluang utk memasak.
Impian aku adalah untuk menjaga 'dia' dan memberi dia makan dan minum setiap hari.
Aku salah tafsir, dia begitu cerewet dalam memilih makanan. makanan dia sajalah yg dianggap paling suci dan paling bersih.
jika adalah makanan dari luar di tapau balik, tak sampai 4 jam makanan itu akan terjun di dalam tong sampah.
jika dia yg masak, 4 hari perangat pun masih di makan, tetapi jika aku yg masak, tak sampai 24 jam dah tanya nak makan lagi ke tidak, walaupun hancur hatiku apa nak buat sabarkan saja.
sehingga aku benar2 faham sikapnya.
dia memang tidak suka org lain masak, walaupun sesedap hidangan istana sekali pun.
dia seperti cemburu apabila masakanku disukai suamiku dan anak2 tiriku.
dia begitu rimas, jika makananku ada dalam peti aisnya. aku suka tapai, dan xkanlah nak makan tapai tu setiap hari sampai habis, sedangkan tapai boleh di simpan lama. mata dia misti berbulu melihat makanan yg banyak didalam peti ais, dia lebih rela penohkan tong sampah daripada penuhkan peti sejuk.
sayang..memang sayang, membazir memang membazir.
dalam bab satu2 perkara pula, dia tidak pernah nak dengar atau ambil kisah apa yg aku suarakan atau bagi pendapat atau nasihat berguna.
perkara yg paling aku ingat dan kecewa sungguh ialah sewaktu utk mengadakan family dinner. masa tu 2 minggu selepas hariraya korban. ada sedikit tulang dan daging korban. aku mengsyorkan masak sesuatu juadah utk di makan bersama2 semasa berkumpul.
lalu dia setuju dgn cadanganku supaya memasak bihoon sup utara.
"nak masak mee mushroom sikit, A nak makan..", nama cucu kesayanganNya mintak nak tok masakkan mee mushroom. "oklah, jika nak masak mee mushroom pun ok jugak..masaklah mee mushromm semua, sb bendanya sikit nanti xcukup pulak org lain nak makan sama, org lain xkan nak tengok saja..", kataku memberi cadangan.. "tak mo2, masak bihoon sup jugak, itu B yg nak makan"..katanya. B tu adakah suamiku. "alah ,, jika B nak makan, nanti saya masakkan jer seperiuk utkya lain kalikan boleh.." kataku,.
"xmo2..masak jugak, masak lebih2 sikit kuahnya..." perintah dia..
aku terpaksa juga mengikut arahannya, sebb aku tahu, dia lebih suka hidangan penuh meja, walaupun tidak masuk akal dua hidangan mee berkuah.
apa lagi, semua org makan mee mushroom, maklumlah 'dia' yg masak, kalau xmakan, apa kecik pulak hati dia. sedangkan apa yg aku masak tu, org tak makan tak apalah, sb aku tak penting nak di jaga perasaan dan hati. 'Dia' lagi pentingkan. lagipun perut mana nak muat dgn hidangan yg hampir serupa.
Esoknya, satu periuk sup aku terpaksa di tuang kelongkang..sayu hatiku, tetapi segala yg berlaku itu membuatkan aku begitu faham dgn sikapnya, bahawa, dia tidak puashati jika tiada masakannya didalam satu2 hidangan itu.
"kan saya dah kata, baiklah masak mee mushroom satu saja, xpayah masak bihoon sup, kan dah xcukup cucu2 nak ratah mushroom tu"..kataku memberi nasihat, agar lain kali, dengarlah nasihat anak menantu sama.
"hah, lain kali xpayah nak masak mee2 ke apa ke, dah stop.." jawapan dia yg begitu mengguris hatiku. dari situ aku semakin faham sikapnya.
Dia seolah2 mahu buktikan kepada aku bahawa masakannya lebih di sukai ramai. sebb itu aku jadi semakin rendah diri dan tidak suka banyak bersuara atau menyuarakan sesuatu cadangan.
apabila dia bertanya"apa nak masak hari ini kita?.."masaklah apa2 yg rasa nak makan, saya tak kesah apa2 pun.." itulah hari2 yg akan aku jawab setelah peristiwa itu berlaku..
berbekas sungguh..

No comments: