Thursday 20 December 2012

diari seorang menantu sebelum edit.

petikan daripada eNovel; DIARI SEORANG MENANTU 

Hari ini 21/12/12

Aku turun ke dapur untuk menolong ibu meruaku memasak.

"Lapaq oo..lapaq" kata emak mertuaku, dia selalu begitu, kalau lapar, dia akan ulang-ulang. Kalau ibu kandungku dengar aku berkata begitu, pasti dia akan memarahi aku,

"Kita ni org Islam mana boleh kata lapar-lapar macam tu, istighfar sajalah di dalam hati dan berusahalah menyediakan makanan, jika kita kata begitu, maknanya kita telah menyeru syaitan, sebab syaitan sahaja yang akan berkata begitu"

Aku diam saja biarkanlah jika itu tabiat emak mertuaku, itu pun aku telah menegurnya sedikit masa dulu, jika dia masih ulang lagi, itu sudah lepas dari bidang kuasaku lagi.

"Mari kita makan nasi lemak dulu"

Kata emak mertuaku, yang kebetulan nasi lemak masih ada 2 bungkus, baru sahaja suamiku membawanya pulang sebentar tadi.

"Baiklah mak"

Sebaik sahaja aku sedang menikmati keenakan nasi lemak itu, emak mertuaku pun berkata;

"Roshidah nak pergi Terengganu hari ni, Roslan pulak nak pergi Singapura dengan Shamsiah dan anak-anaknya"

Seleraku tiba-tiba mati disaat itu juga. Terasa benar-benar sakit hati, bukan fasal cemburukan ipar duaiku, tetapi bengang dengan sikap mak mertuaku yang tidak habis-habis untuk mengulang-ulang atau pmenyebut-nyebut perihal dan rutin anak-anak menantunya yang lain di hadapan ku, Untuk apa semua itu? Untuk apa?
Aku berhenti menyuap nasi lemak itu dan memandang tepat ke dalam anak matanya, lalu aku cekalkan juga hati akau bersuara apa yang selama ini aku pendamkan. Inilah masanya!

"Mak, saya nak tanya sikit ni"

Mak mertua ku berhenti berkata setelah aku cepat-cepat memotong jalan ceritanya tadi. Dia memandangku dengan wajah yang serba tak kena.

"Mak, kenapa apabila hal-hal anak menantu mak yang lain mak boleh ingat mereka sedang buat apa pada masa ini? Sedangkan saya, pergi mesyuarat setiap haris elasa pun mak tak ingat?" soalku dengan agak keras dan rasa kecewa.

"Tak tahu"

Itu saja yang dia jawab. Nampak sangat! Air mataku terasa mahu menitik ke lantai. Aku mengekangnya agar tidak ketara.

"Biar saya jawab...Sebab, saya ni kecik di mata mak, saya ni tidak berpangkat, tidak ada rumah seperti mereka, saya ni hari-hari ada di hadapan mak, sebab itu apa yang saya cakap, apa yang saya buat, mak tak pernah nak ambil tahu dan ingat"

"Jangan cakap lagu tu, jangan ingat apa-apa, mak tak suka"

"Ya, mak memanglah boleh cakap yang mak ni tak suka, tapi saya ni ada perasaan mak, apa yang mak buat saya selalu berkecil hati mak, cuba mak duduk di tempat saya, apa yang mak akan rasa"

MUka emak mertuaku kelat dan pucat.

"Ni, tengah depan rezeki ni, tak baik cakap lagu tu"

"Mak boleh lah cakap, kalau saya ungkit masa tu, masa ada tulang daging korban tu, apa mak buat pada saya? mak ketegaq, satu periuk bihoon sup saya kena buang kat longkang, lepas tu mak boleh cakap pada saya, ha, lain kali jangan dok masak apa-apa, meehon sup ka, apa-apa sup ka, hancur luluh hati saya ni mak!"

Aku meluahkan persaan ku cukup-cukup.

"Mak tak pernah kata lagu tu aih"

"Ya, setiap kali apa yang mak cakap pada saya, saya tidak pernah lupa mak, saya ni menumpang, saya sedar diri siapa saya mak, saya cuma ada adik beradik 3 orang saja lagi, yang saya harap cuma abang saja suami saya, yang faham saya, orang lain semua faham kah?"

"Jangan cakap lagu tu, jangan cakap hina, orang tak peduli"

"Ya, mak boleh cakap macamtu sebab mak tak pernah rasa apa yang saya rasa, dan mak tidak pernah ingat apa yang pernah mak cakap kepada saya, sebab tu saya diam saja dan dah tahu, mak takan ingat dan tidak akan mengaku apa saja yang telah mak buat pada saya, sehingga saya berkecil hati. Saya tidak suka bercakap di belakang mak, apa yang saya tersinggung saya akan cakap atau saya akan berdiam diri. Saya dah anggap mak ini seorang yang pelupa, tapi saya tidak mak, setiap apa yang orang cakap dan buat pada saya, saya tidak akan lupa sampai bila-bila mak"

Ibu mertuaku diam tanpa kata. Aku mencuci tanganku dan berlari naik kebilik. Aku menangis semahu-mahunya.

No comments: