Wednesday 28 November 2012

diary seorang menantu bahagian 2



[[Diari seorang menantu;
6/12/12

Maya Saya sudah lama bersabar.
Maya Sara sudah lama berbuat baik, cuba menjadi seorang ieteri, seorang menantu dan seorang ibu tiri yang baik.

Pagi-pagi lagi sebelum anak tirinya yang sulung pergi kerja, dia sudah siapkan sarapan dan teh 'O' kegemaran anak tirinya.

"Mari sarapan dulu, teh pun dah siap"
Anak tirinya hanya diam menbisu. Hati ibu tiri mana yang tidak terluka.
Seolah-olah apa yang di buat di rumah ini, tidak ada pun yang berkenan di mata mereka. Kenapa?, sering Maya Sara bertanya di dalam hatinya.

Air matanya sentiasa tergenang setiap hari. Tidak ada siapa yang tahu. Tidak ada siapa yang tahu keadaan Maya Sara sebenarnya.

Siapa lagi hendak dia bercerita, hanya di dalam sebuah diari ini.
Diari yang sedang kita baca ini.

Sampai bila harus Maya Sara bersabar. Memang ujian ini terlalu kecil untuk di bandingkan. Terlalu kecil buat Maya Sara, tetapi jika setiap hari? Maya Sara sangka dia boleh merehatkan mindanya apabila emak mertuanya tiada dua minggu ini, tetapi bertambah keruh pula jadinya.

Adakah Maya Saya sepatutnya sentiasa melayan terus-terusan begitu? kutip setiap kali cawan atau pekakas yang telah digunakan anak tirinya yang bersepah di mana-mana?. Angkat kain baju yang anak tirinya sidai di balcony? Kemas segala kain pelikat, tuala, jeans yang tersangkut di meja makan di ruang tamu? Sapu habuk rokok yang bersepah di merata-rata?

Tetapi apa yang dibuat cucu kesayangannya ada siapa berani tegur? Pandailah dia akan berkemas setelah tiba hari kepulangan neneknya nanti.

Dengarnya cucu kesayangannya itu akan pergi menjemput neneknya ke sana. Maya Sara akan bertegas pada dirinya. Dia akan menjadi dirinya. Tentu cucunya akan mengumpat keburukannya.
Mungkin cucunya ada agenda lain untuk rumah ini.
Mungkin dia mahu bernikah dan ingin duduk di sini?
Mungkin dia tidak mahu adanya Maya Sara? Manalah kita tahu.
Kalau tidak, kenapa Maya Sara di pandang seperti musuh? Apa salah Maya Sara terhadapnya?

Mungkin juga benar sebagai kata pepatah, Kapak tak boleh membelah kayu kalau bukan kayu pula yang menjadi hulunya.]]






[[Diari seorang menantu;
6/12/12

Dua tiga hari ini, Maya Sara rasa benar-benar malas.
Rasa tersinggung yang amat sangat.
Semalam Maya Sara telah memasak nasi goreng untuk sarapan pagi, tidak ada siapa yang makan.

Apabila Petang pula Maya Sara memasak kari ayam untuk dicecah dengan roti jala, Suami Maya Sara sorang saja yang menjamahnya. 

Pada Malam hari, Maya Sara sudah malas untuk memasak nasi.
Suaminya akan lambat balik, sampai jam 3.00 pagi selalunya, tidak mungkin dia akan makan malam lagi.
Anak tiri yang kecil tu sudah tidur dari petang.
Dia suka berjaga sebelah malam kerana bermain komputer game.

Anak tirinya yang sulung tu, yang sudah hendak mencecah 40 tahun, mencuka tidak tentu hala.
Langsung tidak akan menjamahnya. Kalau dulu, masakan Maya Saralah yang di tunggunya.

Maya Sara menjadi malas untuk turun ke dapur, di biarkan saja.
Biarlah!

Maya Sara mengunci pintu biliknya. Setelah menggosok baju kerja suaminya, Maya Sara berkurung sehingga pagi.

Ya, Allah! Maya Sara terlupa untuk buang sampah ke dalam tong sampah di belakang rumah.
Ulat sudah memutih dilantai dapur.

Maya Sara tidak turun cepat ke dapur kerana anak tirinya sudah berumah tangga di ruang tamu semenjak neneknya tidak ada.
Maya Sara jadi bercinta untuk turun ke dapur, meluat untuk melihat muka anak tirinya yang tua itu bagai tunggul dihias, perangainya pula menyakitkan hati. Setelah dia keluar pergi kerja, barulah Maya Sara akan turun ke dapur.

Kalau emak mertuanya ada, sampah dalam tong, akan cepat penuh, ini tiga hari pun sampah tidak penuh-penuh, manalah Maya Sara perasan. Lagipun masa sekarang ini terlalu cepat berlalu.
Orang lain, tidak akan ambil berat tentang hal sampah di dapur, itu sudah menjadi tugas Maya Sara selama ini.

Habislah Maya Sara akan menjadi bahan umpatan keji.
Kalau terdengar apa-apa nanti Maya Sara akan mengaku yang dia adalah seorang menantu yang pemalas. Habis cerita!]]




[[Diari seorang menantu:

Hari ini, 4hb Dec. 20012.

Hari ini Maya Sara menelefon suaminya supaya membeli lauk pauk.
Dia tidak mahu memasak hari ini, banyak kerja yang hendak dibereskannya. tetapi terasa cepat benar masa berlalu, tidak sampai satu minggu lagi, mak mertuanya akan balik ke rumah.
Banyak perkara lagi yang belum selesai.

Anak tiri sulungnya, memang tidak beradap, apalagi untuk menghormatinya sebagai seorang ibu. Maya Sara tidak kesah pun jika dia tidak peramah, tetapi kalau ada hal penting tu, apa salahnya bercakap sepatah dua, ini tidak, muncung saja 24 jam.

Maya Sara masih bersabar juga. Setiap kali setelah nasi terhidang, Maya Sara tidak pernah lupa untuk mempelawa anak tirinya makan, tetapi tidak sepatah pun berjawab.
Maya Sara masih juga bersabar.

Suami Maya Sara telah membeli lauk pauk kesukaan anak bongsunya. Banyak sekali, sampai penuh meja, tetapi berbaloi, sebab harganya cuma semurah Rm 30.00.

Semalam, Maya Sara ada berkata kepada anak tiri sulungnya
"Kalau Asri nak basuh baju, letaklah ke dalam mesin basuh, nanti makcik mesenkan dan sidaikan. Asri buat-buat tidak dengar dan bersahaja. Tidak apa. Maya Sara masih bersabar.
Kalau tidak silap Asri ada mencuci bajunya kelmarin, tetapi Maya Sara tidak nampak dia sidai di mana dan Asri pun tidak berpesan supaya mengangkat baju di ampaian. Kalau apaian di balcony itu di heretnya ke tengah, baju-bajunya tidak akan terkena tempias. kalau tidak mesti basah lencun. Dia tidak boleh salahkan Maya Sara, dia yang tidak mahu bertegur sapa dengan Maya Sara, apa sebabnya, Maya Sara pun tidak tahu.

Tadi, pukul 5. 30 petang ketika Asri balik dari kerja, hujan tengah lebat turun, dia pergi kerja menggunakan motor suami Maya Sara. Kereta besarnya hanya di simpannya di bawah garaj.
Jika neneknya ada di dapur, dia akan memanggil neneknya dengan mesra dan neneknya akan membuka pintu pagar belakang dapur, kerana motor itu hendaklah di simpan di situ.
Berdentum dentam bunyi pagar besi dapur berserta bunyi degusan kuat keluar daripada mulut Asri. membebel sendirian. Adik tirinya yang berada di bilik belakang pun tidak menolongnya membuka pintu belakang agaknya. Sebab itu dia marah benar. Biarkan dia...

Pernah beberapa kali Maya Sara menolongnya membuka pintu belakang apabila Asri pulang dari kerja, tetapi apa yang Maya Sara dapat, hanyalah sakit hati. Begitu juga si kecil itu pun sama perangainya. Maya Sara peduli apa, jika begitulah sikap mereka, biarkan sajalah, asalkan dia tidak mengganggu tugas-tugas Maya Sara, itu sudah cukup bagus.]]




[[29/11/12
Maya Sarah membuka matanya seawal pagi setelah mendengar kicauan burung di tepi jendela.
Alhamdulillah, masih lagi di pinjamkan Allah, nyawanya pagi ini.
Dibukanya selak pintu biliknya, lampu di ruang atas, masih bernyala, tingkap masih tertutup.
Television masih terpasang di ruang tamu.
'Aih, anak tiriku masih belum bangunkah? Selalunya di waktu begini di
a sudahpun bersiap untuk pergi kerja' detik hati Maya Sarah.

Maya Sarah, menjengok ke bawah, masih nampak hujung kaki anak tirinya berselimut, kaku. Dia tidur di ruang tamu kerana pendingin udara di dalam biliknya rosak.

Setelah semuanya siap, Maya Sarah turun ke dapur. Maya Sarah bukan suka bersarapan, padanya cukuplah hanya secawan nesvita.
Apa pula kata anak tirinya nanti, jika dia tidak membuat sarapan. Sikap anak tiri sulungnya itu sudah lain benar sekarang. Jika dahulu setiap masakannya sangat di sukainya, walaupun perangainya yang pendiam itu. Tetapi sekarang ini, setiap kali melihat ibu tirinya itu, matanya di renungnya bagaikan hendak menelannya, seolah-olah ada kesalahan besar yang pernah ibu tirinya lakukan. Apa dia? Apa kesalahan Maya Sarah? Sehinggakan lain benar sikapnya terhadap ibu tirinya itu?

Maya Sarah hanya diam. Buat-buat tidak tahu dengan sikap biadab anak tirinya itu. Dia membersihkan kailan dan di potongnya kecil-kecil, kerana sayur sawi sudah habis. Lantaklah, kailan pun kailanlah asalkan ada sayur hijau. Dua pek, Maggi perisa kari , direndam dengan air sejuk. Bawang merah dan bawang putih dimayang. 5 biji cili padi diketuk-ketuk dengan alu batu lesung.

Bila minyak di dalam kuali sudah panas, ditumisnya cilipadi, bawang merah dan bawang putih hingga wangi, sayur dimasukkan bersama serbuk Maggi perasa kari tersebut. Bau tumisan itu menyusuk hidung anak tirinya.

Achuum!!!
Anak tirinya pun bangun dari tidurnya pergi ke dapur lalu mencuci mukanya.

" Asri, makcik dah bancuh teh 'O' dan maggi goreng pun dah masak ni"

Dia hanya diam tidak berkata apa-apa. Bertuah punya anak tiri!
Biarkanlah. Walaupun sakit hatinya, dia redha sahaja.

Setelah mencuci bekas yang anak tirinya guna malam tadi, Maya Sarah membancuh segelas nevita, lalu menaiki anak tangga menuju ke tingkat atas.

Kain satu bakul hendak disidainya di balcony, dapat menjengok Betto dan Betty, apa khabar mereka agaknya.

"Wah! Ada kawan-kawan bertandang rupanya, najis burung bertaburan di lantai simen balcony itu. Sengaja Maya Sara membiarkan bijirin makanan burung di atas sangkar itu. Biar Betty dan Betto gembira dikunjungi kawan-kawannya.

Sesudah menyidai baju, Maya Sarah bermain-main dengan Betty dan betto, Kertas alas najis burung itu ditukarnya dan diganti dengan surat khabar lama yang bersih. Lantai semen balcony itu disapu.

Setelah itu Maya Sarah mengucapkan selamat tinggal kepada burung kesayangannya itu, lalu masuk kebiliknya. Setelah pukul 12.00 tengahari, Maya Sarah turun ke dapur, dilihatnya ada bekas untuk memasak telur separuh masak, gelas bekas bancuhan nestum dan mangkuk kecil sisa, telur separuh masak yang telah habis dimakan oleh anak tirinya, dibiarkannya berselerak di atas meja. Memang dia selalu begitu. Jika ada emak mertua Maya sarah, orang tua itulah yang akan membasuhnya setiap hari. Sarapan dimasaknya tadi tidak disentuh oleh anak tirinya. Tidak apa, asalkan dia telah pun menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu tiri.

Walaupun hati pedih, Maya Sarah membiarkannya saja berlalu, bagai angin yang disedutnya tanpa henti, jika mahu meneruskan lagi kehidupan ini. Dia mengambil sepiring maggi goreng itu, lalu pergi ke ruang tamu dan menonton astro. Syurga yang diimpikan, masih tidak juga dirasakannya. Mana-mana pun tidak gembira. Sabar sahajalah!
Sebagai manusia biasa sentiasa ada ujian dan setiap kesabaran itu tidak ada hadnya.]]


[[~Kenapa sesetengah orang tidak pernah menilai sesuatu itu seperti melihat satu titik merah di atas sehelai kain putih?
Atau selalu memilih cawan yang cantik untuk di minum, padahal hanya sekadar air masak putih?
~Ramai orang menilai dari rupa paras dan kebendaan sehinggakan melupakan ada hati-hati yang terhiris...]]

[[Pukul 5 petang rabu 28/11/12
~Assalamualaikum..
kami dah sampai di Bagan Belat..
baru saja sampai ni...
penat lagi...Allah....
Bilik semua full, ramai ada anak cucu.
Mas dah makan?"

"Belum..hari ini tak masak, makan laksa goreng je, kalau lapar nanti makan maggi"

"Makan maggi...kesiannya.."
"Oklah, bye...." suamiku pun mematikan talian telefonnya sebaik sahaja aku mendengar suara anak tiriku.]]

No comments: