Sunday, 30 December 2012
Monday, 24 December 2012
Isteri ku yg terakhir, plot
Isteriku
Yang Terakhir
“Sayang, 23hb. December ini, adalah hari
ulangtahun perkahwinan kita yang ke 4. Terima kasih sayang kerana telah sudi
menjadi isteri abang. Abang sungguh berasa aman dan bahagia disisi Indah”
Lokman tidak
pernah lupa tarikh hari ulangtahun perkahwinannya dengan Indah, anak dara tua
yang hidup sebatang kara. Sebelum sempat Indah berumah tangga, dia sudah
kehilangan ayah dan ibunya. Arwah ayahnya meninggal kerana serangan jantung,
manakala ibunya meninggal kerana sakit tua. Pada masa itu, Indah bekerja
sebagai pembantu taska. Wajah Indah tidaklah seindah namanya. Tetapi luhur budi
seorang yang bernama Indah itu cukup sempurna buat menambat hati Lokman.
“Indah pun
sangat bahagia di samping abang. Semoga jodoh kita berkekalan”
Pasir pantai
di Pantai Bersih itu bersinar di simbahi cahaya bulan yang terang benderang.
Kelihatan ramai kaki-kaki pancing sedang menunggu umpan mereka diragut ikan.
Pernah juga Lokman mengajak Indah memancing di tepi Pantai Bersih itu, dengan
menggunakan joran yang di ikat kail tiga
mata.
“Hahaha...
abang dapat tiga bintang!”
Kesemua mata
kail itu terlekat tapak Sulaiman. Sejak itu Lokman serik untuk memancing lagi
di situ. Cuma pada malam itu, Lokman cuba mengingatkan kembali saat-saat manis semasa
dia berkenalan dengan Indah dan sering bertemu di Pantai Bersih. Bayu laut yang
dingin itu menyengat ke kulit mereka berdua. Lokman menanggalkan sweaternya dan
menyelimuti bahu Indah dengan penuh kasih mesra. Indah menyandarkan kepalanya
di dada Lokman, terasa benar kehangatan cinta Lokman terhadapnya.
“Terima
kasih abang, Indah bertuah sebab dapat memiliki hati abang, walaupun Indah
terpaksa menunggu lama”
Lokman
memandang tepat ke dalam mata Indah. Renungan mata Lokman membuatkan hati Indah
berdebar-debar. Cinta dan kasihnya sentiasa segar dan mewangi. Indah
menghadiahkan senyuman yang paling manis untuk suaminya di gigi Pantai Bersih
itu. Mereka berdua hanyut menikmati panah asmara cinta sejati. Pemandangan
cahaya lampu di Pulau Pinang di seberang lautan itu sungguh cantik sekali. Ada
beberapa buah kapal menghiasi lautan malam. Kapal pelancung menyimbahkan cahaya
lampu yang bergemerlapan di kejauhan, berkerdipan dan sungguh mempesonakan.
Cuaca malam itu begitu damai, dengan desiran ombak yang perlahan bagaikan irama
jazz yang romantik. Mengulit keterujaan pasangan suami isteri itu, di dalam
kedamaian cinta yang terpaut rapat; bersaksikan berjuta bintang yang
bersinar-sinar di permukaan langit.
“Jom kita
balik, nanti demam pulak berembun di tengah-tengah malam begini”
Lokman
memapah Indah dengan berhati-hati. Pasir pantai yang lembut itu meninggalkan
nostalgia buat mereka berdua. Mereka berjalan seiringan menuju ke kereta. Hotel
tanpa bintang itu di tuju, yang terletak di Bagan Luar, Butterworth. Sedari
petang tadi mereka telah menempah bilik di hotel itu untuk bermalam. Mereka
berdua datang ke Butterworth kerana untuk menjemput ibu Lokman yang datang ke
rumah adik-beradiknya kerana urusan harta pusaka selama dua minggu yang lalu.
“Indah,
perlahankan sedikit pendingin udara tu, sejuk sangat ni, abang tak tahan” kata
Lokman dengan dagunya bergetar-getar menahan kesejukan setelah keluar daripada
bilik air.
“Baiklah
bang”
Lokman mulai
merebahkan badannya ke atas tilam empuk di bilik hotel itu. Ditariknya selimut
yang tebal itu menutupi badannya. Dia tidak mampu untuk menyewa bilik hotel
yang bertaraf lima bintang, siap dengan sarapan dan buffet. Cukuplah untuk
mereka berdua menghabiskan masa dan berbual-bual bersama. Lokman hanya bekerja
sebagai pemandu peribadi kepada keluarga dato’ Azman di Kuala Lumpur. Kerja
Lokman tidak tentu masa, jarang sekali mendapat cuti. Lokman masih mempunyai
anak-anak untuk diberi nafkah dan perbelanjaan pelajaran mereka. Indah akan
menghabiskan masanya dengan menulis blog untuk menghilangkan rasa sunyinya
apabila ditinggalkan suaminya seharian.
Lokman merapatkan
mukanya ke dada Indah lalu memeluknya. Ada air jernih yang mengalir di hujung
kelopak matanya. Lokman sungguh terharu. Indah tahu perasaan Lokman yang selama
ini begitu kecewa dengan setiap kegagalannya di dalam perkahwinannya yang
terdahulu. Sepatutnya Lokman sudah hidup senang lenang dan tidak perlu lagi
untuk dia bekerja keras seperti sekarang ini. Kadang-kadang Lokman akan mengadu
belikatnya sakit-sakit dan lenguh kerana terlalu lama memandu kereta.
Thursday, 20 December 2012
diari seorang menantu sebelum edit.
petikan daripada eNovel; DIARI SEORANG MENANTU
Hari ini 21/12/12
Aku turun ke dapur untuk menolong ibu meruaku memasak.
"Lapaq oo..lapaq" kata emak mertuaku, dia selalu begitu, kalau lapar, dia akan ulang-ulang. Kalau ibu kandungku dengar aku berkata begitu, pasti dia akan memarahi aku,
"Kita ni org Islam mana boleh kata lapar-lapar macam tu, istighfar sajalah di dalam hati dan berusahalah menyediakan makanan, jika kita kata begitu, maknanya kita telah menyeru syaitan, sebab syaitan sahaja yang akan berkata begitu"
Aku diam saja biarkanlah jika itu tabiat emak mertuaku, itu pun aku telah menegurnya sedikit masa dulu, jika dia masih ulang lagi, itu sudah lepas dari bidang kuasaku lagi.
"Mari kita makan nasi lemak dulu"
Kata emak mertuaku, yang kebetulan nasi lemak masih ada 2 bungkus, baru sahaja suamiku membawanya pulang sebentar tadi.
"Baiklah mak"
Sebaik sahaja aku sedang menikmati keenakan nasi lemak itu, emak mertuaku pun berkata;
"Roshidah nak pergi Terengganu hari ni, Roslan pulak nak pergi Singapura dengan Shamsiah dan anak-anaknya"
Seleraku tiba-tiba mati disaat itu juga. Terasa benar-benar sakit hati, bukan fasal cemburukan ipar duaiku, tetapi bengang dengan sikap mak mertuaku yang tidak habis-habis untuk mengulang-ulang atau pmenyebut-nyebut perihal dan rutin anak-anak menantunya yang lain di hadapan ku, Untuk apa semua itu? Untuk apa?
Aku berhenti menyuap nasi lemak itu dan memandang tepat ke dalam anak matanya, lalu aku cekalkan juga hati akau bersuara apa yang selama ini aku pendamkan. Inilah masanya!
"Mak, saya nak tanya sikit ni"
Mak mertua ku berhenti berkata setelah aku cepat-cepat memotong jalan ceritanya tadi. Dia memandangku dengan wajah yang serba tak kena.
"Mak, kenapa apabila hal-hal anak menantu mak yang lain mak boleh ingat mereka sedang buat apa pada masa ini? Sedangkan saya, pergi mesyuarat setiap haris elasa pun mak tak ingat?" soalku dengan agak keras dan rasa kecewa.
"Tak tahu"
Itu saja yang dia jawab. Nampak sangat! Air mataku terasa mahu menitik ke lantai. Aku mengekangnya agar tidak ketara.
"Biar saya jawab...Sebab, saya ni kecik di mata mak, saya ni tidak berpangkat, tidak ada rumah seperti mereka, saya ni hari-hari ada di hadapan mak, sebab itu apa yang saya cakap, apa yang saya buat, mak tak pernah nak ambil tahu dan ingat"
"Jangan cakap lagu tu, jangan ingat apa-apa, mak tak suka"
"Ya, mak memanglah boleh cakap yang mak ni tak suka, tapi saya ni ada perasaan mak, apa yang mak buat saya selalu berkecil hati mak, cuba mak duduk di tempat saya, apa yang mak akan rasa"
MUka emak mertuaku kelat dan pucat.
"Ni, tengah depan rezeki ni, tak baik cakap lagu tu"
"Mak boleh lah cakap, kalau saya ungkit masa tu, masa ada tulang daging korban tu, apa mak buat pada saya? mak ketegaq, satu periuk bihoon sup saya kena buang kat longkang, lepas tu mak boleh cakap pada saya, ha, lain kali jangan dok masak apa-apa, meehon sup ka, apa-apa sup ka, hancur luluh hati saya ni mak!"
Aku meluahkan persaan ku cukup-cukup.
"Mak tak pernah kata lagu tu aih"
"Ya, setiap kali apa yang mak cakap pada saya, saya tidak pernah lupa mak, saya ni menumpang, saya sedar diri siapa saya mak, saya cuma ada adik beradik 3 orang saja lagi, yang saya harap cuma abang saja suami saya, yang faham saya, orang lain semua faham kah?"
"Jangan cakap lagu tu, jangan cakap hina, orang tak peduli"
"Ya, mak boleh cakap macamtu sebab mak tak pernah rasa apa yang saya rasa, dan mak tidak pernah ingat apa yang pernah mak cakap kepada saya, sebab tu saya diam saja dan dah tahu, mak takan ingat dan tidak akan mengaku apa saja yang telah mak buat pada saya, sehingga saya berkecil hati. Saya tidak suka bercakap di belakang mak, apa yang saya tersinggung saya akan cakap atau saya akan berdiam diri. Saya dah anggap mak ini seorang yang pelupa, tapi saya tidak mak, setiap apa yang orang cakap dan buat pada saya, saya tidak akan lupa sampai bila-bila mak"
Ibu mertuaku diam tanpa kata. Aku mencuci tanganku dan berlari naik kebilik. Aku menangis semahu-mahunya.

Saturday, 8 December 2012
diari seorang menantu bab terakir sebelum edit, sila ke blog enovel diari seorang menantu.
Diari Seorang Menantu Bab terakhir.
9/12/12
Maya Sara Membuka matanya di subuh hari yang dingin ini.
Hujan nan deras menggamit matanya melihat bantal yang baru tadi ditinggalkan oleh kepalanya.
Maya Sara gagahi juga melangkah menuju ke bilik air untuk berwudu'
Setelah sembahyang subuh, Maya Sara pun memanjatkan doa kehadrat Ilahi dangan menadah kedua2 belah tangannya yang terbuka luas itu setingg

i dadanya.
"Ya, Allah ya Tuhanku, kau ampunilah dosaku, dosa-dosa suamiku, dosa-dosa anak-anakku, dan dosa-dosa kedua ibu bapaku. Letakkanlah mereka ke dalam syurgaMu Ya, Allah.
Ya Allah Ya Somad, Kau ampunilah juga seluruh umat muslimin dan muslimat sekaliannya.
Ya, Allah Ya Latif, Kau bukakanlah pintu hatiku ini, supaya melihat yang baik-baik belaka, sesungguhnya yang tidak baik itu adalah bisikan syaitan yang direjam.
Ya, Allah Ya, Qayyum ,Yang Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani, Kau berilah aku kekuatan dan kesabaran. Kau jadikanlah aku selembut-lembut wanita dan sebaik-baik ucapanku.
Ya Allah Ya Wajiid, Kau berkatilah usia ibu mertuaku, sesungguhnya dia adalah sebaik-baik ibu mertua. Sesungguhnya aku bersyukur kepadamu Ya, Allah kerana telah menganugerahkan aku seorang suami dan seorang ibu mertua yang sangat mulia hati dan budinya. Seorang suami yang baik dan penyayang terhadapku.
Ya Allah Ya Razzaq, Kau berilah kepadaku, kepada seluruh keluargaku dan semua muslimin dan muslimat, rezeki yang melimpah ruah, agar dapat hambamu ini pergi menunaikan Fardu Haji ke Baitullah.
Ya Rahman Ya, Rahim, Kau tiupkanlah perasaan kasih sayang di dalam seluruh keluarga kami supaya kami di dalam keadaan yang berkasih sayang dan saling bantu membantu.
Solawat dan Salam kepada Junjungan Mulia Nabi Muhammad (SAW) serta para isteri-isteri baginda, sahabat-sahabat baginda serta seluruh kaum muslimin dan muslimat sekaliannya, Aamiiin Ya Rabbal Alamin..
Maya Saya meraut mukanya yang telah basah dengan deraian air mata itu perlahan-lahan. Maya Sara mulai menginsafi dirinya. Dia merasakan dia berada nun jauh di tempat yang sangat tinggi. Keluarganya dari keturunan orang yang baik-baik, berpangkat dan berdarjat. Ibu mertuanya juga seoarng yang pemurah dan tidak pernah lokek di dalam makan minum kepada anak cucunya.
senentiasa taat dan tekun melakukan kerja-kerja di dapur walaupun sudah berusia tanpa rehat. Sangat teliti dan senentiasa menjaga persikataran supaya bersih dan sempurna.
Dialah ibu mertua yang satu di dalam sejuta.
Maya Sara patut benar bersyukur. Maya Saya patut benar memohon ampun kepada ibu mertuanya.
Maya Sara mulai sedar, kerukunan rumah tangga dan hilai ketawa. Kecerian di dalam keluarga baru Maya Sara itu telah direntap oleh bisikan syaitan durjana, yang senentiasa suka memporak perandakan silatulrahim.
Maya Sara mulai bermuhasabah. Walau apa pun yang telah terjadi itu diredhainya. Maya Sara berjanji pada dirinya dan kepada Allah, dia akan senentiasa melakukan sesuatu kerana Allah. Menjalankan tanggunjawabnya kerana Allah. Redha dan memaafkan. Bersyukur dan menerima seadanya.
Maya Sara tidak sabar lagi untuk menunggu kepulangan ibu mertuanya, semoga di tahun baru ini, Maya Sara akan lebih terbuka dalam segala hal. Lebih menghargai masa berkualiti bersama keluarganya. Riang seperti dahulu. Tidak perlu terlalu merendah diri dan berburuk sangka.
Ya! Maya Sara akan senentiasa hadir di dalam perjumpaan keluarganya. Maya Sara tidak mahu merajuk lagi. Maya Sara tidak perlu mengharapkan pujian dan sanjungan daripada sesiapa, tetapi kerana Allah Azzawajalla. Kerana Allah Subhanahu wataalla, Dia Yang maha Kaya tidak akan pernah lupa kepada janjiNya itu.
Kesilapan pada diri Maya Sara sudah jelas bermain di mata hati dan di sudut kalbunya. Maya Sara akan melengkapkan senjata yang baru saja diasahnya untuk membunuh Syaitan yang durjana itu dengan ayat-ayat suci Al-Quranul Qarim seta zikir-zikir penghapus duka.
Air mata kekesalan yang merugikan masanya selama ini dikekangnya, bersama seribu perasaan penyesalan itu, pasti akan sirna dimamah doa.
Wahai anak-anakku dan saudara-saudaraku sekalian...
Sesungguhnya Syaitanlah yang paling DURJANA!. Perosak rumah tangga. Dan perangilah syaitan setiap saat, kerana dia senentiasa beranak pinak setiap detik berkali-kali ganda, dia senentiasa berada di mana-mana. Senyumlah, setiap kali bersua dengan kaum keluargamu yang tersayang, kerana keluargalah segala-galanya di dalam hidupmu. Dengan senyuman itulah akan membunuh berjuta syaitan yang berada di sekelilingmu wahai anak-anakku.
Wassalam.
Maya Sara menutup dairinya yang paling berharga itu dan akan di simpannya sebaik-baik mungkin, semoga ianya akan menjadi pengajaran buat semua yang menjumpainya sesudah dia pergi menyahut panggilan Ilahi.

Subscribe to:
Posts (Atom)