Wednesday 23 January 2013

isah seorg menantu sebelum diedit 2


“Jaga diri elok-elok ya Myra, berhati-hati selalu, jangan lupa baca doa, sebelum keluar rumah. Sekarang ini macam-macam boleh berlaku. Ingat selalu kepada Allah, mudah-mudahan Allah melindungi Myra.” pesan Masdiana, sambil mencium kedua-dua belah pipi anak gadis kesayanganya itu.
Masdiana terpaksa membiarkan anak daranya hidup berdikari. Air jernih bergenang di kelopak matanya, Masdiana cuba menahannya daripada menitis ke pipi. Apa boleh buat, Masdiana tidak dapat membawa Amyra untuk tinggal bersama-samanya di rumah emak mertuanya. Lagi pun bilik di rumah dua tingkat itu hanya ada 4 buah.
Bilik utama khas untuk mak mertuanya, bilik tengah adalah bilik anak tiri Masdiana. Azmin, duda tanpa anak itu adalah anak sulung Azizul Azrai yang sejak kecil tinggal di rumah itu. Cucu kesayangan neneknya. Azmin selalu keluar daerah dan meninggalkan neneknya sendirian di rumah itu.
Sebab itulah Masdiana dan Azizul mengambil keputusan untuk tinggal bersama emak mertuanya. Sekurang-kurangnya mereka dapat menjaga kebajikan emak mertuanya sepanjang masa kerana Masdiana lebih suka bekerja sendiri dan ada banyak masa di rumah.
Bilik 3, adalah bilik Masdiana dan Azizul. Semua bilik itu berada di tingkat satu.
Satu bilik kecil berada di tingkat bawah berdekatan dengan bilik air dan dapur di khaskan untuk anak-anak buah Masdiana, yang kebanyakannya lelaki. Jadi, tidak elok untuk Amyra menumpang di rumah itu.
Mak mertua Masdiana seorang yang sangat cerewet. Walaupun usianya sudah mencecah 82 tahun, namun dia masih kuat untuk membuat kerja-kerja rumah dan memasak. Dia tidak puas hati jika ada orang lain yang mengambil alih tugasnya memasak atau menyiang ikan, serta membasuh bahan-bahan makanan. Pada dia, orang lain tidak membasuh sebersihnya.
“Buhlah banyak skit sabun tu, cepatnya basuh pinggan, bersihka, bilaslah lama-lama skit” kata mak mertua Masdiana apabila melihat Azizul mencuci pinggan.
“Mak nak buh sabun banyak tara mana mak, nak bilas lama tara mana mak? tak bersih lagi kah basuh macamni.” jawab Azizul Azrai, yang begitu pelik dengan sikap ibunya.
Kalau ibunya yang mencuci pinggan, sabun hijau pekat misti terlihat di atas pinggan mangkuk, padahal jika sebanyak itu sabun yang digunakan masih boleh mencuci 5 hingga 10 peralatan yang lain. Sebab itulah sabun ‘sunlight’ 1 liter itu, tidak sampai 3 hari pasti habis digunakan mak mertua Masdiana untuk mencuci pekakas di dapur.
Tidak hairanlah jika dia berada di dapur sangat lama. Bilasan untuk satu-satu pekakas mengambil masa beberapa minit kerana menggunakan sabun yang banyak ketika membasuh.
Masdiana terpaksa juga bertahan dan bersabar dengan kerenah mak mertuanya yang bermacam-macam, kerana semasa dia mula hendak berpindah ke situ, semua barang-barang dan peralatan memasak tidak dibenarkan dibawa bersama.
“Mas, tak usah bawa barang-barang kat rumah mak, semua barang dah ada.”
Semua perabut dilelong dan disedekahkan kepada jiran-jiran. Barang-barang dapur seperti periuk belanga, pinggan mangkuk, serta peralatan letrik, dikirimkan kepada kakaknya di kampung, yang kebetulan anak saudara Masdiana ada berkunjung ke rumah itu dahulu. Jika barang-barang keperluan yang penting, Masdiana akan menyimpannya di dalam bilik.
"Mak, Mas tengok di Mall semalam, cantiknya tempat letak lauk, teringin nak beli untuk mak, cawan-cawan pun cantik"
"Tak usah belilah Mas, tak ada tempat lagi nak simpan. Dalam kabinet tu, banyak lagi cawan dan pinggan tidak diguna. Kalau Mas nak beli jugak, Mas simpan saja dalam bilik Mas"
Mak mertua Masdiana tidak suka melihat barang-barang Masdiana disimpan bersama barang-barangnya di dapur. Jika barang-barang pemberian menantu kesayangannya yang lain, akan selalu diguna dan dipuji-puji serta disebut-sebutnya selalu, walaupun barang-barang murah dan biasa dijual di pasar-pasar malam. Masdiana terpaksa juga tinggal di situ, walaupun begitu kecewa dengan layanan yang tidak sama rata dan pilih kasih. Masdiana tidak mampu untuk berpindah dalam masa terdekat, kerana Masdiana terpaksa mengumpul wang dan membeli semua barang-barang keperluan semula. Masdiana terpaksa bersabar dan pasrah kepada Ilahi, mudah-mudahan diberi kesabaran yang tinggi dalam menghadapi segala ujian.
Memang niat Masdiana apabila berpindah ke rumah itu, dia ingin menjaga dan melayan emak mertuanya seperti ibu kandungnya sendiri, kerana dia tidak pernah dapat merasa bagaimana menjaga ibunya semasa hayat arwah. Sewaktu Masdiana bersalinkan Amyra, pernah arwah ibunya tinggal bersamanya selama 6 bulan dan selepas itu, Masdiana tidak berkesempatan lagi untuk mengajak ibunya tinggal bersama. Itulah kenangan manis Masdiana bersama arwah ibunya. Ibu Masdiana lebih suka berada di kampung halaman dan tinggal bersama Kak Pah sehinggalah arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir.
“Mak tak boleh duduk sini, macam dalam penjara, semua rumoh ada pagar besi, tertutup kemas keming” kata ibunya, dia rasa rimas dan terkongkong.
Jika di kampung dapat bermesra dan bermain dengan cucu-cucunya. Dapat duduk mengambil angin di atas pangkin sambil menghirup udara segar. Berlainan sekali hidup di bandar, membosankan!. Masdiana tidak pernah lupa untuk berdoa, menghadiahkan Al-fatehah dan bacaan Surah Yasin kepada arwah ibu dan ayahnya setiap kali selepas solat.
Masdiana seorang tukang masak , hobinya ialah memasak , mencipta dan mengubah resepi-resepi sedia ada. Dia pernah bekerja sebagai tukang masak di beberapa buah restoran di sekitar ibu kota. Pada jangkaan Masdiana, dia ingin sekali melihat mak mertuanya berehat, menonton ‘ tv’, membaca surat khabar atau menghabiskan masa dengan mengaji dan beribadah. Biarlah dia menunjukkan kepakarannya memasak dan memberi hidangan yang berlaianan setiap hari kepada mak mertuanya.
Tetapi jangkaan Masdiana meleset sama sekali, rupa-rupanya mak mertuanya tidak sedikitpun berfikiran seperti Masdiana. Pada dia, kerja-kerja memasak, biarlah dia uruskan sendiri. Dia lebih suka menghabiskan masanya di dapur dari 8.30 pagi sehingga jam 12 tengah malam setiap hari, tanpa berehat atau tidur di waktu siang.
“Kenapa mak tidak mahu serahkan saja tugas-tugas di dapur kepada kak Mas?” tanya Masdiana kepada adik iparnya pada suatu hari.
“Mestilah dia tidak akan lepaskan dapur dia kepada kak Mas, itukan dapur dia, rumah dia, dah hari-hari dia buat kerja macam tu.” Jawab adik iparnya.
Kadang-kadang Masdiana hairan memikirkan, apakah yang dibuat mak mertuanya setiap hari, di dapur. Kalau Masdiana cerita perkara ini kepada orang lain, tentu mereka tidak akan percaya, kerana jika usia seseorang itu mencecah 80an, selalunya mereka lebih suka berehat daripada membuat kerja-kerja rumah. Mereka lebih rela menyerahkan semua urusan rumah tangga kepada anak-anak dan menantu. Mereka akan bersyukur jika ada menantu yang menjadi surirumah sepenuh masa. Ini tidak, berlainan benar dengan sikap mak mertua Masdiana, dia tidak menyangka sama sekali, keadaan seperti ini masih ada di zaman sekarang.
Mak mertua Masdiana akan selalu memeriksa barang-barang makanan yang di simpan di dalam peti sejuk, apa lagi jika makanan itu Masdiana yang masak, tidak sampai 24 jam berada dalam peti sejuk, dia akan terus membuangnya ke dalam tong sampah, tanpa bertanya terlebih dahulu, samada Masdiana dan Azizul masih mahu memakannya. Tetapi jika masakannya, walaupun sudah tiga empat hari diperangatkan, masih lagi disimpan di dalam peti sejuk.
Masdiana selalu tersinggung dengan perbuatan mak mertuanya, tetapi apa boleh buat, itu rumahnya. Masdiana hanya menumpang. Masdiana ingat itu. Ingat sampai bila-bila dan sedar siapa dirinya. Dari mana asal usulnya. Sebab itu Masdiana terasa kecewa, dengan sikap mak mertuanya yang suka membazir dan membuang barang-barang tanpa rasa sayang. Masdiana datang dari keluarga yang miskin. Tidak pernah membuang barang-barang makanan yang masih boleh dimakan. Masdiana terasa pelik dan janggal dalam situasi itu.
Pernah satu hari Masdiana menyuruh suaminya membeli udang geragau untuk rencah masakan. Udang geragau sangat wangi dan menambah kelazatan di dalam sayuran dan masakan. Udang geragau itu masih di dalam plastik, sudah lesap dibuang mak mertuanya.
Apabila Azizul bertanya kepada ibunya, ibunya hanya menjawab “uh, mak dah buang!.”
“Kenapa mak buang? kan udang tu dalam plastik lagi mak, udang tu tahan bertahun-tahun, apalagi plastiknya belum dibuka dan disimpan di dalam peti sejuk.” Jelas Azizul kepada ibunya.
Tetapi ibunya buat-buat tidak dengar sahaja, tanpa rasa kesal dan bersalah.
Memang dia banyak duit. Pencen yang dia dapat setiap bulan pun mencecah RM 3000.00. Tetapi tidak bermakna dia boleh membazir sesuka hatinya. Membazir itukan perbuatan syaitan!
“Memang dari dahulu perangainya begitu, tidak boleh diubah lagi sikap boros dan membazir.” Kata Azizul sambil menggelengkan kepalanya.
Kesal dengan sikap emaknya yang tidak pernah mahu mendengar setiap teguran anak-anaknya. Dia akan buat ikut hati dan perasaannya sendiri walaupun perkara yang dilakukannya itu banyak yang salah. Adik beradik Azizul yang lain pun selalu menegur sikap pembaziran maknya itu, tetapi tidak pernah diendahkan olehnya. Dari dia muda sehingga sekarang, sikap membazir dan cerewetnya itu semakin menjadi-jadi.
“Lihat mak, pisang ini baru jer mak beli semalam, hari ini dah nampak lebam-lebam, esok mesti lembik dan sudah tidak elok untuk dimakan.” beritahu Azizul kepada emaknya.
Setiap kali selepas emaknya membeli pisang, pasti dia akan mencucinya. Dia akan cuci bersih-bersih kulit pisang itu dengan sabun dan digosoknya dengan berus pencuci pinggan. Apabila kulit pisang itu ditenyeh dengan berus, mudah bagi baktiria perosak menyerang kulit pisang dan menembusi isi pisang yang manis dan sedap itu. Setiap kali keluarga itu akan makan pisang sisa baktiria dan setiap kali itu juga semua pisang- pisang itu, akan lembik dan berair apabila masuk hari yang ketiga. Sudah puas Azizul dan Masdiana menasihatinya. Terangkanlah dalam bahasa dan ayat bagaimana bagus sekali pun, pada dia, cara dia itu sahaja adalah yang terbaik.
“Uh!, mak tak suka pisang ini disentuh dan dijamah oleh semua orang, mak geli, baik mak basuh.” Kata ibunya.
Selagi mak mertua Masdiana itu tidak merubah tabiat buruknya itu, pembaziran akan tetap berlaku. Bukan itu sahaja, Azizul Azrai akan disuruh maknya membeli segala buah-buahan setiap kali ada pasar minggu. Selalu buah-buahan di dalam peti itu akan layu dan kecut, tidak sempat dimakan. Hampir setiap hari, jika ‘Apek” penjual sayur ada menjual buah mangga dan betik, dia tetap akan membelinya, walaupun di dalam peti sejuk sudah ada pelbagai jenis buah.

kisah seorg menantu, sebelum diedit


“Mas pergi dulu mak”
“Mas nak pergi ke mana pulak?”
Masdiana hanya berdiam diri, malas untuk dia menjawab soalan itu. Masdiana pura-pura tidak mendengar dan pura-pura sibuk mencari capal untuk dipakainya. Dengan wajah yang murung, Masdiana membuka pintu dan melangkah pergi meninggalkan emak mertuanya. Kalau hendak diikutkan memang perbuatan Masdiana itu melampau terhadap ibu mertuanya, tetapi Masdiana bukanlah seorang yang terlalu baik, yang boleh terima seadanya. Dia ada hati dan perasaan. Jika sekali dua, tidak mengapa, bolehlah hati Masdiana bertahan lagi, tetapi jika setiap minggu takkanlah tak boleh ingat, menantu yang seorang ini mahu ke mana? Nampak sangat!
Masdiana terkilan sangat-sangat kerana setiap rutinnya tidak pernah emak mertuanya ingat. Tidak pernah ambil tahu. Setiap hari selasa, Masdiana ada mesyuarat Amanah Ikhtiar Malaysia di Selayang, tidak perlulah hendak dibandingkan dengan anaknya yang berpangkat besar itu yang seringkali pergi bermesyuarat bersama-sama jemaah menteri di Putra Jaya. Oleh kerana mesyuarat yang Masdiana hadirkan diri setiap selasa itu tidak sepenting mana, tidak perlukah emak mertuanya untuk mengambil tahu langsung. Setiap kali sebaik sahaja Masdiana hendak keluar rumah itu, emak mertuanya pasti akan bertanya kepadanya semula. Masdiana terasa benar-benar tersinggung. Jika anak-anak menantunya yang lain, selalu dia hafal kegiatan mereka di dalam benaknya, kadang-kadang direka-reka dan ditambah-tambahnya cerita supaya lebih menarik, walaupun mereka tinggal berjauhan. Itulah ibarat kata, jauh-jauh berbau bunga, dekat-dekat berbau najis. Sekali pun ketika dia sedang mencuci pinggan atau ketika menyiang ikan di singki dia akan berkata-kata sendirian.
“Hurmm... Shamsiah tengah sibuk memasaklah waktu ni, nak menjamu kawan-kawan anak dia yang datang tu” sambil tersenyum sendirian antara dengar dan tidak. Kembang kempis hidungnya berbangga.
“Apa dia mak?”tanya Masdiana yang menyangka mak mertuanya sedang bercakap dengannya.
“Dak, Shamsiah tu tengah sibuklah tu...” belum sempat perkataan yang ingin mak mertuanya ulang semula, Masdiana sudah tahu benar. Kadang-kadang Masdiana tidak mahu mendengarnya dan cuba ubah hal lain. Sudah biasa begitu, naik menyampah!
Pada ketika yang lain pula mak mertuanya akan berkata, “Masa ni, Roslan ada di istana sedang dinner dengan sultan”
Masdiana yang sedang makan akan bertanya semula kepadanya kerana tidak jelas perkataannya, setiap kali itu juga Masdiana akan rasa meluat untuk berada di dapur bersama-sama emak mertuanya, yang tiada lain hanya menyebut-nyebut perihal pekerjaan anak-anak dan menantunya yang lain. Bangga benar dia!
Masdiana, bagaikan Cinderella, terpaksa mendengar dan bekerja. Tidak ada apa-apa keistimewaan di atas dirinya untuk emak mertuanya menghafal rutin hariannya. Semalam, sewaktu makan malam emak mertuanya berkata, “Hayati tiga beranak tu dah pergi Perlis dah gamaknya masa ni”
Hati Masdiana terasa panas. Selera makannya hilang serta merta.
“Aih, Mas dah sudah dah?”
“Dah mak”
Masdiana bangun dan terus ke singki untuk mencuci pinggan. Sisa nasi di buangnya ke dalam tong sampah yang berada di tepi singki itu. Tidak ada lagikah hal lain yang hendak di ulang tayang. Rasa bosan di hati Masdiana meluap-luap tetapi tidak ditunjukkan kepada emak mertuanya.
“Mas naik dulu ya mak, ada kerja banyak kat atas tu”
Biar mak mertuanya berhalunisasi sendirian. Jika itu sahaja yang boleh membahagiakannya. Masdina memang terasa sedih, kerana seolah-olah kehadirannya di rumah itu bagaikan tidak bermakna. Seperti tunggul!
Tidak ada cerita menarik yang boleh di kongsikan bersama Masdiana selain daripada perihal anak-anak menantunya sahaja. Rimas!
Kalaupun Masdiana bercerita tentang kegiatannya, tentang apa-apa sahaja, dia ibaratkan masuk telinga kanan dan keluar saja ke telinga kiri. Tidak ada erti apa-apa, lebih baik Masdiana berkurung sahaja di dalam biliknya dan membuat kerja-kerja sendiri. Lebih selesa.
“Abang kat mana tu? Meeting dah habis”
“Cepatnya, tunggu setengah jam lagi, jalan sesak ni”
“Okey, Mas tunggu di tempat biasa”
Masdiana mematikan talian telefon bimbitnya dan berjalan seiringan bersama sahabat-sahabat lain menuju ke warung kecil di tepi rumah di Kampung Selayang lama itu. Masdiana akan menghabiskan masa bersama-sama rakan-rakan di situ dan berbual-bual kosong. Kadang-kadang mereka ketawa riang apabila ada kata-kata lucu yang sesekali terhambur dari mulut Salmi, sahabat AIM itu.
Pin!
“Itu suami kau dah datang, okey jumpa lagi minggu depan ya, Mas”
Salmi melambaikan tanganya sambil tersenyum. Masdiana selalu membeli kuih-muih di situ dan memakannya bersama Azizul di dalam teksi. Mereka berdua sudah faham benar, kalau pulang ke rumah waktu itu, walaupun sudah masuk waktu zohor, mak mertuanya masih belum pun siap menyiang ikan. Dari pagi sehingga ke tengahari, dia hanya akan membuat kerja-kerja lain yang tidak sepatutnya dilakukannya terlebih dahulu. Sudah menjadi tabiatnya begitu. Biarkanlah! Jika Masdiana dan Azizul lapar, mereka akan makan di luar sahaja dan membeli bungkus untuk emaknya sama.
“Ha, nak masak apa tengahari ni Mas, tak ada apa lauk pun nak makan, Mas nak masak apa?” soalan yang agak keras dan tidak mesra langsung. Nada tutur katanya tidak selembut apabila berkata-kata dengan anak menantunya yang lain.
Begitulah setiap hari apabila Masdiana masuk sahaja ke ruang dapur. Pertanyaan yang serupa itu jugalah yang akan menerjah masuk ke kupingnya. Setiap kali cadangan yang Masdiana berikan, setiap kali itu jugalah emak mertuanya akan mengabaikannya. Masdiana menjadi serba-salah, padahal lauk-pauk yang dimasaknya semalam dan kelmarin itu masih tidak luak dimakan. Lauk-pauk yang belum dimasak pun penuh di dalam peti sejuk. Tidak tahu lagi apa yang hendak Masdiana perkatakan kepada emak mertuanya. Jika Masdiana yang memasak lauk-pauk kegemaran suaminya, belum pun sampai dua puluh empat jam, atau hendak menjamah untuk yang ke dua kalinya, pasti lauk-pauk itu sudah pun berada di dalam perut tong sampah. Mak mertuanya tidak pernah akan ulang untuk makan sampai dua kali jika masakan itu daripada orang lain, walaupun masakan itu tersangat lazat dan berlainan sekali. Dia tetap akan mencari masakannya dan lebih rela panaskan lauk itu kembali, walaupun sudah seminggu tersimpan di dalam peti sejuk. Apa boleh buat, jika dia lebih selesa dengan tabiat cerewetnya itu, Masdiana tidak boleh berbuat apa-apa, selain hanya menelan perasaan kecewa yang berduri.
“Malam minggu ni depa semua nak datang” kata emak mertuanya dengan riak wajah yang gembira. Masdiana hanya berdiam diri, terkedu.
Setiap kali apabila Mak mertuanya mengambil duit pencen, dia akan memanggil anak menantunya dan membuat jamuan makan malam serta berkumpul bersama anak-anak dan cucu-cucunya. Masdiana berasa sangat seronok apabila dapat berkumpul degan ipar-duai sedikit masa dahulu, ketika baru-baru berkahwin dengan Azizul. Sewaktu Masdiana mulai mengenal hati budi ipar-duainya. Rasa meriah sangat, berkumpul, bercerita sama-sama, mengemas pinggan mangkuk. Yang berpangkat dato’-dato’ pula akan bercerita pengalamannya semasa di luar negara. Tunjuk gambar-gambar dan tempat-tempat menarik di Cina, Korea, Arab, England, Jepun dan rakaman-rakaman video semasa makan di merata tempat. Tetapi kini, apabila terlalu kerap, Masdiana menjadi jemu dan sudah mulai menjadi serik untuk berkumpul begitu, apabila semakin lama semakin menonjol sikap pilih kasih emak mertuanya di dalam tutur kata dan layanannya terhadap mereka. Berlebih-lebihan, terlalu ketara!
“Mak, tulang dan daging ini, kita masaklah untuk jamuan makan malam, malam minggu ni”
“Nak masak apa?”
“Masaklah bihoon sup Utara ka, anak-anak Rosman suka sup-sup macam ni”
“Ya tak ya jugak”
Masdiana teringat perbualan di antara emak mertuanya sedikit masa dahulu. Tetapi apa yang berlaku selepas itu? Ke esokkannya;
“Mak nak masak mee mushroom, Tarmizi minta mak masak, dia nak makan katanya” sepantas itu, mak mertuanya boleh berubah fikiran, padahal sebelum itu dia bersetuju Masdiana memasak bihoon Utara. Yang hairannya bilakah masanya pula Tarmizi membuat permintaan secepat itu? Sedangkan Masdiana hanya berbincang. Selalu Masdiana perhatikan, itulah perangai cemburunya yang nampak sangat bahawa, dia tidak puashati jika masakannya tidak terhidang. Tarmizi adalah cucu kesayangannya, anak kepada anak bongsunya, Roslan, yang berpangkat Dato’ Paduka. Itulah Cucu kesayangan kepada anak kesayangannya. Apa lagi!
“Tak apalah mak, kan Mas bagi cadangan saja, masak sajalah mee mushroom semua sekali, sebab tulang tu pun bukannya banyak”
“Tak mau, Mas kena masak jugak bihoon sup tu”
“La, buat apa mak masak ke dua-duanya sup, masak mee mushroom sudahlah”
“Tak mau, Mas kena masak jugak bihoon sup tu, Azizul nak makan” alasan yang tidak munasabah keluar dari mulut emak mertuanya.
“Ala mak, kalau abang nak makan, lain kali Mas boleh masakkan satu periuk kecil untuknya”
“Tak mau, Mas kena masak jugak”
“Okeylah, Mas masak sikit je”
“Tak usahlah masak sikit, masak je banyak-banyak”
“Mak buat apa masak banyak-banyak, kan mak pun masak mee mushroom tu”
“Mak masak mee mushroom tu sikit je”
“Okey kita buat sama banyak”
“Tak usah, Mas masaklah bihoon tu, letak kuah banyak-banyak sikit”
Masdiana sudah malas untuk bertegang urat dengan mak mertuanya, dia mengikut sahaja apa yang disuruh oleh mak mertuanya itu. Sejak itu Masdiana mulai tahu begitulah perangai keras kepala mak mertuanya, yang tidak akan mendengar nasihat atau cadangannya. Jika anak-anaknya yang lain bagi cadangan, dia akan ulang-ulang dengan mengatakan anak dia yang itu, yang ini kata tidak boleh buat itu dan larang buat ini. Masdiana faham benar. Kata-kata dari mulutnnya ibarat hanyalah sepereti air di longkang, yang tidak ada siapa mahu menghidunya apatah lagi untuk melihatnya.
“Mak dah lupa nak masak mee mushromm ni, macamna Rosnani menumisnya, dah lupalah mak, Mas tahu?” mak mertuanya cuba memancing.
“Tak tahu mak, Mas mana pernah masak mee mushroom” kata Masdiana, walaupun sebenarnya Masdiana adalah seorang tukang masak, tetapi dia tidak perlu untuk menunjukkan kepakarannya. Tidak ada ertinya, walaupun dia pernah mendapat anugerah peniaga terbaik untuk bazaar Ramadan di Kelana Jaya dua tahun berturut-turut, namun masih tidak nampak di mata hati emak mertuanya bahawa, Masdiana adalah seorang tukang masak yang mahir. Walaupun setiap kali jika ada perayaan atau rumah-rumah terbuka, ada saja pelanggan yang menempah makanan daripada Masdiana, pada dia, dia tidak pernah rasa bangga, ada menantu seperti Masdiana. Biarlah!
Setelah semuanya siap dan keluarga berkumpul untuk makan, semua ipar duai dan anak-anak buah Masdiana, hanya memakan mee mushromm yang dimasak oleh mak mertuanya. Masakan yang sedikit itu, tidak mencukupi. Mak mertua Masdiana terasa terkilan benar.
“Itulah Mas dah kata, mak tak dengar, kalaulah mak masak kesemuanya mee mushroom kan elok” kata Masdiana kepada mak mertuanya, walaupun Masdiana tahu, kedua-duanya adalah hidangan sup, mana mungkin perut mereka boleh di isi lagi, sedangkan masakan mak mertuanya lah yang patut didahulukan.
Hati Masdiana tidak perlu dijaga seperti mana hati orang tua itu. Masdiana akur, walaupun hatinya bagai tersayat sembilu apabila seperiuk besar sup itu, terpaksa dituangkannya ke longkang di belakang dapur. Bersama deraian air mata di saat itu, Masdiana bernekad untuk tidak akan memberi cadangan dan tidak akan memasak apa-apa hidangan lagi di masa-masa yang akan datang ketika adanya majlis makan malam. Masdiana terkilan sungguh!
“Lain kali jangan dok masak bihoon sup ke apa ke”
Lontaran kata-kata daripada mak mertuanya itu bagaikan memamah jantungnya. Kata-katanya itu tersemat utuh di kotak hatinya sampai ke hari ini, sebab itulah apabila setiap kali mak mertuanya meminta cadangan dan bertanyakan berkenaan dengan lauk untuk hidangan harian, Masdiana hanya akan mengucapkan perkataan yang sama;
“Kalau mak rasa nak makan apa-apa, mak masaklah, pada Mas dan Azizul tak ada masalah, kami berdua makan yang ringkas-ringkas je, ada budu, ulam, sayur lemak dan ikan goreng dah boleh makan nasi bertambah-tambah”
Mak mertua Masdiana terdiam. Kalau dia, dia lebih suka jika ada pelbagai menu untuk hidangan tengahari dan yang paling kelakarnya apabila malam hari, kesemua lauk akan dipanaskan termasuk lauk yang ada di dalam peti sejuk, dikeluarkannya, sehingga menjadi lebih banyak daripada hidangan tengahari.
“Mak, buat apa banyak-banyak lauk, inikan makan malam, siapa yang nak makan banyak-banyak macamni?”
Mak mertua Madiana hanya mengembangkan hidungnya dan seolah-olah berbangga pula apabila setiap kali Azizul bertanya begitu kepadanya. Sekarang Masdiana mengalami penyakit gastric yang kuat di sebabkan memakan makanan yang tidak seimbang. Kadang-kadang seperti terfikir di benak Masdiana, seolah-olah hidangan itu seperti mahu membunuhnya. Kalau tidak, kenapa dia tidak pernah mahu mendengar segala nasihat dan pandangan. Ketegaq! Kata orang Utara.
"Abang,..mas tak selesalah untuk ada sama-sama malam ni...." Kata Masdiana semasa di hadapan rumah, sewaktu suaminya sedang membersihkan barangan akuarium ikan.

Ikan emas yang dipelihara Masdiana cepat membesar dan kuat makan, selalu sahaja air di dalam aquarium itu menjadi keruh.

"Hah, jangan buat lagi, kali ini Mas nak buat alasan apa pulak...macam dah terbayang di fikiran abang apa yang Mas nak buat kali ini”

"Abang..Mas belum bersedia lagi untuk makan bersama-sama dengan adik-beradik abang... Mas bukannya bergaduh, cuma mas terasa macam tidak di layan, tidak setaraf mereka, tidak ada apa yang hendak dibualkan..." Jelas Masdiana sedih.

"Awak duduk jer buat tak tau, masa makan, awak makan..."kata Azizul lagi memujuk hati Masdiana.

"Abang tahu tak, setiap kali adik-adik abang menelefon mak, mereka tidak pernah pun menyebut atau bertanya khabar tentang Mas. Macam petang semalam tu, menantu bongsu kesayangan mak telefon...tidak sebut apa pun tentang Mas, memang dia tidak ada malam ni, tetapi jika hati dan perasaan Mas ini sedih dan tersinggung, Mas tidak reti nak berpura-puralah bang... Jika ada yang ternampak perangai Mas yang mungkin boleh menyebabkan rasa tersinggung di hati mereka, macamna? Baiklah Mas tidak ada malam ni bang...." rayu Masdiana lagi.

Azizul Azrai terdiam. Dia meneruskan kerja-kerjanya mencuci akuarium itu. Dalam hatinya memang terdetik rasa kasihan kepada isterinya, namun apa yang dapat dia lakukan hanya akan setuju sahaja apa yang Masdiana ingini.
“Sekarang ni, mereka semua bersalam dengan Mas pun hanya di hujung-hujung jari je, tak macam dulu, siap berpeluk bercium. Bukan Mas tak tahu kalau depan anak-anaknya, selalu mak mengadu sakit situ sini, tetapi bila di hadapan Mas semuanya dia nak buat sendiri, Mas sedihlah bang”.
‘Kapak, tidak boleh membelah kayu, jika kayu tidak menjadi hulunya’ Begitulah di ibaratkan. Apabila Azizul diam, Masdiana melangkah lesu menuju ke dapur.

"Ya Allah, apa yang mak aku buat kat dapur dari tadi? Tidak ada satu lauk lagi yang di masak? Sekarang jam sudah pukul 2.00 petang, kalau duduk sendiri tentu senang saja nak masak, Azmir dan Azizul, makan budu. Ada je ikan bakar, ulam-ulam celur dan sayur lemak, dah cukup berselera dia mengadapnya. Ini, nak kena tengok apa yang dia teringin nak makan dahulu...Nak masak yang susah-susah, lama-lama pulak tu, ada kari, baru nak makan. Budu, jangan haraplah dia nak sentuh...." keluh hati kecil Masdiana.

Mak mertua Masdiana suka makan lewat-lewat. Selalunya pukul 3.00 petang. Jika Masdiana masak seawal jam 12.00 tengahari pun, ada sahaja alasan dia untuk mengelak daripada makan awal.

"Hari ini Mas masaklah apa yang Mas nak masak, mak tak mahu masak hari ini..." jika itu ucapan yang keluar daripada mulut mak mertuanya, memang senanglah bagi Masdiana untuk memasaknya pada hari itu. Itu pun jika semalam, emak mertuanya sudah memasak banyak lauk.
Jarang-jarang sekali Masdiana mendapat peluang seperti itu.
Selalunya seperti bermain tarik tali pula, macam dia nak memasak, kadang-kadang seperti dia harap Masdiana yang memasak. Kadang-kadang Masdiana terfikir, macam sengaja mak mertuanya hendak mencari fasal dengannya dan apabila dia tidak berpuas hati, dia akan mengadu kepada Azizul. Itulah sebabnya Masdiana bimbang jika Amyra mendirikan rumah-tangga dengan orang yang memilih bulu seperti emak mertuanya. Dia tidak mahu hidup Amyra tersiksa sepertinya.
Jika ada majlis makan malam di rumah, Masdiana akan selalu sibukkan diri dengan pergi ke rumah Amyra atau pun menginap sahaja di hotel, untuk menenangkan fikirannya. Masdina cuba mencari kebahagiaan dalam rumah itu. Mencari kebaikan emak mertuanya dan cuba belajar bersikap lebih terbuka, tetapi belum tiba masanya lagi. Masdiana masih menjeruk rasa.

Wednesday 16 January 2013

sakit mental

Di awal perkenalan dia nampak okey saja. Seperti wanita-wanita lain. Tidak nampak cacat celanya. Baru pertama kali jumpa, dia agak ramah. Pandai speaking dan seperti berpelajaran.
Masa itu kami sama-sama menghadiri temuduga untuk jawatan pembantu klinik. Oleh kerana dia begitu ramah, kami pun bertuka-tukar no telefon. Tidak lama selepas itu, dia menelefonku.
"Hello, Assalamualaikum"
"Siapa ni?"
"Sayalah, Tini"
"Tini yang mana?" puas aku cuba ingat siapa Tini, tetapi belum dapat dicam lagi suaranya dan tidak ingat lagsung orang yang bernama Tini itu.
" Ala, Tini yang datang temuduga di klinik dulu tu"
"Oh ya! Baru saya ingat. Ya, ada apa Tini?"
Selepas itu wanita yang bernama Tini itu berbuat denganku pelbagai topik dari hal rumah tangga, pekerjaan dan hobi. Lama sangat. Tapi aku tak kisah sangat sebab dia yang membuat panggilan.
Selang beberapa seminggu Tini menelefon aku lagi. Aku menjawab panggilan seperti biasa, tetapi soalannya agak sama, tidak ada perkara baru atau hal mustahak yang hendak dibualkan. Aku cuba melayannya dengan baik. Lama kami berbuang. Aku pun tidak ingat apa yang dibualkan oleh kami, tetapi yang aku tahu adalah perkara-perkara biasa yang melibatkan kegiatan harianku.
Selang beberapa hari dia menelefon ku lagi. Kali ini aku bercerita bahawa aku sekarang sedang berusaha untuk menulis szebuah novel.
lalu dia pun berkata,
"Kebetulan saya pun ada menulis novel kisah hidup saya, saya harap awak dapat mengarang kisah hidup saya ini"
Aku dengan tiada rasa syak apa-apa, sangat gembira kerana ada orang yang sudi memberi cerita yang hebat.
"Bila awak ada datang dekat-dekat sini, datanglah ambil manuskrip saya tu"
"Insyaallah" kataku.
Aku terperanjat, kerana esoknya, dia menelefon aku lagi. Kemudian setiap hari dan selepas itu satu hari sampai dua kali.
Aku jadi hairan, apabila dia mengatakan bahawa dia sedang sakit.
"Awak sakit apa?"
"Saya sakit mantle"
?????????
Selepas itu aku jadi takut. 
"Abang, mak, kalau ada panggilan telefon dari pompuan yang bernama Tini tu, pandai-pandailah buat alasan. Dia tu sakit jiwa"
"Patutlah bila mak kata Mas tak ada, dia mintak bercakap dengan Azizan"
"Hurm...tadi pun, dia ada telefon nak bercakap dengan Mas, abang kata Mas tak ada. Yang awak ni pun satu, kenapa bagi dia nombor telefon rumah?"
"Kan telefon saya rosak, kejap okey kejap tak okey, jadi saya bagilah nombor telefon rumah, manalah Mas tahu dia tu sakit mantle"

Friday 11 January 2013

plot enovel diari seorg menantu 3

Petikan daripada eNovel diari seorang menantu.
12/1/13

Shahrul Nizam baru sahaja pulang dari pasar. Banyak lauk dan sayur-sayuran yang dipesan emaknya. Penuh meja. Macam-macam ada.
Maya Ayuni turun ke dapur. Dilihatnya apa yang dibeli. Cili padi dah ada, dibeli nya lagi, limau kasturi pun dibelinya lagi. Cepat-cepat, cili padi yang ada di dalam peti sejuk mak mertuanya dimasukkannya ke dalam peti sejuknya, sebab selalunya jika dia beli yang baru, yang lama mesti dibuangnya walaupun masih segar dan elok lagi. Semalam, ubat gigi masih boleh digunakan dalam 10 kali gosok pun senang-senang saja dibuangnya. Maya Ayuni mengutipnya semula dari dalam tong sampah di tingkat atas di hadapan pintu bilik air itu. Kalau membazir nombor satu.

"Hah, hari ni nak masak apa pulak kita?" tanya emak mertua Ayuni.
Ayuni berpandangan dengan suaminya sambil tersenyum.

"Apakata hari ini kita makan ikan. Kita masak ikan bakar, air asam"

Ayuni hanya berdia diri sambil tersenyum. Malas untuknya membuka mulut, kalau dah itu kata emak mertuanya. Terserahlah, apa yang Ayuni boleh katakan lagi? Bukan emak mertuanya terima pun kalau dia memberi cadangan.

Nak dengar Ayuni berkata " Ikan bakar? Ui... Sedapnya mak...ikan bakar lama tak makan...Nak, nak!" Begitu? Baru hidungnya nak kembang, sebab menantunya suka dengan cadangannya? Kalau dia rasa seronok apabila menantunya suka jika dia bagi cadangan, apa kata sesekali jika menantu bagi cadangan tu, tolonglah seronok jugak! Ini tak pernah dipersetujuinya. Tak payahlah, Ayuni dah biasa makan ikan bakar di rumah itu. Hari-hari makan sedap, dah tak terasa lagi hari yang istimewa untuk sesekali makan sedap.

Emak mertuanya sedang sibuk mengemas bahan mentah dan sayuran. janganlah kita cuba nak tolong dia mengemas, dia tidak suka. Semua plastik dari pasar akan dibuang dan ditukarynya dengan plastik yang baharu dari dalam rumah. Ya! memang jaga kebersihan. Takut nanti ada kuman hipetatis B yang melekat pada plastik, maklumlah dah lalu dan berselisih dengan ramai orang. Manalah tahu kalau-kalau plastik itu sudah dijangkiti kuman merbahaya!

Kalau orang miskin? Adakah dia akan tukar plastik lain? Tentulah terus menyimpannya ke dalam peti sejuk, tanpa memikirkan perkara sejauh itu. Ya, kalau pun kita berbelanja di pasar, mereka semua menggunakan plastik yang baru, mana ada peniaga guna plastik terpakai? Itu cara mak mertuanya! Pelbagai saiz plastik dibeli dan disimpan di dapur untuk menukar palstik dari pasar. Macam berniaga pula layaknya. Plastikkan mahal!

"Itu ikan kembung mak belum pesiang lagi"

"Mak nak suruh Ayu pesiang ke?"

"Tak lah, biarlah mak buat"

Pulak! Kalau dia yang nak pesiang buat apa nak cakap. Aduhai, dia rasa penat, tapi dia tak harap menantunya pesiang ikan takut, masih ada darah yang masih melekat.

"kalau mak nak simpan sayur-sayur tu, tak apalah Ayu naik dululah mak" kata Ayuni lagi, dia tidak suka membuang masa di dapur, dengan hanya berbual-bual kosong dan akan menyinggung perasaannya saja. Baik dia naik ke atas, Buat apa-apa yang patut. Masa itu jam baru menunjukkan ke pukul 10.00 pagi.

Pukul 10.30 pagi, Ayuni turun lagi ke dapur.

"Mak tinggal kat Ayu 4 ekor ikan kembung belum dipesiang, kotlah Ayu nak tangkap gambar bila dah masak nanti tak ada ekor pulak, tak cantik" alasan. Padahal dia tak larat nak pesiang semuanya tadi. Patutlah cepat siap. Kalau tak, mahu setengah jam lagi baru nak selesai pesiang ikan tu. Dia pesiang untuk dia masak kari saja, dua ekor.

"Mak cakap betul-betullah, mak nak suruh Ayu bakar ikan tu ke? Gambar ikan bakar dah banyaklah mak, buat apa nak ambil gambar lagi?" mak mertuanya cuba memahami hobi menantunya itu. Sejak gambar Ayuni masuk dalam majalah tentang chef blogger, barulah dia mulai menyukai hobi Ayuni. Kalau tak, dulu memang seperti berbulu sahaja di mata mak mertuanya, apabila setiap kali Ayuni masak lauk, Ayuni akan mengambil gambar terlebih dahulu.

"Mak nak naik mandi dululah, sekejap lagi mak turun masak kari" sekejap tu, mahu-mahu satu jam.

Maya Ayuni mulai tugas memasak. Dia pesiang ikan, ambil daun pisang dan menyediakan satu kotak kecil santan.
Dihamparnya sekeping daun pisang, lalu diletakknya ikan kembung tadi keatas daun pisang itu. Santan kotak tadi dicurahkan ke atas ikan kembung tadi dan dilumurnya hingga rata. Disediakannya kuali leper dan dituangnya sedikit minyak, lalu ikan yang telah dibalut dengan daun pisang itu, dibakar diatas kuali leper tadi. Aroma dan asapnya berbau ke seluruh dapur hingga ke ruang tamu.

Sambil menunggu ikan bakar itu masak, dia memotong sayur sawi. Fish ball dibelah dua. Sedikit so un, dicuci dan digunting. Bawang Horland dipotong baji. Bawang putih dimayang nipis. Dia menumis bawang bersama sedikit serbuk lada sulah. Wangi. Sambil itu Maya Ayuni membersihkan sawi lalu dimasukkan ke dalam periuk yang ditumis dengan bawang tadi. Dimasukkan 4 senduk air lalu didihkan. Stok ayam, sedikit sos tiram dan seasoning Maggi diletaknya sedikit sahaja, untuk perasa. Secubit garam lagi ditambah, untuk rasa yang secukupnya.

Air asam, yang emak mertuanya sebutkan tadi ditukarnya menjadi sambal kicap. Lama Ayuni tidak makan ikan bakar bersama sambal kicap. Asyik-asyik air asam!

Masak lemak cilipadi semalam dipanaskannya, begitu juga dengan asam tumis mak mertuanya semalam. Sotong goreng pun ada sepiring lagi. Hah! Dah penuh meja dengan lauk pauk, masih lagi nak masak kari ikan? Entahlah, jika itu sudah cara dia. Ayuni malas nak kata apa lagi dah. kalau Ayuni lapar, dia terus akan makan. Tidak payah lagi nak tunggu lauk kari ikan daripada emak mertuanya. Lagi pun lauk kari ikan tu, dimasaknya kerap sangat. Dah jemu makan rempah. Nak juga lauk-lauk yang ringkas dan rebus-rebus macamni. Cuaca panas-panas masih nak pekena rempah. Aduhai! Sabar sajalah!

"Mak, Ayu dah lapar sangat ni, dah pedih dah perut ni. kalau mak nak masak kari tu, masaklah, Ayu nak makan dulu ni" kata Ayuni. Sengaja dia berkata begitu, sebab selalunya, mak mertuanya akan tetap dengan pendiriannya, dia akan masak juga kari ikan itu, walaupun memakan masa satu jam lagi. Dia sanggup berlapar. Nak makan lauk dia jugak!

Mak mertuanya pegang dan lepas ikan itu ke dalam bekas yang sejak berjam-jam tadi dibiarkan diluar. Membasuh ikan sampai lembik dan pucat putih, kemudian dibiarnya pula di atas meja. Mana nak segar lagi? Pilih ikan dan sayur nak yang segar, tapi dedahkan macamtu berjam-jam lamanya, tak ada ertinya. Sayur, pilih yang baik, tetapi apabila memasak sayur itu, sampai lebik, tak ada gunanya. Tapi dah itu cara dia. Biarkanlah!

Sekarang pukul 11.30 pagi. Ayuni tidak peduli, dia ambil pinggan dan makan nasi.

"Emak nak masak kari dulu ke? Ayu tak buat air asam ni, lama tak makan sambal kicap" Muka mak mertuanya berkerut.

"Tak campur budu?"

Tengoklah! Dia punya fikiran, asyik negatif saja. Buat Ayuni jadi marah. Takkanlah Ayuni nak letak budu, sedangkan dia tahu yang emak mertuanya tidak makan budu. Mana ada sambal kicap orang letak budu. Okeylah! Sebab dia tu dah tua. Mungkin dia dah nyanyok! Dah tak ingat walaupun beberapa kali Ayuni telah menghidangkan sambal kicap seperti itu kepadanya. Oleh kerana di dalam fikirannya asyik lauk Utara saja yang terpateri, jadi lauk dari daerah lain, dia tidak mahu merasai kehebatannya. Susah sungguh!

"Mak, ini sambal kicap, Ayu tak kata pun sambal kicap budu, atau sambal budu kicap. Bahan dia, kicap manis, limau kasturi, bawang besar dan cilipadi saja" mak mertuanya terdiam.

Ayu melihat mak mertuanya mengambil pinggan dan mengambil satu senduk nasi. Dalam hati Ayuni, nak pulak maknya makan nasi seawal jam 11.30 pagi? Selalunya pukul 3.00 petang baru nak makan. walaupun Ayuni masak seawal pukul 12.00 tengahari atau paling lewatnya menghidangkan lauk pada pukul 1.30 tengahari. Senyum. Jangan berkata apa-apa. Namun kalau nak dia merubah masa makannya, tentulah mustahil. Untuk sehari ini mungkinlah!

"Mak, kalau di Utara. makan ikan bakar dengan air asam. Di sebelah selatan pulak, makan ikan bakar dengan sambal kicap. Kalau di Pantai Timur pulak, ikan bakar dicicah dengan budu. Mak kena terima masakan tu semua. Tak bolehlah mak nak ikut selera Utara saja. Orang lain pun nak makan jugak selera masakan di negeri-negeri lain" Ayuni mulai berkhutbah. Suka atau tidak, mak mertuanya kenalah menadah telinganya.

"Mak, Ayu risau nanti kalau lah mak jatuh sakit. Terlantar di hospital. mak tak suka masakan di hospital tu. mak nak masakan mak jugak. Macamana? Sebab tu dari sekarang mak kena terima juga masakan orang lain" kata Ayuni lagi. Dia cuba menyedarkan mak mertuanya. Tetapi Ayuni tidak mengharap dia boleh berubah. Sekadar memberitahunya.

Usai makan, Ayuni masih duduk di sisi emak mertuanya. Selalunya Ayuni akan bersegera menuju ke biliknya. Dia akan meninggalkan mak mertuanya menghabiskan makan sendirian. Sebab mak mertuanya makan lambat, dan dia lebih suka berkemas dapur sendiri. Pada dia, dialah yang mencuci dapur dan pinggan pangkuk dengan lebih bersih.

"Mak, Ayu nak cakap sikit nih, ada kawan Ayu nak bagi tugas menguruskan taska, tetapi Ayu kenalah duduk di Klang. Ayu kesian pulak nak tinggalkan mak seorang. Nanti siapa pulak nak tolong mak masak, buang sampah dan basuh alas kaki tu" Ayuni cuba memancing fikiran mak mertuanya. Adakah Ayuni masih diperlukan di rumah itu?

"Mak tak mahu, kalau mak dok sorang-sorang kat rumah ni. Kalau Ayu tak ada, susahlah mak. Orang lain sibuk" Ayuni hanya tersenyum. Dalam hati Ayuni berkata "Tahu pun orang lain tak ada masa untuk bersamanya, lain kali tu hargailah jugak hati menantu yang sorang ni. Layanlah sama adil, jangan dok berat sebelah. Mungkin dia baru sedar, selama ini pernah Ayuni berkata kepada ibu mertuanya;

"Mak, setiap anak menantu mak semuanya ada kelebihan masing-masing. Janganlah yang kaya dan berpangkat itu dilayan dengan lebih baik dan terlebih nampak kasih sayangnya. Ayu ni, walaupun hidup menumpang dirumah mak, tetapi semuanya ada hikmahnya mak. Ayu tak kerja, tak ada pangkat, miskin, tak ada rumah, tetapi Ayu ada banyak masa untuk mak. Sepatutnya mak haruslah bersikap sama rata dan adil"

Masa itu, Ayuni pernah menyuarakan rasa tersinggungnya dan tidak puashatinya terhadap mak mertuanya yang melayan serta bangga-banggakan anak menantunya yang lain berlebih-lebihan. Tetapi masa itu barangkali, dia rasakan tiada apa-apa yang bakal terjadi. Apabila Ayuni menyuarakan hasratnya itu, wajahnya mulai sugul dan bersedih. Semoga dia lebih insaf dan memahami. Janganlah dibeza-bezakan lagi diantara anak-anak menantu. Sesungguhnya mereka semua adalah saling melengkapi diantara satu dengan yang lain.

plot petikan diari seorng menantu 2

Petikan dari eNovel: Diari seorang menantu.
6/1/13

Kring!!... Kring!!...Kring!!
Setelah lama telefon tidak terangkat, Ayuni segera mengangkat ganggangnya.
"Hello"
"Assalamualaikum. Mak ada?" begitulah selalunya jika Ayuni menjawab setiap panggilan daripada ipar duainya.
Salam dijawabnya didalam hati. Diletaknya ganggang telefon di tepi.
Ayuni mencari mak mertuanya. Dalam bilik air tak ada. Dalam bilik pun tak ada. Tentu mak mertuanya ada di dapur.

"Mak jawab telefon!"

"Siapa?"

Ayuni hanya menunjukkan ke arah telefon yang terletak di dapur itu. Malas Ayuni nak bagitahu siapa yang menelefonnya. Ayuni jadi serik. Pernah beberapa kali dia memberitahu bahawa anaknya si anu atau si anu yang telefon dia akan berkata "Hah! siapa telefon?" padahal dia sudah mendengarnya. Bukannya Ayuni berbisik. Ayuni cakap kuat-kuat sebab dah tahu telinganya kurang pendengaran. Tetapi itulah, sebab terlalu teruja sangat. Ayuni tidak akan ulang sampai dua kali kalau dia ulang tanya. Jawab sajalah! Tak boleh? Nak kena tahu siapa yang telefon? Saja!

Ganggang telefon diangkatnya. Ayuni menaiki tangga dan terpandang ganggang telefon yang terlentang di atas meja telefon di tingkat atas itu. Selalunya, Ayuni malas nak mencuri dengar perbualan mereka. Menyampah! dan letak balik ganggang itu ke tempatnya. Tapi kali ini terasa mahu mendengarnya pula. Biarlah berdosa pun, sekadar mendengar, apa salahnya?

"Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam mak apa habaq?"

"Oh, Lan ka? Baik Alhamdulillah... Lan apa habaq, Raihan ,syafiq, Tarmizi apa habaq?" semua nama menantu dan cucu kesayangannya disebut. Ayuni masih mencuri dengar dengan sabar.

"Baik semua baik belaka. Ini Raihan nak cakap dengan mak"
Ganggang telefon bertukar tangan.

"Assalmualaikum mak" suara menantu kesayangan mak mertua Ayuni kedengaran manja sekali. Walaupun sudah bertahun tidak bersua namun suara itu sudah cukup membuatkan rindu mak mertuanya gugur bersama kuntuman yang mekar mewangi.

"Waalaikumussalam... Raihan apa habaq?" terdengar suara keceriaan yang tidak terhingga. Suara yang mengah2 itu dicubanya berkata-kata dengan pantas. maklumlah dia takut Raihan akan meletakkan ganggangnya dengan cepat.

"Kami semua ada di Perlis ni"

"Oh..patutlah mak telefon Raihan di Kota Baru tak dapat"

"Ya, ka, mak telefon dengan telefon rumah ka?"

"Ya, Raihan, Rashidah dan Rosnani kirim salam, katanya lama sungguh tak tengok Raihan, ada setahun lah kot. Kalau Raihan datang rumah mak, malam pun tak apa, dia suruh telefon" Ayuni mencebekkan bibirnya. Amboi... wanginya kan?!

Selepas itu, Ayuni tahu sangat, bukannya Raihan tu nak sangat berbual alma-lama dengan mak mertuanya.

"Mak, mak nak cakap dengan mak tak? Dia ada ni"

Selepas itu suara Raihan sudah tidak kedengaran lagi, suara besannya pula bertukar. Oleh kerana tidak ada apa yang hendak dibualkan dengan besannya, dia sekadar bercakap biasa saja. Tetapi kata-katanya tidak pun sama dengan apa yang dia buat di rumah ini.

"Pastu tak apa na, bagi balik telefon tu kat Raihan, saya nak cakap dengan dia pulak" amboi, tak sudah lagi nak bercakap? Maklumlah rindulah katakan.

"Mak dah sarapan ka?"

"Dah makan roti canai celup teloq"

"Mak masak sendiri ka?" Raihan cuba memancing, maklumlah mak dia sudah ada orang gaji yang memasak untuk maknya. Sedangkan mak mertuanya, ada tukang masak daripada menantu sendiri pun tak nak terima. Aduhai apa nak buat. Dah itu cara dia!

"Ya, mak masak sendiri. Kak Ayu kata kalau dia masak, kan mak tak kena pulak" ada pulak mak mertua Ayuni beritahu macamtu kepada menantu kesayangannya yang berpangkat majestrit itu? Apa maksud dia berkata begitu pun Ayuni tidak tahu. Panas cuping telinga Ayuni mendengarnya.

"Sapa ada kat rumah sekarang ni?"

"kak Ayu"

"Oh, tak apalah kalau kak Ayu ada. Baiklah mak, mak banyak-banyaklah berehat. Assalamualaikum" Raihan mematikan cepat-cepat talian telefon itu. Raihan pun tahu kalau dia melayan mak mertuanya itu, berjam-jam pun tidak apa. Mahu dia bercerita pasal semua hal-hal anak-anaknya yang lain. Ayuni tahu sekejap lagi muka mak mertuanya akan ceria sehingga seminggu. Seperti wajah yang baru saja diberi suntikan botox.

Ayuni buat-buat tidak tahu. Malamnya, semasa Ayuni di dapur.

"Raihan kirim salam kat Ayu, mak bagitahu dah?"

'"Belum. Bila mak telefon dia?"

"Pagi tadi"

"Bukankah pagi tadi Roslan yang telefon?"

"Mereka semua dok Perlis"

Dia dah mulalah nak reka-reka cerita padahal, Ayuni dah dengar segalanya. Tak adapun Raihan tu nak sebut nama Ayuni, selalin bertanya siapa lagi yang ada dalam rumah ini pada waktu itu. Padahal dia saja nak bersembang. Seronok nak bagitahulah bahawa menantu kesayangannya ada bercakap dengannya di telefon. Bangga!

Pada malam itu Ayuni memberitahu Shahrul Nizam hal itu.

"Mak ni peliklah bang, Raihan tu tak sebut pun sampaikan salam pada Ayu, pandai-pandai dia je sampaikan salam. Nak tutup yang menantunya tak pernah ingat pada Ayu. Dia ingat Ayu tak tahu ke selama ini?

"Mak tu selalu macamtu"

"Yalah, yang Ayu hairannya, semalam tu mereka ramai-ramai pergi makan malam kat restoran, tak adapun bagitahu semua adik beradik kirim salam pada Ayu, peliklah mak ni. Dia ingat kita ni macam budak kecik je. Sabar sajalah bang, kita tengok je sampai mana"

Mereka berdua pun malas nak ambil pusing hal-hal remeh temeh tu. Biarkanlah asalkan mereka semua bahagia!

plot, petikan diari seorg menantu

Petikan dari enovel Diari seorang menantu..
11/1/13
Hari ini aku sudah berjanji dengan suamiku untuk memasak lauk kegemarannya iaitu masak lemak telur itik dengan belimbing buluh.
Aku akan turun untuk masak sekitar jam 12 tengari, kerana suamiku akan balik selepas jam dua petang. Dia akan pergi menunaikan sembahyang jumaat dan juga menghantar anaknya ke sekolah.

"Ayuni, mak nak cakap sikit ni" kedengaran ibu mertua Ayuni di luar biliknya.

Dia duduk di kerusi berhampiran dengan meja telefon.
Ayuni menjengoknya di birai lansir pintu biliknya sambil berdiri.

"Ada apa mak?"

"Nih mak nak cerita sikit, ikan kembung dua ekor tu mak dah bak keluar, udang pun mak dah buat keluar. Sotong ada sikit, mak dah buat keluar. Ayuni nak masak apa?"

Soalan begitu jugalah setiap hari yang harus Ayuni jawab. Kepada orang lain tentulah soalan itu tidak menjadi aneh. Apa ada pada soalan itu yang membuatkan Ayuni terasa begitu tidak selesa? Teruk betullah pemikiran Ayuni. Tak layak menjadi seorang isteri dan menantu yang baik kepada keluarga itu.

"Mak, kalau mak teringin nak makan apa, mak masaklah. Kalau Ayu masak, karang tak kena pula dengan selera mak" jawab Ayuni malas.

"Tak apa aih, pada mak asalkan jadi lauk dah cukuplah" mak mertuanya cuba berdalih.

"Mak, selagi mak berselera nak makan ni, mak masaklah ikut cara mak, ikut selera tekak mak. Kami ni apa-apa pun tak apa. Mak makanlah puas-puas. Cara masakan Ayu, cara orang sekarang, mana nak sama dengan cara masakan mak" Ayuni memperkukuhkan lagi jawapannya.

"Masakan barulah sedap" kata mak mertuanya lagi.

"Kalau sedap, kenapa bila Ayu masak, mak makan sikit je, padahal mak kata sedap. Bila Ayu masak, mak tidak akan ulang makan sampai dua kali pun. Tetapi jika lauk mak yang masak, empat hari perangat pun mak masih lalu makan lagi" balas Ayuni cuba mencuit perasaan mak mertuanya. Biar dia fikir bahawa Ayuni bukan budak kecil yang senang dipergulakan dengan kata-kata manis itu.

"Ini rumah mak, dapur mak, lauk dalam peti tu semua mak yang beli. Mak masaklah apa yang mak terlintas nak makan. kalau mak tanya Ayu pun bukan mak nak setuju" Ayu berkata tanpa beralas lagi. Kasar benar, cara dia mengeluarkan kata-kata itu. Dah banyak kali Ayu ulang kata-kata yang sama, tetapi dia tetap ulang soalan yang sama, membuatkan Ayuni rasa rimas.

"Itular, mak ingat nak masak asam tumis ikan kembung tu, sotong tu mak nak goreng. Udang tu Ayu nak masak apa?" dia cuba memikat hati Ayuni. Kadang-kadang Ayuni pelik, sebab dia tanya apa yang Ayuni nak masak, lepas itu dia sendiri pulak yang akan bagi cadangan yang dia teringin nak masak macam-macam. Ayuni seperti faham lauk pauk yang dibelinya itu, tidak payahlah Ayuni mengusiknya. Biarlah dia sendiri yang masak apa yang dia inginkan. Jadi Ayuni semakin jelas keadaan itu.

"Mak, Ayu ni, bukan budak tadika mak, tahun depan dah nak masuk 50 tahun. Apa yang mak buat, yang mak cakap semua Ayu perhatikan mak. Ayu ada perasaan. Mak jangan anggap Ayu ini tidak ada perasaan" Ayuni tidak peduli, dia kena juga tegur sikap mak mertuanya yang selama ini selalu membuatkan hatinya terhiris.

Mak mertua Ayuni diam seketika.

"Itulah yang mak nak habaq. Nanti sayur Ayu masaklah banyak-banyak, biar cukup untuk makan malam sekali"

"Maaflah mak, Ayu akan masak sayur sepiring saja. Ayu tak suka lauk yang Ayu masak itu dibuang-buang. Ayu tak suka, sedih hati Ayu bila masakan Ayu dibuang-buang. Siapa yang ada, nak makan banyak-banyak sayur. Mak, kalau Ayu masak sepiring, mak akan makan satu sudu je, sampai malam pun sayur yang sepiring tu pun tak habis. Ayu akan masak satu piring saja. Makan sampai habis. Jangan tinggalkan, kalau tak habis jugak, malam, Ayu tak mau masak sayur" Kata Ayuni mengugut.

"Sayur untuk malam macamna?" soalnya lagi.

"Untuk malam, kita tengok dulu kenapa nak fikir untuk malam sekarang? Padahal lauk untuk tengahari pun kita belum masak lagi? Malam, abang jarang makan kat rumah. Ayu pun jarang makan. Azmir, langsung dah tak makan kat rumah. Jadi nak masak untuk buang? Buat apa?" Ayuni semakin bengang tetapi dia cuba kontrol.

"Tak apalah itu sajalah yang mak nak cakap. mak nak mandi dulu, baru nak turun masak" katanya lagi lalu menuju ke biliknya.

Ayuni turun ke dapur, dilihatnya mak mertuanya baru hendak menyiang sotong. Lambat sangat dia buat kerja. Sepatutnya, kerja-kerja itu biarlah menantunya yang buat, tetapi kerana dia cerewet, takut tak bersih sepertimana yang dia buat, dia sanggup membuatnya sendiri. Terdengar juga dia merungut-rungut sendiri.

"Lambat aih, siang sotong ni, kecik sangat. Perut dah ketaq, lapar nasi dah" mak mertua Ayuni membebel sendirian.

Ayuni buat-buat tidak mendengar. Dia hanya berdiam diri dan tidak perlu berkata apa-apa. Dia meneruskan kerja-kerjanya memotong sayur untuk satu piring dan menyediakan bumbu untuk masak lemak cilipadi. 

Semuanya nak disalahkan kepada siapa? Pada Ayuni menantunya itu? Kenapa? Padahal dia sendiri yang bersalah. Dia yang berdegil, tidak mahu terima pembaharuan dalam dirinya. Selama ini dialah yang menyediakan hidangan makan tengahari dan malam di rumah itu, tiba-tiba datang menantu yang lebih hebat daripadanya, dia jadi tercabar. Pelik!

Ada juga mak mertua orang lain yang diceritakan oleh kawan Ayuni kepadanya.

"Hiii, mak mertua aku lagi teruk, kalau balik rumahnya, seminggu, seminggu jugaklah makan ikan keli singgang" kata rakan Ayuni.

"Hah! Sedap ke ikan keli singgang? Tak pernah makan"

"Kalau sedap pun takkanlah hari-hari aku nak ngadap lauk yang sama, nak jugak tukar-tukar. Anak menantu yang lain tak boleh nak masak lauk lain. kalau masak jugak, dia takkan makan. Dia kata tak sedap. Bapa mertua pun kata masakan mak mertua saja yang sedap"

"Hahaha, memanglah dia kena sokong isteri dia, dia dah tahu, kalau dia puji anak meanntu dia masak sedap, mahu batu lesung naik ke kepalanya. hahahhaa" Ayuni tergelak mendengar cerita pelik sikap-siakp mak mertua yang masih berfikiran kolot dan ketinggalan zaman.

Ayuni sudah mula menumis bawang, sayur telah pun masak. Masak lemak cili padi pun menyusul. mak mertuanya masih berada di singki. Tidak berganjak dari situ, masih lagi menyiang sotong. Ayuni terpaksa guna air paip di luar dapur, tidak mahu mengganggu kerja-kerjanya. Lagi pun kalau dia sedang pesiang ikan atau semua bahan mentah, jangan haraplah boleh guna singki itu. Dia akan marah! Sehingga kerja-kerjanya selesai dan siap dicuci bersih singki dan dinding sekali. Mau tidak lama?!

Masak lemak cilipadi, sayur campur dan ikan masin telah siap dimasak oleh Ayuni. Mak mertua Ayuni baru selesai membasuh sotong, tetapi singki masih belum dapat digunakan lagi, dia masih belum sempat mencucinya. Pukul 1.30 lauk-lauk yang Ayuni masak telah pun dihidangkannya di bawah tudung saji. kalau mek mertuanya benar-benar lapar, apa salahnya dia berhenti dahulu kerjanya dan makan terlebih dahulu lauk yang Ayuni masak itu. Hurm... Jangan haraplah, dia tidak akn berhenti. Dia mahu makan lauknya juga. Tetapi kenapa dia selalu memasak lewat-lewat? Dah begitu caranya sejak dahulu lagi. waktu pagi dia akan buat benda-benda yang tidak sepatutnya terlebih dahulu. Biarkanlah, jangan ditegur!

Ayuni naik ke biliknya.

"Sayang, sayang dah makan?"suami Ayuni baru balik.

"Belum lagi"

"Jom turun makan" mukanya berkerut kerana keletihan.

Pukul 3.00 petang, Ayuni turun makan, kebetulan barulah lauk emak mertuanya masak tadi dihidangkan bersama. Ayuni dan Sharul Nizam duduk berdepan dengannya. Ayuni dan Shahrul Nizam membisu. Mereka makan dengan laju. Shahrul Nizam berselera sekali kerana lauk kegemarannya itu, membuka seleranya. Bertambah! Mak mertua Ayuni hanya memakan lauk yang dimasaknya saja.

"mak tak ambil lauk ni?" tanya Shahrul Nizam kepada ibunya.

"Tak kena. Mak makan lauk asam tumis ni"

"Ya, Ayu pun, tak boleh nak makan lauk mak tu. Tak kena jugak dengan lauk masak lemak cilipadi ni. Lauk ni hanya kena dengan ikan masin, ulam dan budu, sayur. Dah cukup" bidas Ayuni. Ayuni tak kesah pun jika mak mertuanya tidak mahu memakan masakannya. Begitu juga denagn Ayuni jika dia tak mau makan masakan mak mertuanya, tak usahlah dia nak terasa hati pula.

Esok tidak tahu lagi bagaimana.