Friday 13 January 2012

Darjat Kasih Kita.

~Ibarat sang kutu air..
merayap di permukaan tanpa basah.
~begitu juga darjat kasih kita berdua..
walaupun dekat bersama tetapi tidak berkesan.
~dimanakah silapnya?..
dimana.. atau kerna benar2 darjat kita yg
selama ini terlalu kecil..
seperti kutu air di permukaan..
~nampak aman dan sentosa..
damai dan menenangkan.
sejuk mata memandang..
~tetapi terlalu siksanya buat sang kutu air..
tidak terasa basahnya air kali itu..
Tiada kenikmatan hidup yg sebenar2nya yg ingin di rasa, memberi dan menerima.
Aku pergi mencari erti sbenar kehidupan ini. jawapan kepada permasaalahan antara darjat2 kasih.
Kita sering seolah tidak di pandang, tidak di dengar, seperti adanya sang kutu air menghiasi permukaan.
Dan aku sering tidak di pedulikan. kata2ku tidk pernah berharga.. nasihat dan tunjuk ajarku di persendakan.
Dahulu aku sering sakit, dgn keadaan hidup yg berbeda. Kini tidak lagi. Aku mulai faham dan sedar.
Bahawa Darjat Kasih boleh di bina kekuatannya.
Aku berpegang satu kata2 nasihat "kita tidak boleh melawan arus, tetapi kita boleh mengikut arus tetapi jangan sesekali bermain arus"..perkataan arus boleh di gantikan dgn  angin.

No comments: